10 Jenama Susu Terbaik di Malaysia 2022

Susu digunakan untuk pelbagai resepi di dapur, bermula dengan resepi untuk ‘baking’ dan pastri sehinggalah membuat sos dan makanan berkrim seperti mac ‘n’ cheese. Dengan penambahan jumlah tukang masak dan ‘bakers’ ketika musim lockdown ini, saya pasti ramai yang teruja untuk mengetahui bahawa terdapat variasi kegunaan susu yang boleh dijadikan salah satu elemen sama ada dalam ‘baking’ ataupun masakan. 

10 Jenama Susu Terbaik di Malaysia 2022

1. Dutch Lady Full Cream Milk

Dutch Lady Full Cream Milk
Kredit gambar: pantryexpress

Dutch Lady Full Cream Milk menawarkan tekstur yang kaya, aroma berkrim dan lembut dan berair untuk memudahkan penggunaan dan dipenuhi dengan pelbagai jenis nutrisi, terutamanya protein (Vitamin A & Vitamin D) dan kalsium. Rasa kaya yang dimiliki oleh susu ini melengkapkan mana-mana hidangan, sama ada ketika ‘baking’ atau membuat hidangan yang savori. Selain itu, ia juga boleh dinikmati bersama makanan kegemaran anda seperti roti, biskut, mahupun cereal ketika anda bersarapan.

Bahan-bahan: Pepejal Susu Bukan Lemak, Lemak Susu dan Vitamin (A,D3, B2), mengandungi Perapi Makanan yang Dibenarkan (Penstabil dan Pengemulsi Asal Tumbuhan) mengandungi Perapi Makanan yang Dibenarkan (Penstabil dan Pengemulsi Asal Tumbuhan)

Saiz: 1L

Harga: RM6.10

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Goodday Low Fat Pasteurised Recombined Milk

Goodday Low Fat Pasteurised Recombined Milk
Kredit gambar: Lazada

Susu Goodday dihasilkan daripada susu lembu di Australia. Selain itu, seperti yang tertera pada nama brand ini – Rendah Lemak, ia memiliki kandungan perasa yang ‘smooth’ dan berkrim.

Sekiranya anda sedang berdiet dan hasilnya adalah anda mendapati berat badan anda semakin naik daripada pengambilan kalori berbanding jumlah kalori yang dibakar, maka, ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Kandungan kalsium yang tinggi dan jumlah kandungan lemak yang rendah menjadikan ia pilihan yang ideal dan sihat untuk anda sekaligus tidak akan mengecewakan anda dengan nikmat kelazatannya. 

Bahan-bahan: Pepejal Susu Bukan Lemak, Lemak Susu, Mineral dan Vitamin, Mengandungi Perapi Makanan yang Dibenarkan (Penstabil dan Pengemulsi) Mengandungi Perapi Makanan yang Dibenarkan (Penstabil dan Pengemulsi)

Saiz: 1L

Harga: RM7.60

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Magnolia Skim Milk

Magnolia Skim Milk
Kredit gambar: Tesco

Magnolia Skim Milk secara khususnya diperbuat daripada susu segar. Walaupun ia memiliki kandungan yang agak rendah daripada sebahagian kandungan lemak, susu ini kaya dengan Vitamin A & D3. Susu ini bukan sahaja penuh dengan nutrien tetapi ia bahkan juga mempunyai rasa yang sedap. Jadi, hiasi hari anda dengan segelas Magnolia Skim Milk untuk lebih keceriaan dan kesegaran. Malah, anda turut boleh mencampurkan pada minuman ‘smoothie’ anda di samping dilengkapi dengan buah kegemaran anda! Seterusnya, kami tidak akan menyarankan anda untuk menggunakan susu ini dalam masakan anda memandangkan ia mengandungi kandungan lemak yang begitu renda, namun ia masih dapat dinikmati bersama biskut atau mana-mana pencuci mulut yang anda suka.

Bahan-bahan: Susu Rendah Lemak, Kalsium Susu, Penstabil, Vitamin D3.

