10 Tempat Menarik di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Dipercayai Negeri Sembilan mendapat namanya daripada sembilan buah kampung yang diduduki pada abad ke-14 oleh masyarakat Minangkabau. Masyarakat ini berasal dari Sumatera Barat di Indonesia yang melarikan diri daripada  serbuan orang Jawa.

Negeri ini terdiri daripada 7 daerah iaitu Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. Negeri Sembilan ada menawarkan pelbagai tempat menarik untuk dilawati bersama orang tersayang. Berikut ialah 10 tempat menarik di Negeri Sembilan.

Bagaimanakah mencari tempat menarik untuk dilawati di Negeri Sembilan?

Negeri Sembilan mempunyai tempat menarik yang tersembunyi yang tidak diketahui ramai. Jadi, bagaimanakah anda hendak mencari tempat menarik untuk dilawati di negeri ini? Jangan risau kerana kami akan berkongsi tip bagi memudahkan pencarian anda.

1. Lokasi

Cari lokasi yang menawarkan aktiviti tertentu kepada anda terlebih dahulu. Kemudian, rancanglah perjalanan anda dengan sempurna supaya tidak membazirkan masa dan tenaga untuk ke sana. Kebanyakan orang sesat mencari lokasi kerana tidak melakukan kajian yang betul.

2. Bajet

Rancanglah bajet anda dengan bijaksana. Ada beberapa tempat yang ingin dilawati mungkin saja mengenakan bayaran. Jadi, jika anda membuat kajian terlebih dahulu dan rancang belanjawan anda, tindakan ini dapat menyelamatkan anda daripada pembaziran.

3. Kajian

Ramai orang menyangka jika melawat tempat di dalam Malaysia tidak memerlukan kajian yang rapi kerana mereka beranggapan boleh bertanya sahaja kepada penduduk tempatan disana mengenai tempat yang ingin mereka tuju. Ini kesilapan yang tidak patut berlaku. Selain dapat merangka perjalanan anda dengan rapi, kajian yang dilakukan juga dapat memberikan anda beberapa info penting yang mungkin penduduk tempatan tidak ketahui sama sekali. Jadi, bertindaklah bijak.

10 Tempat Menarik di Negeri Sembilan

1. Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson
Image credit: Lexis Hibiscus Port Dickson

Alami percutian sekali seumur hidup di Lexis Hibiscus Port Dickson. Tempat ini menawarkan kolam renang persendirian, tempat makan yang luar biasa dan sukan air yang menyeronokkan. Hotel bertaraf 5 bintang ini menjadikan tempat penginapan ini sesuai untuk dikunjungi jika anda ingin pergi jauh dari bandar. Susunan vila diatas air dalam bentuk bunga raya ini pula menjadikan tempat ini mewah dan eksklusif sekaligus menamakan tempat ini sebagai Lexis Hibiscus.  

Keunikan: Reka susun atur vila yang unik ini boleh dipotretkan sebagai kenangan

Alamat: 12th Mile, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : Setiap hari (24 jam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

2. Muzium Tentera Port Dickson

Army Museum Port Dickson
Image credit: TripAdvisor

Muzium Tentera Port Dickson terletak bersebelahan dengan pangkalan tentera di Port Dickson. Ia merupakan muzium yang mempamerkan pameran sejarah, terowong bawah tanah dan juga kenderaan tentera. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung yang ingin melawatnya. Muzium ini ditempatkan di dua bangunan tentera lama dan terdiri daripada 9 galeri yang menempatkan sejumlah besar bahan pameran.

Keunikan: Rasai pameran megah tentera di muzium ini

Alamat: Kem, Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Rabu-Ahad (10.00 pagi-5.00 petang), Isnin-Selasa (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

3. Ladang Pertunjukan Burung Unta Port Dickson

Ostrich Show Farm Port Dickson
Image credit: TripAdvisor

Ladang ini ialah satu-satunya ladang pertunjukan burung unta di Port Dickson. Selain burung unta, terdapat juga haiwan peliharaan lain yang boleh anda lihat, peluk, beri makan ataupun bergambar. Ladang tersebut mempunyai pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, belimbing, ciku dan pelbagai lagi. Ladang ini sesuai untuk aktiviti berkumpulan bagi merapatkan hubungan antara satu sama lain kerana kawasannya yang luas selain menawarkan tapak perkhemahan.

Keunikan: Berinteraksi dengan haiwan dan alam sekitar

Alamat: Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari (9.30 pagi-6.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

4. Blue Lagoon Beach

Blue Lagoon Beach
Image credit: TripAdvisor

Pantai ini merupakan salah satu pantai yang boleh dikunjungi di Negeri Sembilan. Ia tidaklah sepopular Pantai Teluk Kemang. Tetapi jika anda ingin ke pantai yang tidak ramai orang dan privasi, maka inilah tempatnya. Berjalan-jalan di sepanjang pantai yang berpasir ini boleh menenangkan anda kerana ia bukan sahaja memberikan pemandangan yang indah, bahkan sesuai untuk dipotretkan sebagai kenangan.

