10 Kedai Barang Kemas Terbaik di Malaysia 2022

Barang kemas ialah barangan yang elegan dan cantik di dunia ini. Ia berkilat dan mewakili kekayaan. Ia juga memainkan peranan penting dalam beberapa majlis khas seperti perkahwinan, acara keramaian dan banyak lagi. Selain itu, barang kemas juga digunakan untuk bergaya selain membantu melengkapkan si pemakai dalam solekan atau hiasan.

Masyarakat dahulu sangat mementingkan barang kemas kerana kuantiti barang kemas yang dimiliki melambangkan kekayaan. Emas sering menjadi pilihan kerana nilainya yang tinggi walaupun berzaman memilikinya. Kini, selain emas, gabungan platinum dan batu permata turun menjadi kegilaan para wanita untuk memilikinya. Semakin ringkas dan unik reka bentuk barang kemas tersebut, semakin tinggi harganya.

Adakah Malaysia mempunyai kedai barang kemas yang baik?

Di Malaysia, terdapat banyak kedai barang kemas yang menawarkan pelbagai pilihan. Kedai-kedai ini dihias dengan baik selain stafnya menawarkan perkhidmatan mesra pelanggan dan profesional bagi menarik perhatian para pelanggan. Selain itu, mereka juga mempunyai pelbagai jenis barang kemas dan bersedia memberikan khidmat nasihat yang berguna kepada para pelanggan mengenai pilihan barang kemas mereka. 

Selain itu, barang kemas kini menjadi salah satu kelengkapan wanita dalam perhiasan diri. Setiap hari, boleh dikatakan ramai wanita yang mencari perhiasan diri untuk bergaya. Jadi, bagi memenuhi keperluan wanita, boleh dikatakan, banyak kedai barang kemas mengadakan promosi untuk menarik perhatian pelanggannya. Berikut ialah senarai 10 kedai barang kemas terbaik di Malaysia 2022.

10 Kedai Barang Kemas Terbaik di Malaysia 2022

1. Wah Chan Gold & Jewelry

Wah Chan Gold Jewelry
Kredit Gambar: Wah Chan
Wah Chan Gold Jewelry
Kredit Gambar: Wah Chan
Wah Chan Gold Jewelry
Kredit Gambar: Wah Chan

Dengan 56 lokasi di seluruh Malaysia, Wah Chan merupakan tukang emas terbesar di negara ini. Bermula sebagai tukang emas di Pekan, Pahang, pada tahun 1955, perniagaan milik keluarga ini mula berkembang pesat sejak daripada itu. Kedai ini telah berkembang daripada pakar emas kepada rantaian barang kemas sepenuhnya yang khusus dalam batu permata lain seperti berlian dan jed sejak daripada itu. Wah Chan mempunyai semuanya, sama ada anda sedang mencari cincin perkahwinan tradisional ataupun rantai leher kontemporari. Anda boleh ke berkunjung ke kedai emas ini untuk mencari barang kemas yang anda hajati.

Waktu operasi:  Isnin-Jumaat, Ahad (10.30 pagi–6.00 petang), Sabtu (10.30 pagi-8.30 malam)

Alamat: Wisma Wah Chan, No. 1, Jalan 51a/219, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Klik

Google Review: Klik

2. Tiffany & Co.

Tiffany Co.
Kredit Gambar: Tiffany
Tiffany Co.
Kredit Gambar: Tiffany & Co.
Tiffany Co.
Kredit Gambar: Tiffany & Co.

Dengan cincin berlian, rantai dan anting-anting yang menakjubkan, firma perhiasan New York yang terkenal ini berjaya mengukir senyuman para wanita. Pada tahun 1886, perniagaan mencipta cincin pertunangan berlian pertama ini telah mengubah pasaran cincin pertunangan berlian. Semua berlian diletakkan dalam bezel sebelum dikeluarkan. Walau bagaimanapun, Tiffany Setting berjaya menjadikan permukaan berlian lebih kelihatan menonjol di atas gelung cincin, sekaligus mengubah rupa semua cincin berlian secara dengan unik.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (11.00 pagi-9.00 malam)

Alamat: 168 Jalan Bukit Bintang Lot 2.17.00 & 3.19.00, Level 2 and 3, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

3. DeGem

DeGem
Kredit Gambar: LoopMe Malaysia
DeGem
Kredit Gambar: Lazare Diamonds
DeGem
Kredit Gambar: Harper’s Bazaar Malaysia

DeGem bermula sebagai perniagaan keluarga pada tahun 1981. Kini, syarikat ini merupakan syarikat dagangan awam yang menjual barang kemas berkualiti tinggi seperti loket, rantai dan cincin. DeGem juga menjual jenama mewah seperti Infinity dan The Lazare Diamond. Mereka ialah salah satu daripada segelintir peniaga barang kemas di Malaysia yang menyediakan Haute Joaillerie yang dibuat mengikut tempahan, juga dikenali sebagai tukang emas premium.