Saiz: 1L

Harga: RM7.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Rujuk harga di happy fresh

4. Milklab Dairy Milk

Milklab Dairy Milk
Kredit gambar: Shopee

Anda mungkin pernah melihat kelibat susu yang popular ini ketika anda sedang memesan Tealive. Susu yang memiliki rasa yang mengujakan dan sedap ini berasal daripada Australia. Sebagai tambahan, mana-mana barista atau pembancuh kopi pasti akan mencadangkan anda untuk mendapatkan jenama ini kerana ia sememangnya amat sesuai untuk dipadankan bersama kopi. Namun begitu, penggunaan susu ini tidak terhad kepada saat anda ingin membancuh kopi sahaja, ia turut boleh dijadikan sebagai peneman kepada cereal anda untuk dinikmati pada waktu pagi. Ia bukan sahaja terkenal dengan rasanya yang enak untuk dimakan bersama mana-mana snek atau pencuci mulut, tetapi ia juga enak untuk dinikmati begitu sahaja.

Selain daripada tidak memiliki kandungan pewarna tiruan, tambahan perasa, bahan pengawet atau tambahan gula, Milklab adalah salah satu brand yang dikenali secara meluas dengan rangkaian pilihan perisa mereka yang lain. Misalnya, Milklab Almond Barista Milk, Milklab Coconut Barista Milk, Milklab Lactose Free Barista Milk, Milklab Macadamia Barista Milk dan Milklab Soy Barista Milk. 

Pilihan susu yang berperisa sesuai bagi mereka yang kekurangan laktosa atau mengalami alahan terhadap kacang ataupun sedang mencari sesuatu yang lebih sihat untuk dijadikan sebahagian menu seharian.

Bahan-bahan: Susu tenusu

Saiz: 1L

Harga: RM7.40

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Yarra Farm Australian Pasteurised Cow’s Milk

Yarra Farm Australian Pasteurised Cows Milk
Kredit gambar: Shopee

Yarra Farm Australian Milk diperbuat 100% daripada susu segar Australia. Ia tidak memiliki sebarang kandungan bahan pengawet, gula atau pewarna tambahan dan dibotolkan secara terus di kilang kami di Johor Bahru sebelum dipasarkan di pasaraya tempatan! is made from 100% Australian fresh milk, it contains no preservatives, no sugar added and colorings and are freshly bottled at our plant in Johor Bahru before being transported to your local supermarket!

Sekiranya anda sedang mencari sesuatu yang lebih sihat, anda boleh mencuba susu ini pada hari ini! Pasti anda akan senang hati.

Bahan-bahan: 100% Susu Lembu Australia

Saiz: 1L

Harga: RM5.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Rujuk harga di shopee

6. 137 Degrees Almond Milk

Degrees Almond Milk
Kredit gambar: Shopee

137 Degrees Almond Milk dihasilkan daripada keseluruhan badam yang bermutu demi menjadikan ia susu yang penuh dan kaya dengan rasa. Ia diperbuat 100% dengan badam California tanpa gmo yang diperah segar. Susu yang penuh khasiat ini merupakan teman baik kepada golongan vegetarian dan orang yang mengalami ketidakupayaan untuk menghadam laktosa. Selain daripada itu, susu ini juga kaya dengan kandungan Vitamin A, B1, B2, B6, dan folat. Di samping khasiat vitamin-vitamin tersebut, ia juga memiliki kandungan folat serta merupakan sumber kalsium yang baik. Dengan jumlah protein dan vitamin yang terkandung, ia membantu untuk fungsi otak yang baik, kesihatan tulang, siste, nervous dan kulit yang sihat.

Malah, ia turut boleh digunakan sebagai bahan untuk ‘baking’. Walaupun ia memberikan sentuhan tekstur dan hasil yang berbeza, apa yang pastinya ia amat berbaloi untuk anda cuba!

