10 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Pinang 2022

Bercuti ke Pulau Pinang boleh menjadikan pengalaman bercuti anda dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan. Di negeri ini, terdapat beberapa buah hotel 5 bintang dan resort yang berhadapan dengan laut biru yang jernih. Suasana seperti ini memberikan anda kehangatan dan keselesaan dalam masa yang sama.

George Town terkenal dengan budaya yang pelbagai sehingga diiktiraf sebagai salah satu tapak sejarah UNESCO beberapa tahun yang lalu. Selain kaya dengan tempat pelancongan yang menarik, negeri ini juga merupakan syurga makanan.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Pulau Pinang?

Jika anda ke sini, anda boleh berkunjung ke George Town bagi melihat seni jalanan yang menarik. Selain terkenal dengan lukisan mural yang unik, Pulau Pinang juga terkenal dengan makanannya iaitu Nasi Kandar. Sesudah makan, anda ingin mencuba aktiviti yang santai seperti bersiar-siar di Tropical Spice Garden dan mendaki Bukit Bendera bagi menikmati pemandangan Pulau Pinang yang menakjubkan dari atas bukit. Ataupun anda boleh berjalan-jalan di Little India bagi mencari masakan India yang lazat.

Anda juga boleh berkunjung ke pasar Rope Walk atau dikenali sebagai Pasar Karat pada waktu pagi. Di pasar ini, anda akan melihat banyak penjual menjual barangan lama ataupun terpakai. Berdekatan dengan pasar ini, terdapat tempat menarik lain untuk dikunjungi iaitu Komtar. Komtar ialah pusat beli-belah yang agak lama di Pulau Pinang.

10 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Pinang 2022

1. Eastern & Oriental Hotel, Penang

Eastern Oriental Hotel Penang
Kredit Gambar: klook.com
Eastern Oriental Hotel Penang
Kredit Gambar: klook.com
Eastern Oriental Hotel Penang
Kredit Gambar: klook.com

Selama hampir 135 tahun, Hotel Eastern & Oriental Pulau Pinang telah mengalu-alukan pelawat dari seluruh dunia. Anda boleh menginap di suite yang terletak di dalam Victory Annexe. Bagi aktiviti makan pula, anda boleh menjamu selera di Java Tree bagi masakan Nyonya dan masakan klasik Eropah. Atau, anda boleh ke Palm Court untuk mencuba masakan Asia dan antarabangsa. Tidak cukup dengan itu, hidangan bufet juga disediakan di Sarkies. Kalau di Planters Lounge pula, anda akan disajikan dengan hidangan kontinental. Bar Farquhar juga dibuka bagi anda yang inginkan suasana tenang sambil menikmati minuman koktail anda.

Alamat: 10, Lebuh Farquhar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.eohotels.com/

Rujuk harga di klook

2. G Hotel Gurney

G Hotel Gurney
Kredit Gambar: Agoda.com
G Hotel Gurney
Kredit Gambar: Agoda.com
G Hotel Gurney
Kredit Gambar: Agoda.com

G Hotel Gurney ialah hotel mewah dan eksklusif yang menempatkan 312 buah bilik penginapan. Hotel ini terletak di lokasi strategik, iaitu di sepanjang laluan Gurney Drive. Laluan Gurney Drive pula hanya bersebelahan dengan Gurney Plaza, iaitu sebuah pusat beli-belah tempatan yang mewah. Di sepanjang laluan tersebut, terdapat deretan kedai makanan yang menjual pelbagai makanan terkenal di Pulau Pinang seperti Char Koay Teow. Jika anda menginap di sini, anda mesti mencuba makanan terkenal di Pulau Pinang!

Alamat: 168A, Gurney Dr, 10250 George Town, Penang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.ghotel.com.my/

3. Cheong Fatt Tze – The Blue Mansion

Cheong Fatt Tze The Blue Mansion
Kredit Gambar: klook.com
Cheong Fatt Tze The Blue Mansion
Kredit Gambar: klook.com
Cheong Fatt Tze The Blue Mansion
Kredit Gambar: klook.com

Cheong Fatt Tze – The Blue Mansion menawarkan kemudahan moden bagi seni reka bentuk bangunannya yang klasik. Terdapat 18 buah bilik telah dipulihara di rumah agam warisan yang berusia 130 tahun ini. Dan setiap bilik penginapannya akan dihiasi dengan tema yang unik. Untuk santapan, anda boleh makan di restoran Indigo yang menyajikan banyak hidangan lazat dan enak.

Alamat: 14, Lebuh Leith, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.cheongfatttzemansion.com/

Rujuk harga di klook

4. Parkroyal Penang Resort

Parkroyal Penang Resort
Kredit Gambar: klook.com
Parkroyal Penang Resort
Kredit Gambar: klook.com
Parkroyal Penang Resort
Kredit Gambar: klook.com

Parkroyal Penang Resort ini ialah hotel mewah bertaraf 4 bintang yang mempunyai 309 bilik tetamu, bar mini dan televisyen LED. Anda boleh singgah di Javana Lounge, iaitu salah satu daripada 2 restoran hotel yang menawarkan masakan yang enak dan lazat. Sekiranya anda mahu makan di dalam bilik, hotel ini menyediakan perkhidmatan menghantar makanan ke bilik penginapan anda selama 24 jam. Selain itu, hotel ini juga mempunyai kelab kesihatan  kolam renang terbuka dan sauna.

