10 Nugget Ayam Terbaik di Malaysia 2022

Adakah anda tahu bahawa sebelum dikenali sebagai Nugget Ayam, ia terlebih dahulu dikenali sebagai ‘chicken crispies’? Secara asasnya, nugget ayam diperbuat daripada daging ayam yang telah dikisar yang dilapisi tepung roti atau diadun. Di samping itu, nugget ayam telah menjadi suatu hidangan yang amat popular untuk berkurun lamanya. Bermula dengan nugget ‘sejuk beku’ yang sedia untuk digoreng pada bila-bila masa sahaja kepada McDonald’s Chicken Nuggets, ia sentiasa menjadi hidangan ringkas kegemaran ramai tanpa mengira usia! Bagi kanak-kanak, nugget merupakan hidangan yang lazat dan rangup, manakala untuk ibu bapa, ia boleh dilihat sebagai hidangan sampingan untuk makan malam dan makan tengahari.

Nugget Ayam ini diperbuat menggunakan bahan utama seperti dada ayam atau otot dada mereka. Namun begitu, bahagian lain daripada itu turut ditambah dalam campuran nugget itu. Di samping itu, nugget dibentuk dalam saiz yang mudah untuk dijamah, iaitu berbentuk empat segi dengan sedikit lekuk di tengah. Walaupun begitu, sesetengah pengeluar memainkan peranan dengan kreatif dengan menghasilkan nugget dalam pelbagai bentuk yang menarik seperti bentuk ikan, raksasa, bintang, hati, dan macam-macam lagi! Hal ini kerana mereka mengetahui bahawa penggemar utama mereka adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak, terutamanya mereka yang sukar untuk mempunyai selera makan.

10 Nugget Ayam yang menjadi ‘all the time’ favorite di Malaysia

1. Marina Tempura Chicken Nuggets

Marina Tempura Chicken Nuggets
Kredit gambar: Tesco

Marina Tempura Chicken Nuggets merupakan salah satu produk terulung daripada jenama ini. Nugget Ayam ini dihasilkan daripada daging dada ayam tanpa lemak yang telah disalut dengan tepung tempura untuk memberikan rasa berjus daripada daging tersebut. Selain itu, nugget itu penuh dengan nutrisi di samping mempunyai rasa yang sentiasa ‘win’ di hati penggemarnya. Seterusnya, nugget juga merupakan hidangan yang sesuai untuk disajikan di apa-apa jua majlis, sama ada di mana-mana majlis sambutan ataupun majlis makan malam bersama keluarga tersayang.

Bahan-bahan: Chicken Meat, Tempura Coating, Soy Protein, Seasoning, Starch, Salt, Vegetable Oil, Contains Permitted Food Conditioners.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 750 g

Harga: RM12.49

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. First Pride Tempura Chicken Nugget 

First Pride Tempura Chicken Nugget
Kredit gambar: Tesco

First Pride Home Spiced Tempura Chicken Nuggets tergolong dalam makanan yang cepat dan mudah untuk dimasak. Anda boleh masak secara terus di mana anda tidak perlu menunggu untuk jangka masa yang lama walaupun ia baru dikeluarkan daripada peti ais. Oleh sebab itu, ia dikenali sebagai pilihan yang ideal untuk disajikan di mana-mana acara bersama keluarga sebagai hidangan ‘on-the-go’. Ia bukanlah hidangan sampingan yang asing lagi untuk dihidang sama ada ketika waktu sarapan, makan tengahari, makan malam, snek, makanan yang mudah dimakan, bahkan juga sesuai dijadikan pembuka selera di apa-apa jua majlis atau parti.

Bahan-bahan: Chicken Meat, Water, Soy Protein, Seasoning, Sugar, Salt, Tempura Coating (contains Wheat and Whey Powder (Milk)), Flavour Enhancer (Monosodium Glutamate), Food Conditioner, Flavouring Substance.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 800 g

Harga: RM14.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Ramly Chicken Nuggets

Ramly Chicken Nuggets
Kredit gambar: Suntos

Jenama Ramly bukan sahaja dikenali dengan hidangan daging burger yang ‘kick’, Nugget Ayam keluaran jenama ini juga rasa yang ‘win’ di hati penggemarnya! Elemen kerangupan dan rasa savori yang Ramly telah tampilkan dalam nugget ayam mereka sememang berjaya menambat hati pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira soal usia. Tambahan lagi, apabila digoreng, nugget ini akan memiliki rasa yang rangup diluar, manakala lembut di dalam. Di samping itu, ia memberikan rasa yang ‘addictive’ sekaligus mengukuhkan lagi rasional mengapa mereka masih relevan dan digilai ramai.

