10 Gula-gula Getah Pilihan di Malaysia 2022

Gula-gula getah sebenarnya wujud sejak zaman Neolitik. Namun, ia tidak seperti apa yang kita boleh dapati pada masa kini. Hal ini kerana pada masa tersebut, manusia mencipta gula-gula getah daripada tar kulit kayu untuk kegunaan sebagai sumber ubat-ubatan. Pada hari ini, gula-gula getah betul-betul dihasilkan daripada asas getah, pemanis, pelembut, pemplastik, perasa, dan pewarna. Selain itu, ia turut mengandungi salutan poliol keras atau serbuk yang menyumbang kepada teksturnya yang bergetah, elastik, dan kenyal.

Namun, apa yang menariknya, gula-gula getah ini turut memiliki khasiat yang tersendiri. Berikut adalah antara perkara yang kamu wajar tahu:

  • Mengurang nafas busuk
  • Membantu untuk melindungi gigi
  • Mengurangkan tekanan dan menguatkan ingatan
  • Membantu anda dalam proses untuk berhenti merokok
  • Membantu mengurangkan selera anda (disebabkan oleh ciri kekenyalannya).
  • Meningkatkan fungsi otak anda seperti lebih peka, memahami, dan membuat keputusan

10 Gula-gula Getah Pilihan di Malaysia 2022

1. Wrigley Doublemint Chewing Gum

Wrigley Doublemint Chewing Gum
Kredit gambar: Redtick

Wrigley Doublemint Chewing Gumrasa yang tersendiri dan berangin di mana membuat ia sukar untuk ditemui di mana-mana gula-gula getah. ‘Doublemint’ membawa maksud ‘kekuatan berganda’ dalam rasa pudina, memberikan anda rasa yang lebih berangin dan sensasi.

Gula-gula getah ini menggandakan keseronokan dan kenikmatan anda!

Bahan-bahan: Gula, Asas Gum, Sirap Jagung, Dekstrosa, Perisa Asli dan Tiruan, Kurang daripada 2% daripada: Aspartam, Gliserol, Lesitin Soya, Acesulfame K, Lesitin Soya Terhidroksilasi, Warna Ditambah, BHT (untuk Mengekalkan Kesegaran).

Negara asal: Amerika Syarikat

Saiz: 15 g 32 g dan 58 g

Harga: RM4.95 (58 g pek)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Juicy Fruit Flavor Juicy Chewing Gum

Juicy Fruit Flavor Juicy Chewing Gum
Kredit gambar: Shopee

Juicy Fruit Flavor Juicy Chewing Gum datang bersama 3 perisa yang unik, iaitu strawberi, tembikai dan rasa berangin. Gula-gula getah ini diperbuat dalam bentuk mini di mana ia amat penuh dengan perasa yang tahan untuk banyak kali kunyahan. Tunggu apa lagi? Dapatkan gula-gula getah segar dengan rasa buah-buahan sekarang!

Bahan-bahan: Tidak dinyatakan

Negara asal: Tidak dinyatakan

Saiz: 40 g

Harga: RM2.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Mentos Pure Fresh Chewing Gum

Mentos Pure Fresh Chewing Gum
Kredit gambar: Shopee

Mentos Pure Fresh Gum in Fresh Mint menjanjikan anda dengan rasa segar yang tahan lama. Gula-gula getah ini boleh didapati dalam dua perisa yang dibotolkan dalam bekas yang mudah dibawa sama ada ke tempat kerja atau di dalam kenderaan anda. Selain itu, gula-gula getah ini datang bersama kandungan sebanyak 50 keping bagi setiap bekas. Tidak dilupakan, ia memilik 6 perisa untuk membuatkan anda rambang mata untuk memilih!