Keunikan: Menghayati keindahan alam sekitar tanpa gangguan

Alamat: Batu 10, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari (24 jam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

5. Taman Rekreasi Gunung Datuk

Gunung Datuk Recreational Forest
Image credit: TripAdvisor

Ketinggian Gunung Datuk ialah 884m bersamaan 2900 kaki. Ia mempunyai ketinggian yang hampir sama dengan Gunung Angsi iaitu terletak 22km dari Gunung Datuk. Secara purata, anda akan mengambil masa kira-kira dua jam mendaki untuk sampai ke puncak. Walaupun aktiviti ini memenatkan, namun pemandangan di puncak gunung ini sungguh memukau.

Keunikan: Mendaki untuk menyihatkan badan sambil berinteraksi dengan alam

Alamat: 71350 Kota, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari (24 jam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

6. Taman Tasik Seremban

Taman Tasik Seremban
Image credit: TripAdvisor

Taman Tasik Seremban ini terletak di tengah-tengah bandar Seremban. Tempat ini popular dalam kalangan penduduk tempatan bagi aktiviti beriadah seperti berjalan-jalan di waktu pagi dan petang. Taman ini berlandskapkan tasik buatan manusia dan dilengkapi dengan laluan untuk berjalan kaki,berjoging dan berbasikal. Melawat ke sini merupakan cara terbaik untuk anda menghabiskan waktu melakukan aktiviti luar bersama keluarga.

Keunikan: Beriadah sambil mengeratkan hubungan silaturahim

Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi-10.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

7. Masjid Sri Sendayan

Masjid Sri Sendayan
Image credit: TripAdvisor

Masjid Sri Sendayan ini terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan dan antara masjid tercantik di Malaysia. Ia telah memenangi hati orang ramai kerana rupanya seperti Taj Mahal dan seni bina Islamnya yang artistik. Ia mula dibina pada tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada 20 September 2019. Dewan solat utama masjid ini boleh memuatkan 3,000 jemaah manakala dewan kedua dan dewan solat wanita boleh memuatkan 800 orang.

Keunikan: Seni bina islamik yang memukau

Alamat: Masjid Sri Sendayan, Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari (5.00 pagi-10.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

8. Galeri Seni Alive 3D

Alive D Art Gallery
Image credit: TripAdvisor

Terletak di tengah-tengah Bandar Dataran Segar, Lukut, Galeri Seni Alive 3D ini mempunyai lebih 50 ilustrasi interaktif yang dilukis oleh sekumpulan artis berbakat dari China. Ia menawarkan anda lima tema berbeza yang boleh anda nikmati seperti Zon Pengembaraan, Zon Akuarium, Zon Animasi, Zon Eksotik dan Seni Gelap. Luangkanlah sedikit masa bersama keluarga anda ke sini. Sememangnya, galeri ini tidak akan menghampakan anda!

Keunikan: Lukisan artistik yang memukau

Alamat: No. 38-40, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin-Ahad  (10.00 pagi-7.00 malam), Selasa-Rabu (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

9. Taman Dinosaur di IJM Hill Park Seremban 2 Height

Dinosaur Park At IJM Hill Park Seremban Height
Image credit: WorldOrgs

Taman ini terletak di Hill Park Seremban 2 di S2 Heights, Seremban, Negeri Sembilan. Ruang lepak taman ini seluas 30 ekar. Anda perlu mendaki dari kawasan tempat letak kereta kerana kereta tidak dibenarkan masuk. Taman ini mempunyai arca dinosaur yang cantik dan pelbagai. Terdapat dua taman permainan yang besar disediakan untuk kanak-kanak bermain dan berlari-lari dengan riang. Menariknya, tiada bayaran masuk dikenakan untuk pengunjung. Jadi, anda bolehlah selalu ke sini dan beriadah bersama keluarga.

Keunikan: Arca dinasour yang menarik untuk dipotretkan bersama

Alamat: S2 Heights, Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 pagi-9.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

10. Negeri Sembilan State Museum

Negeri Sembilan State Museum
Image credit: TripAdvisor

Muzium ini ialah sebuah bangunan luar biasa yang diilhamkan oleh seni bina Minangkabau. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Negeri Sembilan dan melihat artifak yang dipamerkan di sana, anda bolehlah melawat muzium ini.

Keunikan: Reka bentuk binaannya dan bahan artifak yang dipamerkan

Alamat: Jalan Sungai Ujong, Lebuhraya Seremban – Bukit Nenas, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (9.00 pagi-6.00 petang),
Jumaat (9.00 pagi-12.15 tengah hari),
Sabtu (9.00 pagi-5.00 petang),
Isnin (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close