Bahan-bahan:  Chicken Meat, Soy Protein, Vegetable Oil, Wheat Flour, Corn Flour, Spices and Salt. Contains Permitted Food Conditioner and Flavour Enhancer.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 1 kg

Harga: RM15.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Value Choice Tempura Chicken Nugget 

Value Choice Tempura Chicken Nugget
Kredit gambar: Uno Frozen Foods

Value Choice Chicken Nuggets mudah disediakan memandangkan anda boleh terus memasak sebaik sahaja dikeluarkan daripada peti ais. Sesetengah orang mengatakan bahawa nugget jenama ini mempunyai rasa, tekstur, dan aroma yang agak sama dengan restoran yang menyajikan makanan segera yang lain. Anda pasti berasa ingin tahu persis apa rasa nugget ini bukan? Jadi, jangan lengahkan masa lagi dan dapatkan sekarang!                                                                                                             

Bahan-bahan: Chicken Meat, Corn Starch, Wheat Starch, Soy Protein, Sugar, Salt, Chicken Flavour, Flavour Enhancer E621, Pepper, Permitted Colour (E102).

Negara asal: Malaysia

Saiz: 1 kg

Harga: RM15.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Ayamas Golden Chicken Nuggets

Ayamas Golden Chicken Nuggets
Kredit gambar: Tesco

 Ayamas Golden Chicken Nuggets sudah kedengaran tidak asing lagi bagi kalangan masyarakat di Malaysia. Malahan, ia merupakan jenama favorite kebanyakan golongan ibu-ibu. Hal ini kerana ia adalah sesuatu sajian yang boleh disediakan dengan mudah dan meringankan beban mereka. Anda sudah tentunya tahu bahawa snek ini disaluti dengan serbuk roti keemasan yang berfungsi untuk memberikan kerangupan kepada snek ini. Selain itu, ia tidak mengandungi  sebarang lemak trans, bahan  pengawet, atau SMG. Walaupun tanpa penggunaan bahan-bahan tersebut, Ayamas Golden Chicken Nuggets sentiasa menjadi pilihan hati sebilangan besar masyarakat di Malaysia sepanjang masa dan pada bila-bila masa.                          

Bahan-bahan: Chicken Meat, Breadcrumb, Wheat Flour, Chicken Seasoning, Wheat Fiber, Soy Protein, Salt, Palm Oil, Contains Stabiliser as Permitted Food Conditioner, Additives are derived from Plant and Synthetic Origin.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 850 g

Harga: RM19.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Pertiwi Breaded Chicken Nugget

Pertiwi Breaded Chicken Nugget
Image credit: Carousell

Inginkan sesuatu yang enak dimakan begitu sahaja? Petiwi Breaded Chicken Nuggets merupakan penyelesaian untuk anda yang idamkan sesuatu yang enak tetapi masa penyediaannya sepantas kilat. Daging ayam yang empuk dan berjus beserta dengan kerangupan yang tidak terhitung keenakannya menyempurnakan lagi hari anda!

Bahan-bahan: Chicken, Water, Wheat Flour, Food Starch, Breadcrumbs (Contains Colouring (Tatrazine, Sunset Yellow, Ponceau 4R)), Vegetable Fats, Spices (Garlic, Black Pepper, Celery, Soy Protein, Salt, Sugar, Flavour Enhancer (Monosodium Glutamate), Emulsifier (Sodium Tripolyphosphate) and Flavours (Eggs, Yeast Extract, Lactose, Anti Caking Agent (Calcium Silicate))

Negara asal: Malaysia

Saiz: 1 kg

Harga: RM8.40

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak harga di shopee

7. Nutriplus Tempura Spicy Chicken Nuggets

Nutriplus Tempura Spicy Chicken Nuggets
Kredit gambar: TWUEZGO

Nutriplus Crunchy Spicy Tempura Chicken Nuggets pastinya akan memuaskan selera anda? Anda tidak perlu risau berlapar pada bila-bila masa sahaja kerana nugget ini akan memudahkan kerja anda. Di samping masa penyediaan yang cepat, nugget ini juga amat berjus, rangup dan memiliki rasa yang pedas sekaligus menjadikan snek ini hidangan yang lengkap untuk disantap bersama. Selain itu, snek ini disediakan dalam kuantiti yang pastinya memuaskan hati anda. Jadi, anda tidak perlu takut sekiranya ingin menyediakan dalam jumlah yang banyak.