Alamat: Parkroyal Penang Resort Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://parkroyal-penang-resort.h-rez.com/

Rujuk harga di klook

5. Hard Rock Hotel Penang

Hard Rock Hotel Penang
Kredit Gambar: klook.com
Hard Rock Hotel Penang
Kredit Gambar: klook.com
Hard Rock Hotel Penang
Kredit Gambar: klook.com

Hard Rock Hotel Pulau Pinang ialah hotel tepi pantai yang unik. Sesetengah suite hotel ini mempunyai akses eksklusif ke Rock Royalty® Lounge, sementara bilik lain pula mempunyai dek peribadi yang menghubungkannya secara terus ke kolam besar yang pernah terbina di Pulau Pinang. Setelah penat berjalan, anda boleh memanjakan diri anda di Rock Spa® atau menjamu selera di Hard Rock Cafe Pulau Pinang. Kafe ini menyajikan masakan Amerika yang lazat, sama seperti cawangan Hard Rock Cafes yang lain di seluruh dunia.

Alamat: Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.hardrockhotels.com/penang/

Rujuk harga di klook

6. Lone Pine Hotel

Lone Pine Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Lone Pine Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Lone Pine Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Lone Pine Hotel ialah hotel butik mewah di tepi pantai yang menempatkan 90 buah bilik penginapan, daripada bilik yang selesa kepada suite yang luas dengan teres tepi laut, balkoni atau halaman peribadi. Anda boleh menikmati pengalaman menjamu selera di kawasan terbuka di tepi pantai seperti di The Bungalow. Restoran ini menyajikan menu seperti stik, burger, pasta, mi goreng dan makanan ringan.

Alamat: 97, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.lonepinehotel.com/

Rujuk harga di klook

7. Shangri-La Golden Sands, Penang

Shangri La Golden Sands Penang
Kredit Gambar: klook.com
Shangri La Golden Sands Penang
Kredit Gambar: klook.com
Shangri La Golden Sands Penang
Kredit Gambar: klook.com

Suite dan bilik penginapan di Shangri-La Golden Sands Pulau Pinang ini berlatarkan pemandangan taman hijau yang indah. Hotel ini juga menawarkan tetamunya hidangan mewah di Sigi’s Bar & Grill on the Beach ataupun di Garden Cafe. Jika anda ahli Shangri-La Circle, anda boleh mendapat sarapan pagi dengan kadar keahlian yang eksklusif.

Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.shangri-la.com/en/penang/goldensandsresort/

Rujuk harga di klook

8. Bayview Beach Resort

Bayview Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com
Bayview Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com
Bayview Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com

Bayview Beach Resort dikelilingi oleh kehijauan yang indah. Anda boleh mencuba aktiviti parasailing atau menaiki jet ski di Watersport Centre. Jika anda hanya mahu bersantai, anda boleh berendam di dalam jakuzi atau di spa. Gim, gelanggang tenis, gelanggang bola tampar dan gelanggang bola keranjang juga turut disediakan di sini. Boleh dikatakan hotel ini merupakan salah satu hotel yang sesuai dan terbaik buat mereka yang datang bersama keluarga kerana banyak kemudahan yang ditawarkan di sini akan menyenangkan urusan anda. Antara kemudahan tersebut ialah kawasan permainan khusus, perkhidmatan menjaga bayi secara profesional, dan 2 daripada 4 kolam renang yang direka sebenarnya dikhaskan untuk kanak-kanak.

Alamat: Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://bbr.bayviewhotels.com/

Rujuk harga di klook

9. DoubleTree Resort by Hilton Penang

DoubleTree Resort by Hilton Penang
Kredit Gambar: klook.com
DoubleTree Resort by Hilton Penang
Kredit Gambar: klook.com
DoubleTree Resort by Hilton Penang
Kredit Gambar: klook.com

DoubleTree Resort by Hilton Pulau Pinang ini menawarkan pengalaman menjamu selera sepanjang hari di Makan Kitchen. Anda akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan masakan yang diilhamkan daripada sajian Melayu, India, Cina dan Barat. Selain itu, perkhidmatan shuttle secara percuma juga ditawarkan di sini. Perkhidmatan tersebut turut meliputi kawasan resort pantai Batu Ferringhi dan George Town bagi memudahkan anda meneroka bandar di Pulau Pinang.

Alamat: 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.hilton.com/en/hotels/penmbdi-doubletree-resort-penang/

Rujuk harga di klook

10. Angsana Teluk Bahang

Angsana Teluk Bahang
Kredit Gambar: klook.com
Angsana Teluk Bahang
Kredit Gambar: klook.com
Angsana Teluk Bahang
Kredit Gambar: klook.com

Angsana Teluk Bahang ialah sebuah resort baharu yang menempatkan 250 buah bilik dan suite yang berlatarkan pemandangan indah Laut Andaman. Kemudahan yang disediakan di sini ialah kolam infiniti, kolam keluarga, kolam kanak-kanak, kelab kanak-kanak serta 5 restoran dan bar. Di sini, mereka menyediakan pelbagai jenis masakan antarabangsa dan barat, minuman dan makanan ringan. Anda boleh berkunjung dan menginap di sini kerana suasananya yang tenang dan aman.

Alamat: 11, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.angsana.com/malaysia/penang/

Rujuk harga di klook

 Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close