10 Kedai Kuih Online Terbaik di Malaysia 2022

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak hidangan pencuci mulut tempatan terutamanya kuih-muih. Kuih-muih boleh dimakan sebagai pencuci mulut selepas hidangan utama atau sebagai snek semasa sesi minum petang anda. Kuih-muih merupakan pencuci mulut tradisional yang digemari oleh penduduk tempatan di Malaysia dari setiap kaum kerana ia sedap dan manis untuk dimakan.

Terdapat pelbagai jenis kuih yang terdapat di Malaysia iaitu kuih Melayu dan Nyonya. Pencuci mulut ini juga dimakan semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, bersama keluarga dan rakan-rakan. Sejajar dengan teknologi yang moden, kebanyakan pembeli lebih suka membeli secara dalam talian bagi menjimatkan masa terutama ketika perayaan.

Apakah kuih yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia?

Jenis kuih yang paling terkenal dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah kuih lapis. Kuih lapis merupakan pencuci mulut yang mempunyai pelbagai lapisan warna yang nipis dan boleh dikoyakkan satu demi satu lapisannya untuk anda makan. Kuih ini juga merupakan kuih tradisional melayu yang sudah ada sejak zaman dahulu lagi. Selain itu, kuih seperti kuih Nyonya juga menjadi pilihan ramai kerana diperbuat daripada bahan semula jadi yang memberikan rasa manis yang asli pada kuih tersebut. Namun begitu, kuih seperti ini perlu disimpan di dalam peti sejuk setelah pembungkusnya dibuka.

Kini, banyak juga kuih-muih yang diberi sentuhan moden untuk menarik minat para pelanggan bagi membelinya. Pelbagai hiasan makanan digunakan untuk menjadikan kuih itu cantik, menarik dan sedap dari pandangan mata pembeli. Jika anda ingin membeli kuih, ikuti artikel ini dan buatlah pilihan anda. Berikut ialah 10 kedai kuih online terbaik di Malaysia 2022.

10 Kedai Kuih Online Terbaik di Malaysia 2022

1. Kuih.Co

Kuih.Co
Kredit Gambar: Kuih.Co
Kuih.Co
Kredit Gambar: Kuih.Co
Kuih.Co
Kredit Gambar: Kuih.Co

Kuih.Co merupakan kedai kuih yang mempunyai pelbagai jenis kuih Nyonya seperti kuih lapis, angku dan kuih koci. Kedai kuih ini menawarkan hidangan Nyonya yang boleh anda tempah yang terdiri daripada pelbagai jenis kuih supaya anda boleh menikmati juadah yang berbeza bersama orang yang tersayang. Selain itu, kuih-kuih ini dibungkus dalam kotak yang  menarik dan boleh digunakan semula.

Laman web: https://linktr.ee/Kuih.co 

Instagram: https://www.instagram.com/kuih_co/ 

2. Secawan Tepung

Secawan Tepung
Kredit Gambar: Secawan Tepung
Secawan Tepung
Kredit Gambar: Secawan Tepung
Secawan Tepung
Kredit Gambar: Secawan Tepung

Secawan Tepung merupakan kedai kuih dalam talian yang menjual pelbagai jenis pencuci mulut tradisional yang baru dibuat. Mereka pakar dalam membuat pencuci mulut tradisional yang manis dan berperisa seperti kuih bakar, kuih koci dan kuih bingka ubi. Mereka juga membuat pencuci mulut lain yang boleh anda padankan dengan kuih tradisional jika anda ingin mempunyai gabungan hidangan yang menarik.

Instagram: https://www.instagram.com/secawantepung/ 

3. Madam Yong Delight

Madam Yong Delight
Kredit Gambar: Madam Yong Delight
Madam Yong Delight
Kredit Gambar: Madam Yong Delight
Madam Yong Delight
Kredit Gambar: Madam Yong Delight

Madam Yong Delight telah mencipta dan membuat kuih tradisional Nyonya sejak tahun 1985 sehingga menjadikan mereka terkenal dalam industri pembuatan kuih. Pelanggan lama bagi kedai Madam Yong Delight ini menganggap kuih yang dibuat  oleh mereka terasa segar dan tidak terlalu manis. Inilah antara faktor mengapa mereka menjadi pelanggan setia kedai ini. Selain itu, kedai kuih ini menawarkan kuih platters yang mengandungi 35 atau 50 keping aneka kuih bagi memenuhi citarasa anda.

Laman web: https://www.madamyongdelight.com/ 

Instagram: https://www.instagram.com/secawantepung/ 

4. Kuih Malaya

Kuih Malaya
Kredit Gambar: Kuih Malaya
Kuih Malaya
Kredit Gambar: Kuih Malaya
Kuih Malaya
Kredit Gambar: Kuih Malaya

Kuih Malaya ialah kedai kuih dalam talian yang dikendalikan oleh pembuat roti di rumah yang menghasilkan pelbagai jenis kuih. Kedai kuih ini kerap menukar menu mereka untuk menawarkan pelanggan pelbagai perisa baharu untuk dicuba.  Mereka juga mempunyai pencuci mulut yang manis untuk anda tambahkan ke dalam campuran pilihan kuih anda.

