10 Resort Tepi Pantai Terbaik di Malaysia 2024

Setiap orang memerlukan percutian. Setiap orang harus berehat sebentar daripada tekanan dan kemelut kehidupan seharian. Untuk mengurangkan tekanan anda, apa kata anda pergi bercuti di tepi pantai yang indah? Rasanya dengan melihat air laut yang jernih dan mendengar ombak menghempas pantai, tekanan dan keserabutan anda boleh berkurang.

Bercuti di tepi pantai merupakan salah satu cara bermanfaat untuk anda sayangi diri anda. Bahkan, percutian ini boleh menjadi meriah jika anda merancangnya bersama keluarga atau rakan-rakan.

Advertise With My Weekend Plan

Bagaimanakan anda menentukan tempat penginapan yang sesuai?

Malaysia mempunyai banyak pantai dan pulau menarik untuk dikunjungi. Dan tarikan sebegini membuatkan ramai pelancong sama ada dalam negara atau luar negara datang ke Malaysia untuk menikmati keindahan pantai dan pulau di sini. Secara tidak langsung, banyak hotel dan resort tepi pantai dibina bagi menarik perhatian para pelancong sekaligus memudahkan mereka sepanjang bercuti di Malaysia. Untuk memilih tempat penginapan yang sesuai, anda perlu menitikberatkan soal lokasi, bajet, tujuan percutian dan juga pakej yang ditawarkan oleh pihak hotel atau resort tersebut.

Biasanya, hotel ataupun resort yang dibina di tepi pantai ini akan menawarkan pelbagai pakej menarik seperti pakej aktiviti sukan air dan sajian makanan bagi menambat hati para pelancong. Kebanyakan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang menginap di hotel ataupun resort tepi pantai ialah snorkeling, menyelam, menaiki banana bot dan juga melihat pemandangan matahari terbenam yang berlantaikan laut yang biru. Pilihlah hotel atau resort yang dekat supaya tidak memakan masa perjalanan yang banyak. Juga, rangka bajet anda sebelum menempah hotel.

10 Tempat Penginapan Tepi Pantai Terbaik di Malaysia 2024

1. The Datai Langkawi

The Datai Langkawi
Kredit Gambar: Booking.com
The Datai Langkawi
Kredit Gambar: thedatai.com
The Datai Langkawi
Kredit Gambar: thedatai.com

Datai Langkawi ialah resort pantai yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang indah. Resort ini menawarkan beberapa suite, vila dan bilik yang sesuai dengan nilai estetika tropika. Resort ini terletak di pantai persendirian di Teluk Datai. Kebanyakan bilik mempunyai balkoni peribadi yang menghadap ke hutan manakala beberapa vila pula mempunyai kolam renang peribadi yang tersembunyi untuk lebih privasi. Pelancong boleh menikmati kemudahan yang ditawarkan seperti spa, kelas yoga, kelas Pilates dan kelas alam semula jadi yang membolehkan anda memetik herba segar dan menjadikannya teh atau makanan.

Keunikan: Spa, kelas alam semula jadi, pilates

Alamat: Jalan Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.thedatai.com/ 

2. Tanjong Jara Resort

Tanjong Jara Resort
Kredit Gambar: tanjongjararesort.com
Tanjong Jara Resort
Kredit Gambar: tanjongjararesort.com
Tanjong Jara Resort
Kredit Gambar: tanjongjararesort.com

Tanjong Jara Resort ialah sebuah resort yang terdiri daripada bilik-bilik penginapan mewah yang dilengkapi dengan pelbagai fabrik dan kayu yang mahal. Resort ini mempunyai suite dan bilik penginapan yang menawarkan pemandangan berlatarkan taman tropika yang indah atau pemandangan Laut China Selatan. Anda boleh menjamu selera secara privasi di pantai sambil bersantai. Antara sajian yang ditawarkan di sini ialah makanan laut segar dan juga masakan tradisional Malaysia. Sepanjang anda berada di sini, anda boleh snorkeling, menyelam, menyertai kelas kraftangan, memanjakan diri di spa atau bermain sepak takraw.

