10 Minuman Zaman Kanak-Kanak Terbaik di Malaysia 2023

Adakah anda masih ingat minuman mana yang paling anda sukai semasa zaman kanak-kanak anda? Ramai kanak-kanak gembira apabila dapat meminum minuman kegemaran mereka yang kebanyakannya bergula dan berwarna-warni. Semuanya kerana rasanya sedap dan enak menjadikan setiap tegukan tidak puas.

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis minuman zaman kanak-kanak yang dijual di kedai runcit dan pasar raya berhampiran. Kebanyakannya lazat dan berpatutan. Anda boleh membelinya dengan mudah tanpa perlu membelanjakan banyak wang. Hingga kini, minuman zaman kanak-kanak anda masih lagi dijual untuk mengembalikan nostalgia anda sewaktu kanak-kanak dan juga memenuhi keperluan pengguna. Berikut kami kongsikan 10 minuman zaman kanak-kanak terbaik di Malaysia.

Adakah minuman-minuman ini masih dijual?

Jawapannya, ya. Minuman-minuman ini masih dijual kerana mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran yang luas. Bayangkan, kanak-kanak dahulu yang menggemari minuman seperti ini telah menjadi dewasa dan memperkenalkan minuman kegemaran mereka kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, jenama Milo sentiasa menjadi pilihan ramai kerena permintaan terhadap minuman ini tinggi di pasaran. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa turut meminati minuman ini.

Adakah minuman ini berkhasiat?

Jawapannya, ya, jika diambil mnegikut saranan doktor. Minuman seperti ini mempunyai pelbagai jenis nutrisi seperti vitamin C, BI dan kalsium untuk membantu tumbesaran kanak-kanak. Namun begitu, meminumnya dengan kerap atau setiap hari tidak bagus untuk kesihatan anda kerana kandungan gulanya yang tinggi dan boleh menyebabkan penyakit kencing manis. Seeloknya, pengambilan minuman ini terkawal dan mengikut saranan doktor.

10 Minuman Zaman Kanak-Kanak Terbaik di Malaysia 2023

1. Vitagen

Vitagen Mix Flavour
Kredit Gambar: Shopee

Vitagen ialah minuman zaman kanak-kanak yang paling ikonik di Malaysia. Ia kekal sebagai sumber kebahagiaan bagi setiap kanak-kanak di Malaysia. Vitagen Asli dibuat dengan susu segar dan jus buah-buahan asli. Lebih-lebih lagi, Vitagen adalah minuman yang sihat. Setiap botol Vitagen terdiri daripada berbilion-bilion kultur probiotik yang dinamakan Lactobacillus Acidophilus yang membantu proses penghadaman anda dan meningkatkan sistem imuniti anda.

Bahan-bahan: Fermenting skimmed milk with billions of live probiotic cultures (Lactobacillus acidophilus and Lactobacillus casei).

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 125ml (x 5 bottles)

Harga: *RM 4.80

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

2. Yakult

Yakult Ace Cultured Milk Drinks
Kredit Gambar: Shopee

Yakult merupakan satu lagi minuman kegemaran kanak-kanak di Malaysia. Minuman ini sihat untuk orang ramai kerana ia mempunyai sekurang-kurangnya 20 bilion Lactobacillus casei Shirota, iaitu bakteria asid laktik unggul yang membantu untuk meningkatkan proses melancarkan usus anda.

Bahan-bahan: Water, skimmed milk, glucose-fructose syrup, sugar, maltodextrin, flavorings, Lactobacillus casei Shirota. Gluten-free.

Negara Pengeluar: Jepun

Saiz: 80 ml (x 10 botol)

Harga: *RM 11.18 – RM 11.90

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

3. Nestle Milo

Nestle Milo
Kredit Gambar: Shopee

Nestle Milo digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Minuman ini ialah teman sarapan yang baik yang memberikan anda tenaga untuk memulakan hari dengan ceria. Anda akan jatuh cinta dengan rasa coklatnya yang sedap selain mendapat tenaga dan nutrien daripada minuman ini.

Bahan-bahan: Malt Barley, Milk, Cocoa

Negara Pengeluar: Australia

Saiz: 1Liter

Harga: *RM 4.32-RM 6.33

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

4. Ribena

Ribena
Kredit Gambar: Shopee

Rasa Blackcurrant Ribena sungguh sedap dan minuman ini telah menjadi salah satu minuman kegemaran kanak-kanak di Malaysia. Sebenarnya, minuman ini lebih disukai oleh setiap peringkat umur kerana ia mengandungi blackcurrant New Zealand dan 100 peratus Vitamin C kepada mereka meminumnya. Selain itu, minuman ini tidak menggunakan pemanis dan perisa tiruan. Cubalah hari ini!

Bahan-bahan: Water, Sucrose, Blackcurrant Juice (5%), Vitamin C, Preservative (Potassium Sorbate and Acidity Regulator (Citric Acid). Contains permitted preservative and acidity regulator as food conditioner.

Negara Pengeluar: Filipina

Saiz: 330 ml

Harga: *RM 2.48-RM 2.90

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

5. Oligo Chocolate Malt Drink

Oligo Chocolate Malt Drink
Kredit Gambar: Shopee

Oligo Chocolate Malt Drink ialah minuman yang menyihatkan. Ia mempunyai Vitamin B6 dan B12 untuk mencergaskan badan dan minda bagi memberikan prestasi yang baik sambil mengurangkan keletihan. Anda akan menjadi lebih bertenaga apabila  menikmati rasa coklat Belgium yang kaya ini. Selain itu, terdapat banyak Oligofruktosa di dalam minuman ini untuk melancarkan proses penghadaman dan pembuangan air besar. Minuman ini juga mempunyai kalsium yang boleh membantu tumbesaran tulang anda!

