10 Kedai Bunga Terbaik di Ipoh 2022

Adakah anda peminat bunga? Adakah anda sering berkunjung ke kedai bungai untuk membeli bunga? Jika ya, tahniah. Andalah pencinta alam semula jadi yang romantis. Kini, ramai wanita yang membeli bunga untuk menjadikan perhiasan neutral dalam rumah mereka. Selain kelihatan cantik di dalam pasu bunga, ia juga mengeluarkan wangian yang segar untuk seisi rumah anda.

Di kedai bunga, anda mungkin kagum dengan persekitarannya yang cantik dan bau bunga-bungaan yang wangi. Kedai bunga ada menjual bunga segar dan menawarkan anda dengan pelbagai jenis bunga untuk dibeli. Bunga yang selalu dijual oleh penjual bunga ialah bunga matahari, mawar, tulip dan teratai.

Adakah Ipoh mempunyai kedai bunga yang menarik?

Di Ipoh, terdapat banyak kedai bunga yang bagus dengan perkhidmatan dan persekitaran yang baik. Ramai orang suka membeli bunga untuk hari lahir, graduasi, perkahwinan dan juga untuk hiasan parti. Anda juga boleh menempah bunga dengan kedai bunga lebih awal mengikut keperluan anda. 

Adakah anda memikirkan seseorang apabila anda ingin membeli bunga? Adakah anda ingin membeli bunga untuk orang yang teristimewa? Kalau begitu, ikuti artikel ini dan ketahui 10 kedai bunga terbaik di Ipoh.

10 Kedai Bunga Terbaik di Ipoh 2022

1. Lyna Florist

Lyna Florist
Kredit Gambar: Lyna Florist
Lyna Florist
Kredit Gambar: Lyna Florist

Lyna Florist merupakan pilihan terbaik jika anda ingin melawat kedai dan memilih untuk membeli bunga. Kedai ini menawarkan pelbagai jenis bunga yang digubah dan datang dalam pelbagai bentuk seperti sambungan susunan bunga yang menggunakan bunga segar, jambangan bunga buatan tangan dan juga bunga tiruan. Kedai ini juga kerap menyediakan bunga dan barangan bermusim untuk permintaan para pelanggan.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (9.00 pagi-6.30 petang)

Alamat: Jalan Wira Jaya, Taman Desa Indah, 31350 Ipoh, Perak

Facebook: https://www.facebook.com/LynaFlorist/

Laman web

2. Ipoh Fresh Flower Florist

Ipoh Fresh Flower Florist
Kredit Gambar: Ipoh Fresh Flower Florist
Ipoh Fresh Flower Florist
Kredit Gambar: Ipoh Fresh Flower Florist

Ipoh Fresh Flower mempunyai perniagaan secara dalam talian. Ramai orang suka membeli bunga daripada kedai ini kerana pilihan hadiah atau bunga yang ditawarkan adalah segar selain memberikan perkhidmatan mesra pelanggan. Mereka juga mempunyai sistem penghantaran yang cepat untuk menambat hati para pelanggan. Anda boleh menempah bunga daripada kedai ini untuk apa jua acara seperti majlis hari jadi, perkahwinan, Hari Ibu, Hari Bapa dan banyak lagi.

Waktu operasi:  Isnin-Jumaat (10.00 pagi-6.00 petang), Sabtu-Ahad (11.00 pagi-4.00 petang)

Alamat:22, Jln Canning Estate, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Instagram: https://www.instagram.com/ipohfreshflower/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/ipohfreshflower/

Laman web

3. Ipoh Florist, Paloma Florist & Fruits Gifts

Ipoh Florist Paloma Florist Fruits Gifts
Kredit Gambar: Ipoh Florist, Paloma Florist & Fruits Gifts
Ipoh Florist Paloma Florist Fruits Gifts
Kredit Gambar: Ipoh Florist, Paloma Florist & Fruits Gifts
Ipoh Florist Paloma Florist Fruits Gifts
Kredit Gambar: Ipoh Florist, Paloma Florist & Fruits Gifts

