10 Jenama Marjerin Terbaik yang Terdapat di Malaysia 2022

Selama berkurun-kurun, roti adalah makanan pertama yang akan difikirkan oleh kebanyakan orang apabila bercakap soal marjerin. Marjerin pada dasarnya menjadikan roti lebih enak dan sihat. Namun begitu, sebilangan besar golongan ibu-ibu menggunakan marjerin sebagai resepi harian yang sering digunakan untuk menambah perasa dalam masakan mereka. 

Adakah anda tahu bahawa terdapat begitu banyak kegunaan marjerin dalam masakan?

Marjerin digilai dek kemudahan untuk menggunakanya, selama berdekad marjerin menjadi pilihan ‘bakers’ berikutan teksturnya yang lembut menjadikan ia lebih mudah untuk diadun untuk tujuan pembekuan krim mentega atau menjadikan krim kepada gula yang seterusnya menghasilkan kek span. Di samping kegunaan biasa marjerin, ia juga boleh digunakan sebagai pengganti mentega, tetapi, hasilnya nanti tidaklah secantik penggunaan mentega. Seterusnya, marjerin juga sesuai digunakan dalam mana-mana resepi yang menggunakan cecair gula bersama ejen pembakar. Hal ini kerana lemak tepu mengemulsikan bahan-bahan seperti telur atau pengganti telur.

Bagaimanakah cara untuk menyimpan marjerin? 

Marjerin perli disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 40℉ (4℃) atau ke bawah pada bahagian atas atau tengah rak. Marjerin juga mampu bertahan selama 3 ke 4 bulan sekiranya masih belum digunakan. Marjerin perlu diletakkan di dalam peti, dan digunakan dalam tempoh masa 2 bulan ketika ia dibuka. Kemudian, marjerin juga boleh dibekukan: kegunaan sehingga 6 ke 9 bulan bagi mentega dan 6 ke 8 bulan bagi marjerin.

10 Jenama Marjerin Terbaik yang terdapat di Malaysia 2022

1. Planta

Image credit: Lazada

Planta telah digunakan di Malaysia untuk suatu tempoh yang agak lama. Anda boleh menggunakan marjerin planta yang pelbagai kegunaan ini sama ada untuk memasak, membakar, atau sebagai ‘spreading’. Ia bukan sahaja enak, tetapi turut mengandungi nutrisi yang baik, iaitu vitamin A, B1. B2, B6, B12, D,E, niacin dan asid folik. Anda pasti akan jatuh cinta dengan aroma dan rasa marjerin Planta ini.

  • Pelbagai kegunaan
  • Kaya dengan khasiat pelbagai jenis vitamin, Niacin dan asid folik

2. Pelangi 

Image credit: Lazada

Makanan akan menjadi lebih versatile dengan adanya marjerin Seri Pelangi! Marjerin jenama ini diperbuat daripada minyak sawit yang berkualiti. Anda juga boleh menggunakan marjerin ini untuk tujuan membakar, memasak dan sudah tentunya sebagai sapuan atau ‘spreading’ atas roti. Marjerin ini membantu untuk menambahkan keenakan dan rasa ‘bakar’ pada makanan anda!
Seterusnya, aroma yang kuat daripada marjerin Pelangi akan memastikan setiap suapan akan membangkitkan deria rasa anda, tanpa mengira apa jua jenis masakan yang anda hasilkan!

3. Adela 

Image credit: Delima Oil Products

Marjerin Adela adalah diperbuat daripada minyak sawit yang terbaik dan kaya dengan 9 jenis vitamin dan tidak mengandungi kolestrol. Rasa mentega French dalam marjerin pelbagai guna ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda gunakan dalam masakan anda. Anda boleh gunakan marjerin ini ketika membakar kek kesukaan anda, membuat pastri, dan biskut. Ia membantu untuk mencapai rasa mentega yang kaya dan turut memastikan rasa hasil masakan adalah sedap dan menepati citarasa serta boleh digunakan sebagai sapuan pada roti! Ia juga sesuai digunakan oleh vegetarian. Tekstur marjerin Adela adlah amat lembut dan nipis. Oleh sebab itu, ia mudah cair jika diletakkan pada suhu bilik. Jadi, anda perlulah sentiasa ingat untuk menyimpan marjerin Adela di tempat atau ruangan simpanan yang sejuk.

