7 Restoran Barat Terbaik di Kuala Lumpur 2022

Apabila sebut tentang masakan barat, apakah yang sering berlegar-legar di minda anda? Adakah burger, steak, kepak ayam yang ranggup ataupun pizza yang menggiurkan? Semuanya betul kerana tempat-tempat makan yang bakal kami senaraikan di sini mampu menambat selera anda yang pelbagai. Sejak kebelakangan ini, restoran barat semakin rancak membina karier di Malaysia. Mesti anda tertanya-tanya kenapa lambakan restoran barat menjadi perhatian kami kali ini.

Mengapakah anda memilih restoran barat sebagai tempat santapan anda?

Sebagai manusia, kita harus makan untuk memberikan tenaga kepada badan kita. Selain itu, makanan juga adalah satu cara untuk kita melepaskan tekanan di sekolah mahupun tempat kerja. Dengan makanan yang lazat dan indah dilihat, secara tidak langsung, rasa stres atau serabut boleh hilang apabila deria rasa kita merasai perisa makanan yang enak dan pelbagai. Berikut adalah sebab-sebab mengapa ramai menggemari makanan barat:

1. Terpengaruh dengan iklan atau filem
Jika kita lihat di TV ataupun telefon, terdapat banyak iklan yang menayangkan juadah asing yang tidak pernah kita lihat selama ini. Makanan seperti burger, pizza mahupun pasta yang ditayangkan di kaca TV mula menerbitkan rasa ingin tahu akan rasa hidangan itu. Jadi, secara tidak langsung kita akan mula mendapatkan hidangan itu untuk merasainya sendiri.

2. Senang didapati
Jika dahulu, boleh kita katakan hidangan asing seperti ini sukar untuk didapati kerana kurang pakar yang membuatnya. Namun kini, restoran barat dan juga tempatan yang menjual hidangan sebegini untuk memancing selera ramai. Ada juga sajian barat seperti ini diubah rasanya untuk mencapai rasa sajian asia kerana kebanyakan sajian di Malaysia serba cukup rasa. Jadi, untuk menempahnya, hanya tinggal telefon sahaja atau berkunjung ke restoran.

3. Harga berpatutan
Kata orang, semakin jarang didapati semakin mahal harganya. Jika dulu, mungkin sajian seperti ini mahal dan tidak dapat dibeli oleh kebanyakan orang. Tetapi kini, harganya berpatutan dan boleh dibeli oleh kebanyakan orang. Dengan hanya melihat menu di laman sesawang restoran yang diingini, anda boleh ketahui harga menu dan menyediakan wang secukupnya untuk menikmati juadah yang anda inginkan.

7 Restoran Barat Terbaik di Kuala Lumpur 2022

1. Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Restoran barat ini cukup terkenal dengan sajian masakan dan juga barang cenderamatanya. Dengan konsep reka bentuk dalamannya yang merah, restoran Amerika ini senang ditemui di Kuala Lumpur. Di sini, anda boleh menikmati makanan anda sambil diiringi band muzik yang menyanyikan lagu-lagu rancak bagi mengisi hari anda. Jika anda berada di sini, pastikan anda mencuba burger ayam dan juga steak kerana rasanya sungguh lazat. Jangan lupa juga untuk membawa pulang oleh-oleh daripada Hard Rock Cafe!

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Ahad-Khamis (12.00 tengah hari-11.00 malam), Jumaat-Sabtu (12.00 tengah hari- 12.00 malam)

Alamat: Ground Floor, Wisma Concorde, 2, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web: Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Malaysia – Music and Entertainment

Instagram: Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (@hardrockcafekl) • Instagram photos and videos

Facebook: Hard Rock Cafe Kuala Lumpur – Home

2. THIRTY8 Restaurant, Bar & Lounge

THIRTY Restaurant Bar Lounge
Kredit Gambar: THIRTY8 Restaurant, Bar & Lounge

Anda mahu mencuba makanan barat yang mewah? Berkunjunglah ke restoran ini yang terletak di Grand Hyatt Kuala Lumpur. Restoran mewah ini akan memberikan anda peluang untuk merasai pelbagai makanan yang cantik, enak dan lazat sambil berlatarkan pemandangan Menara Berkembar Petronas. Anda pasti kagum dengan persembahan hidangan yang disajikan kerana ia sungguh unik dan menawan. Jika anda mahu ke sini, pastikan anda membuat tempahan terlebih dahulu bagi menyenangkan urusan anda.

THIRTY Restaurant Bar Lounge
Kredit Gambar: THIRTY8 Restaurant, Bar & Lounge

Waktu Operasi:  Setiap hari (7:00 pagi – 11:00 malam)

Alamat: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web: Best Restaurant in KL | Grand Hyatt Kuala Lumpur

Instagram: THIRTY8 (@thirty8kl) • Instagram photos and videos

3. SOULed OUT Kuala Lumpur

SOULed OUT Kuala Lumpur
Kredit Gambar: SOULed OUT Kuala Lumpur

Restoran ini bermula sebagai sebuah kafe kecil yang berlokasi di Mont Kiara pada tahun 1996. Disebabkan hidangan lazat dan pelbagai yang disajikan kepada pengunjung, restoran ini berjaya berkembang pesat dan mempunyai cawangan di Ampang dan Bangsar. Restoran ini terkenal dengan pilihan sajian yang enak dan mojitos. Restoran ini terkenal dalam kalangan pelancong dan juga pengunjung non-muslim untuk makan dan bersantai di sini.

