7 Restoran Makanan Dim Sum Terbaik di Kuala Lumpur 2022

Ingin menikmati dim sum yang enak? Dim sum adalah sejenis hidangan yang ringkas dan kebanyakannya adalah savori tetapi terdapat rasa manis serta ada yang boleh dijadikan sebagai pencuci mulut. Misalnya custard bao. Antara dim sum yang terkenal adalah  siew mai, shrimp dumpling, turnip cake dan beraneka macam lagi! Jangan pandang rendah pada hidangan ini hanya kerana ia memiliki saiz yang kecil. Namun, ia cukup mengenyangkan dan memuaskan selera anda. Jadi, bersiaplah untuk menerokai 7 Restoran Makanan Dimsum Terbaik yang terdapat di Kuala Lumpur!

7 Restoran Makanan Dim Sum Terbaik di Kuala Lumpur 2022

1. Lai Po Heen

Lai Po Heen
Kredit gambar: Lai Po Heen

Lai Po Heen adalah inspirasi dari sebuah keluarga yang terkenal pada abad ke-19 dan memiliki kepakaran dalam penyediaan makanan Kantonis yang klasik dan juga dim sum. Dengan siling yang tinggi, lampu chandelier yang elegan serta hiasan lantai yang mewah, dekorasi restoran ini sememangnya cantik dan mewah. Malah, para pelanggan juga boleh melihat sendiri pesanan mereka dimasak oleh tukang masak menerusi rekaan dapur yang berunsurkan terbuka.

Lai Po Heen
Kredit gambar: Lai Po Heen

Waktu operasi:

12:00 tengahari – 2:30 petang, 6:00 pagi – 10:30 malam (Hari minggu)

10:30 pagi – 2:30 petang, 6:00 pagi – 10:30 petang (Hujung minggu)

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Website: Lai Po Heen – Cantonese Cuisine Near Petrona Towers | Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

Facebook: Lai Po Heen at Mandarin Oriental, Kuala Lumpur – Laman Utama– Kuala Lumpur, Malaysia – Menu, harga, ulasan restoran| Facebook

2. Dolly Dim Sum

Dolly Dim Sum
Kredit gambar: Dolly Dim Sum

Jika anda tidak pernah mencuba Dolly Dim Sum, nampaknya anda telah terlepas peluang yang jarang didapati kerana Dolly Dim Sum menyediakan dim sum yang cukup sedap di mana rasanya akan menambat hati anda. Selain itu, restoran dim sum ini juga merupakan restoran dim sum yang dimodenkan serta menyediakan dim sum yang asli. Di samping itu, anda juga boleh mencuba hidangan terkenal mereka yang lain seperti Har Gao, Siew Mai dan Chee Cheung Fun yang pasti anda suka! Restoran ini turut mempunyai roti kustard telur klasik yang memiliki penampilan yang licin dan berwarna kuning. Ayuh berkunjung ke Dolly Dim Sum bersama keluarga tersayang anda sekarang!

Dolly Dim Sum
Kredit gambar:: Dolly Dim Sum

Waktu operasi: 11:00 AM – 10:00 PM

Alamat: Lot 1.102.00, Level 1, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Laman web: Dolly Dim Sum

Instagram: Dolly Dim Sum (@dollydimsum) • Instagram photos and videos

Facebook: Dolly Dim Sum – Laman Utama| Facebook

3. Restoran Dai Sam Yum

Restoran Dai Sam Yum
Kredit gambar: Restoran Dai Sam Yum

Restoran Dai Sam Yum pasti akan menjadi salah satu restoran dim sum kegemaran anda. Anda boleh melihat papan tanda ikonik restoran ini yang berwarna kuning dari jauh seolah-olah memanggil anda untuk menikmati dim sum di sini. Hidangan dim sum ini adalah dibuat sendiri, jadi, anda turut boleh merasai keikhlasan pada setiap kepingan dim sum tersebut. Selain itu, dim sum yang disediakan di sini dikukus dalam pengukus buluh yang besar di mana ia akan memberikan sentuhan rasa yang penuh nostalgia kepada anda. Di samping itu, anda boleh memesan hidangan mi mereka yang tidak kurang hebatnya, iaitu Mi Hokkien, lor mee dan macam-macam lagi.

