10 Jem Kaya Terbaik di Malaysia 2022

Warna sememangnya elemen yang memberi banyak kesan kepada kebanyakan orang. Sebagai contoh, warna merah dikatakan mampu membangkit selera banyak seseorang. Oleh sebab itu, anda boleh dapati bahawa banyak kedai makanan segera atau kedai ‘francais’ menerapkan penggunaan warna merah sama ada pada cat bangunan mahupun sebagai warna tema pembungkus mereka. 

Sama seperti bintang utama kita pada artikel kali ini, iaitu jem kaya. Tarikan warna jem kaya apabila disapu pada kepingan roti yang dibakar ‘fresh’ dan segar pastinya menjadi tatapan favourite kerana kecantikan hidangan tersebut. Jem kaya atau jem kelapa ini memiliki rasa yang manis, kaya, dan sedap serta sentiasa menjadi kegemaran di seluruh pelusuk Asia Selatan. Ketebalan jem kaya menjanjikan sapuan yang ‘smooth’ sama ada pada permukaan roti atau mana-mana hidangan ‘baked’ yang anda ingin nikmati bersamanya. Setiap suapan atau gigitan pasti akan menjadikan ia semakin ‘addictive’  jadi tidak menghairan jika satu botol atau bekas jem kaya dapat dihabiskan walau dalam masa sehari sahaja. Justeru, dapatkan jenama jem kaya pilihan anda dengan menelusuri cadangan 10 Jenama Jem Kaya Terbaik di Malaysia i! Anda pasti tidak akan menyesal.pada hari in

10 Jenama Jem Kaya Terbaik di Malaysia 2022

1. Old KL Kaya Spread

Old KL Kaya Spread
Image credit: Shopee

Tentu anda sudah tahu bahawa jem kaya yang menjadi kegemaran sepanjang masa, tak lain tak bukan adalah jem kaya tradisional! Old KL menggunakan resepi yang diwarisi secara turun temurun dari generasi ke generasi. Penggunaan bahan semulajadi dan dipilih dan dimasak secara teliti selama 9 jam menjadi kunci kesegaran jem ini. Tekstur yang lembut dan licin umpama sutera mengimbangi rasa antara kelapa dan pandan. Hal ini semestinya menepati citarasa anda yang ‘demand’ terhadap sesuatu makanan. Nikmati Jem Kaya Old KL yang sentiasa ‘win’ dengan roti bakar ataupun kukus. 

Bahan-bahan: Egg, Sugar , Coconut Milk, Pandan Leaves

Negara asal: Malaysia

Saiz: 250g

Harga: RM8.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Penang Homemade Hainanese Pandan Kaya

Penang Homemade Hainanese Pandan Kaya
Image credit: SeeTracker

Rasai setiap sapuan jem kaya yang enak dengan jem kaya buatan sendiri milik Penang Hainanese Pandan Kaya! Sapuan jem kaya ini tidak terlalu manis, jadi rasa pandan masih menjadi bintang utama yang tidak akan mengecewakan anda. Dapatkan Hainanese Pandan Kaya secepat mungkin agar boleh dijadikan makanan santai untuk lepak bersama seisi keluarga yang anda kasihi.

Bahan-bahan: egg, coconut milk, sugar, pandan leaf

Negara asal: Malaysia

Saiz: 280g

Harga: RM8.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak harga di shopee

3. Natural’s Pandan Kaya Coconut Egg Jam

Naturals Pandan Kaya Coconut Egg Jam
Image credit: Shopee

Natural Leaf Pandan Kaya Coconut Egg Jam adalah pilihan yang paling mendapat sambutan hangat di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh rasanya yang tidak terlalu manis dan memiliki aroma kelapa yang akan membuatkan anda terbuai dengan keharuman baunya. Dengan penambahan pandan ke dalam resepi ini, ia telah meningkatkan lagi aroma dan rasa jem ini ke tingkat yang baru. Sebagai tambahan, ia boleh dinikmati bersama roti bakar dengan sedikit sentuhan mentega atau marjerin yang pastinya melengkapkan lagi keenakannya. 

Bahan-bahan: Eggs, Coconut Milk, Sugar, Pandan Leaves, Permitted Colouring

Negara asal: Malaysia

Saiz: 280g

Harga: RM4.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak harga di shopee

4. Gardenia Auntie Rosie’s Natural Pandan Kaya

Gardenia Auntie Rosies Natural Pandan Kaya
Image credit: Shopee

Gardenia Auntie Rosie’s Natural Pandan Kaya adalah jem kelapa yang diperbuat daripada bahan-bahan yang ringkas tetapi amat berkualiti. Selain itu, jem ini tidak mempunyai sebarang perasa atau pewarna tiruan. Jadi, anda boleh menikmati dengan santai tanpa sebarang keraguan. 

Bahan-bahan: Coconut Milk, Egg, Caramel And Pandan Leaf Extract.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 230g

Harga: RM3.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak harga di shopee

5. Nona Kaya Coconut Jam

Nona Kaya Coconut Jam
Image credit: Shopee

Nona’s Kaya Coconut Jam adalah antara resepi jem kaya yang tentunya akan membuatkan anda menggamit memori atau kenangan pada suatu ketika dahulu. Jem ini merupakan pilihan yang tepat sekiranya anda inginkan jem yang betul-betul menyerlah rasa pandan. Sudah pasti anda boleh menikmati roti bakar dengan sapuan jem ini bersama secangkir kopi atau teh tarik pada waktu pagi untuk menceriakan lagi pagi anda. Rasai jem kaya pilihan No.1 dengan tekstur yang ‘smooth’ bak baldu ini pada hari ini!

