10 Suplemen Vitamin C Terbaik di Malaysia 2023

Vitamin C adalah suplemen antioksidan yang membantu untuk melindungi sel-sel anda daripada kerosakan terhadap radikal bebas, di mana ia boleh mengakibatkan kanser, penyakit jantung, dan banyak lagi. Namun begitu, tahukah anda bahawa Vitamin C merupakan antara vitamin yang tidak boleh diproses oleh tubuh badan manusia? Walaupun begitu, badan anda memerlukannya bagi menjadi kesihatan badan yang baik dan cergas.

Sudah pasti anda boleh mendapatkan vitamin C dalam diet harian anda melalui makanan seperti, buah oren, strawberi, brokoli, blackcurrants, dan macam-macam lagi. Namun begitu, sayang sekali anda tidak dapat makan semua makanan tersebut pada setiap hari dalam kehidupan yang sentiasa sibuk. Lebih-lebih lagi, orang dewasa memerlukan 65 hingga 90 miligram (mg) vitamin C, manakala kanak-kanak pula memerlukan 45 miligram setiap hari. 

10 Suplemen Vitamin C Terbaik yang anda boleh dapati di pasaran Malaysia 2023

1. VitaHealth

VitaHealth
Kredit gambar: vitahealth

Suplemen VitaHealth Vitamin C mengandungi Vitamin C, zink, dan sitrus. Dengan pengambilan suplemen ini, anda boleh meningkatkan sistem imunisasi (Vitamin C), bioavailability dan asimilasi (sitrus), dan menyokong pertumbuhan kesihatan (zink) anda. Bagi golongan dewasa pula, pengambilan suplemen ini adalah sekali selepas setiap kali waktu makan. 

Kuantiti: 60 Tablets, 30 Tablets 

Saiz: 1000mg

Bahan-bahan: Citrus Sinensis Extract, Zinc (as zinc sulphate), Vitamin C (as ascorbic acid), Citrus Aurantium Extract, Rutin 

Negara asal: Singapore 

Bentuk: Tablet 

Dos: 1 tablet/hari

Harga: Rm48.90 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Blackmores

Blackmores
Kredit gambar: Shopee

Suplemen Blackmores Vitamin C tidak mempunyai tambahan garam, yis, gluten, gandum, susu derivatif, bahan pengawet, pewarna tiruan, atau pemanis. Bukan itu sahaja, suplemen ini juga boleh dikategorikan sebagai suplemen diet yang membekalkan anda dengan asid askorbik (Vitamin C). Tambahan pula, bentuk dan saiz suplemen ini memudahkan anda untuk memakannya.

Kuantiti: 60 Tablet, 150 Tablet

Saiz: 500mg, 1000mg 

Bahan-bahan: Vitamin C (as ascorbic acid)

Negara asal: Australia 

Bentuk: Tablet 

Dos: 1 tablet/hari

Harga: Rm48.90 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. KITSUI 

KITSUI
Kredit gambar: Shopee

Suplemen KITSUI adalah antara suplemen yang diformulasikan daripada 6 jenis buah-buahan sekaligus acap kali berjaya mendapat tempat di hati sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan yang baik, sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Pasti anda tertanya-tanya mengapa ia sering menjadi pilihan hati ramai bukan? Hal ini kerana ia memiliki kandungan Vitamin C, A, D, B12, B2, dan B6, di mana kombinasi semua bahan ini akan bukan sahaja akan menjamin kesihatan tubuh badan yang baik, malah turut berupaya untuk mencerahkan lagi kulit anda. Lebih-lebih lagi, kandungan Vitamin C yang terdapat dalam suplemen ini bebas daripada sebarang GMO, antibiotik, dan bahan-bahan kimia yang terlarang. Jadi, sudah terang lagi bersuluh faktor yang menyebabkan suplemen ini sering menjadi bualan ramai, khususnya dalam kalangan orang yang kurang akan makan buah-buahan. Sudah tiada alasan lagi bagi anda untuk tidak mendapatkan suplemen ini sekarang!

Kuantiti: 10 sachet 

Saiz: 1000mg 

Bahan-bahan: Ascorbic acid, Pomegranate, Kiwi, Orange, Pineapple, Mango, Lemon

Negara asal: Malaysia

Bentuk: Powder 

Dos: 1 sachet/hari

Harga: Rm18.70 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Flavettes Effervescent

Flavettes Effervescent
Kredit gambar: Shopee

Selain itu, suplemen Flavettes Effervescent Vitamin C diformulasikan daripada buah delima. Anda hanya perlu melarutkan 1 tablet dalam segelas air (250 ml) dan minum selepas setiap waktu makan. Dengan bentuk seperti bekas tiub, ia menjadi suplemen ini sebagai produk yang mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Amalkan sekali sehari untuk melihat keberkesannya terhadap kesihatan tubuh badan anda.

