10 Restoran Mesti Dicuba di Lembah Klang 2022

Sesebuah restoran bukan sahaja mengaut keuntungan melalui pelanggan dan menambahkan pendapatan negara, tetapi ia juga melambangkan reputasi dan pandangan terhadap sesebuah negara atau bandar. Hal ini kerana berkemungkinan ia akan menjadi tarikan atau tempat singgah bagi para pelancong ketika berkunjung atau tinggal di situ, khususnya bagi kawasan tumpuan utama, iaitu di Kuala Lumpur dan Selangor. Justeru, restoran memainkan peranan yang penting dalam aspek ekonomi dan imej negara atau sesuatu kawasan tersebut.

Di samping itu, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang terdiri daripada 3 bangsa yang utama, iaitu Melayu, Cina, dan India. Keindahan aspek tersebutlah telah melahirkan atau menjadi asas dalam penubuhan sesebuah restoran di Lembah Klang yang menyediakan pelbagai jenis makanan seperti makanan segera, makanan Barat, makanan Jepun, makanan Korea dengan menggunakan sumber atau sentuhan tersendiri. Pada masa yang sama, layanan yang diberi turut berupaya untuk menarik hati para pelanggan atau sesiapa sahaja untuk datang berkunjung.

Berikut adalah 10 Restoran Mesti Dicuba di Lembah Klang yang akan meninggalkan anda dengan jejak memori yang indah.

10 Restoran Mesti Dicuba di Lembah Klang 2022

1. Oriental Pavilion

Oriental Pavilion
Kredit gambar: Foodadvisor

Oriental Pavilion adalah salah satu restoran yang sangat familiar di kawasan tersebut. Restoran ini menyediakan pilihan makanan yang semestinya akan membuatkan anda rambang mata ketika ini memesannya. Fakta yang menarik tentang restoran ini adalah ia bukan sahaja mendapat pelanggan yang sesak pada hujung minggu, ia bahkan juga menarik pelanggan dalam bilangan banyak walaupun pada hari minggu. Hidangan yang sering menjadi pilihan utama di sini adalah merupakan sajian terkenal mereka, iaitu dim sums dan juga daging panggang. Sebilangan besar orang Asia yang datang di sini bertujuan untuk membuat sambutan, berkumpul serta mendalami budaya mereka bersama keluarga dan sanak saudara. Justeru, ia merupakan tempat yang ideal untuk dijadikan ‘port’ untuk bersama-sama menikmati juadah yang enak dengan keluarga tercinta.

Oriental Pavilion
Kredit gambar: Burpple

Waktu operasi: 11 pagi hingga 3 petang, 6 petang – 11 malam (Isnin – Jumaat), 

10 pagi hingga 3 petang, 6 petang hingga 11 malam (Sabtu – Ahad) 

Alamat: P1-04, Level 1, Podium, PJ33, 3, Jalan Professor Khoo Kay Kim, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: @orientalgroupmy

Facebook: Oriental Pavilion

Laman web: https://www.orientalrestaurants.com.my

2. Tamarind Hill

Tamarind Hill
Kredit gambar: Tamarind Hill

Tamarind Restaurant kekal menduduki carta sebagai salah satu restoran yang terkenal di Kuala Lumpur dan sebahagian daripada Tamarind Restaurant Group. Bermula dari lokasi, rekaan, hiasan dalaman dan persekitaran yang pastinya menyediakan anda dengan pengalaman yang indah sambil menikmati sajian yang memuaskan hati dan selera anda. Malah, anda turut akan berpeluang untuk merasa masakan Thai yang dibuat dengan air tangan Chef Wanthana sendiri.

Tamarind Hill
Kredit gambar: Tamarind Hill

Waktu operasi: 12pm-3pm, 6pm-10pm (Isnin – Sabtu )

Alamat: 19, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Instagram: @tamarindhill.kl

Facebook: Tamarind Hill, Kuala Lumpur

Laman web: https://www.tamarindrestaurants.com

3. Le Que Restaurant

Le Que Restaurant
Kredit gambar: Tripadvisor

Restoran Le Que ditubuhkan pada 2014. Ia memiliki beberapa chef yang hebat di mana mereka telah dilatih untuk menghasilkan hidangan mereka sendiri. Selain itu, restoran ini juga merupakan kafe ‘fusion’ di mana anda boleh menikmati pelbagai hidangan Barat dan variasi hidangan pasta. Jika anda tinggal atau melancong ke Melaka, anda disarankan untuk mencuba pasta di Restoran Le Que. Ia menjadi pilihan yang bijak dan pasti anda akan jatuh cinta dengan setiap rasa kombinasi pasta yang dipelbagaikan dengan perasa kegemaran orang Asia.