Bahan-bahan: Sugar, coconut milk, flour, egg powder(4%), permitted colours(tartrazine E102, sunset yellow E110).

Negara asal: Malaysia

Saiz: 480g

Harga: RM5.50 (Shopee) | RM6.50 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Packer Pandan Kaya Spread

Packer Pandan Kaya Spread
Image credit: Shopee

Sekiranya anda tercari-cari jem kaya yang bebas kandungan gula atau ‘diabetic-friendly’, maka Packer’s Pandan Kaya Spread adalah penyelesaian untuk anda. Jem kaya ini turut menambat hati majoriti peminat ‘toast’ dan menjadi pilihan untuk dinikmati ketika bersarapan atau semasa ‘snacking hours’. Anda boleh nikmati hidangan ini bersama waffles, toast, atau makanan ‘baked’ yang lain! Jem ini pastinya tidak akan mengehadkan cara untuk anda nikmatinya. Pastikan anda dapatkan Packer’s Pandan Kaya Spread pada hari ini dan kongsi nikmat kelazatannya bersama yang tersayang!

Bahan-bahan: Maltitol, Eggs, Coconut Milk, Pandan Powder, Pandan Juice, Himalayan Salt (No preservatives, No artificial color. Products have been pasteurized.)

Negara asal: Malaysia

Saiz: 220g

Harga: RM5.85

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak harga di shopee

7. Fresh Bulk 100% Natural Pandan Kaya Coconut Jam

Fresh Bulk Natural Pandan Kaya Coconut Jam
Image credit: Fresh Bulk

Fresh Bulk Kaya Coconut Jam ini mempunyai rangkaian peminat tersendiri di Malaysia. Hal ini adalah disebabkan oleh penggunaan bahan-bahan gred premium. Penggunaan bahan tersebut menghasilkan kesan jem yang ‘smooth’ seperti sutera. Selain enak dimakan begitu sahaja, anda boleh membangkitkan lagi selera anda dengan menikmati jem ini bersama roti bakar mentega ditemani secawan teh tarik atau kopi style Malaysia. Bagi yang sudah familiar dengan term itu, pasti anda sudah tahu nikmat yang anda dikecapi dengan gabungan semua rasa tersebut bukan? Jadi, jangan lepaskan peluang nikmati keenakannya sekarang!

Bahan-bahan: freshly squeezed coconut milk, pure palm sugar, kampung eggs and pandan leaves

Negara asal: Malaysia

Saiz: 180g

Harga: RM14.20 (Shopee) | RM20.90 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Dollee Traditional Kaya

Dollee Traditional Kaya
Image credit: Zhang Village

Misi Dollee Traditional Kaya adalah untuk ketengahkan raas nostalgia jem kaya dengan sedikit rasa karamel. Ia diperbuat berdasarkan resepi tradisional di mana anda akan dapat menikmati rasa yang familiar dan tidak menjemukan anda sepanjang masa. Nikmati dengan secawan kopi panas untuk gabungan rasa yang lebih ‘kick’ lagi!

Bahan-bahan: Sugar, Coconut Milk (28%), Eggs (14%), Pandan (Screwpine) Leaves, Caramel.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 400g

Harga: RM9.10

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Yeo’s Seri Kaya Original

Yeos Seri Kaya Original
Image credit: Yeo’s

Yeos Original Seri Kaya tidak terkecuali daripada menjadi jem kesayangan sebilangan besar peminat ‘toast’ di Malaysia sehingga hari ini. Selain itu, faktor yang menyumbang kepada populariti jem ini adalah konsistensi yang tebal, rasa yang manis dan amat versatil untuk dimakan. Dengan adanya Yeo’s, anda boleh nikmati jem ini dengan apa-apa jua hidangan roti dan turut boleh digunakan dalam penyediaan kuih. Pendek kata, tiada yang mustahil dengan Yeo’s!

Bahan-bahan: Sugar,eggs,coconut,wheat Flour,modified Starch,soy Protein And Salt. Contains Permitted Flavouring And Colouring Of Synthetic Origin.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 300g

Harga: RM4.20 (Shopee) | RM4.80 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. Agromas Seri Kaya Madu

Agromas Seri Kaya Madu
Image credit: Usrah Mart

Konsistensi yang lembut nan tebal. Itulah yang boleh digambarkan dengan Agromas Seri Kaya Madu yang menjadikan ia memiliki rasa yang membuatkan anda rasa seperti sebotol belum cukup untuk kegunaan seisi keluarga. Penerapan elemen rasa manis ‘madu’ telah menjadikan ia lebih manis dan enak. Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi nikmat keenakan jem ini pada hari ini juga!

Bahan-bahan: Egg, Coconut Milk, Sugar, Honey and Permitted Food Conditioner.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 280g

Harga: RM5.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Tips:

  • Rahsia untuk mengekalkan tahap kesegaran dan keenakan jem kaya adalah sekiranya anda menyimpannya di dalam peti ais, ia boleh bertahan selama 1 atau 2 bulan.
  • Sekiranya jem kaya anda menjadi berketul-ketul sebelum waktunya, anda boleh mengaulnya sehingga ketulan itu hilang.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close