10 Jenama Jeli Pilihan di Malaysia

Pada masa dahulu, di Eropah, jeli dikategorikan sebagai salah satu pencuci mulut yang mewah kerana ia dihidangkan pada majlis atau acara yang diadakan secara besar-besaran. Lazimnya, jeli di Eropah diperbuat daripada ketulan pelbagai jenis buah sehingga ke tiga peringkat pembuatan. Namun begitu, pada masa kini, cara pembuatan jeli adalah lebih ringkas dan lebih kecil. Hal ini sekaligus menjadikan jeli sebagai snek yang mudah untuk anda nikmati.

Jika dibandingkan dengan puding, jeli memiliki penampilan yang lebih jelas dan bersifat lut sinar beserta diperbuat dengan campuran buah-buahan yang kaya dengan perasa. Secara khususnya, jeli hanya dihasilkan daripada air dan jus buah. Ia juga memiliki kandungan gula yang secukupnya untuk melengkapkan rasa jeli tersebut. Pektin merupakan antara bahan yang penting dalam pembuatan jeli kerana ia bertindak sebagai ejen pembentuk gel yang bertujuan untuk menggabungkan elemen-elemen lain bersama. 

Apakah 10 Jenama Jeli Pilihan yang terdapat di Malaysia 2022? 

1. Japan Orihiro Konnyaku

Japan Orihiro Konnyaku Jelly
Image credit: Amazon

Jeli daripada jenama ini dipaketkan secara asing dengan bentuk pencegahan sedutan dalam saiz yang kecil. Selain itu, ia juga mempunyai tekstur yang tersendiri dan memiliki kombinasi rasa yang enak daripada jus buah-buahan. Sedap tetapi rendah kalori! Jadi, semua orang bukan sahaja dapat menikmati rasa snek jeli yang sedap bahkan juga dapat manfaat daripada pilihan snek yang lebih sihat!

Bahan: Gula Cecair Fruktosa Dekstrosa, Gula, Jus Buah, Sirap Kanji Terkurang, Tepung Konjac, Asidulan, Agen Pembentuk Gel (Polysaccharide pemekat), Perisa, Kalium Klorida, Pemanis (Acesulfame K, Sucralose), Pigmen Karotenoid

Negara asal: Jepun

Saiz: 120 g 

Harga: RM5.20

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. AliBaba Fruit Jelly

AliBaba Fruit Jelly
Image credit: Shopee

Anda teringin makan snek jeli yang sedap? AliBaba Fruit Jelly sedia memastikan selera anda dipenuhi! Jeli buah ini datang dalam aneka perasa buah-buahan yang membolehkan anda untuk menikmati bersama teman mahupun keluarga. Tambahan p[ula, jeli buah ini juga antara jeli buah yang paling murah untuk didapati di Malaysia. Tetapi, jangan risau, rasa jeli buah ini tetap enak dan boleh dinikmati bersama yang tersayang!

Negara asal: China

Saiz: 250 g

Harga: RM0.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Rico Wizzy Jelly

Rico Wizzy Jelly
Image credit: Shopee

Rico Wizzy Jelly adalah snek jeli yang menyeronokkan dengan empat perisa yang berbeza, iaitu, epal, oren, anggur, dan strawberi. Jeli yang ‘jiggly’ dan mampu mengenyangkan ini memiliki rasa yang manis dan rasa buah-buahan yang menarik. Anda boleh menikmati rasa yang ceria dan menarik di setiap gigitan jeli sambil melihat bagaimana ia meletus keluar daripada paket yang bersifat ‘elastik’!

Bahan: Air, Gula, Sucralose, Ekstrak Rumpai Laut, Asid Sitrik, Potassium Sorbat, Kalium Sitrat, Perisa Tiruan: (Oren Epal, Anggur, Strawberi) dan warna (E110, E129. E133).

Negara asal: Malaysia

Saiz: 920 g

Harga: RM5.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak harga di shopee

4. Tarami No Dossari Fruit Jelly Series

Tarami No Dossari Fruit Jelly Series
Image credit: Shopee

Nikmati keenakan buah semulajadi disertakan dengan jeli mewah daripada Tarami No Dossari Fruit Jelly Series di mana ia menampilkan rasa manis dan menyegarkan. Kemudian, jeli ini memiliki tekstur yang kaya dan perisa yang segar, rasa yang menyegarkan ini dihasilkan dari jus buah asli dengan ketulan-ketulan buah-buahan.

Bahan: Ketulan Buah, Jus Buah, Gula/Glukosa-Fruktosa, Jus Lemon, Maltodekstrin, Agar, Gelan, Antioksidan(asid L-askorbik), Asidulan, Perisa, Kalsium Laktat

Negara asal: Japan

Saiz: 230 g

Harga: RM5.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Rico Mix Fruit Jelly

Rico Mix Fruit Jelly
Image credit: Shopee

Rico Mix Jelly Fruit datang bersama bentuk jeli klasik ‘cumi-cumi’ dengan beraneka persia. Jeli buah-buahan ini mempunyai tekstur yang lembut dan licin di mana sesuai dan selamat untuk kanak-kanak. Nikmati keenakan jeli ini bersama yang tersayang sekarang!

Bahan: Air, Gula, Ekstrak Rumpai Laut, Asid Sitrik, Perisa yang Dibenarkan (Epal, Oren, Strawberi, Nanas), Kalium Sitrat, Kalium Sorbat, Sucralose, Warna (E102, E110, E129, E133).

