10 Butik Online untuk Baju Raya di Malaysia 2022

Menjelang Hari Raya, kita dapat melihat ramai orang Islam berpakaian cantik dan menarik bagi sambutan hari perayaan tersebut. Ada kalanya, mereka sekeluarga berpakaian sedondon bagi meraikan kemuliaan Hari Raya dan menceriakan hari tersebut. 

Sepertimana yang kita ketahui, pemilihan baju raya amat penting bagi meningkatkan mood perayaan selain melancarkan program Hari Raya yang sudah diatur lengkap. Oleh sebab itu, terdapat banyak butik baru yang menawarkan pelbagai pilihan fesyen baju kurung untuk memenuhi kehendak para pelanggan.

Bagaimanakah anda mencari baju raya yang sesuai?

Adakalanya, baju raya yang sedondon sukar untuk dicari kerana permintaan yang tinggi sewaktu menjelang Hari Raya. Namun begitu, memandangkan dunia sudah berubah, maklumat di hujung jari boleh memudahkan pencarian anda. Ada banyak butik-butik baru dibuka dan melancarkan jualan secara dalam talian bagi membantu mereka yang tidak dapat berkunjung ke butik fizikal mereka. 

Selain menjimatkan masa, wang dan tenaga, anda boleh melayari laman web mereka untuk memilih pakaian raya untuk seisi keluarga tanpa perlu beratur panjang. Selain menawarkan banyak pilihan di laman web, butik-butik moden ini juga mengkategorikan warna dan corak pakaian dalam bahagian yang lebih rapi bagi menyenangkan pemilihan pakaian oleh para pelanggan. Ikuti artikel ini dan ketahui 10 butik online untuk baju raya di Malaysia 2022.

10 Butik Online untuk Baju Raya di Malaysia 2022

1. Alia Bastamam

Alia Bastamam
Kredit Gambar: Alia Bastamam
Alia Bastamam
Kredit Gambar: Alia Bastamam
Alia Bastamam
Kredit Gambar: Alia Bastamam

Alia Bastamam ialah kedai pakaian wanita yang pakar dalam menonjolkan elemen feminin dan glamour pada pakaian keluaran mereka. Pereka pakaian mereka, iaitu Alia Bastaman mencuba kelainan pada baju raya dengan mencipta baju raya moden yang boleh disesuaikan dalam apa-apa majlis, khususnya majlis rasmi. Selain itu, butik ini juga menyediakan pelbagai pilihan gaya dan warna baju untuk anda pilih.

Laman web: https://www.aliabastamam.com/

Instagram: https://www.instagram.com/aliabrtw/?hl=en

2. Kamdar

Kamdar
Kredit Gambar: Kamdar
Kamdar
Kredit Gambar: Kamdar
Kamdar
Kredit Gambar: Kamdar

Jika anda sedang mencari butik yang menawarkan harga yang berpatutan, anda boleh berkunjung ke Kamdar. Di sini, terdapat pelbagai jenis baju raya seperti baju kurung dan baju melayu. Selain itu, anda boleh membeli-belah pakaian raya untuk sekeluarga tanpa perlu ke tempat lain kerana pilihan baju di sini banyak sekali.

Laman web: https://www.kamdar.com.my/ 

Instagram: https://www.instagram.com/kamdarmalaysia/ 

Shopee: https://shopee.com.my/kamdar.os 

3. IMAAN Boutique

IMAAN Boutique
Kredit Gambar: IMAAN Boutique
IMAAN Boutique
Kredit Gambar: IMAAN Boutique
IMAAN Boutique
Kredit Gambar: IMAAN Boutique

Butik IMAAN ialah satu lagi pilihan hebat untuk anda membeli-belah pakaian Raya. Butik ini pakar dalam mengeluarkan rangkaian baju kurung yang sederhana bagi disesuaikan dengan mood dan tema raya anda sekeluarga. Anda juga boleh membeli aksesori untuk melengkapkan penampilan anda tanpa perlu pergi ke kedai lain.

Laman web: https://imaanboutique.com/ 

Instagram: https://www.instagram.com/imaanboutique/ 

Shopee: https://shopee.com.my/imaanboutique.os 

4. Fesyen Rasa Sayang

Fesyen Rasa Sayang
Kredit Gambar: Fesyen Rasa Sayang
Fesyen Rasa Sayang
Kredit Gambar: Fesyen Rasa Sayang
Fesyen Rasa Sayang
Kredit Gambar: Fesyen Rasa Sayang

Fesyen Rasa Sayang menawarkan rekaan unik baju kurung yang boleh anda pilih di laman web mereka. Gaya baju kurung mereka sesuai dengan zaman moden dan boleh dipakai untuk majlis-majlis khas yang lain. Secara tidak langsung, pembelian baju kurung di butik ini berbaloi kerana boleh disesuaikan dalam pelbagai majlis. Laman web butik ini juga menawarkan bahagian baju kurung atas dan bawah yang berasingan untuk anda sesuaikan selain mencipta fesyen yang unik pada Hari Raya.