Bahan-bahan: Susu Badam Segar 94%(Daripada Badam Keseluruhan Ditanam Di California, Amerika Syarikat), Biji Bunga Matahari 5%

Saiz: 1L

Harga: RM17.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Farm Fresh Soy Milk

Farm Fresh Soy Milk
Kredit gambar: Farm Fresh Soy Milk

Secara dasarnya, Farm Fresh Soy Milk dihasilkan daripada kacang soya Canada Tanpa GMO. justeru, susu kacang soya ini amat sihat, berasaskan tumbuh-tumbuhan serta menyokong perkembangan otot dan organ untuk lebih sihat. Susu kacang soya ini juga kaya dengan asid lemak Omega-3, kandungan lemak ‘sihat’ yang  di mana tidak dapat dibentuk oleh badan anda. Farm Fresh merupakan salah satu susu soya yang dinikmati oleh orang Malaysia. 

Bahan-bahan: Kacang Soya Bukan GMO, Garam Laut, Lesitin Soya

Saiz: 1L

Harga: RM6.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Milky Hokkaido Full Cream Milk

Milky Hokkaido Full Cream Milk
Kredit gambar: Shopee

Susu ini diperbuat daripada Full Cream Milk yang kaya dengan tekstur dan perasa, smooth dan manis sekaligus menjadi kegemaran para barista dan juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, untuk kegunaan ‘baking’, memasak serta boleh dinikmati begitu sahaja. Anda boleh menjadi susu ini sebagai tambahan kepada kopi dan teh anda!

Bahan-bahan: Pepejal Susu Bukan Lemak, Lemak Susu dan Vitamin. Mengandungi Perapi Makanan yang Dibenarkan (Penstabil dan Pengemulsi Asal Tumbuhan)

Saiz: 1L

Harga: RM7.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Nestle Full Cream Milk

Nestle Full Cream Milk
Kredit gambar: Nestle

Nestle Full Cream Milk terdiri daripada 100% bahan-bahan yang diimport daripada Australia dan New Zealand. Susu ini mempunyai bau yang tersendiri dan memiliki tekstur yang ‘smooth’ dan berair bagi memudahkan penggunaannya. Walau bagaimanapun, ia masih kekal kaya dengan perasa dan rasa susu yang tidak tersisa pada tekak anda.

Dapatkan Nestle’s Full Cream Milk untuk dijadikan sebahagian daripada resepi ‘baking’ anda. Kandungan protein, lemak, gula dan keseluruhan rasa ‘smooth’ menjadikan ia sebagai pilihan minuman yang tepat untuk anda nikmati sebagai minuman anda ketika anda sedang membakar biskut, roti, atau apa-apa jua snek favourite anda.

Bahan-bahan: Pepejal Susu Tanpa Lemak (susu lembu), Lemak susu (susu lembu), Lecithin Soya, mempunyai penstabil kandungan dan pengemulsi sebagai Perapi Makanan yang dibenarkan. Semua bahan tambahan adalah berasal dari tumbuhan atau sintetik.

Saiz: 1L

Harga: RM5.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. Lean Food Organic Cultured Buttermilk

Lean Food Organic Cultured Buttermilk
Kredit gambar: Jayagrocer

Buttermilk ini merupakan susu yang rendah kandungan lemak dan protein yang lebih tinggi daripada segelas susu. Malah, susu ini juga memiliki kandungan kalori yang rendah dan tinggi dalam kalsium, Vitamin B12, dan potassium yang tinggi jika hendak dibandingkan dengan susu biasa. Seterusnya, sama seperti yogurt, susu ini juga mengandungi kultur hidup di mana menjadikan ia lebih mudah untuk dicerna berbanding susu. 

Lean Food Organic Cultured Buttermilk dihasilkan daripada bahan-bahan organik. Kemudian, ia memiliki tekstur yang berkrim dengan rasa yang ‘kick’ sekaligus menjadikan ia amat sesuai untuk resepi masakan yang manis dan savori. Tidak dinafikan juga bahawa ia juga merupakan pilihan yang bijak untuk digunakan sebagai dressings, dips, perapan dan tidak dikecualikan untuk aktiviti ‘baking’.

Bahan-bahan: Air, Gula Susu Laktosa dan Protein Susu Casein.

Saiz: 300ml

Harga: RM7.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Rujuk harga di shopee

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close