10 Jenama Kordial Jus Pekat Terbaik di Malaysia 2022

Jus concentrate atau jus pekat/ kordial ialah jus buah-buahan yang mana kebanyakan airnya telah diekstrak. Bergantung pada jenisnya, ia mungkin menawarkan beberapa nutrien penting, termasuk vitamin dan mineral yang terdapat dalam buah secara keseluruhannya kepada para pengguna. 

Walaupun ia tidak mempunyai kandungan serat secara keseluruhan, jus ini tetap menawarkan anda elemen kesihatan yang lain sewaktu anda meminumnya. Setiap jenis jus mempunyai profil pemakanan tersendiri, tetapi beberapa jus juga berkongsi kelebihan pemakanan dan faedah kesihatan yang sama. 

Adakah produk minuman ini sesuai untuk setiap lapisan masyarakat?

Jawapannya, ya. Para pengusaha telah bersusah-payah untuk menghasilkan kordial atau jus minuman pekat tanpa bahan tiruan untuk dinikmati oleh setiap lapisan umur. Mereka membangunkan jus-jus seperti ini bagi memberi peluang kepada para pengguna untuk merasai kelazatan sebenar jus buah-buahan.

Selain itu, setiap perahan jus buah-buahan ini juga mengandungi vitamin C, mineral dan juga vitamin lain bagi mengekalkan kesihatan para pengguna yang meminumnya. Paling menarik, kordial seperti ini juga sering dijadikan bahan perisa dalam masakan atau baking para suri rumah untuk menghasilkan kek atau pencuci mulut yang bakal dinikmati bersama keluarga pada waktu minum petang.

10 Jenama Kordial Jus Pekat Terbaik di Malaysia 2022

Nutrifres Concentrate Fruit Juice
Kredit Gambar: Nutrifres

Dengan Jus Pekat Nutrifres, Smoothie sangat mudah dibuat, Anda cuma perlu tuangkan Jus Pekat Nutrifres ke atas ais dan kisarkannya, atau campurkan kordial ini dengan susu atau air. Sungguh cepat dan sedap! Anda boleh menikmati Smoothie buatan anda bersama pelbagai jenis kopi dan teh gourmet anda. Nutrifres menawarkan pelbagai perisa jus buah Concentrate untuk pengguna bagi menghasilkan minuman biasa atau Smoothies, Kek, Koktel, Mocktail dan lain-lain mengikut cita rasa anda.

Saiz: 1,000g / Botol

Negara asal: Malaysia

Youtube Link: https://www.youtube.com/channel/UCfn49dte-B8gD8fXbStqRcg

Maklumat Produk: https://www.nutrifres.com.my

2. GoldJuice 100% Sugarcane Juice

Kredit Gambar: GoldJuice

Rasa GoldJuice sungguh segar! Jus Tebu Segar dan Asli ini terletak di Johor Bahru. Produk ini menggunakan tebu yang baru  diperah dan berkualiti baik yang diperoleh dari ladang di Malaysia. Syarikat ini juga sentiasa menyediakan jus tebu yang paling bersih dan segar kepada semua orang demi menarik perhatian ramai pelanggan. Selain itu, produk minuman ini bebas daripada bahan, warna dan perisa tiruan menjadikan anda hanya merasai rasa kemanisan tebu sebenar apabila meminumnya.

FACEBOOK

3. MIZICOR CALAMANSI PUREE

Kredit Gambar: MIZICOR CALAMANSI PUREE

Kalamansi mempunyai campuran sempurna antara masam manis, dipenuhi dengan aroma kulit sitrus yang semula jadi.  Produk ini dikekalkan sebagai ekstrak hijau daripada kulit sitrus yang memberikan warna semula jadi puri tersebut. Kalamansi juga kaya dengan Vitamin C, kalsium, zink, fosforus, magnesium dan kalium yang tinggi untuk menjadikan produk minuman ini sihat untuk para pengguna. Untuk penyimpanan pula, anda perlu menyimpan kordial ini di tempat yang terlindung daripada cahaya matahari bagi mengekalkan kualitinya.

Bahan-bahan: Buah Kalamansi, Gula, Puree Kalamansi, Sirap Glukose, Air, Fructose, Modified Rice Starch, Ascorbic Acid, Citric Acid, Sodium Lactate, Pectin.

Semak Harga di lamboplace

4. Beveco fruit juice concentrates

Kredit Gambar: Beveco

Jus buah Beveco ialah formula khas yang dibuat dengan memekatkan dan memproses jus yang telah diekstrak. Dengan kata lain, jus ini mempunyai kandungan jus sebenar dan bukannya sirap berperisa gula biasa. Beveco adalah salah satu pembekal minuman terkemuka di Lembah Klang untuk perniagaan makanan & minuman. Namun, syarikat ini mengambil pendekatan berbeza. Oren dengan pulpa mereka adalah yang pertama dan satu-satunya di pasaran yang mempunyai pulpa dalam bentuk pekat. Selain itu, ia juga mempunyai rasa segar yang berbeza daripada jus oren lain dengan membekalkan kandungan Vitamin C yang tinggi untuk kesihatan para pengguna. Cara menyediakan minuman ini juga sangat mudah. Anda hanya memerlukan menambahkan air minuman dan kordial serta kacaunya bersama-sama sehingga sebati. Selain daripada membuat minuman, kordial jus buah kami sering digunakan sebagai jem atau sebagai perisa dalam membuat jeli atau kek.