Boleh didapati dalam saiz: 240g, 480g, 1kg & 2.5kg

4. Daisy 

Image credit: Lazada

Marjerin Daisy dengan BakePlus, diperbuat daripada minyak buah-buahan asli, bagus untuk membakar kerana ia memberikan rasa ‘buttery’ kepada masakan. BakePlus membantu untuk meningkatkan isipadu kek dan krim. Di samping itu. Marjerin Daisy ini amat versatile atau serba guna untuk digunakan bagi kegunaan lain, seperti memasak, menggoreng, barbeku, dan memanggang. Marjerin Daisy juga bebas kolestrol dan kaya dengan 9 jenis vitamin, iaitu vitamin A, B1, B2, B6, D, dan E. Tambahan pula, marjerin ini sesuai digunakan sebagai sapuan untuk roti bagi tumbesaran kanak-kanak dan keluarga yang sihat.

Boleh didapati dalam saiz: 250g, 500g, 1kg, 2.5kg and 4.8kg

5. Nuttelex 

Image credit: Lazada

Nuttelex Original adalah pencetus yang meletakkan standard yang moden untuk kita menikmati roti dengan cara yang lebih sihat. Ia merupakan produk pertama di Australia yang tidak mengandungi kolestrol, sapuan yang 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan yang dijual secara antarabangsa di pasaraya. Namun, sehingga hari ini ia kekal di carta tertinggi di kategori marjerin dan kegemaran seisi keluarga di Australia. Ia juga merupakan sapuan yang bernutrisi dan serba boleh ini memiliki 65% kurang lemak tepu dan 55% kurang gula dari mentega. Selain itu, marjerin ini juga menjadi pilihan yang terbaik apabila berkait dengan penyediaan makanan di sekolah, majlis-majlis khas, dan hospital. Tambahan pula, ia mengandungi lesitin bunga matahari di mana ia membawa perbezaan antara produk-produk yang menggunakan lecithin soya. Jadi, itulah penyebab utama produk ini amat istimewa. Selain itu, manfaat lainnya adalah ia turut sesuai digunakan oleh mereka yang vegetarian.

  • Dihasilkan di Australia
  • Tiada tenusu, sesuai untuk vegetarian
  • Tiada kacang atau soya
  • Tiada gluten
  • Tiada bahan pengawet
  • Pewarna dan perisa semulajadi
  • Bebas minyak kolestrol
  • Kurang garam

6. Puteri 

Image credit: Lazada

Marjerin Puteri adalah marjerin yang diperbuat daripada minyak sawit yang berkualiti dan amat sesuai dijadikan pilihan utama dalam masakan anda. Anda boleh gunakan marjerin ini ketika membuat kek, roti, biskut, muffin, krim, dan banyak lagi. Marjerin ini bukan sahaja bebas daripada kandungan kolestrol, tetapi ia juga mempunyai rasa vanila di mana ia membuatkan lagi masakan anda rasa lebih enak, khususnya ketika anda membuat kek dan produk makanan yang seangkatan dengannya.

7. President Ambassador Dairy Spread

Image credit: Lazada

Président Ambassador Salted Dairy Spread adalah suatu produk yang memiliki pelbagai kegunaan dalam aspek masakan. Dengan kadar lemak 80%, produk jenama ini sesuai digunakan sebagai ‘spread’ untuk membakar kek kesukaan anda atau menggoreng daging bagi membangkitkan rasa kelazatannya. President Dairy Spread adalah produk yang tidak mengandungi tenusu dan laktosa. Ia juga amat stabil jika diletakkan pada suhu tinggi dan sesuai ketika penggunaan kelajuan yang tinggi semasa ‘mixing’ apabila anda ‘baking’. Ia merupakan pilihan yang ideal untuk ‘baking’ dan memiliki kualiti krim kultur yang tinggi.

