7 Pizza Paling Best di Kuala Lumpur

Tidak kira di mana anda berada, pizza merupakan sajian yang seringkali dimakan pada waktu malam ataupun siang bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Pizza digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Selain mempunyai banyak pilihan, pizza juga senang untuk didapati dan merupakan hidangan cepat untuk mengenyangkan perut. Jika anda melawat ke Kuala Lumpur, terdapat 7 pizza terbaik yang boleh kami cadangkan kepada anda untuk mencubanya.

Mengapakah pizza menjadi sajian yang digemari ramai?

Mesti ramai tertanya-tanya mengapa pizza sering menjadi pilihan ramai. Walaupun sajian ini bukannya asli daripada Malaysia namun keenakannya seringkali menjadi rebutan ramai. Bukan itu sahaja, di Malaysia sudah banyak kedai atau restoran yang menyajikan juadah ini sebagai menu terkenal mereka antaranya Pizza Hut. 

Selain keraknya yang tebal atau nipis, pizza juga diselaputi dengan toping yang menarik dan pelbagai hinggakan ada restoran atau kedai yang mula memasukkan elemen asli rasa tempatan ke dalam proses pembuatan pizza. Selain itu, pizza juga senang didapati secara atas talian. Hanya perlu telefon sahaja untuk menempah dan pizzanya akan sampai ke rumah anda.

7 Pizza Paling Best di Kuala Lumpur

1. Heritage Pizza

Heritage Pizza
Kredit Gambar: Heritage Pizza

Restoran ini menyajikan pizza lazat dan terbaik yang boleh anda dapati di Kuala Lumpur. Antara menu pizza yang dihidangkan kepada pengunjung ialah Diavola Pizza dan Napolitana Pizza. Kedua menu ini merupakan menu popular yang sering menjadi pilihan para pengunjung. Selain itu, mereka menghidangkan sorbet dan gelato yang menyelerakan sebagai pencuci mulut.Uniknya, reka bentuk luaran restoran ini berunsurkan tradisional seperti penggunaan bata-bata yang lama menonjolkan lagi unsur kedesaan restoran ini.

Heritage Pizza
Kredit Gambar: Heritage Pizza

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (12.00 tengah hari-2.30 petang, 6.00 petang-10.00 malam), Isnin (tutup)

Alamat: 26-G, Jalan Doraisamy, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman sesawang: https://www.facebook.com/HeritagePizzaKL/

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

2. Monnalisa Italian Restaurant

Monnalisa Italian Restaurant
Kredit Gambar: Monnalisa Italian Restaurant

Dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga dari Itali, restoran ini menyajikan anda rasa asli pizza Itali yang sebenar. Restoran ini menawarkan suasana yang selesa dan sesuai untuk temujanji yang kasual atau sekadar makan malam bersama keluarga. Kami cadangkan anda mencuba pizza Neopolitan dan pizza Margherita mereka kerana sajian ini merupakan sajian popular disini. Jika anda tidak pasti apa yang perlu anda dapatkan, usah risau. Pemilik restoran ini dengan senang hati boleh memberikan cadangan buat anda.

Monnalisa Italian Restaurant
Kredit Gambar: Monnalisa Italian Restaurant

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (4.30 petang-11.30 malam), Isnin (tutup)

Alamat: Hartamas Shopping Centre, M-1-1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Laman sesawang: https://www.facebook.com/MonnalisaMY/

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

3. Pizza Mansion

Pizza Mansion
Kredit Gambar: Pizza Mansion

Jika anda sedang mencari pizza klasik, maka Pizza Mansion ialah tempat yang patut anda kunjungi. Antara sajian pizza yang terkenal disini ialah Pizza Marinara Ikan Bilis dan Pizza Carbonara. Restoran ini juga mempunyai pilihan pizza untuk vegetarian. Jika anda bernasib baik, anda boleh mencuba hidangan istimewa bermusim mereka! Lokasi restoran ini agak tersembunyi. Tetapi jangan risau, bau aroma pizza yang lazat ini akan membawa anda ke Pizza Mansion!