Perisa: Oren & Pulpa, Mangga, Strawberi, Laici, Blackcurrant, Kalamansi

Semak Harga di LAMAN WEB

5. Nanya Beverage Sdn Bhd (NBE)

Kredit Gambar: Nanya Beverage Sdn Bhd (NBE)

Prinsip Nanya Beverage adalah untuk memberikan kesegaran kepada semua pelanggannya yang dihargai. Nanya Beverage Sdn Bhd telah mengalami peningkatan jualan dua angka yang mengagumkan dalam pengedaran produk  mereka di Malaysia dan pasaran antarabangsa serta memenuhi pasaran O.E.M (Original Equipment Manufacturer). NBE, sebagai perintis bagi pengeluar tempatan, mempunyai pelengkap unik terhadap produk minumannya yang menarik untuk para pengguna di pasaran yang luas. NBE semakin popular sebagai pengeluar “Jus Pekat” berkualiti di Malaysia yang diperkaya dengan kesegaran & rasa buah asli yang berkualiti. Anda boleh mencampurkan kordial ini dengan air sejuk dan menikmatinya pada cuaca panas terik. Untuk memastikan kualiti kordial ini bertahan lama, anda boleh menyimpannya di peti sejuk.

Perisa: Alfalfa wheatgrass, Lobak, Buah Naga, Anggur, Epal Hijau, Tembikai Susu, Kalamansi Kiwi, Lemon, Laici, Mangga, Oren, Markisa, Pic Nanas, Pink guave, Salted plum, Soursop, Soursop de guava, Strawberi, Jagung Manis and Tembikai.

Semak Harga di lazada

6. Asia Farm Premium Yuzu Juice Concentrate

Kredit Gambar: Asia Farm Premium Yuzu

Premium Yuzu Juice Concentrate ini boleh digunakan sebagai hidangan minum petang, atau campuran koktail semasa perayaan atau acara yang diadakan. Paling menarik, anda juga boleh menggunakan produk ini di dalam masakan terutama apabila anda sedang membuat pencuci mulut yang enak. Produk ini sebenarnya diperbuat daripada buah yang baru diperah bagi memberikan anda rasa asli dan lazat jus buah-buahan sebenar.

Semak Harga di LAMAN WEB

7. Sunquick

Kredit Gambar: Sunquick

Dibangunkan oleh Petersen brothers pada tahun 1960-an, Sunquick berjaya menetapkan piawaian untuk pekatan minuman berasaskan buah-buahan di seluruh dunia. Kini, jenama ini merupakan salah satu produk minuman paling popular di dunia. Sunquick Concentrate telah disayangi dan dipercayai oleh generasi kini. Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan mempunyai pelbagai perisa seperti Oren dan pelbagai jenis perisa buah, Sunquick dibuat dengan menggunakan jus buah-buahan dan bebas daripada perisa tiruan, warna dan pemanis. Ia juga membekalkan vitamin C. Dengan rasa lazatnya yang tersendiri, kaya dan menyegarkan, setiap botol pekat berkualiti premium ini mengandungi kordial yang boleh menghidangkan banyak minuman untuk keluarga dan rakan-rakan.

8. Red Horse

Kredit Gambar: Red Horse

Ditubuhkan pada tahun 1964, Red Horse Fruit Juice Manufacturers Sdn. Bhd. ialah pengeluar & pengeksport minuman terkemuka di Malaysia. Syarikat ini pakar dalam menghasilkan kordial jus buah-buahan premium, sirap berperisa dan minuman pekat. Semua produk mereka dipasarkan dan diedarkan oleh syarikat  Shoon Kee Fruit Juice Sdn. Bhd.

Perisa: Laici, Jagung, Mangga, Oren, Sourplum, Strawberi, Ros, Tebu, Pandan, Sarsi, Anggur

Semak Harga di LAMAN WEB

9. Sun Up

Kredit Gambar: Sun Up

Sun Up Fruit Drink Base Concentrates  diperbuat daripada puri jus buah-buahan yang diimport yang berkualiti tinggi dan diperkaya dengan Vitamin B6, C dan E. Rangkaian asas minuman buah-buahan ini menawarkan pilihan buah-buahan komprehensif yang lazat dan menyegarkan untuk anda pilih. Selain itu, produk ini juga tidak mengandungi warna tiruan dan disahkan halal. Yang penting, produk ini melalui proses audit GMP dan ISO bagi memastikan penghasilan produk ini terbaik dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Perisa: Mangga, Pink Guava, Tembikai Susu, Oren & Mangga, Strawberi, Epal, Kiwi, Angur Merah, Oren, Oren & Pulpa, Nanas, Soursop, Oren & Pic, Laici, Lemon, Buah Exotik, Buah Merah, Mangga & Pic, Pic, Tropika, Blackcurrant

10. GREENHILL ® Fruit Drink

Kredit Gambar: GREENHILL

Produk ini merupakan produk berkualiti yang dibangunkan khas untuk memenuhi permintaan pengguna yang memilih minuman buah-buahan yang lebih berkhasiat. GreenHill ® Fruit Drink Base diproses daripada jus pekat dan  mengandungi sehingga 90% jus. Ia diperkaya dengan vitamin A, B C dan tidak mengandungi sebarang pemanis tiruan. Walaupun ia sangat pekat, kordial ini boleh digunakan  di dalam susu kocak, ais krim, pencuci mulut.

Perisa: Blackcurrant, Laici, Mangga, Buah Campuran, Oren, Pink Guava, Epal, Kiwi, Soursop

Semak Harga di minibizs

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close