Bahan-bahan: Xylitol, Sorbitol, Asas Gula Gula, Manitol, Gliserin, Sirap Maltitol, Perisa Tiruan, Mengandungi Kurang Daripada 2% Daripada: Maltodekstrin, Pati Beras, Aspartam, Lesitin (Soya), Minyak Kelapa, Acesulfame K, Ester Asid Lemak Sukrosa, Teh Hijau Ekstrak, Xanthan Gum, Natrium

Negara asal: Amerika Syarikat

Saiz: 29.7 g dan 57 g

Harga: RM5.20

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Wrigley’s 5 Gum

Wrigleys Gum
Kredit gambar: Duty Free Depot

Setiap hari anda memiliki peluang untuk mengubah dunia anda: bermula dengan 5 batang. Ia adalah tentang 5 saat yang anda luangkan sebelum melangkah ke pentas, bukannya 5 saat selepas itu. Jadi, dapatkan kandungan 5 gula-gula getah untuk meningkatkan kandungan adrenalin anda. Jangan sampai anda tertangkap dengan gula-gula getah bebas gula kegemaran anda. Pastikan anda menikmati keenakan gula-gula getah ini pada waktu terdekat juga.

Bahan-bahan: Sorbitol, Asas Gum, Gliserol, Perisa Asli Dan Tiruan; Kurang Daripada 2% Daripada: Hidrolisat Pati Hidrogenasi, Aspartam, Manitol, Acesulfame K, Lesitin Soya, Warna (Biru 1 Tasik), BHT (Untuk Mengekalkan Kesegaran).

Negara asal: Amerika Syarikat

Saiz: 32 g

Harga: RM3.51

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. 88 Super Bubble Gum

Super Bubble Gum
Kredit gambar: Carousell

88 Super Bubble Gum adalah gula-gula getah ikonik dengan tiga biji gula-gula getah yang bulat dan menceriakan. Gula-gula getah ‘legend’ ini akan memberikan anda kepuasan dengan perasa buah-buahan yang akan mengujakan anda. Segelintir orang akan memakan gula-gula ini dengan cara mengunyah satu demi satu, manakala sesetengah lagi akan mengunyah semua ketiga-tiga biji itu secara serentak. Jadi, apakah cara anda untuk menikmatinya?

Bahan-bahan: Tidak dinyatakan

Negara asal: Malaysia

Saiz: 60 pieces x 88 g

Harga: RM4.59 (7 pieces/pek)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Wrigley’s Boomer Chewing Gum

Wrigleys Boomer Chewing Gum
Kredit gambar: Shopee

Wrigley Boomer Magic Colors pastinya akan menggamit kenangan zaman kanak-kanak anda. Ia memiliki pilihan warna dan rasa yang variasi di mana setiap daripadanya mempunyai rasa yang akan memberikan anda keterujaan yang gempak. Kunyah gula-gula getah dengan warna yang berbeza dan lihat ia bertukar menjadi warna lain!

Bahan-bahan: Gula, Asas Gum (Mengandungi Lesitin Kacang Soya), Sirap Glukosa, Kanji Terubah Suai Pengemulsi, Gliserin Humectant, BHA Antioksidan, Warna (E124,E102)

Negara asal: Amerika Syarikat

Saiz: 720 g

Harga: RM20.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Wrigley’s Hubba Bubba Gums

Wrigleys Hubba Bubba Gums
Kredit gambar: Shopee

Hubba Bubba Max adalah gula-gula getah yang memiliki kombinasi perasa yang aneh anda pernah lihat! Gula-gula getah ini berada dalam bentuk gulungan sebanyak 6 kaki. Terdapat 8 variasi rasa sedap ini, iaitu termasuk dengan Triple Treat di mana menggabungkan strawberi, tembikai, dan blueberi dalam satu bungkusan yang unik dan luar biasa.

Bahan-bahan:Gula, Asas Gum, Sirap Jagung, Kurang Daripada 2% Daripada: Gliserol, Asid Sitrik, Perisa Asli Dan Tiruan, Lesitin Soya, Acesulfame K, Aspartam, Warna (Merah 40, Merah 40 Tasik), Bht (Untuk Mengekalkan Kesegaran).