Bahan-bahan: Chicken Meat, Breadcrumb, Wheat Flour, Chicken Seasoning, Wheat Fiber, Soy Protein, Salt, Palm Oil, Contains Stabiliser as Permitted Food Conditioner, Additives are derived from Plant and Synthetic Origin.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 800 g

Harga: RM14.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak harga di shopee

8. Wise Choice Chicken Nugget Tempura

Wise Choice Chicken Nugget Tempura
Kredit gambar: Tesco

Choice merupakan pilihan snek yang lebih berkhasiat untuk anda dan seisi keluarga. Hal ini kerana ia diperbuat 100% daripada daging ayam sejuk tanpa kulit dan juga lemak. Lebih-lebih lagi, setiap ketulan nugget ini dilapisi tepung yang banyak, cukup berperisa, dan jumlah daging yang lebih banyak. Justeru, ia membuktikan bahawa Wise nugget ini adalah pilihan snek yang yang berkhasiat sememangnya tidak akan mempunyai rasa yang berlebihan.

Bahan-bahan: Chicken Meat, Breadcrumb, Contains Permitted Stabilisers ( Contains Soy Protein), Starch, Salt, Contains Monosodium Glutamate As Permitted Flavour Enhancer, Sugar, Permitted Flavouring, Pepper, Wheat Flour. Fried In Vegetable Oil.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 1 kg

Harga: RM13.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Farm’s Best Classic Style Golden Crumb Chicken Nuggets 

Farms Best Classic Style Golden Crumb Chicken Nuggets
Kredit gambar: Shopee

Farm’s Best Classic Style Golden Crumb Chicken Nuggets disaluti dengan serbuk roti yang memberikan tekstur luaran yang rangup kemudian digoreng dalam minyak sayuran. Nugget ini juga tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, pewarna tiruan, atau MSG. Semakin anda makan, anda akan merasa lebih ‘addictive’ dengan setiap suapan dan gigitan. Jadi, bertindak sekarang atau anda terpaksa gigit jari dek kempunan untuk merasa Farm’s Best Classic Style Golden Crumb Chicken Nuggets yang luar biasa sedap,

Bahan-bahan: Chicken Meat, Wheat Flour, Food Starch, Soy Protein, Salt, Sugar, Seasoning, Contains (Emulsifier) as Permitted Food Conditioner, Spices and Permitted Flavour Enhancer (Monosodium Glutamate), Fried in Vegetable Oil (Palm Olein).

Negara asal: Malaysia

Saiz: 1 kg

Harga: RM13.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak harga di shopee

10. Kawan Chicken Nuggets

Kawan Chicken Nuggets
Kredit gambar: Kawan Food

Kawan Tempura Chicken Nuggets kaya dengan perisa dan sesuai untuk dijadikan sajian di mana-mana majlis. Secara tipikalnya, sama seperti kebanyakan nugget ayam yang lain, Kawan Tempura Chicken Nuggets disaluti dengan tepung bagi menghasilkan tekstur kerak perang keemasan  luaran yang rangup. Bagi menambahkan lagi rasa ‘kick’ ketika menikmati snek ini, makanlah bersama sos kegemaran anda! Pastinya anda tidak akan mempunyai sebarang rungutan lagi.

Bahan-bahan: Chicken, Water. Soy Protein, Seasoning (Sugar, Salt, Cornstarch, Flavour Enhancer (E621, E635). Garlic, Onion, Palm Fat, White Pepper, Citric Acid, Phosphate, Tempura Coating, Modified Tapioca Starch (E1420), Rice Flour, Wheat Starch, Whey Powder, Rice Flour, Salt, Wheat Starch, Raising Agents (E450i, E500ii), Black Pepper, Celery, Sunflower Oil and Palm Olein.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 600 g

Harga: RM12.83

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Kami tahu bahawa anda sudah menjadi ‘pakar’ untuk menikmati nugget ini dengan pelbagai cara dan kombinasi dengan makanan lain. Di sini, saranan kami tentang variasi cara untuk menikmati nugget anda dengan lebih padu!

  • Chicken Tender Biscuit
  • Chicken Nugget Sushi
  • Chicken Nugget Nacho
  • Chicken Nugget Caesar Salad
  • Chicken Nugget Mac and Cheese
  • Chicken Nugget Mashed Potato Bowl

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close