Negara asal: Malaysia

Saiz: 250 g

Harga: RM1.20

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Captain Dolphin Fruit Jelly Cup Nata De Coco

Captain Dolphin Fruit Jelly Cup Nata De Coco
Image credit: Captain Dolphin

Captain Dolphin dikenali dengan penggunaan bahan yang berkualiti tinggi, iaitu menggunakan Nata De Coco yang premium, di mana hal ini termasuklah sama ada dalam produk minuman sehinggalah ke produk jeli dan puding mereka. Seterusnya, jeli ini turut bergabung dengan kelazatan nata de coco. Jeli ini boleh didapati dalam pelbagai jenis perisa, iaitu laici, mangga, strawberi, anggur, oren, dan nenas dalam satu paket yang sama. 

Bahan: Water, Nata De Coco, Sugar, Fruit Juice(Lychee, Mango, Grape, Strawberry, Orange, Pineapple), Carrageenan, Non Dairy Creamer, Citric Acid(E330), Flavour(Lychee, Mango, Grape, Strawberry, Orange, Pineapple), Malic Acid(E296), Acesulfame Potassium(E950), Sorbic Acid(E200), Aspartame(E951), Sucralose(E955) & Colouring(E102, E110, E122, E133).

Negara asal: Malaysia

Saiz: 780 g

Harga: RM1.35

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak harga di shopee

7. Didi Club Pudding Jelly Stick Mixed Fruit Flavor

Didi Club Pudding Jelly Stick Mixed Fruit Flavor
Image credit: Shopee

Didi Club Pudding Jelly Stick Mixed Fruit Flavor adalah jeli dalam bentuk yang ‘stick’. Jeli ini amat memudahkan si penggemar jeli. Hal ini kerana anda hanya perlu memotong bahagian atas pembalut jeli tersebut dan semudah itu hanya boleh terus makan! Anda boleh makan dan menikmati jeli anda semudah ABC. Jangan lupa untuk menikmati aneka perisa dan rasa yang ditawarkan oleh Didi Club Pudding Jelly Sticks.. 

Bahan: Tidak dinyatakan 

Negara asal: Malaysia

Saiz: 450 g

Harga: RM2.40

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Cozzo Mix Fruit Jelly Stick

Cozzo Mix Fruit Jelly Stick
Image credit: Villa Market

Cozzo Mix Fruit Jelly Stick merupakan jeli pilihan dan kegemaran ramai dalam kalangan semua lapisan umur bagi memuaskan selesa mereka yang suka akan snek yang manis. Jeli ini mempunyai letusan rasa manis dan rasa buah yang kuat. Selain itu, ia juga turut mempunyai kepelbagaian rasa ‘jelly straws’ yang berperisa buah-buahan. Stik jeli ini amat dikenali dengan perisa buah-buahan dan tekstur yang menarik.

Bahan: Water, Sugar, Stabiliser (E407), Acidity Regulator (E330), Mango Juice (0.1%), Lychee Juice (0.3%), Apple Juice (0.1%), Grape Juice (0.1%), Mango Flavour (0.05%), Lychee Flavour (0.5%), Apple Flavour (0.05%), Grape Flavour (0.05%), Colours (E102, E129, E133).

Negara asal: Malaysia

Saiz:  240 g

Harga: RM3.29

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Sunfruit Jelly Stick

Sunfruit Jelly Stick
Image credit: Shopee

Sunfruit Jelly Sticks merupakan produk jeli yang dibuat dalam bentuk yang mudah untuk dipegang, di mana bagus untuk kanak-kanak dan juga golongan dewasa. Jeli ini boleh didapati dalam berbagai-bagai perisa dan warna yang terang. Jeli jenis stik ini adalah mudah dan kurang memberi kesan ‘comot’ kepada si pemakan dan mudah diuruskan. Stik jeli ini elok apabila dimakan ketika sejuk atau beku.

Bahan: Not Stated

Negara asal: Malaysia

Saiz: 400 g

Harga: RM2.10

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10.  Akiko Fruit Flavoured Jelly

Akiko Fruit Flavoured Jelly
Image credit: Shopee

Akiko Fruit Flavoured Jelly adalah jeli yang bagus untuk diberikan kepada anak-anak anda. Tambahan pula, jeli ini amat lembut dan senang untuk dikunyah. Selain itu, jeli ini boleh dijadikan hidangan snek yang menyegarkan. Anda boleh menikmati keenakan jeli ini terus pada ketika paket dibuka. Namun begitu, ramai akan menyarankan bahawa adalah lebih baik untuk makan setelah jeli tersebut diletakkan di ruang sejuk di dalam peti ais. 

Bahan: Tidak dinyatakan

Negara asal: Malaysia

Saiz: 265 g

Harga: RM1.60

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Jeli dapat dijadikan makan sampingan yang menarik ketika anda menikmati pencuci mulut anda. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh anda lakukan untuk menikmati jeli:

  • Letakkan di atas aiskrim anda. (Yummy!)
  • Ambil sedikit jeli dan letakkan di roti anda untuk makan bersama jem kegemaran anda.
  • Tambahkan jeli pada campuran muesli atau campuran granola untuk tekstur yang menarik dan lebih keenakan rasa manis.
  • Letakkan jeli dalam campuran puding. (Perbezaan dalam aspek tekstur akan membangkitkan lagi rasa seronok untuk menjamahnya!)

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close