Negara asal: Amerika Syarikat

Saiz: 35 g dan 56 g

Harga: RM15.90 (56 g pek)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Doublemint Juicy Fruit Chewing Gum

Doublemint Juicy Fruit Chewing Gum
Kredit gambar: Shopee

Doublemint Juicy Fruit Chewing Gum adalah gula-gula getah ketiga yang dikeluarkan oleh Wrigley. Meskipun jenama ini menyatakan bahawa perisa sebagai campuran pisang dan nenas, tetapi bagi sebilangan kecil orang, ia memiliki rasa seperti buah nagka. Namun begitu, setiap kunyah pastinya akan memberikan anda nikmat rasa buah-buahan yang penuh berperisa.

Bahan-bahan: Gula, Asas Gum, Sirap Jagung, Perisa Asli dan Tiruan; Kurang daripada 2% daripada: Gliserol, Lesitin Soya, Acesulfame K, Warna (Tasik Kuning 5), Aspartam, BHT (Untuk mengekalkan kesegaran). Phenylketonurics: Mengandungi Phenylalanine.

Negara asal: Amerika Syarikat

Saiz: 15 g and 20 pieces x 15 g

Harga: RM1.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Victory Super Mint Chewing Gum

Victory Super Mint Chewing Gum
Kredit gambar: Shopee

Victory Super Mint Chewing Gum adalah gula-gula getah yang bersaiz mini dengan perasa pudina. Berikutan rasa berangin masih pada tahap yang biasa, kanak-kanak turut boleh menikmati gula-gula getah ini. Misalnya, seperti apa yang kita lakukan pada suatu ketika dahulu. Kunyahan gula-gula getah ini pasti akan membuatkan anda terkenang zaman kegemilangan anda ketika bergelar kanak-kanak.

Bahan-bahan: Tidak dinyatakan

Negara asal: Malaysia

Saiz: 240 pieces

Harga: RM3.50 (30 pieces)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. Wrigley’s Extra White Peppermint Sugarfree Chewing Gum

Wrigleys Extra White Peppermint Sugarfree Chewing Gum
Kredit gambar: Woolworths

Wrigley’s Extra White Peppermint Sugarfree Chewing Gum akan membuatkan anda berasa lebih yakin dan bersedia untuk melalui hari anda dalam apa-apa juga situasi. Sekiranya anda memakan gula-gula getah ini, ia akan mencegah daripada kotoran terbentuk dan memastikan agar setiap senyuman anda akan lebih menyerlah. Nikmati gula-gula getah ini untuk kesegaran nafas yang berpanjangan.

Bahan-bahan:Sorbitol, Maltitol, Asas Gum, Kanji, Humectant (422), Perisa, Pemekat (1420), Manitol, Pengemulsi (Lesitin Soya), Pemanis (951, 950), Natrium Bikarbonat, Ejen Kaca (903), Antioksidan (321).

Negara asal: Australia

Saiz: 14 g, 56 g dan 64 g

Harga: RM29.99 (6 botolx 56 g)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu tentang gula-gula getah: 

  • Jenis gula-gula getah (Berangin atau tidak). Terserah kepada anda! Amun. jika anda inginkan nafas yang segar, gula-gula getah berangin adalah yang terbaik
  • Warna. (Sesetengah gula-gula getah memiliki warna yang terang untuk menarik minat kanak-kanak. Warna adalah tidak bahaya, tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya.)
  • Perisa. (Terdapat banyak jenis perisa gula-gula getah pada hari ini. Bermula dengan yang berangin kepada yang memiliki rasa buah-buahan, semuanya bergantung kepada anda!)

Disclosure: This list was compiled by the team at My Weekend Plan after extensive research and shared opinions to suggest helpful recommendations for the public. The sequence of brands is in no particular order so if you have any other great suggestions too, please email us [email protected]. For more information, kindly refer to our copyright, privacy & disclosure policy.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close