Paloma Florist & Fruits Gifts juga menjadi kegemaran ramai di Ipoh. Ini  kerana kedai ini menjual bunga segar dan menghasilkan jambak yang bagus dengan menggunakan kemahiran profesional mereka. Selain itu, kedai ini juga mempunyai  perkhidmatan penghantaran dan pengurusan acara seperti majlis perasmian besar, parti, majlis perkahwinan dan banyak lagi.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (7.00 pagi-8.00 malam)

Alamat:No. 82,Persiaran Cempaka Sari 6, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak

Facebook: https://www.facebook.com/paloma.florist

Laman web

4. Angie Flora Design

Angie Flora Design
Kredit Gambar: Angie Flora Design
Angie Flora Design
Kredit Gambar: Angie Flora Design
Angie Flora Design
Kredit Gambar: Angie Flora Design

Gubahan bunga Angie Flora Designs tidak pernah mengecewakan para pelanggannya. Setiap hiasan bunga digubah cantik dan menarik. Padanan warna bunga yang dipilih pula hampir sempurna dan menarik perhatian ramai orang. Kedai ini banyak membuat gubahan bunga yang sesuai untuk dipadankan dengan jenis acara atau perayaan. Sebagai contoh, kedai bunga ini  menjual bunga Carnation buatan tangan semasa Hari Bapa dan Hari Ibu, juga bunga Ros semasa hari Valentine.

Waktu operasi:  Isnin-Sabtu (9.00 pagi-7.00 petang), Ahad (10.00 pagi-3.00 petang)

Alamat:No.40, Persiaran Cempaka Sari 24, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak

Instagram: https://www.instagram.com/angieflora_design/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/AngieFloraDesign/

5. The Green Room Florist (Ipoh Florist) 

The Green Room Florist Ipoh Florist
Kredit Gambar: The Green Room
The Green Room Florist Ipoh Florist
Kredit Gambar: The Green Room

The Green Room Florist ialah kedai bunga yang besar di Ipoh. Reka bentuk dalamannya indah dan mengagumkan. Ramai yang suka berkunjung ke sini kerana suasananya yang santai. Selain itu, gubahan bunga kreatifnya juga sering menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Kedai ini turut menyusun bunga dengan beberapa buah yang berwarna terang bagaikan buah itu keluaran bunga tersebut. Anda juga boleh menikmati minuman di kafe yang terletak di sini.

Waktu operasi:  Isnin-Selasa, Khamis-Ahad (10.00 pagi-6.00 petang)

Alamat:No 19, Ground Floor, Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Instagram: https://www.instagram.com/thegreenroom.my/

Facebook: https://www.facebook.com/thegreenrooom/

Laman web

6. Q’se Fleurir Garden

Qse Fleurir Garden
Kredit Gambar: Q’se Fleurir Garden 紫丘园
Qse Fleurir Garden
Kredit Gambar: Q’se Fleurir Garden 紫丘园

Q’se Fleurir Garden ialah tempat yang bagus untuk anda membeli bunga, menempah penghantaran bunga atau  belajar mengikat bunga dengan menggunakan tangan. Q’se Fleurir Garden ini mempunyai pelbagai bunga yang berwarna-warni dan wangi, selain reka bentuk dalaman kedai ini menonjolkan elemen seni Barat yang menarik dan menawan hati pelanggan.

Waktu operasi:  Isnin, Rabu-Ahad (9.30 pagi-6.00 petang)

Alamat:3A, Lebuh Satu, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak

Instagram: https://www.instagram.com/qsegarden/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/qsegarden/

7. Ipoh Florist Cherish Flowers & Gifts

Ipoh Florist Cherish Flowers Gifts
Kredit Gambar: Ipoh Florist Cherish Flowers & Gifts
Ipoh Florist Cherish Flowers Gifts
Kredit Gambar: Ipoh Florist Cherish Flowers & Gifts
Ipoh Florist Cherish Flowers Gifts
Kredit Gambar: Ipoh Florist Cherish Flowers & Gifts

Ipoh Florist Cherish Flowers & Gifts menyediakan orang ramai dengan bunga yang elegan dan beraroma. Apabila memasuki kedai ini, anda akan berasa udara hangat dan segar menyambut kedatangan anda. Reka bentuk dalamannya mengekalkan gaya vintaj dan hiasan kayu yang ada di situ mengetengahkan gaya unik. Selain itu, anda boleh menikmati hidangan yang lazat di ruang makan sambil dikelilingi bunga-bungaan yang harum.