Keunikan: Kelas kraftangan, spa

Alamat: Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.tanjongjararesort.com/

3. Shangri-La’s Rasa Ria Resort & Spa

Shangri Las Rasa Ria Resort Spa
Kredit Gambar: shangri-la.com
Shangri Las Rasa Ria Resort Spa
Kredit Gambar: shangri-la.com
Shangri Las Rasa Ria Resort Spa
Kredit Gambar: shangri-la.com

Resort ini menawarkan tempat percutian tropika yang dikelilingi dengan hutan dan pantai berpasir. Resort ini sesuai untuk mereka yang menggemari sukan air kerana banyak menawarkan aktiviti seperti parasailing, berkayak dan juga meluncur di atas angin. Selain itu, resort ini juga menawarkan pelbagai pilihan makanan yang disediakan oleh 9 buah restoran di sini. Menariknya, terdapat kelab kanak-kanak yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak anda sepanjang percutian anda di sini.

Keunikan: 9 restoran, kelab kanak-kanak

Alamat: Pantai Dalit Tuaran, 89208 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.shangri-la.com/kotakinabalu/rasariaresort/ 

4. Gaya Island Resort

Gaya Island Resort
Kredit Gambar: gayaislandresort.com
Gaya Island Resort
Kredit Gambar: gayaislandresort.com
Gaya Island Resort
Kredit Gambar: gayaislandresort.com

Gaya Island Resort ini terletak di pantai persendirian dalam sempadan Taman Tunku Abdul Rahman. Resort ini menawarkan tempat penginapan yang dikelilingi flora dan fauna yang memukau untuk para pelancong. Terdapat pelbagai pilihan restoran yang menyajikan masakan antarabangsa dan juga Asia di resort ini. Di sini, anda boleh meluangkan masa dengan aktiviti memerhatikan burung, menaiki bot laju, melawat pusat marin yang melindungi dan menjaga penyu serta aktiviti berlayar.

Keunikan:  Aktiviti Pelayaran, pusat marin yang melindungi dan menjaga penyu

Alamat: Malohom Bay, Tunku Abdul Rahman Marine Park, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.gayaislandresort.com/index.html 

5. Japamala Resort by Samadhi

Japamala Resort by Samadhi
Kredit Gambar: Samadhi Retreats
Japamala Resort by Samadhi
Kredit Gambar: Samadhi Retreats
Japamala Resort by Samadhi
Kredit Gambar: Samadhi Retreats

Japamala Resort by Samadhi ialah sebuah resort butik yang terletak di Pulau Tioman. Resort ini mempunyai vila dan suite moden yang menggunakan kayu tempatan dan warna lembut bagi menonjolkan nilai estetika tropika. Beberapa vila dibina seperti rumah pokok kerana ia terletak di pinggir hutan. Anda boleh menikmati pengalaman menaiki bot atau meredah hutan tropika yang indah ini bagi mengisi masa anda. Selain itu, anda juga boleh menjamu selera tanpa gangguan di pantai yang berbumbungkan bintang di langit.

Keunikan:  Terdapat rumah pokok, aktiviti meredah hutan

Alamat: Kampung Lanting, 26800, Pahang

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.japamalaresorts.com/ 

6. Royale Chulan Cherating Villa

Royale Chulan Cherating Villa
Kredit Gambar: royalechulan.com
Royale Chulan Cherating Villa
Kredit Gambar: royalechulan.com
Royale Chulan Cherating Villa
Kredit Gambar: royalechulan.com

Royale Chulan Cherating Villa ialah resort terpencil yang menawarkan privasi bagi mereka yang lebih sukakan percutian yang damai dan tenang. Resort ini menawarkan 34 suite dan vila berhadapan dengan pantai yang setiap satunya dilengkapi dengan balkoni dan juga kolam renang peribadi. Bilik-bilik ini juga menawarkan tab mandi bersaiz besar serta kemudahan kopi dan teh yang memberikan keselesaan terbaik kepada pelancong. Jika anda menginap di sini, anda boleh melawat kilang batik, menaiki bot di sepanjnag sungai paya bakau atau melawat Santuari Penyu Cherating. Jangan risau, percutian anda di sini pasti menyeronokkan.