Pizza Mansion
Kredit Gambar: Pizza Mansion

Waktu Operasi: Isnin-Khamis, Ahad (12.00 tengah hari-11.00 malam), Jumaat-Sabtu (12.00 tengah hari-12-00 malam)

Alamat: 25, Jln Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman sesawang: https://www.facebook.com/pizzamansion

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

4. La Risata Bar Pizzeria Ristorante

La Risata Bar Pizzeria Ristorante
Kredit Gambar: La Risata Bar Pizzeria Ristorante

La Risata Bar Pizzeria Ristorante ialah restoran Itali klasik. La Risata bermaksud ketawa dalam bahasa Itali. Yakni pemilik ingin anda miliki pengalaman yang menggembirakan sewaktu berkunjung ke sini. Restoran ini khususnya menyajikan pizza berkerak nipis dan rangup dengan menggunakan ketuhar tradisional.Selain menyediakan menu pizza yang pelbagai dan enak, restoran ini juga menyajikan pasta serta masakan makanan laut yang boleh anda nikmati dengan segelas wain. Restoran ini popular dalam kalangan non-muslim.

La Risata Bar Pizzeria Ristorante
Kredit Gambar: La Risata Bar Pizzeria Ristorante

Waktu Operasi: Ahad-Sabtu (11.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: 16, Persiaran Ampang, Kuala Ampang, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman sesawang: https://www.facebook.com/larisatarestaurant/

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

5. Crust

Crust
Kredit Gambar: Crust

Jika anda dan rakan anda mempunyai sedikit perselisihan sama ada mahu makan burger atau pizza, maka masalah itu selesai kerana Crust menyediakan kedua-dua sajiannya. Pizza ikan bilis merupakan menu popular disini. Selain itu, restoran ini juga menghidangkan pizza vegan. Burger yang disajikan disini pula padat, enak dan lazat sehinggakan anda tidak berhenti untuk mengunyahnya. Crust mempunyai suasana desa yang selesa, bagus untuk melepak bersama rakan dan keluarga anda.

Crust
Kredit Gambar: Crust

Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: Unit #17, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Laman sesawang: https://m.facebook.com/CRUSTKL/ 

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

6. WOP Pizza

WOP Pizza
Kredit Gambar: WOP Pizza

Restoran ini berwarna merah jadi dari jauh anda dapat mengenalnya. Selepas 48 jam penapaian doh, pizza mereka akan dihiasi dengan bahan-bahan terbaik dan dimasak pada suhu yang sangat tinggi dalam ketuhar tradisional. Di restoran ini, anda boleh merasa pizza gaya Neapolitan yang sebenar. Mereka juga menghidangkan tiramisu dan kombucha yang lazat untuk digandingkan dengan pizza mereka. Pizza daripada WOP Pizza ini layak menerima penghargaan kerana memberikan sajian dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka!

WOP Pizza
Kredit Gambar: WOP Pizza

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi-9.30 malam)

Alamat: Plaza Damas, H-0-8, No 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Laman sesawang: https://www.facebook.com/wopklmy/?ref=page_internal

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

7. Puzzini Swedish Pizza

Puzzini Swedish Pizza
Kredit Gambar: Puzzini Swedish Pizza

Adakah anda tahu bahawa Sweden juga memiliki pizza mereka sendiri? Kalau hendak tahu, lawatilah Puzzini Swedish Pizza. Daripada mozzarella, Pizza Sweden ini dihiasi dengan mozzarella dan gräddost, iaitu keju krim Sweden yang mempunyai rasa pedas. Selain itu, pizza ini juga dilengkapi dengan bahan-bahan asas yang segar seperti tomato. Restoran ini juga menyajikan masakan Sweden lain. Anda boleh  mencuba bebola daging Sweden yang padat, berlemak dan sedap hingga kecur air liur dibuatnya.

Puzzini Swedish Pizza
Kredit Gambar: Puzzini Swedish Pizza

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11.00 pagi-3.00 petang, 5.00 petang-10.00 malam), Sabtu-Ahad (11 pagi-10.00 malam)

Alamat: 41, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman sesawang: https://www.facebook.com/puzzinis/

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

———–

 Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close