Waktu operasi:  Isnin-Sabtu (9.00 pagi-6.00 petang)

Alamat:14, Lintasan Perajurit 6, Taman Ipoh Timur, 31400 Ipoh, Perak

Instagram: https://www.instagram.com/cherishflowers/?hl=en

Facebook: https://m.facebook.com/Cherishipoh/

8. New Foo Choon Florist

New Foo Choon Florist
Kredit Gambar: New Foo Choon Florist
New Foo Choon Florist
Kredit Gambar: New Foo Choon Florist

New Foo Choon Florist ialah kedai bunga yang kecil di Ipoh. Walaupun kedai ini lebih kecil daripada kedai bunga lain, tetapi ia mempunyai pelbagai jenis bunga yang segar. Selain itu, kedai ini juga menawarkan pelbagai gubahan bunga untuk pelbagai acara khususnya perayaan.

Alamat: Market, Stall B 197, New Central, 30300 Ipoh, Perak

Instagram:.https://www.instagram.com/newfoochoonflorist2013/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/NewFooChoonFlorist/

9. Ipoh jhin yi flower art gallery晶艺花店 (Ipoh florist)

Ipoh jhin yi flower art gallery晶艺花店ipoh florist
Kredit Gambar: Ipoh jhin yi flower art gallery晶艺花店(ipoh florist)
Ipoh jhin yi flower art gallery晶艺花店ipoh florist
Kredit Gambar: Ipoh jhin yi flower art gallery晶艺花店(ipoh florist)
Ipoh jhin yi flower art gallery晶艺花店ipoh florist
Kredit Gambar: Ipoh jhin yi flower art gallery晶艺花店(ipoh florist)

Galeri seni bunga Ipoh Jhin Yi ini terkenal dengan pelbagai jenis bunga dan gubahan bunga mereka yang cantik dan indah. Bunganya segar dan berbungkus elok. Jika anda ingin mencari bunga yang segar, anda bolehlah berkunjung ke sini.

Waktu operasi:  Selasa-Sabtu (10.30 pagi-6.00 petang), Ahad (10.30 pagi-3.00 petang)

Alamat: Market, Stall B 197, New Central, 30300 Ipoh, Perak

Facebook: https://www.facebook.com/ipohfloristjhinyi/

10. Mitori Florist & Gifts

Mitori Florist Gifts
Kredit Gambar: Mitori Florist & Gifts
Mitori Florist Gifts
Kredit Gambar: Mitori Florist & Gifts

Di Ipoh, Mitori Florist & Gifts ialah satu lagi pilihan terbaik untuk anda jika anda memerlukan bunga untuk menghiasi majlis perkahwinan, hari jadi, parti atau acara lain. Kedai bunga ini sangat profesional dalam mengubah bunga. Kedai ini akan memperkenalkan anda kepada produk baharunya dan menghiasi parti atau acara anda dengan jenis bunga yang sesuai. Selain itu, kedai ini juga menawarkan gubahan bunga dalam bentuk jambak yang istimewa, bakul bunga,  flower stand dan banyak lagi bagi menarik perhatian para pelanggan. Semuanya ditawarkan dalam harga yang berpatutan.

Waktu operasi:  Isnin-Sabtu (10.30 pagi-6.30 petang)

Alamat:17, Jalan Medan Ipoh 3, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak

Instagram: https://www.instagram.com/mitori_florist/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/mitoriflorist/


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close