8. Naturel 

Image credit: Lazada

Naturel Soft Margarine adalah produk yang sihat dan bebas kolestrol yang mencapai gaya hidup sihat pada hari ini. Selain tidak mengandungi kolestrol, ia juga kaya dengan omega 3 dan 6. Seterusnya, anda boleh menggunakan marjerin ini sebagai ‘spread’ untuk masakan atau ketika anda ‘baking’.

Marjerin Naturel mengandungi:

  • Naturel Canola Spread dengan DHA
  • Naturel Soft Margarine
  • Naturel Reduced Fat Spread, contains 32% less fat
  • Naturel Reduced Salt Margarine, contains 44% less salt
  • Naturel Olive Spread, formulated with Extra Virgin Olive Oil and has 33% less fat

9. MeadowLea

Image credit: Lazada

MeadowLea® telah menjadi produk kesayangan dalam kalangan orang Australia selama lebih 80 tahun! Marjerin ini dihasilkan daripada kebaikan biji benih tumbuh-tumbuhan semulajadi iaitu ‘canola oil’ dan dibesarkan di ladang yang diinspirasikan lalu dijadikan nama untuk produk ini, iaitu MeadowLea. Sapuan atau ‘spread’ MeadowLea memiliki kurang daripada 70% lemak tepu dari mentega, dan biji benih yang dijaga oleh orang Australia adalah punca sumber Omega 3 dalam produk ini dan tidak memiliki sebarang pewarna atau perasa tiruan. Produk MeadowLea ini adalah 100% merupakan buatan Australia dan mengandung vitamin A & D. Ia juga boleh didapati dalam perasa Original, kurang gula dan rangkaian canola dengan pelbagai pilihan saiz. Anda juga tentunya boleh menggunakan marjerin ini sebagai sapuan atau ‘spread’ pada roti, kuali, ‘baking’ dan juga untuk tujuan menumis masakan.

10. Mother’s Choice Spread

Image credit: Jaya grocer

Mother’s Choice spread adalah 100% produk buatan Australia dengan minyak sayur-sayuran yang dikisar, kaya dengan vitamin, tidak mengandungi kolestrol dan mempunyai sijil pengiktirafan halal. Ia merupakan antara marjerin yang berkualiti tinggi dengan tekstur yang lembut dan halus. Hal ini sekaligus menyumbang kepada kemudahan untuk menggunakan marjerin ini sebagai sapuan atau ‘spread’, bahan masakan, menggoreng ataupun ‘baking’. MOTHER’S CHOICE (marjerin mentega) adalah produk pelbagai guna dalam bidang masakan yang menarik, lembut, dan mudah digunakan dengan baik. Ia turut dikembangkan untuk menjadi produk yang mempunyai tahap keboleh sebaran dan kualiti penghasilan yang tinggi. Sapuan roti yang dicadangkan 0 Sandwich. Kualiti kek terbaik, kek seribu lapisan. Biskut. Roti manis dan doh donat. Martabak manis. Ia turut boleh digantikan dengan minyak masak bagi mendapatkan rasa masakan yang lebih umph!

Boleh didapati dalam saiz: 250g,500g, 2kg, 2.5kg.

Anda baru dalam bidang ‘baking’?

Layari langkah mudah dan cepat di ‘30 Days Guide for Beginner Bakers
Rasa teruja dengan: 13 Jenama Mentega Terbaik yang Terdapat di Malaysia 
Anda ingin cepat dan lapar pada waktu pagi? Layari langkah mudah dan cepat untuk menyedia sarapan di Quick and Easy Breakfast Meals
Ingin tahu dengan lebih lanjut tentang marjerin terbaik? Layari Top 10 Jenama Marjerin Terbaik
Anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang ‘butter blend’ yang terbaik? Layari Top 7 Jenama Butter Blend.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Want to be featured on My Weekend Plan Asia?

Contact Us or Email [email protected] for media invites.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close