10 Jenama Minyak Masak Terbaik di Malaysia 2022

Semakin rangup sesuatu masakan, semakin tinggi kualiti sesuatu minyak masak itu. Sesuatu makanan yang bergoreng amat bergantung pada kualiti minyak masak yang digunakan. Bagi pengetahuan anda, minyak masak dihasilkan daripada pelbagai jenis sumber. Misalnya, tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan lemak sintetik. Lazimnya, ia digunakan untuk tujuan menggoreng atau kegunaan masakan yang lain. Ini masanya untuk anda mula meneliti 10 Minyak Masak Terbaik di Malaysia pada abad ini.

10 Jenama Minyak Masak Terbaik di Malaysia 2022

1. Minyak Masak VeSawit

VeSawit Cooking Oil
Kredit gambar: Tesco

Vesawit adalah minyak masak yang olein kelapa sawit telah diperhalusi, dilunturi dan  dihilangkan baunya di mana ia telah diproses untuk mendapatkan minyak kuning keemasan yang jernih. Minyak ini tidak memiliki kandungan kolesterol dan mengandungi kandungan vitamin E semulajadi yang tinggi. Justeru, ia menjadikan minyak masak ini sesuai untuk masakan harian dan juga menggoreng.

Bahan-bahan: Olein Sawit yang Dimurnikan, Diluntur dan Nyahbau (RBD).

Saiz: 2kg

Harga: RM12.83 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Minyak Masak Buruh Refined

Buruh Refined Cooking Oil
Kredit gambar: Shopee

Minyak masak Buruh diperkenalkan pada seawal tahun 1970 dan berterusan menjadi jenama favorite kebanyakan masyarakat di Malaysia sehingga kini. Selain itu, minyak masak ini diperbuat 100% daripada minyak kelapa sawit asli. Di samping itu, minyak masak Buruh ini kekal stabil pada suhu yang tinggi, khususnya untuk kegunaan untuk memasak makanan ‘deep-frying’. 

Ia merupakan produk dengan ciri utama yang memiliki antioksidan semulajadi, di mana ia membenarkan minyak masak tersebut selamat untuk digunakan semula sebanyak 3 kali penggunaan kitaran untuk menggoreng. Tambahan pula, minyak masak Buruh ini tidak memiliki sebarang kandungan kolesterol dan asid lemak.

Bahan-bahan: Minyak Sawit Ditapis Tulen

Saiz: 2kg

Harga: RM14.99 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Minyak Masak Knife Blended 

Knife Blended Cooking Oil
Kredit gambar: Shopee

Minyak masak Knife Blended Cooking Oil menjadi pilihan hati setiap isi rumah sejak tahun 1948, dari generasi ke generasi. Seterusnya, minyak masak ini adalah campuran proprietari dan aroma kacang tanah yang unik, di mana ia memberikan kepuasan yang maksimal kepada pengguna untuk menghasilkan masakan yang enak. Malah, minyak masak pilihan ramai ini turut memanfaatkan penggunanya dari pelbagai aspek. Misalnya, ia tidak mengandungi sebarang lemak trans dan kolestrol serta kaya dengan Vitamin E.

Bahan-bahan: Olein Sawit Ditapis (diperakui RSPO), Minyak Kacang Soya, Minyak Kacang Tanah dan Minyak Bijan

Saiz: 2kg

Harga: RM16.90 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Minyak Masak Seri Murni

Seri Murni Pure Vegetable Cooking Oil
Kredit gambar: Tesco

Tambahan kesedapan dan keenakan kepada hidangan anda dengan penggunaan minyak masak Seri Murni. Di samping membantu anda untuk menyediakan makanan yang sedap, minyak masak ini juga kaya dengan kandungan Vitamin E semulajadi dan bebas kolestrol. Penggunaan minyak masak ini amat berkesan untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan walaupun kaedah penyediaan tidak sama. Sebagai contoh, minyak masak ini bukan sahaja sesuai untuk kegunaan ‘deep frying’, ‘stir-frying’, malahan ia turut menjadi bahan dalam proses pemerapan.

Minyak masak Seri Murni Pure Vegetable Oil menjanjikan hasil masakan yang lebih ‘kick’ dan rangup – tanpa mengira apa jua masakan, sama ada ayam goreng atau kailan goreng, anda pastinya akan tersenyum riang dengan hasil masakan anda daripada sentuhan minyak masak Seri Murni; tidak berminyak dan pastinya menepati standard citarasa anda!

Bahan-bahan: Minyak Sawit Tulen

Saiz: 2kg

Harga: RM17.33

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Minyak Masak Helang

Helang Blended Oil
Kredit gambar: Shopee

Campuran khas yang terdiri daripada olein kelapa sawit yang telah diperhalusi, dilunturkan dan dihilangkan bau, minyak kacang tanah dan minyak bijan telah menghasikanl minyak masak yang lebih penuh perasa dan aroma. Itulah kandungan yang dimiliki oleh minyak masak Helang. Selain itu, sebagaimana minyak masak yang lain, minyak masak Helang turut tidak memiliki kandungan kolestrol dan kaya kandungan Vitamin E. Namun, ciri yang membezakan antara minyak masak Helang dengan minyak masak yang lain adalah setiap kilogram minyak masak ini mengandungi sekurang-kurang 750 mg Vitamin E semulajadi.

Bahan-bahan: Minyak Sawit Ditapis, Minyak Kacang Tanah, Minyak Bijan.