Laman web: https://www.rasasayang.com.my/ 

Instagram: https://www.instagram.com/fesyenrasasayang/ 

5. Bella Ammara

Bella Ammara
Kredit Gambar: Bella Ammara
Bella Ammara
Kredit Gambar: Bella Ammara
Bella Ammara
Kredit Gambar: Bella Ammara

Butik Bella Ammara mempunyai reka bentuk ringkas namun bergaya pada pakaian keluaran mereka. Jika anda mencari pakaian yang mempunyai corak moden dan ringkas, butik ini boleh membantu anda. Selain itu, laman web butik ini menawarkan pelbagai gaya baju kurung seperti Baju Kurung Mahsuri, Baju Kurung Dang Anum, Baju Kurung Tun Fatimah dan banyak lagi. Butik ini juga banyak menggunakan warna Dusty dan pastel dalam rekaan pakaian mereka.

Laman web: https://bellaammara.com/ 

Instagram: https://www.instagram.com/bellaammara/

Shopee: https://shopee.com.my/bellaammaraofficial.os 

6. Ariani

Ariani
Kredit Gambar: Ariani
Ariani
Kredit Gambar: Ariani
Ariani
Kredit Gambar: Ariani

Ariani memfokuskan rekaan feminin  pada baju raya mereka. Selain itu, butik ini memilih warna pastel dan cerah untuk memenuhi keperluan para pelanggan yang gemar memakai baju kurung berwarna terang. Selain itu, warna yang cerah atau terang dapat menyerikan sambutan Hari   Raya mereka. Koleksi terbaru butik ini  diinspirasikan daripada bunga-bunga halus yang terdapat di alam semula jadi.

Laman web: https://www.arianionline.my/home 

Instagram: https://www.instagram.com/galeriariani/ 

Shopee: https://shopee.com.my/ariani.os 

7. Scarffeya

Scarffeya
Kredit Gambar: Scarffeya
Scarffeya
Kredit Gambar: Scarffeya
Scarffeya
Kredit Gambar: Scarffeya

Scarffeya mempunyai pelbagai pakaian raya untuk anda pilih dan gayakan di Hari Raya. Salah satu baju keluaran butik ini yang terkenal ialah baju kurung “sut”, yang terdiri daripada bahagian atas dan seluar yang direka bentuk seperti kain baju kurung. Reka bentuk seluar ini kelihatan lebih moden selain memudahkan pelanggan untuk beraktiviti. Butik ini juga mengeluarkan baju kurung kanak-kanak yang sama seperti baju kurung dewasa bagi membolehkan anda dan anak anda bergaya sambil memakai set baju kurung yang sepadan.

Laman web: https://scarffeya.com/ 

Instagram: https://www.instagram.com/scarffeya/ 

Shopee: https://shopee.com.my/scarffeya 

8. Cala Qisya

Cala Qisya
Kredit Gambar: Cala Qisya
Cala Qisya
Kredit Gambar: Cala Qisya
Cala Qisya
Kredit Gambar: Cala Qisya

Cala Qisya bertujuan untuk menyediakan pakaian raya yang bergaya tanpa menjejaskan keselesaan anda. Memandangkan moto mereka ialah “Lebih Selesa Dipakai”, butik ini memberikan tahap keselesaan yang tinggi kepada setiap baju keluaran mereka supaya para pelanggan dapat bergaya dengan selesa. Selain itu, baju keluaran butik ini menggunakan fabrik anti-bau dan anti kedut yang menjadikannya  sedia untuk dipakai dengan segera.

Laman web: https://www.calaqisya.com/home 

Instagram: https://www.instagram.com/calaqisya/

9. Wardatul Baydha

Wardatul Baydha
Kredit Gambar: Wardatul Baydha
Wardatul Baydha
Kredit Gambar: Wardatul Baydha
Wardatul Baydha
Kredit Gambar: Wardatul Baydha

Wardatul Baydha menawarkan beberapa rekaan berbeza untuk setiap helai baju kurung keluaran butik ini. Butik ini dengan telitinya menonjolkan gaya klasik dan moden pada baju kurung mereka. Selain itu, butik ini juga menawarkan set pakaian untuk para pelanggan yang lebih suka membeli pakaian secara keseluruhan. Corak baju kurung keluaran butik ini terdiri daripada reka bentuk pastel dan bercetak elegan yang menjadikannya sesuai untuk dipakai pada Hari Raya nanti.

Laman web: https://wardatulbaydha.com/ 

Instagram: https://www.instagram.com/wardatulbaydhaofficial/ 

10. Poplook

Poplook
Kredit Gambar: Poplook
Poplook
Kredit Gambar: Poplook
Poplook
Kredit Gambar: Poplook

Butik Poplook memberikan corak dan reka bentuk unik untuk pakaian Raya mereka. Setiap helai pakaian yang dihasilkan menonjolkan kelainan yang bakal menambat hati anda.  Laman web Poplook mudah untuk dinavigasi dan mereka juga mempunyai kategori khusus untuk pemilihan warna sekiranya anda sedang mencari tema warna tertentu untuk Raya kali ini.

Laman web: https://poplook.com/home 

Instagram: https://www.instagram.com/poplook/ 


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close