Keunikan: Tempat terpencik, utamakan privasi, kilang batik

Alamat: Royale Chulan Cherating Villas, 26100 Balok, Pahang

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.royalechulan.com/Cherating/Home.aspx 

7. Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort
Kredit Gambar: pangkorlautresort.com
Pangkor Laut Resort
Kredit Gambar: pangkorlautresort.com
Pangkor Laut Resort
Kredit Gambar: pangkorlautresort.com

Pangkor Laut Resort mempunyai vila-vila peribadi yang dibina indah dan terletak di taman tropika, berhadapan dengan laut ataupun berhadapan dengan hutan tropika. Setiap vila dilengkapi dengan balkoni peribadi dan tab mandi yang besar supaya percutian anda menjadi lebih selesa. Yang menariknya, setiap vila mempunyai perkhidmatan butler dan chauffeur! Kemudahan yang ditawarkan di sini termasuklah pusat kecergasan, spa, kolam renang peribadi dan gelanggang tenis.

Keunikan: Kemudahan butler dan chauffeur, pusat kecergasan, vila peribadi

Alamat: Pangkor Laut Island Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.pangkorlautresort.com/index.html 

8. The Westin Langkawi Resort & Spa

The Westin Langkawi Resort Spa
Kredit Gambar: marriott.com
The Westin Langkawi Resort Spa
Kredit Gambar: marriott.com
The Westin Langkawi Resort Spa
Kredit Gambar: marriott.com

The Westin Langkawi Resort & Spa terletak di pantai pasir keemasan yang menghadap ke perairan jernih Laut Andaman. Resort ini mempunyai pelbagai jenis bilik, suite dan vila yang sesuai dengan gaya dan pilihan anda. Kemudahan yang ditawarkan termasuklah studio kecergasan, kolam renang terbuka dan spa. Anda boleh bersiar-siar menerokai flora dan fauna di sini bagi mengisi masa lapang anda.

Keunikan: Banyak pilihan tempat penginapan, studio kecergasan

Alamat: Jalan Pantai, Jalan Dato Syed Omar, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/lgkwi-the-westin-langkawi-resort-and-spa/overview/ 

9. The Taaras Beach & Spa Resort

The Taaras Beach Spa Resort
Kredit Gambar: thetaaras.com
The Taaras Beach Spa Resort
Kredit Gambar: thetaaras.com
The Taaras Beach Spa Resort
Kredit Gambar: thetaaras.com

Taaras Beach & Spa Resort terletak di Pulau Redang dan dikelilingi oleh perairan yang indah. Resort ini menawarkan vila kediaman bersifat privasi yang terletak di atas tebing yang menghadap resort lain dan teluk di bawahnya. Resort ini juga menawarkan sajian bufet mewah pelbagai masakan seperti masakan antarabangsa dan Asia untuk memenuhi citarasa anda. Anda juga boleh melawati Lab Penyu SEATRU yang membantu dalam usaha pemuliharaan dan penjagaan penyu. Selain itu, anda boleh snorkeling, menyelam atau memanjakan diri di spa.

Keunikan: Spa, pusat pemuliharaan penyu

Alamat: Peti Surat 126, Main Post Office, 20928 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.thetaaras.com/ 

10. The Reef Dive Resort

The Reef Dive Resort
Kredit Gambar: mataking.com
The Reef Dive Resort
Kredit Gambar: mataking.com
The Reef Dive Resort
Kredit Gambar: mataking.com

The Reef Dive Resort terletak di Semporna, di pulau peribadi Mataking. Resort ini terpencil dan mengutamakan elemen peribadi bagi mereka yang sukakan percutian yang tenang kerana para penginap dapat menikmati kawasan resort ini tanpa gangguan. Terdapat kira-kira 60 ruang mewah yang termasuk vila yang selesa, chalet di tepi pantai dan bilik penginapan yang berlatarkan pemandangan taman. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di resort ini iaitu menyelam, snorkeling, berjalan di pantai pada waktu malam, memerhati burung dan berkayak.

Keunikan: Snorkeling, berkayak

Alamat: Fajar Complex, TB 212, Jalan Bunga, 91000 Tawau, Sabah

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.mataking.com/ 


Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close