7 Gerai Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang 2022

Bila ditanya tentang sarapan pagi di Malaysia, boleh dikatakan ramai yang akan memberi jawapan nasi lemak. Ada apa dengan nasi lemak? Istimewakah sajian ini hingga sering meniti di bibir rakyat Malaysia mahupun pelancong di luar sana?

Benar, nasi lemak merupakan salah satu hidangan Malaysia yang terkenal di seluruh dunia. Sebut sahaja nasi lemak, orang di negara lain pasti akan tahu anda ini datangnya dari Malaysia. Untuk hari yang mengasyikkan ini dengan perut yang keroncong, kami sajikan 7 gerai nasi lemak terbaik untuk anda kunjungi setiap pagi sebelum memulakan kerja anda.

Apakah sebab anda memilih nasi lemak sebagai sarapan pagi?

Kebanyakan orang memilih nasi lemak sebagai sarapan mereka kerana harganya murah dengan pelbagai lauk-pauk yang boleh dipilih untuk dinikmati bersama dengan nasi lemak. Selain itu, sajian ini juga senang didapati dan mengenyangkan. Berikut kami senaraikan sebab-sebab orang Malaysia menyukai nasi lemak.

1. Murah

Nama pun hidangan satu Malaysia maka nasi lemak ini senantiasa mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan mereka yang bekerja mahupun bercuti di Malaysia. Kerana kelazatannya yang memukau, ramai orang gemar memakan nasi lemak selain memberikan harga yang murah. Jika dilihat diluar sana, ramai peniaga yang menjual nasi lemak mereka berserta sajian tambahan bagi menarik perhatian. Apa lagi, lagi sedap dan murah nasi lemak, lagi ramai yang membelinya!

2. Senang didapati

Walaupun anda berada di ceruk mana sekalipun, anda pasti akan menjumpai nasi lemak. Tidak kiralah apa jua sajian tambahan yang ditawarkan, nasi lemak sentiasa di hati. Biasanya, nasi lemak ini sering menjadi sajian utama orang Melayu untuk sarapan, bahkan ada yang menjualnya untuk menampung kehidupan seharian. Maka, wajarlah kalau nasi lemak menjadi pujaan hati rakyat Malaysia.

3. Mengenyangkan

Dengan bau nasi lemak yang harum dan kuahnya yang pekat pedas, anda pasti terliur apabila melihat rakan sekerja anda menikmati juadah itu di hadapan anda. Bukan sahaja mengenyangkan dengan nasinya yang padat, bahkan lauk-pauk yang pelbagai pilihan juga boleh membuatkan anda kecur liur hendaknya. Jika satu bungkus nasi lemak dapat mengenyangkan hati anda, maka hari anda boleh dikatakan bermula dengan indah sekali.

7 gerai nasi lemak terbaik di Lembah Klang

1. Nasi Lemak Bumbung

Kredit Gambar: pinterest

Nasi Lemak di sini memang sedap. Dengan hanya RM 6.50, anda boleh mendapat nasi lemak dengan ayam goreng dan telur! Sungguh murah, bukan? Manalah hendak cari gerai nasi lemak yang menawarkan harga yang berpatutan selain menghidangkan nasi lemak yang lazat. Selain itu, ramai juga pelanggan yang seringkali berkunjung ke gerai ini kerana sambal petai nasi lemaknya yang sedap menusuk kalbu. Para pelanggan juga dilayan mesra oleh pekedai bagi membuatkan urusan jual beli berjalan dengan selesa.

Kredit Gambar: funntaste

Alamat: 6, Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (12.30 tengah hari – 9.00 malam)

2. Nasi Lemak Village Park Restaurant

Kredit Gambar: yelp

Orang kata nasi lemak di sini memang berbaloi untuk ditunggu kerana rasa santan yang harum daripada nasi menguatkan aroma nasi lemaknya. Disamping itu, ayam goreng juga turut ditawarkan bersama nasi lemak tersebut. Oh ya, di sini ada tiga jenis nasi lemak yang boleh anda pilih. Jangan risau dengan cuaca Malaysia yang panas kerana kedai ini berhawa dingin dan menyejukkan anda ketika menjamu selera.

Kredit Gambar: upinthenusair

Alamat: 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00 pagi – 8.00 malam)

3. NALE The Nasi Lemak Co

Kredit Gambar: discoverkl

Jika anda mahukan Nasi Lemak bertaraf 5 bintang, NALE Nasi Lemak Co inilah tempatnya. Ramai orang yang menggambarkan kesedapan nasi lemak di sini hingga menjilat jari! Dengan hidangan nasi lemak yang sedap dan mengenyangkan, harganya juga berpatutan. Pekerja di kedai ini juga memberikan layanan mesra kepada pelanggan ketika ingin mendapatkan nasi lemak. Lampu oren yang dipasang di kedai ini pula mewujudkan suasana yang hangat tetapi menenangkan.

