10 Face Mist Terbaik di Malaysia 2022

‘Face Mist tidak memberikan sebarang kesan kepada wajah.’ ‘Face Mist adalah pembaziran duit.’ itu adalah kata-kata yang sering menghantui atau menimbulkan salah faham tentang fungsi penggunaan face mist terhadap wajah. Walau bagaimanapun, face mist mempunyai pelbagai fungsi lain selain daripada hanya sekadar penyembur muka yang biasa. 

Selain itu, semburan muka akan memberikan kulit anda nilai pH yang seimbang dengan cepat sebagaimana toner muka. Di samping itu, sesetengah face mist diformulasikan menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan essential oil di mana hal tersebut akan memanfaatkan anda dari aspek aroma terapi di samping meningkatkan mood atau emosi anda. Tambahan pula, face mist turut boleh digunakan sebagai semburan asas base mekap anda bagi memberikan sentuhan yang berembun.

10 Face Mist Terbaik di Malaysia 2022

1. Wardah C-Defense Face Mist

Wardah C Defense Face Mist
Kredit Gambar: Shopee

Face Mist ini dilengkapi dengan kandungan Vitamin C yang tinggi yang berkesan untuk mengembalikan kesegaran kulit anda pada waktu yang pantas. Selain itu, face mist ini turut memiliki faktor pelembap yang semulajadi seperti Hydrogenated Castor Oil dan Glycerin, membantu melembapkan dan menganjalkan kulit anda. Di samping itu, anda juga boleh menggunakan face mist ini sebagai base atau asas untuk mekap anda. 

Spesifikasi:

  • Isipadu: 55ml 
  • Bahan: Aqua, Propanediol, 3-O-Ethyl Ascorbic Acid, Sodium PCA, Allantoin, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, Trideceth-9, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Glycerin, Fragrance, Polysorbate 20, Citric Acid 
  • Negara: Indonesia 

Harga: RM14.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist

Nature Republic Soothing Moisture Aloe Vera Soothing Gel Mist
Kredit Gambar: Shopee

Face mist ini diperbuat secara organik dengan 92% kandungan gel aloe vera yang membantu untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit muka anda daripada persekitaran yang berbahaya. Selain itu, face mist ini boleh digunakan pada muka, tangan, kaki dan di mana-mana yang kamu inginkan.

Spesifikasi:

  • Isipadu: 150ml 
  • Bahan: Aloe Barbadensis Leaf Extract*, Alcohol, Glyceryl Polyacrylate, Dipropylene Glycol, Butylene Glycol, Glycerin, Propylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Polyglutamic Acid, Betaine, Sodium Hyaluronate, Calendula Officinalis Flower Extract, Mentha Viridis Extract, Melissa Officinalis Extract, Carbomer, Peg-60 Hydrogenated Castor Oil, Polyester-5, Polyquaternium-51, Triethanolamine, Phenoxyethanol, Water, Parfum, Disodium Edta
  • Negara: Republik Korea

Harga: RM26.91

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Eau Thermale Avène Thermal Spring Water Face Mist

Eau Thermale Avene Thermal Spring Water Face Mist
Kredit Gambar: Avene

Eau Thermale Avène Thermal Spring Water Face Mist melicinkan dan menambahkan kesegaran kepada semua jenis kulit dengan manfaat air semulajadi yang digunakan dalam kandungan face mist ini. Malah, face mist ini turut berkesan terhadap individu yang memiliki kulit yang sensitif. Hal ini kerana lebih daripada 150 kajian klinikal yang dilakukan terhadap face mist ini dan terbukti ia amat berkesan untuk memberikan kelembapan dan kesegaran kepada kulit anda. Semburkan pada wajah anda, kemudian lapkan kering selepas beberapa minit.

Spesifikasi:

  • Isipadu: 55ml 
  • Bahan: Thermal Water, Nitrogen
  • Negara: Perancis Selatan

Harga (Pek Kembar): RM46.40 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Bio-essence Bio-Water Energizing Water Face Mist

Bio essence Bio Water Energizing Water Face Mist
Kredit Gambar: Shopee

Penggunaan molekul hidrasi yang saiz nano, Bio-essence Bio-Water Energizing Water Face Mist memberikan kesan hidrasi yang optimum kepada anda. Selain itu, face mist ini juga kaya dengan mineral yang akan membekalkan anda dengan hidrasi ultra untuk setiap jenis kulit sama ada ketika bercuti, bersukan ataupun sedang berada di dalam ruangan yang berpendingin hawa.

Spesifikasi:

  • Isipadu: 300ml 
  • Bahan: Air, Niacinamide, Euglena Gracilis Extract, Glycerin, Tocopherol
  • Negara: Singapura

Harga (Pek Kembar): RM65.61

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Aiken Prebiotic Hydra Face Mist

Aiken Prebiotic Hydra Face Mist
Kredit Gambar: Watsons

Aiken Prebiotic Hydra Face Mist memiliki dua kandungan utama yang bermanfaat: prebiotik semulajadi daripada Perancis untuk menguatkan sistem pertahanan kulit dan air beras daripada Korea untuk menghidrasikan dan mengekalkan kelembapan kulit pada masa yang sama. Tambahan pula, face mist ini tidak memiliki sebarang kandungan wangian, alkohol dan essential oil. 