Kuantiti: 30 Tablets 

Saiz: 1000mg 

Bahan-bahan: Hyaluronic Acid (100mg), Ceramide (20mg), Vitamin C (60mg)

Negara asal: Malaysia

Bentuk: Tablet 

Dos: 1 tablet/hari

Harga: Rm49.50 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. 21st Century 

st Century
Kredit gambar: 21st Century HealthCare, Inc.

21st Century Vitamin C pula diformulasikan Rose Hips, ia kaya dengan sumber Vitamin C, bermanfaat untuk anda amalkan bagu mengurangkan gejala osteoarthritis lutut dan pinggul. Apa yang lebih menarik tentang suplemen ini ialah ia membantu untuk mengelakkan daripada kekurangan zat besi dan meningkatkan imunisasi anda. Tambahan pula, suplemen ini dipasarkan dengan harga yang sangat berbaloi di mana anda boleh dapatkan 110 tablet pada nilai serendah RM 40 dan ke bawah. 

Kuantiti: 110 Tablet

Saiz: 1000mg 

Bahan-bahan: Cellulose, Stearic Acid, Hydroxypropyl Methylcellulose. Contains <2% of Calcium Carbonate, Croscarmellose Sodium, Magnesium Silicate, Magnesium Stearate, Maltodextrin, PEG, Polysorbate, Polyvinyl Alcohol, Silicon Dioxide.

Negara asal: United States of America

Bentuk: Tablet 

Dos: 1 tablet/hari

Harga: Rm39.80 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Atomy 

Atomy
Kredit gambar: atomy

Senarai ini turut menampilkan suplemen Atomy Vitamin C yang tiada keraguan lagi bahawa ia merupakan suplemen yang popular di Malaysia. Ia memiliki sedikit rasa buah mangga. Jadi, anda boleh menggantikan Vitamin C yang sering diambil oleh anak-anak anda dengan suplemen ini. Hal ini kerana kebanyakan Vitamin C untuk kanak-kanak mengandungi pewarna tiruan yang berfungsi untuk menarik minat dan selera mereka. Suplemen ini bahkan juga dibungkus dalam bentuk yang tentunya mudah si pengamal untuk bawa ke mana-mana sahaja tempat yang dituju. 

Kuantiti: 90 sachets 

Saiz: 550mg 

Bahan-bahan: Vitamin C, L-sodium ascorbate, xylitol, mango concentrate powder, lactose mixed powder, incompatible maltodextrin, strawberry freeze-dried powder, silicon dioxide, enzyme-treated stevia, pomegranate concentrate powder, pumpkin extract powder, citrus extract powder, fish Collagen, Chicory Root Extract Powder, Mud Mushroom Extract Powder, Turmeric Concentrate Powder

Negara asal: South Korea

Dos: 1 sachet/day

Harga: Rm70.99 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Redoxon

Redoxon
Kredit gambar: Shopee

Redoxon Vitamin C adalah tablet yang bersifat ‘boleh larut’ yang mempunyai Vitamin C dan juga Zink. kedua-dua elemen mineral ini amat penting bagi meningkatkan sistem imunisasi badan. Malah, anda juga akan mendapat manfaat Vitamin D sekiranya anda mengamalkan pengambilan suplemen ini. Selain itu, seperti rata-rata suplemen lain, suplemen ini juga didatangkan dengan bentuk yang mudah dibawa dan disimpan, di mana ia diletakkan dalam bekas yang boleh dibawa ke mana sahaja.

Kuantiti: 30 Tablet

Saiz: 1000mg 

Bahan-bahan: Ascorbic acid (vitamin C) 1000 mg and Zinc (zinc citrate trihydrate) 10 mg

Negara asal: Indonesia

Bentuk: Tablet

Dos: 1 tablet/hari

Harga: Rm68.89 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Citrex 

Citrex
Kredit gambar: Shopee

Tidak dikecualikan dalam senarai ini turut memperincikan tentang suplemen Citrex Vitamin C. Suplemen ini boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan di mana dengan harga serendah RM 21 sahaja, anda boleh memiliki Vitamin C sebanyak 50 tablet (1000 mg). Selain itu, ia turut merupakan sejenis tablet vitamin tanpa pengaruh gula sama sekali. Pengambilan satu tablet sehari membolehkan anda untuk menentang sebarang bahan radikal bebas, meningkatkan sistem imunisasi badan, mencegah penyakit kronik di samping membantu anda untuk mengekalkan zat besi dalam badan.. 