Kredit Gambar: msjannah

Alamat: 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:  Setiap hari (10.00 pagi- 10.00 malam)

4. Nasi Lemak Medan Selera 223 – Nasi Lemak Panas

Kredit Gambar: taufulou

Mengapa nasi lemak di sini digelar nasi lemak panas? Kerana nasi lemak di sini dihidangkan panas-panas daripada periuk kepada para pelanggan. Hal ini memuaskan hati sesetengah pelanggan kerana mereka berpendapat bahawa nasi lemak yang disajikan seumpama ini segar dan terbaik. Jika anda ‘burung hantu’ dan mengidam untuk makan nasi lemka pada waktu malam, maka disinilah tempat anda mencari sajian tersebut.

Kredit Gambar: taufulou

Alamat: 32, Jalan 51a/223, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 petang -2.00 pagi)

5. Nasi Lemak Medan Selera 223 – Nasi Lemak Yatie

Kredit Gambar: vkeong

Jika tadi nasi lemak panas, kali ini pula nasi lemak Yatie. Benar, kedua-dua gerai ini berada di lokasi yang sama. Mengapa nasi lemak Yatie ini terkenal dalam kalangan pelanggannya? Kerana sajian ayam goreng yang istimewa bersama dengan nasi lemaknya yang hangat. Dikhabarkan gerai nasi lemak ini menyediakan dua jenis nasi lemak dengan tahap kepedasannya yang berbeza. Jika bungkusan nasi lemak yang dicop merah itu sangat pedas, maka bungkusan yang dicop biru pula tidaklah sepedas bungkusan yang dicop merah. Oh ya, jika anda suka tidur malam dan sering lapar, bolehlah anda datang ke sini kerana gerai ini dibuka sehingga 3.00 pagi.

Kredit Gambar: pinterest

Alamat: No. 6, Selera Jaya 223,, Jalan 51a/223, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 petang -3.00 pagi)

6. Nasi Lemak Wanjo Kg Baru

Kredit Gambar: friedchillies

Siapa tidak kenal dengan Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru? Kalau disebut, mesti ramai yang pernah merasai kelazatan nasinya yang gebu dan wangi. Menurut pemiliknya, masakan nasi lemak yang dihidangkan itu menggunakan resepi turun-temurun daripada keluarganya. Tidak hairanlah jika kedai ini sering dikunjungi ramai. Boleh dikatakan sampai sahaja tengah hari, kebanyakan lauk-pauk untuk nasi lemak sudah banyak habis. Walaupun kedai ini ramai pelanggan, tempatnya agak bersih dan perkhidmatan yang diberikan pantas.

Kredit Gambar: pim.lovia.life/

Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 pagi – 12.00 tengah hari)

7. Nasi Lemak Peel Road

Kredit Gambar: funntaste

Kali ini, kami bawakan anda nasi lemak ala cina yang sangat lazat! Sebenarnya, kedai ini sudah lama menjalankan aktiviti perniagaan nasi lemak. Semakin hari, nasi lemaknya mendapat sambutan sehinggalah terkenal dalam kalangan pelanggan yang pernah menikmatinya. Rasa nasi lemaknya yang enak dan konsisten itulah yang membuatkan ramai pelanggan berulang kali mengunjungi kedai ini. Sekarang, kedai ini berhawa dingin dan memastikan aktiviti makan anda selesa. Selain itu, kedai ini juga menghidangkan banyak sajian tambahan dan lauk-pauk untuk anda pilih dan makan bersama nasi lemak.

Kredit Gambar: funntaste
Kredit Gambar: foodadvisor

Alamat: 88, Jalan Peel, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis (11.00 pagi- 8.00 malam)

Mahu belajar membuat pastri?

Cuba lihat dan klik Panduan 30 Hari untuk Pembuat Pastri
Berhiburlah dengan: Cubaan Lucu bagi Trend Terkini – Membuat Pastri
Anda mencari masakan tom yam yang pedas dan lazat? Cuba klik 7 Kedai Tom Yam Terbaik di Lembah Klang
Mahu mencuba teh boba? Cuba klik 10 Teh Boba yang Popular dan Lazat di Lembah Klang
Anda mahu ke Ipoh? Cuba klik Panduan Makanan Enak di Ipoh
Anda mencari idea untuk hiasan kek merah jambu anda? Cuba klik Idea Hiasan Ringkas untuk Kek Kanak-kanak
Anda mencari restoran Jepun yang menawarkan harga berpatutan? Cuba klik 7 Restoran Jepun Terbaik di Lembah Klang

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close