Spesifikasi:

  • Isipadu: 100ml 
  • Bahan: Air, Aspergillus Ferment, Butylene Glycol, Alpha-Glucan Oligosaccharide, Lactobacillus, Maltodextrin, Polymnia Sonchifolia Root Juice
  • Negara: Malaysia 

Harga: RM14.63

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. La Roche Posay Serozinc Mattifying and Soothing Face Mist

La Roche Posay Serozinc Mattifying and Soothing Face Mist
Kredit Gambar: Shopee

Face Mist La Roche Posay Serozinc Mattifying and Soothing secara khususnya dicipta untuk untuk kulit yang berminyak, kusam dan berjeragat. Selain itu, ia turut berfungsi untuk menapis kulit berminyak dengan beberapa tekanan beserta bahan kandungan zink sulfat. Selain itu, face mist juga bertindak untuk melembutkan dan melicinkan kulit yang terbakar. 

Spesifikasi:

  • Isipadu: 150ml 
  • Bahan: Aqua, Sodium Chloride, Zinc Sulfate
  • Negara: Perancis

Harga: RM61.11

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. CAUDALIE Grape Water Moisturizing Face Mist

CAUDALIE Grape Water Moisturizing Face Mist
Kredit Gambar: Shopee

Face Mist CAUDALIE Grape Water Moisturizing dipenuhi dengan 100% Organic Grape Water yang dituai di Perancis. Selain daripada itu, anda akan membasahkan wajah anda dengan beberapa kandungan mineral seperti Potassium, Manganese, ,Magnesium, Kalsium dan Kuprum yang berperanan untuk mengekalkan kelembapan kulit anda.

Spesifikasi:

  • Isipadu: 75ml, 200ml 
  • Bahan: 100% Organic Grape Water harvested from France
  • Negara: Perancis

Harga: RM75.00 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Eucerin Hyaluron Face Hydration Mist Spray

Eucerin Hyaluron Face Hydration Mist Spray
Kredit Gambar: Shopee

Seterusnya, Eucerin Hyaluron Face Hydration Mist Spray. Face Mist ini mengandungi asid hyaluronik dan Gluco-Glycerol yang menyediakan penghidrasi yang cepat dan berpanjangan. Selain itu, face mist ini telah mendapat pengiktirafan secara klinikal yang membolehkan anda untuk keluar dengan penuh yakin di mana anda akan memiliki kulit yang sihat, segar, licin, lembut dan lembap. 

Spesifikasi:

  • Isipadu: 50ml, 100ml 
  • Bahan: Aqua, Butylene Glycol, Sodium Hyaluronate, Glycerin, Glyceryl, Glucoside, Panthenol or Dexpanthenol, Pantolactone, Arginine HCL, Sodium Citrate, Citric Acid, Trisodium EDTA, Sodium Hydroxide, 1,2-Hexanediol, Phenoxyethanol
  • Negara: Hamburg

Harga: RM34.30

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Klairs Fundamental Ampule Mist

Klairs Fundamental Ampule Mist
Kredit Gambar: Hermo

Klairs Fundamental Ampule Mist memberikan anda kesegaran dan kadar hidrasi yang intensif dengan dua hingga tiga spritze memandangkan ia diformulasikan dengan air teh hijau, beras, timun, bendi dan mugwort. Tambahan pula, anda boleh menggunakan face mist ini pada bila-bila masa sahaja sekiranya kulit anda memerlukan hidrasi.

Spesifikasi:

  • Isipadu: 125ml 
  • Bahan: Camellia Sinensis Leaf Water, Butylene Glycol, Glycerin, Luffa Cylindrica Fruit Extract, Oryza Sativa (Rice) Extract, Hibiscus Esculentus Fruit Extract, Betaine, Trehalose, 1,2-Hexanediol, Aqua(Water), Artemisia Vulgaris Extract, Panthenol, Sorbitol, Sorbitan Sesquioleate, Ethylhexylglycerin, Laminaria Japonica Extract, Sodium Hyaluronate, Hydroxyethylcellulose, Disodium EDTA, Hydrogenated Lecithin, Ceramide NP
  • Negara: Korea 

Harga: RM90.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. Kayman Beauty Hyalumelon Mist Toner

Kayman Beauty Hyalumelon Mist Toner
Kredit Gambar: INCIDecoder

Kayman Beauty Hyalumelon Mist Toner adalah face mist yang berasaskan ekstrak buah tembikai yang dirumus dengan minyak dedak padi, ekstrak Centella, dan asid Hyaluronic. Toner face mist Hyalumelon ini memberikan penghidratan yang mencukupi dan menyejukkan kemerahan, kerengsaan dan keradangan kulit anda.

Spesifikasi:

  • Isipadu: 110ml 
  • Bahan: Citrullus Lanatus (Watermelon) Fruit Extract, Oryza Sativa (Rice) Bran Oil, Glycerine, Butylene Glycol, D-Panthenol, Centella Asiatica Extract, Hyaluronic Acid, Iscaguard PEG (Phenoxyethanol, Triethylene Glycol), Allantoin, Carbopol, Tea
  • Negara: Malaysia 

Harga: RM59.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Berikut adalah beberapa cara untuk anda menggunakan face mist anda.

  1. Menyegarkan kulit anda

Semburkan kulit anda 2 hingga 3 kali ketika cuaca panas, selepas bersenam atau pada bila-bila masa anda ingin menyegarkan kulit anda.

  1. Mengekalkan kelembapan kulit

Gunakan face mist selepas membersihkan muka anda, sebelum dan selepas menggunakan moisturizer untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. 

  1. Prime dan tetapkan kulit anda sebelum solekan

Mekap anda pasti akan kelihatan lebih licin dan semulajadi serta tahan lama dengan penggunaan face mist ini sebagai base. 

Produk penjagaan kulit yang dipandang rendah ini sering dilihat sebagai air wangi yang tidak mempunyai apa-apa nilai. Malah, ia adalah salah satu produk kecantikan yang paling memiliki manfaat yang amat banyak dan pelbagai guna. Lembapan yang anda sembur ke muka anda melalui botol semburan menenangkan, melembutkan dan melembapkan kulit anda serta-merta.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close