Bahan-bahan: Deionized Filtered Water, Sugar, Non-Dairy Creamer [Glucose Syrup, Hydrogenated Vegetable Oil, Sodium Caseinate (Milk Protein), Stabilizer, Emulsifier, Anticaking Agent E551)], Cocoa, Skimmed Milk Powder, Calcium, Malt Extract (Contains Barley), Oligofructose, Vitamin B6, Vitamin B12, Contains Permitted Food Conditioner

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 240 ml

Harga: *RM 2

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

6. Dutch Lady UHT Milk Full Cream 1L

Dutch Lady UHT Milk Full Cream L
Kredit Gambar: Shopee

Ramai kanak-kanak suka minum susu, jadi susu Dutch Lady UHT Milk Full Cream 1 L adalah pilihan terbaik untuk mereka. Minuman ini mengandungi protein, kalsium, dan nutrien penting untuk mereka yang meminumnya. Anda perlu menyimpan susu ini pada suhu 25-30 darjah Celcius, tetapi setelah bungkusannya dibuka, anda harus menyimpannya di dalam peti sejuk dan meminumnya dalam masa 3 hari. Selain itu, susu ini boleh dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang lebih kecil dan ringan.

Bahan-bahan: Milk Solids (Non-Fat), Milk Fat and Vitamins (A, D3, B2) Contains permitted food conditioners (stabilizer and emulsifier of plant origin)

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 Liter

Harga: *RM32.89 – RM 52.63 (x 6 pek)

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

7. Drinho Soya Bean 1L

Drinho Soya Bean L
Kredit Gambar: Shopee

Minuman ini mengandungi kacang soya semula jadi yang terpilih. Ia sangat sihat dan sesuai diminum oleh setiap lapisan umur. Susu soya ini juga berkualiti tinggi dan enak diminum bersama keluarga tersayang. Anda boleh menikmati rasa manis kacang soya di dalam minuman ini.

Bahan-bahan: Soya Bean Extract, Water, Cane Sugar, and Salt. Contains Permitted Food Conditioner(Acidity Regulator 500). Additives used are from synthetic origin.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 Liter

Harga: *RM 2.14 – RM 2.19

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

8. Horlicks Original Malted Drink

Horlicks Original Malted Drink

Kredit Gambar: eBorong.

Horlicks Original Malted Drink adalah minuman yang mengandungi barli malt asli, gandum dan susu. Ia membekalkan  vitamin, mineral, makronutrien dan serat yang baik untuk anda. Apa kata anda cuba minuman ini bersama rakan-rakan dan mengimbau kembali zaman kanak-kanak anda?

Bahan-bahan: Wheat Flour, Malted Barley, Whey Powder, Fine Crystalline Sugar, Milk Solid Not Fat, Milk Fat, Skimmed Milk Powder, Calcium Carbonate, Sodium Chloride, Acidity Regulator (Potassium Bicarbonate), Vanilla Flavour SD 711302, Vitamin C (Ascorbic Acid), Magnesium Chloride, Ferric Pyrophosphate, Zinc Sulphate, Dextrose Anhydrous, Arachis Oil, Vitamin E (Alpha Tocopherol), Magnesium Oxide, Vitamin B3 (Niacin), Vitamin A (Retinol), Vitamin B6 (Pyridoxin), Vitamin B2 (Riboflavin), Copper Sulphate, Vitamin B1 (Thiamin Hydrochloride), Folic Acid, Potassium Iodate, Vitamin D2 (Eragocalciferol), Vitamin B12 (Cyanocobalamin), Contains Acidity Regulator and Flavour as Permitted Food Conditioner, Contains Cereal with Gluten, Milk & Milk products, It may contain traces of Soya

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1kg

Harga: *RM 27.45

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

9. Wheatgrass

Wheatgrass
Kredit Gambar: Shopee

Wheatgrass merupakan produk halal buatan Malaysia. Semasa zaman kanak-kanak, Wheatgrass ialah minuman yang popular kerana bukan sahaja ia menyihatkan, bahkan ia juga menyegarkan. Kanak-kanak digalakkan meminumnya kerana ia boleh membantu melegakan panas dan mengurangkan demam.

Bahan-bahan: Natural pandan, alfalfa, wheatgrass, Permitted Food Conditioner

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 350 ml

Harga: *RM 2.50

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

10. Tropicana Twister Juicy Burst

Tropicana Twister Juicy Burst
Kredit Gambar: Shopee

Ramai kanak-kanak sukakan jus oren kerana rasa manis buah oren. Minuman ini dapat memberikan anda rasa oren sebenar bersama pulpa oren yang sedap. Selain selalu menjadi pilihan ramai, minuman ini juga kaya dengan vitamin c dan nutrisi kepada kanak-kanak. Selain itu, minuman ini juga menarik ramai kanak-kanak untuk meminumnya kerana rasa yang menyegarkan dan lazat.

Bahan-bahan: Water, Sugar, Orange Pulp, Orange Juice Concentrate, Citric Acid, Sodium Citrate, Xanthan Gum, Arabic Gum, Ascorbic Acid, Potassium Sorbate, Vitamin E, Beta Carotene, Contains Permitted Food Conditioner, Flavoring, and Preservative, All Additives are of Non-Animal Origin

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 355 ml

Harga: *RM 1.97 – RM 2.70

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Urutan jenama produk di dalam artikel ini tidak mempunyai urutan secara spesifiknya. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close