10 Muzium Terbaik di Kuala Lumpur

Sebuah muzium berfungsi untuk mengumpul, memelihara, mentafsir dan mempamerkan objek yang mempunyai kepentingan seni, budaya atau saintifik kepada orang ramai bagi mengkaji dan mendidik diri mereka sendiri. Menghabiskan masa dengan melawat muzium boleh menjadi cara terbaik untuk menghiburkan diri anda dan orang tersayang sambil menerapkan sejarah negara ke dalam diri anda.

Terdapat pelbagai jenis muzium termasuk muzium sejarah negara, muzium seni, muzium sains, muzium perang dan banyak lagi di Malaysia. Berikut ialah 10 muzium terbaik di Kuala Lumpur.

Bagaimanakah memilih muzium yang terbaik untuk dilawati di Kuala Lumpur?

Kuala Lumpur ialah sebuah bandar besar dan maju yang telah menjadi pilihan pertama buat pelancong untuk dikunjungi. Selain itu, bandar ini mempunyai sejumlah besar muzium yang boleh dikunjungi oleh para pelancong termasuklah penduduk tempatan Perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan bagi pemilihan lawatan ke muzium ialah lokasi, jenis muzium dan bayaran masuk yang dikenakan.

1. Lokasi

Lokasi muzium ialah penting bagi menetapkan pemilihan lawatan muzium anda. Lakukan kajian terlebih dahulu supaya rancangan anda berkunjung ke sini berjalan dengan lancar.

2. Jenis muzium

Pilih jenis muzium yang anda ingin lawati supaya kunjungan anda tidak sia-sia dan bermakna.

3. Bayaran masuk

Bayaran masuk mungkin akan dikenakan apabila anda melawat muzium. Jika anda mempunyai bajet yang ketat, pilihlah muzium yang tidak mengenakan bayaran mahal bagi meluangkan masa anda.

10 Muzium Terbaik di Kuala Lumpur

1. Muzium Negara Malaysia

National Museum of Malaysia
Kredit Gambar: Wikipedia

Muzium Negara dibuka pada 31 Ogos 1963 yang terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Muzium ini memberikan gambaran keseluruhan tentang kekayaan budaya dan warisan sejarah Malaysia seperti perayaan, pakaian, perkahwinan dan senjata tradisional. Muzium tiga tingkat ini merupakan antara muzium yang paling banyak dikunjungi di Malaysia oleh pelancong dan masyarakat tempatan.

Keunikan: Hayati sejarah dan kebudayaan masyarakat Malaysia yang pelbagai

Alamat: Jabatan Muzium Malaysia, Jln Damansara, Perdana Botanical Gardens, 50566 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi-5.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

2. Petrosains Science Discovery Centre

Petrosains Science Discovery Centre
Kredit Gambar: TripAdvisor

Dikenali juga sebagai Petrosains, pusat ini terletak di dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas yang telah ditubuhkan pada 25 Mac 1999. Muzium sains dan teknologi Malaysia ini ialah cetusan idea Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Petrosains ialah anak syarikat milik penuh Petronas, syarikat multinasional minyak dan gas bersepadu Malaysia. Syarikat ini juga terkenal dan memiliki Menara Berkembar Petronas. Tempat ini sememangnya sesuai buat kanak-kanak dan penggemar sains.

Keunikan: Mari melawat sambil pelajari sains

Alamat: Petronas Twin Tower, Level 4, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa-Jumaat (9.30 pagi-5.30 petang), Sabtu-Ahad (9.30 pagi-6.30 petang), Isnin (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

3. Muzium Kesenian Islam Malaysia

Islamic Arts Museum Malaysia
Kredit Gambar: Discover Islamic Art

Muzium Kesenian Islam Malaysia terletak di Kuala Lumpur yang menempatkan lebih tujuh ribu artifak dunia Islam. Sebagai muzium seni Islam terbesar di Asia Tenggara, tidak hairanlah muzium ini boleh menawarkan dua belas ruang galeri yang menempatkan pelbagai artifak dan juga barangan pameran berunsurkan islam. Ia dibuka secara rasmi pada 12 Disember 1998 dan dibina dengan menerapkan elemen seni bina islam tradisional yang memukau.

Keunikan: Hayati seni bina islam yang indah sejauh mata memandang

Alamat: Islamic Arts Museum Malaysia, Jalan Lembah, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (9.30 pagi-6.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

4. Kuala Lumpur City Gallery

Kuala Lumpur City Gallery
Kredit Gambar: Kuala Lumpur City Gallery

Galeri ini merupakan tapak bersejarah Kuala Lumpur yang popular kerana sering dikunjungi oleh pelancong dan penduduk tempatan. Ia terletak betul-betul di Dataran Merdeka. Pameran The Spectacular City Model Show ialah yang terbesar dan pertama seumpamanya di Malaysia. Pameran ini memaparkan masa lalu, masa kini dan masa depan bandar Kuala Lumpur dengan bantuan persembahan teknologi yang menarik.  Struktur I LOVE KL ialah ikon yang wajib untuk bergambar semasa anda berkunjung ke  sini. 