Waktu operasi :  Isnin-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: Ground Floor, The Gardens Mall, G-213B, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review:  Klik

4. Diamond & Platinum

Diamond Platinum
Kredit Gambar: CapitaLand
Diamond Platinum
Kredit Gambar: Diamond & Platinum
Diamond Platinum
Kredit Gambar: Diamond & Platinum

Diamond & Platinum ialah firma barang kemas Malaysia yang diasaskan pada tahun 1999. Mereka terkenal dengan barang kemas eponymous yang telah menjadikan mereka sebagai salah satu tukang emas terhebat di Asia. Mereka terkenal dengan pelbagai pilihan cincin perkahwinan Pt950 Platinum mereka. Platinum digunakan untuk menetapkan setiap berlian kerana ia jarang didapati, tidak pudar dan tahan lasak. Sememangnya gabungan berlian dan platinum dapat mencipta cincin pertunangan atau perkahwinan yang sangat cantik dan berkualiti.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: Lot G32, Ground Floor, Ipoh Parade No. 105, Jalan Sultan Abdul Jalil Greentown, 30450 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Review: Klik

5. Love & Co.

Love Co.
Kredit Gambar: CapitaLand
Love Co.
Kredit Gambar: Shopee
Love Co.
Kredit Gambar: Love & Co.

Barisan barang kemas Love & Co. terkenal dengan kualitinya yang luar biasa. Contoh yang terkenal ialah berlian Lovemarque. Setiap berlian merupakan buatan tangan yang teliti dan terperinci.  Walaupun mereka mempunyai beberapa koleksi untuk anda pilih, anda juga boleh mereka bentuk cincin anda sendiri dengan mendapatkan khidmat perunding barang kemas mereka supaya cinicn yang terhasil itu menepati kehendak anda.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: The Gardens, F239a, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

6. HABIB

HABIB
Kredit Gambar: CapitaLand
HABIB
Kredit Gambar: Foursquare
HABIB
Kredit Gambar: Foursquare

Habib Jewels menyediakan rangkaian lengkap koleksi barang kemas termasuklah berlian, mutiara dan emas. Habib Jewels juga merupakan pengedar tunggal barisan pereka barang kemas Hearts On Fire yang berpangkalan di Itali, serta jenama jam tangan mewah yang berpangkalan di Belgium, iaitu Ice-Watch.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: Lot G-063A, Ground Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

7. Poh Kong Jewellers

Poh Kong Jewellers
Kredit Gambar: IOI City Mall
Poh Kong Jewellers
Kredit Gambar: The Star
Poh Kong Jewellers
Kredit Gambar: IOI City Mall

Mereka membawa pelbagai jenama in-house termasuklah Tranz yang terkenal sebagai pereka barang kemas emas pertama yang menggunakan emas 22K. Barang kemas daripada syarikat antarabangsa yang berprestij seperti Schoffel dan Luca Carati juga boleh didapati di Poh Kong.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (10.00 pagi-8.00 malam)

Alamat: No.190, Ground Floor, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100, Kuala Lumpur, 50100

Google Map: Klik

Google Review: Klik

8. SK Jewellery

SK Jewellery
Kredit Gambar: SK Jewelry Malaysia
SK Jewellery
Kredit Gambar: Top Rated Online
SK Jewellery
Kredit Gambar: SK Jewelry

SK Jewellery memulakan kerjayanya pada tahun 2003 dan terkenal dengan ciptaan barang kemas yang inovatif. Mereka juga menyediakan perkhidmatan lengkap seperti proses ukiran barang kemas, mengubahsuai saiz barang kemas dan pemulihan barang kemas. Anda juga boleh melawat salah satu lokasi mereka dan meminta perhiasan anda dibersihkan secara profesional dengan percuma.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: Lot G-043, 75, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

9. My Diamond

My Diamond
Kredit Gambar: Tally Press
My Diamond
Kredit Gambar: My Diamond

Jenama ini mempunyai banyak pilihan barang kemas yang bergaya terutamanya barang kemas yang terdiri daripada kepingan emas putih dan berlian. My Diamond boleh didapati di pelbagai pusat beli-belah di sekitar wilayah Lembah Klang, termasuklah Pavilion KL, Mid Valley Megamall, 1 Utama, dan Sunway Pyramid.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: Lot 4.28.00, Level 4, 168, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

10. GOLDHEART

GOLDHEART
Kredit Gambar: Mid Valley Megamall
GOLDHEART
Kredit Gambar: Goldheart
GOLDHEART
Kredit Gambar: Goldheart

Goldheart telah berkembang sebagai salah satu tukang emas yang paling dicari oleh ramai pelanggan. Kedai emas ini mengkhusus dalam cincin pertunangan dan cincin perkahwinan yang berkualiti tinggi sejak penubuhannya pada tahun 1994. memandangkan platinum ialah logam yang berkualiti, majoriti cincin perkahwinan dan pertunangan direka secara eksklusif menggunakan platinum. Anda boleh berkunjung ke kedai emas ini yang terletak di Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid dan juga 1 Utama.

Waktu operasi : Isnin-Ahad (10.00 pagi-10 malam)

Alamat: Mid Valley Megamall, G054, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close