Kuantiti: 50 Tablet

Saiz: 1000mg 

Bahan-bahan: Ascorbic Acid 350g, Sodium Ascorbate 731.2mg, Vitamin C 

Negara: Malaysia 

Bentuk: Tablet

Dos: 1 tablet/hari

Harga: Rm21.90 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Nutrilex

Nutrilex
Kredit gambar: Shopee

Nutrilex tergolong antara salah satu suplemen Vitamin C yang larut dalam air, sesuai diamalkan oleh kalangan orang muda sehinggalah warga emas. Jadi, tiada alasan lagi untuk anda berdalih dari mengamalkan pengambilan suplemen ini bagi menjaga kesihatan dalaman anda. Sebagai individu yang idamkan gaya hidup dan kesihatan yang baik, anda perlu sentiasa memastikan untuk meningkatkan sistem imunisasi dan mengekalkan kesihatan anda walaupun ketika anda sedang melancong. Saiz dan bentuk botol yang kecil memudahkan perjalanan anda untuk kemana sahaja.

Kuantiti: 50 Tablet, 80 Tablet

Saiz: 250mg 

Bahan-bahan: Sodium Ascorbate; Ascorbic Acid (Vitamin C)

Negara asal: Malaysia 

Bentuk: Tablet

Dos: 1 atau 2 tablet/hari

Harga: Rm22.20 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. NOW Foods

NOW Foods
Kredit gambar: Shopee

Akhir sekali, NOW Food Vitamin C turut disenaraikan sebagai suplemen yang mendapat rekomendasi daripada ramai orang. Hal ini dipercayai kerana suplemen ini tidak mengandungi bahan-bahan seperti gandum, gluten, susu, telur, ikan, shellfish atau kacang pokok. Jadi, ia selamat untuk diamalkan walaupun anda memiliki alahan sekaligus tidak akan menyebabkan sebarang alahan berlaku. Suplemen ini adalah rekomendasi yang tepat untuk anda cuba kerana ia dipasarkan dengan kadar haga yang amat mampu milik. Dapatkan sekarang untuk melihat keberkesanannya atas sistem imunisasi anda sekarang!

Kuantiti: 100 Tablet, 250 Tablet

Saiz: 1000mg 

Bahan-bahan: Vitamin C (as Ascorbic Acid), Citrus Bioflavonoid Complex, Rutin Powder, Other Ingredients: Cellulose (capsule), Stearic Acid (vegetable source), Magnesium Stearate (vegetable source) and Silica.

Negara asal: North America 

Bentuk: Tablet

Dos: 1 tablet/hari

Harga: Rm33.90 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Majoriti masyarakat di Malaysia khususnya masih kekurangan pengambilan Vitamin C dalam diet harian mereka. Walaupun mereka menekankan bahawa mereka memasukkan Vitamin C dalam masakan atau makanan, tetapi anda perlu tahu bahawa sejumlah besar Vitamin C akan termusnah ketika proses masakan. Umum sudah mengetahui bahawa Vitamin C amat penting untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan apabila ingin memilih atau membeli suplemen Vitamin C yang bersesuaian dengan anda.

  1. Bentuk suplemen.

Suplemen Vitamin C ini lazimnya dilihat dalam variasi bentuk. Misalnya, serbuk, kapsul, gula-gula, cecair, tablet larut air, dan juga semburan. Jadi, pilihlah bentuk yang bertepatan dan bersesuaian  berdasarkan keadaan badan anda.

  1. Suplemen untuk Vegan.

Bagi golongan vegan, anda perlu mendapatkan suplemen yang bebas gluten dan tidak mempunya label GMO ketika anda ingin membuat pembelian. Anda pastinya tidak ingin bazirkan duit anda dengan membeli produk yang salah. 

  1. Multivitamin.

Sesetengah suplemen Vitamin C mengandungi kandungan khasiat vitamin-vitamin yang lain seperti zink, kolin, Vitamin D, dan biotin. Pastinya berbaloi dengan duit yang anda belanjakan kerana anda akan peroleh semua khasiat bagus yang terdapat dalam satu kapsul.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close