Le Que Restaurant
Kredit gambar: Foodadvisor

Waktu operasi: 6 petang hingga 12 malam (Isnin – Jumaat), 5 petang hingga 12 malam (Sabtu – Ahad)

Alamat:  110, Jalan Kubu, Kampung Tiga, 75300 Melaka

Facebook: Le QUE

Laman web: https://www.instagram.com/leque88/

4. Table & Apron

Table Apron
Kredit gambar: discoverkl

Restoran Table & Apron adalah tempat yang sesuai untuk terapikan diri anda. Di situ, anda boleh mendengar lantunan muzik sambil menikmati hidangan kegemaran anda. Makanan yang disediakan di sana dimasak dengan baik dan akan memberikan rasa tenang pada masa yang sama. Di samping itu, ia menyediakan suasana makan yang kasual beserta kedai kek yang dibina berdasarkan reputasi mereka menghidangkan makanan yang ‘rare’; ayam goreng yang disaluti dengan adunan ringan, nasi ulam herba bersama daging ketam payau, dan tulang babi yang mudah ditanggalkan daripada tulang membukti setiap hidangan di sini dengan dengan sempurna. Sebagai tambahan, staf-staf akan bertanyakan soalan sama ada anda mempunyai sebarang alahan atau tidak ketika anda ingin membuat pesanan. Kemudian, mereka anda mencadangkan menu yang bersesuaian untuk anda. Tindakan sebeginilah yang akan memenangi hati anda sekiranya ‘mood’ akan tidak berapa baik pada waktu itu.

Table Apron
Kredit gambar: Time out

Waktu operasi: 11 pagi hingga 3 petang, 5 petang hingga 9.30 malam (Selasa – Ahad) 

Alamat: 23, Jalan SS 20/11, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: @tableandapron

Facebook: Table & Apron

Laman web: https://www.tableandapron.my

5. DC Restaurant

DC Restaurant
Kredit gambar: DC Restaurant

DC Restaurant diasaskan oleh Darren Chin. Hidangan utama yang dihidangkan di sini adalah berunsurkan ‘French Fine Dining’. Ia akan memberikan anda layanan yang berbeza dan kenangan yang sukar anda lupuskan. Pada tingkat bawah atau dikenali sebagai “LE COMPTOIR”, anda boleh menikmati menu cocktail yang tidak akan merugikan anda. Di samping itu, ia menyediakan dua ruangan untuk anda menikmati hidangan anda. Ruangan pertama adalah ‘LA SALLE’, manakala satu ruangan lagi adalah ‘LA SALLE’. Kemudian, tingkat yang kedua adalah ruangan di mana anda boleh menikmati minuman serta sentuhan rekaaan baru dilengkapkan lagi dengan hidangan yang dikraf dengan baik.

DC Restaurant
Kredit gambar: Foodforthought

Waktu operasi: 6 petang hingga 11.30 malam (Selasa – Ahad)

Alamat: 44, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Instagram: @dc_restaurant

Facebook: DC Restaurant

Laman web: https://www.restaurant-dc.com

6. Wildflowers

Wildflowers
Kredit gambar: Tripadvisor

Wildflowers memfokuskan kepada hidangan Asia, koktail, wine dan juga kopi. Adalah menjadi kepuasan bagi mereka untuk menyediakan hidangan yang menggembirakan hati pelanggan dengan makanan dan minuman yang terbaik. Tidak ketinggalan juga, restoran ini menampilkan pilihan wine dan koktail yang sedap. Selain daripada itu, hiasan dalaman ini adalah menerapkan elemen moden dan unik. Persekitaran restoran ini dilengkapi dengan tumbuh-tumbuhan. Jadi, ia boleh menjadi penyejuk mata dan sesuai untuk si peminat fotografi. Makanan yang dihidang sudah pasti tidak akan menghampakan ‘demand’ selera anda.

Wildflowers
Kredit gambar: The Yum List

Waktu operasi:

  • 5 petang hingga 9.30 malam (Isnin),
  • 3 petang hingga 11.30 malam (Selasa),
  • 5.30 petang hingga 9.30 malam (Khamis),
  • 3 petang hingga 11.30 malam (Jumaat),
  • 12 tengahari hingga 11.30 malam (Sabtu),
  • 12 tengahari hingga 9.30 malam (Ahad)

Alamat: 153, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Instagram: @wildflowers.kl

Facebook: Wildflowers KL

Laman web: https://www.wildflowerskl.my

7. Jing Ze Contemporary Asian Restaurant

Jing Ze Contemporary Asian Restaurant
Kredit gambar: KL Expat Malaysia

Restoran Jing Ze bertempat di kawasan perumahan di kawasan Petaling Jaya. Ia membangkitkan lagi budaya Asia sekaligus berupaya untuk memperkenalkan budaya itu kepada lebih ramai masyarakat lagi. Jing Zhe memiliki pengaruh daripada budaya Asia, di mana ia terkenal dengan mudah dan teratur, dan menerapkan elemen inovasi dalam perasa dalam masakan. Sebilangan besar masyarakat gemar untuk makan di situ dan mengakhiri makan malam mereka dengan nangka crumble yang terletak di atas ‘coffee crumbles’. Di samping harga yang agak mahal, tetapi berbaloi dengan servis yang baik, makanan yang sedap dipersembahkan dengan kreatif, dan persekitaran yang selesa.