Saiz: 2kg

Harga: RM17.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Minyak Masak Neptune

Neptune Blended Cooking Oil
Kredit gambar: Lazada

Berikutnya, Neptune Blended Cooking Oil. Minyak masak ini diperbuat daripada kacang tanah dan minyak bijan semulajadi yang terpilih. Aroma halus yang didapati daripada minyak masak ini datang daripada kacang tanah dan minyak bijan yang asli, itulah antara aspek yang membezakan dengan minyak yang dicampurkan dengan perasa tiruan.

Neptune memberikan sentuhan yang sihat pada makanan anda. Hal ini kerana ia bebas daripada sebarang campuran pewarna tiruan, bahan pengawet dan kolestrol serta kaya dengan kandungan Vitamin E.

Bahan-bahan: Minyak Dedak Beras ditapis, minyak Canola, minyak kacang soya dan minyak Olein 

Saiz: 2kg

Harga: RM18.47 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Minyak Masak Naturel Blend Omega 3 & 6

Naturel Blend Omega Oil
Kredit gambar: Shopee

Terhasil daripada bahan-bahan semulajadi dan asli, minyak masak Naturel Blend Omega 3 & 6 Oil membawakan campuran asli minyak canola dan bunga matahari. Sebagaimana yang boleh diketahui daripada namanya, minyak masak ini mempunyai kandungan Omega 3 dan 6 yang amat bermanfaat untuk kesejahteraan badan anda. Tambahan pula, pengambilan nutrisi ini amat perlu menjadi perhatian bagi memastikan anak-anak anda membesar dengan sihat sekaligus berfungsi untuk membantu fungsi kardiovaskular dan saraf yang teratur. 

Malah, minyak masak ini turut dicampurkan elemen ‘monounsaturates’ dimana ia berfungsi untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Secara semulajadinya, minyak masak ini kaya dengan Vitamin E, dan bebas kolestrol. Justeru, ia menjadikan minyak masak ini pilihan yang ideal untuk sesiapa sahaja yang sedang dalam usaha untuk menjaga pemakanan.

Bahan-bahan: Minyak Canola, Minyak Bunga Matahari

Saiz: 2kg

Harga: RM26.99 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Minyak Masak Saji

Saji Cooking Oil
Kredit gambar: Shopee

Saji atau dalam erti kata lain adalah ‘menghidangkan’ adalah refleksi yang tepat untuk menggambarkan komitmen jenama ini untuk memastikan bahawa produk ini menjamin kepuasan kepada pengguna. Minyak masak keemasan ini dengan suhu bilik ini diperbuat ‘Refined Bleached Deodorised Palm Olein’ yang diperhalusi dan amat berkualiti tinggi. Justeru, minyak masak ini tidak akan menghasilkan sebarang rasa atau bau yang akan menjejaskan sesuatu masakan itu.

Selain daripada manfaatnya yang tidak memiliki sebarang kolestrol dan kaya dengan Vitamin E, minyak masak ini juga menda sijil Halal dengan gred kualiti yang memberangsangkan beserta ‘double fractionated palm oil (CP6)’. Aspek lain yang menjadikan minyak masak ini sebagai produk tambatan hati umum adalah komposisi kimia yang terkandung dalamnya tidak akan berubah sama sekali walaupun digunakan pada suhu 235 °C. Justeru, kelebihan ini menjadikan ini antara pilihan minyak masak yang ideal, lebih-lebih lagi untuk masakan yang perlu menggunakan kaedah ‘deep-frying’.

Bahan-bahan: Olein Palma Dilunturkan Dilunturkan (RBD).

Saiz: 5kg

Harga: RM32.88

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Minyak Masak Neuvida Omega-9

Neuvida Omega Cooking Oil
Kredit gambar: Suntos

Minyak masak Neuvida Omega-9 Cooking Oil merupakan antara minyak masak yang memiliki kandungan lemak tepu yang rendah. Minyak masak ini juga kekali stabil walaupun pada suhu 250°C. Selain itu, ia tidak mengandungi lemak trans di samping kandungan nutrisi yang banyak. Secara amnya, tidak dinafikan lagi bahawa minyak masak ini sememangnya semulajadi sihat dan stabil sekaligus sesuai untuk turut dijadikan ‘salad dressing’ selain pilihan yang bijak untuk kaedah masakan ‘deep-frying’. Kini, sudah terang lagi bersuluh bahawa minyak ini tidak lain tidak bukan pilihan yang ‘perfect’ untuk seisi keluarga anda.

Bahan-bahan: Minyak bunga matahari

Saiz: 2kg

Harga: RM32.82

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. Minyak Masak Alif 

Alif Cooking Oil
Kredit gambar: Shopee

Tambahkan seri dalam masakan anda dalam apa-apa jua resepi tradisi atau ciptaan dengan minyak masak Alif. Minyak masak Alif diilhamkan untuk memberi perasa yang kaya dengan keasliannya dalam setiap masakan di Malaysia. Minyak masak ini kaya dengan Vitamin E dan memiliki kualiti yang memberangsangkan hasil daripada proses ‘double fractionation’ yang diterapkan dalam penghasilan minyak masak ini. Perkara yang menarik tentang minyak masak ini adalah ia tergolong dalam kalangan 4 produk minyak masak pilihan utama pengguna di Malaysia. Justeru, tidak dapat disangkalkan lagi bahawa minyak masak Alif sememangkan pilihan minyak masak yang bijak sekaligus membantu anda untuk mencipta atau menghasilkan hidangan yang lazat dan berkhasiat untuk dinikmati bersama keluarga yang tersayang!

Bahan-bahan: Minyak Sawit Ditapis

Saiz: 5kg

Harga: RM33.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Susunan nama ini tidak diletakkan dalam kedudukan yang tertentu. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected] Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close