SOULed OUT Kuala Lumpur
Kredit Gambar: SOULed OUT Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari- 12.00 malam)

Alamat: 20, Jalan 30/70 A Desa, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Laman Web: Souled Out – Kuala Lumpur | Souled Out – Kuala Lumpur

Instagram: SOULed OUT (@mysouledout) • Instagram photos and videos

Facebook: SOULed OUT – Home | Facebook

4. Chili’s Mid Valley

Chilis Mid Valley
Kredit Gambar: Chili’s

Apabila bercakap tentang makanan Barat, maka restoran Chili tidak ketinggalan sama. Chili’s ialah restoran Amerika yang telah menjadi kegemaran keluarga untuk  meluangkan masa bersama sambil makan. Dilengkapi dengan reka bentuk dalaman yang klasik, restoran ini akan membuatkan anda berasa selesa. Restoran ini mempunyai pilihan makanan yang hebat dan saiz hidangan yang besar, maka anda akan pulang dengan perut yang kenyang. Selain itu, restoran ini juga mempunyai saiz hidangan kecil untuk kanak-kanak. 

Chilis Mid Valley
Kredit Gambar: Chili’s

Waktu Operasi:  Setiap hari (11.00 pagi– 9.00 malam)

Alamat: Lot G(E)-12, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Laman Web: Tex-Mex Restaurant | Chili’s Malaysia : Chili’s Malaysia

Instagram: Chili’s Malaysia (@chilismy) • Instagram photos and videos

Facebook: Chili’s Malaysia – Home – Kuala Lumpur, Malaysia – Menu, prices, restaurant reviews | Facebook

5. Morganfield’s Pavilion

Morganfields Pavilion
Kredit Gambar: Morganfield’s Pavilion

Jika anda berkunjung ke sini, anda perlu mempersiapkan diri anda untuk meratah dan memakan tulang rusuk yang enak. Morganfield’s ialah restoran yang khusus dalam sajian makanan dari American (Barat Tengah) yang mana ia terkenal dengan lagu jazz berasaskan akustik dan harmonika. Selain rasa makanan mereka yang enak, orang tempatan di sana juga juga mempunyai cita rasa yang tinggi dan unik dalam makanan! Jika anda ke sini, jangan lupa mencuba Hickory BBQ kerana hidangan ini popular dalam kalangan non-muslim.

Morganfields Pavilion
Kredit Gambar: Morganfield’s Pavilion

Waktu Operasi:  Setiap hari (11.00 pagi – 12.00 malam)

Alamat: Lot C4 . 03 . 00, 168, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web: Morganfield’s – Home of Sticky Bones

Instagram: Morganfield’s Malaysia (@morganfields_malaysia) • Instagram photos and videos

Facebook: Morganfield’s – Home

6. TGI Fridays

TGI Fridays
Kredit Gambar: TGI Fridays

Anda ingat rasa seronok yang tiap kali tiba bila hujung minggu? Begitulah yang anda akan rasakan apabila menikmati hidangan di restoran ini. Daripada burger yang besar dan berair hinggalah kepada ayam yang ranggup, TGI Fridays akan membuatkan hari anda gembira dengan juadah yang lazat! Restoran Amerika ini akan memberi anda suasana klasik dengan susun atur reka bentuk dalaman mereka. Selain itu, restoran ini juga sesuai dikunjungi bersama kanak-kanak kerana mereka mempunyai menu istimewa untuk kanak-kanak.

TGI Fridays
Kredit Gambar: TGI Fridays

Waktu Operasi:  Setiap hari (10.00 pagi – 10.00 malam)

Alamat: Lot 6 . 01 . 07 & 6 . 01 . 08, 168, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web: TGI Fridays Malaysia | In Here, It’s Always Friday

Instagram: TGI Fridays Malaysia (@tgifridaysmy) • Instagram photos and videos

Facebook: TGI Fridays Malaysia – Home | Facebook

7. Gravybaby 

Gravybaby
Kredit Gambar: Gravybaby

Terkenal dengan moto mereka ‘Famous for cocktails and pies’, restoran ini menyediakan pelbagai jenis pie yang menyelerakan. Jika anda lihat menu pai yang ditawarkan, anda akan rambang mata. Tetapi, jangan risau kerana para pekerja mereka boleh membantu anda membuat pilihan yang diingini. Selain pai dan koktail, restoran ini juga menghidangkan sajian barat seperti Fish and Chips, pizza dan banyak lagi. Anda akan pulang dengan kenyang jika mengunjungi restoran ini kerana juadahnya yang enak dan menarik hati. Selain itu, restoran ini juga sesuai untuk dijadikan lokasi bergambar kerana susun aturnya yang trendy dan unik boleh memberikan anda gambar yang memukau.

Gravybaby
Kredit Gambar: Gravybaby

Waktu Operasi:  Setiap hari (8.00 pagi – 12:00 malam)

Alamat: 6, Lrg Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web: WELCOME TO Gravybaby FAMOUS FOR COCKTAILS AND PIES

Instagram: GravyBaby (@gravybabypies) • Instagram photos and videos

Facebook: Gravy Baby – Home | Facebook

———–

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close