Jing Ze Contemporary Asian Restaurant
Kredit gambar: KL Expat Malaysia

Waktu operasi: 12pm-3pm, 6pm-10:30pm (Selasa hingga Ahad)

Alamat: No.22A Ground & Mezzanine Floors, Jalan 17/54, Section 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: @jingze_restaurant

Facebook: Jing Ze Contemporary Asian Restaurant

Laman web: https://jingze.com.my

8. Skillet At 163

Skillet At
Kredit gambar: Time Out

Skillet At 163 adalah sebuah Modern European Restaurant. Rekaan restoran yang kasual, serta memberikan pengalaman yang santai sangat sesuai dengan harga yang dikenakan beserta servis yang terbaik. Makanan yang disediakan lazat dan servis yang diberikan sentiasa mendapat pujian yang menggunung daripada para pelanggan. Selain itu, mereka akan membuatkan anda tersenyum gembira dengan servis yang dikhususkan, iaitu nyanyian lagu hari jadi dan menyediakan kek hari jadi kepada anda.

Skillet At
Kredit gambar: amazonaws

Waktu operasi: 12pm-3pm, 6pm-10pm (Selasa hingga Ahad)

Alamat: Unit 1, Lot 163, Retail, No. 10, Jalan Perak, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Instagram: @skilletat163

Facebook: Skillet KL

Laman web: https://www.skilletkl.com/

9. Atmosphere 360, KL Tower

Atmosphere KL Tower
Kredit gambar: Atmosphere 360, KL Tower

Atmosphere 360 ini terletak di puncak menara KL. Ia menyediakan pemandangan yang menghiasi mata anda dan memberikan suasana yang romantik dan mengujakan kepada anda. Ia kekal sebagai restoran yang tertinggi di Kuala Lumpur dan menyediakan variasi hidangan kepada para pelanggan. Daripada makan tengahari dan makan malam, high tea bersama hidangan buffet, namun, pada masa yang sama, koktail yang terdapat di situ pastinya padanan yang baik untuk selera anda beserta menu ‘ala carte’ turut disediakan. Justeru, anda akan menikmati pengalaman yang indah bersama orang-orang kegemaran anda di sini!

Atmosphere KL Tower
Kredit gambar: Atmosphere 360, KL Tower

Waktu operasi: 12 pm-10 pm (Isnin – Ahad)

Alamat: TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur

Instagram: @atmosphere360official

Facebook: Atmosphere 360

Laman web: https://atmosphere360.com.my/

10. Pampas Steakhouse Old Malaya

Pampas Steakhouse Old Malaya
Kredit gambar: Pampas Steakhouse Old Malaya

Pampas Steakhouse Old Malaya pula merupakan restoran yang bertempat di bangunan lama yang berusia 97 tahun. Ia merupakan pilihan yang ideal untuk anda ciptakan kenangan makan malam yang ‘lovey-dovey’ dan indah bersama pasangan anda kerana persekitaran yang romantis sambil menikmati hidangan stik yang berjus dan enak. Selain itu, Pampas Steakhouse memberikan anda pilihan untuk memilih tempat duduk anda; daripada ruangan makan di luar kepada bar mereka yang penuh gaya bersama pemandangan kota Kuala Lumpur yang cantik. Pada masa yang sana, mereka turut menawarkan pilihan ruangan peribadi untuk anda. Di samping itu mereka turut menyediakan senarai menu pastinya membuat anda rambang mata untuk membuat pesanan. Mereka menyediakan variasi hidangan seperti masakan Barat, ikan, makanan laut dan bermacam jenis hidangan daging. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana harga stik adalah sangat berpatutan dan berbaloi. Jadi, datanglah ke Pampas Steakhouse untuk merasai pengalaman dan hidangan yang sering menjadi bualan ramai.

Pampas Steakhouse Old Malaya
Kredit gambar: Pampas Steakhouse Old Malaya

Waktu operasi: 5 pm-11:30 pm (Isnin – Ahad)

Alamat: 66, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Instagram: @pampasoldmalaya

Facebook: Pampas Steakhouse at Old Malaya

Laman web: http://pampas.com.my/

Secara keseluruhannya, semua restoran yang disenaraikan ini merupakan 10 Restoran Mesti Dicuba di Lembah Klang. Mereka juga mempunyai reputasi yang baik, kebersihan yang diberi keutamaan serta servis yang baik. Dari aspek hidangan pula, sajian yang ditawarkan dalam menu mereka amat memikat selera seseorang disertakan persembahan makanan yang akan membuka mata para pelanggan. Jadi, ia pasti menjadi kegemaran bagi mereka yang meminati seni fotografi dan kulinari. Kongsikan bersama keluarga dan teman baik anda. Datanglah ke restoran-restoran dan nikmati kelazatannya sendiri. Anda pastinya tidak akan menyesal kerana sememangnya pilihan yang bijak dan berbaloi.

———–

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Want to be featured on My Weekend Plan Asia?

Contact Us or Email [email protected] for media invites.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close