Instagram: https://www.instagram.com/kuihmalayaa/ 

5. Nyonya Lab

Nyonya Lab
Kredit Gambar: Nyonya Lab
Nyonya Lab
Kredit Gambar: Nyonya Lab
Nyonya Lab
Kredit Gambar: Nyonya Lab

Nyonya Lab ialah kedai kuih dalam talian yang hebat yang menawarkan pelbagai kuih tradisional Melayu dan Nyonya. Kedai ini menawarkan 32 jenis pilihan kuih yang lazat untuk anda pilih. Kedai ini juga ada menjual kuih seperti talam keladi, ketayap dan kuih jagung yang boleh anda tempah dalam set kuih raya istimewa mereka.

Laman web: https://www.nyonyalab.com/ 

Instagram: https://www.instagram.com/nyonyalab/?hl=en 

6. Baba Beng

Baba Beng
Kredit Gambar: Baba Beng
Baba Beng
Kredit Gambar: Baba Beng
Baba Beng
Kredit Gambar: Baba Beng

Baba Beng ialah kedai kuih dalam talian yang terkenal kerana banyak menjual kuih tradisional ala Melayu dan Nyonya. Kedai ini juga menjual kaya Nyonya yang dibuat sendiri secara tradisional dan asli mengikut  resipinya. Anda boleh membeli pelbagai jenis kuih, iaitu daripada pulut panggang sehinggalah kepada angku dan juga pulut tekan.

Laman web: https://baba-beng.business.site/ 

Instagram: https://www.instagram.com/mybababeng/?hl=en 

Shopee: https://shopee.com.my/bababeng?categoryId=100629&itemId=1901502568 

7. Nina Kitchen

Nina Kitchen
Kredit Gambar: Nina Kitchen
Nina Kitchen
Kredit Gambar: Nina Kitchen
Nina Kitchen
Kredit Gambar: Nina Kitchen

Nina Kitchen merupakan perniagaan kuih dalam talian yang berasaskan daripada rumah yang menjual pencuci mulut berupa kuih dalam pelbagai kotak. Pencuci mulut ini boleh anda kongsikan bersama rakan-rakan ataupun orang tersayang. Perniagaan kecil ini telah mendapat pengikut setia daripada pelanggannya kerana mereka menikmati pencuci mulut yang lazat dan juga kuih campurannya yang berasa manis dan masam. Anda boleh memilih antara pencuci mulut seperti kuih lapis pelangi, kuih talam dan durian seri muka untuk santapan anda.

Instagram: https://www.instagram.com/_ninakitchen/?hl=en 

8. My Asian Kitchen

My Asian Kitchen
Kredit Gambar: My Asian Kitchen
My Asian Kitchen
Kredit Gambar: My Asian Kitchen
My Asian Kitchen
Kredit Gambar: My Asian Kitchen

My Asian Kitchen ialah platform kuih dalam talian milik usahawan dan chef Dinesh Rao. Beliau mencipta pelbagai jenis kuih dan memberikannya nafas baru dengan ciri moden agar kuih-kuih kelihatan lebih menarik dan menambat hati ramai pelanggan. Chef ini juga membuat kek yang diperbuat daripada kuih dan menyediakan bakul yang beraneka kuih untuk penggemar pencuci mulut ini.

Instagram: https://www.instagram.com/myasiankitchen/ 

9. Aroma Nyonya

Aroma Nyonya
Kredit Gambar: Aroma Nyonya
Aroma Nyonya
Kredit Gambar: Aroma Nyonya
Aroma Nyonya
Kredit Gambar: Aroma Nyonya

Aroma Nyonya telah menawarkan kuih tradisional yang lazat sejak tahun 80-an lagi dan hingga kini, perniagaan ini berkembang pesat dan menjadi perniagaan kuih yang berjaya sejak saat itu. Kedai ini menjual kuih tradisional yang boleh anda beli dalam pek pelbagai atau pilihan individu, bergantung kepada citarasa anda. Selain itu, mereka juga mempunyai campuran pencuci mulut yang lazat dan manis.

Laman web: https://www.aromanyonya.com/ 

Instagram: https://www.instagram.com/aromanyonya/ 

10. Everything Nyonya

Everything Nyonya
Kredit Gambar: Everything Nyonya
Everything Nyonya
Kredit Gambar: Everything Nyonya
Everything Nyonya
Kredit Gambar: Everything Nyonya

Everything Nyonya menawarkan pilihan kuih tradisional dan asli Nyonya yang boleh anda pilih untuk majlis minum petang atau acara perayaan anda. Kuih buatan kedai ini boleh dipadankan dengan mudah dengan perisa kaya mereka yang menghasilkan gabungan rasa yang lazat. Anda juga boleh memilih pelbagai set kotak bundle berbeza yang mengandungi pelbagai jenis kuih mereka yang disajikan.

Laman web: https://everythingnyonya.com/ 

Instagramhttps://www.instagram.com/everythingnyo.nya/ 

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close