Restoran Dai Sam Yum
Kredit gambar: Restoran Dai Sam Yum

Waktu operasi:

12:30 PM – 11:30 PM (Isnin – Sabtu) 

10:30 PM – 11:30 PM (Ahad)

Alamat: 459, Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Million, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Facebook: 怡保律茶楼(Restoran Dai Sam Yun) – Laman Utama– Kuala Lumpur, Malaysia – Menu, harga, ulasan restoran | Facebook

4. Sing Pao Dim Sum Restaurant

Sing Pao Dim Sum Restaurant
Kredit gambar: Sumptuous

Sekiranya anda mengidam untuk makan dim sum pada waktu malam, maka inilah tempat yang patut anda tuju kerana ia dibuka sehingga lewat malam. Dim sum yang disediakan di sini memiliki rasa wap dan savori. Setiap kepingan dim sum yang kecil molek ini akan menghangatkan anda pada waktu makan selewat tengah malam. Selain itu, hidangan ini disajikan dalam pinggan yang kecil bersama mayonis dan sos cili. Tambahan pula, restoran ini turut mempunyai hidangan kesukaan anda, iaitu char siew pau dan jenis-jenis pau yang lain.

Sing Pao Dim Sum Restaurant
Kredit gambar: Sumptuous

Waktu operasi:

2:00 PM – 12:00 AM (Setiap hari kecuali Rabu) 

2:00 PM – 10:00 PM(Rabu)

Alamat: A-16, Jln Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

5. Jin Xuan Hong Kong Restaurant

Jin Xuan Hong Kong Restaurant
Kredit gambar: Jin Xuan Hong Kong Restaurant

Nama restoran ini agak terkenal dalam kalangan pecinta dim sum. Hal ini kerana mereka menyediakan dim sum yang penuh dengan rasa yang tidak akan mengecewakan anda. Selain itu, restoran ini juga memiliki persekitaran yang bersih dan selesa. Ia sedikit sebanyak menunjukkan standard restoran ini. Sebaik sahaja anda duduk, staf akan membawa sedulang talam yang dipenuhi dengan pelbagai jenis dim sum yang sudah dimasak untuk anda makan. Sudah pasti anda boleh memesan dim sum lain yang turut terdapat dalam menu tersebut.

Jin Xuan Hong Kong Restaurant
Kredit gambar: Jin Xuan Hong Kong Restaurant

Waktu operasi: 7:00 AM – 10:00 PM

Alamat: 116b, A32, 36, 34, Jalan 1, Sri Desa Entrepreneur Park, 58200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Laman web: Home | Restaurant Jin Xuan

Instagram: Jin Xuan Holdings SDN BHD (@jinxuan_dimsum) • Gambar dan video di Instagram

Facebook: Restoran Jin Xuan Holding Sdn Bhd – Laman Utama– Kuala Lumpur, Malaysia – Menu, harga, ulasan restoran| Facebook

6. Yan Yang Restaurant

Yan Yang Restaurant
Kredit gambar: Yan Yang Restaurant

Restoran Yan Yang telah menukar nama sebanyak beberapa kali. Antaranya, Yen Yen A One Dim Sum dan Yang Yang A One. namun begitu, anda tidak perlu risau kerana restoran ini tidak pernah berpindah-pindah tempat dan masih kekal sebagai ‘port’ dim sum kegemaran para penggemar dim sum. Apa yang lebih menarik tentang restoran ini adalah ia akan beroperasi seawal jam 9 pagi sehingga lewat tengah malam. Tunggu apa lagi, ingat dim sum ingatlah restoran Yan Yang!

Yan Yang Restaurant
Kredit gambar: Yan Yang Restaurant

Waktu operasi: 9:00 AM -12:00 AM

Alamat: Jln Klang Lama, Taman Shanghai, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Facebook: Restaurant Yan Yan – Laman Utama – Kuala Lumpur, Malaysia – Menu, harga, ulasan restoran | Facebook

7. Eden Dim Sum City Restaurant

Eden Dim Sum City Restaurant
Kredit gambar: Eden Dim Sum City Restaurant

Restoran Eden Dim Sum City adalah salah satu restoran dim sum yang menyediakan dim sum klasik. Ia bertempat di tepi lot kedai di Bandar Seri Manjalara. Selain itu, restoran ini memiliki variasi jenis dim sum termasuk siu mai, lala mai, siew puff, snow crab stick dan macam-macam lagi. Di samping itu, anda turut boleh mencuba kek lobak merah yang digoreng yang penuh dengan rasa savori di sini. Jangan lupa singgah!

Eden Dim Sum City Restaurant
Kredit gambar: Eden Dim Sum City Restaurant

Waktu operasi: 

7:00 AM – 11:30 PM (Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu)

7:00 AM – 5:00 PM (Ahad)

Alamat: Jalan 9/62a, Bandar Sri Menjalara, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Facebook: Eden Dim Sum City Kepong 甲洞 – Laman Utama| Facebook

———–

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close