Keunikan: Kenali sejarah bandar Kuala Lumpur

Alamat: Dataran Merdeka, 27, Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi-6.00 petang), Selasa (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

5. Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery

Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery
Kredit Gambar: Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery

Muzium ini terletak di Jalan Dato Onn yang menawarkan pelbagai tema melalui enam galerinya. Tema geleri tersebut ialah Galeri Kanak-Kanak, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam, Galeri Numismatik dan Galeri Seni. Kesemua galeri ini terbuka untuk dikunjungi orang ramai. Galeri ini mengajar anda tentang ekonomi Malaysia dan peranan penting institusi bank dalam pembangunan ekonomi dan landskap kewangan negara.

Keunikan: Kenali peranan institusi bank dalam membangunakan negara

Alamat: Sasana Kijang, 2, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (10.00 pagi-5.00 petang), Isnin (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

6. Muzium Telekom

Telekom Museum
Kredit Gambar: Times of India

Muzium Telekom telah dinaik taraf kepada pertukaran telefon mekanikal pada tahun 1938. Pada waktu itu,Telekom Malaysia mencari ruang untuk dijadikan pejabat operasi mereka dan menempatkan peralatan telekomunikasi mereka di Kuala Lumpur. Mereka menemui tempat yang sesuai pada tahun 1984 tetapi tidak dapat meneruskan rancangan itu apabila Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan bangunan itu dijadikan warisan negara pada tahun 1985. Akhirnya, pada 3 Jun 1994, muzium itu dibuka untuk orang ramai. Terdapat banyak alat komunikasi terdahulu yang seringkali menjadi tumpuan para pelancong sekaligus mengangkat taraf industri telekomunikasi di Malaysia.

Keunikan: Pameran evolusi alat telekomunikasi di Malaysia

Alamat: Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Monday-Jumaat  (9.00 pagi-5.00 petang), Sabtu-Ahad (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

7. Illusion 3D Art Museum

Illusion D Art Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Muzium seni moden ini terletak di Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur. Ia merupakan muzium seni 3D pertama di Kuala Lumpur yang mempamerkan lukisan realistik oleh sepasukan artis yang berbakat. Muzium seni ini menampilkan segelintir karya seni 3D interaktif yang dilukis dengan tangan. Jika anda berada di sekitar Pasar Sentral, kunjungilah muzium seni ini kerana anda hanya akan mengambil masa sekitar 2 minit untuk sampai ke sini.

Keunikan: Ceriakan hari anda dengan lukisan realistik yang menarik dan hebat

Alamat: Lot 4.01-4.03, Second Floor Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi-6.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

8. Muzium Tekstil Negara

National Textiles Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Muzium 2.5 tingkat ini direka bentuk dengan gaya seni bina Moor dan menjadikan bangunan ini kelihatan seperti Barat-Islam. Terletak bersebelahan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan ini siap dibina pada 1905 untuk menempatkan ibu pejabat Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, yang kini dikenali sebagai KTM. Setelah melalui banyak perubahan, akhirnya muzium ini ditukar menjadi Muzium Tekstil Negara dan dibuka pada 9 Januari 2010 kepada orang ramai.

Keunikan: Seni bina klasik bangunan ini sesuai untuk memotretkan gambar

Alamat: 26, Jalan Sultan Hishamuddin, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi-6.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

9. Muzium Polis Diraja Malaysia

Royal Malaysia Police Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Muzium Polis Diraja Malaysia terletak di Kuala Lumpur yang mempamerkan sejarah pasukan polis diraja Malaysia yang diasaskan dibawah pemerintahan kolonial British sehingga tahun 1970-an. Muzium asal sebenarnya dibina dengan kayu tetapi apabila artifak dipindahkan, muzium juga itu berpindah ke lokasi baru. Pembinaannya bermula pada 18 Februari 1993 dan siap selepas empat tahun pembinaannya. Muzium ini terbahagi kepada Galeri A, Galeri B dan Galeri C yang dibuka setiap hari kepada orang ramai.

Keunikan: Pelajari sejarah asal usul pembentukan pasukan polis di Malaysia

Alamat: 5, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (9.00 pagi-5.00 petang), Jumaat (9.00 pagi-2.30 petang), Isnin (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

10. Planetarium Negara

Planetarium Negara
Kredit Gambar: Wikipedia

Planetarium Negara di Malaysia ini ialah terkenal dengan struktur kubah berwarna biru. Ia dibuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 7 Februari 1994 untuk orang ramai. Mempunyai laluan pejalan kaki yang menghubungkan Muzium Negara Malaysia, planetarium ini memiliki taman tema angkasa lepas di mana replika balai cerap purba berada. Salah satu tarikan utama ialah teater angkasa lepas yang menayangkan rancangan ruang angkasa dan filem berformat besar yang ditayang untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Keunikan: Rasai pengalaman angkasa lepas yang mengujakan

Alamat: 53, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (9.00 pagi-4.30 petang), Isnin (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close