7 Restoran Thai Terbaik di Lembah Klang

‘Sawadeekap!’ Anda pasti akan disapa dengan frasa ini sejurus menjejakkan kaki ke restoran Thai. Terasa seperti dialu-alukan, bukan? Masakan Thai sebenarnya sudah tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia. Anda boleh lihat terdapat unsur-unsur masakan Thai dalam makanan Malaysia seperti Tom Yam, Kangkong Goreng dan banyak lagi. Boleh dikatakan, makanan seperti ini sering menjadi salah satu pilihan sajian untuk dinikmati bersama teman atau keluarga.

Apakah sebab-sebab ramai orang menggemari masakan Thai?

Sebenarnya, masakan tradisional Malaysia dan Thai tidaklah beza mana. Kebanyakannya menggunakan santan bagi membuatkan makanan itu berasa sedap dan berlemak. Bagi rakyat Malaysia, pemilihan makanan Thai sudah sebati dalam diri mereka. Hal ini kerana, masakan Thai senang didapati di Malaysia dan menawarkan harga yang berpatutan. Selain mengenyangkan dan memuaskan hati, mereka juga disajikan dengan pencuci mulut yang manis dan enak. Jadi apa tunggu lagi? Manjakan diri anda dengan 8 restoran Thai terbaik yang boleh anda temui di Lembah Klang.

7 Restoran Thai Terbaik di Lembah Klang

1. Kompassion

Kompassion
Kredit Gambar: KomPassion

Mengidamkan makanan Thai yang lazat? Berkunjunglah ke restoran Kompassion kerana di sini mereka menyajikan makanan Thai yang sedap untuk anda. Restoran ini terkenal dengan kari hijau dan Tom Yam Goong. Restoran ini memberikan anda suasana yang selesa kerana reka bentuk dalaman serta luarannya yang unik dan mewah. Sambil menunggu makanan tiba, anda boleh bergambar di sini. Jika anda mahu ke sini, buatlah tempahan terlebih dahulu kerana restoran ini sering dipenuhi dengan pencinta makanan Thai.

Kompassion
Kredit Gambar: Kompassion

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (11.00 pagi – 2.30 petang, 6.00 petang – 9.45 malam)

Alamat: 5, Jalan SS 20/11, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: KomPassion (@kompassionthai) • Instagram photos and videos

Facebook: KomPassion | Facebook

2. Thai La Moon

Thai La Moon
Kredit Gambar: Thai La Moon

Jika anda seorang pencinta makanan Thai, pasti anda pernah mendengar tentang restoran ini yang telah memenangi beberapa anugerah sepanjang tahun. Restoran Thai ini menawarkan banyak pilihan makanan yang lazat hingga boleh membuat anda bingung untuk memilihnya. Jangan risau kerana pelayan di sini mesra dan boleh membantu anda membuat pilihan yang tepat. Selain itu, hidangan seperti Tom Yum Goong sangat terkenal di sini. Jika anda tidak tahan pedas, anda boleh memilih makanan yang tidak terlalu pedas. Jangan biarkan kepedasan meminimalkan rasa keseronokkan anda menikmati makanan.

Thai La Moon
Kredit Gambar: Thai La Moon

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (12.15 tengah hari–3.00 petang, 5.00 petang–9.30 malam)

Alamat: Unit No.2-1,Greens Terrace, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Instagram: La moon thai restaurant ttdi (@la_moonttdi) • Instagram photos and videos

Facebook: La MOON – Home – Kuala Lumpur, Malaysia – Menu, prices, restaurant reviews | Facebook

3. Jatujak Bangkok Street Food

Jatujak Bangkok Street Food
Kredit Gambar: Jatujak Bangkok Street Food

Jatujak Bangkok Street Food akan menjadi salah satu restoran makanan Thai kegemaran anda sebaik sahaja anda merasai makanan mereka! Daripada Tom Yum Goong yang lazat hingglah kepada pulut mangga yang manis, restoran ini hanya menyajikan yang terbaik untuk anda. Anda harus mencuba Tilapia kukus dan kerana sajian ini terkenal dalam kalangan pelanggan. Restoran ini juga menyediakan masakan ketam yang kaya dengan pelbagai rasa asli. Apa lagi, berkunjunglah ke sini bagi menikmati makanan lazat mereka. Oh ya, restoran ini terkenal dalam kalangan pelanggan non-muslim.

Jatujak Bangkok Street Food
Kredit Gambar: Jatujak Bangkok Street Food

Waktu Operasi:

  • Jumaat-Sabtu (12.00 tengah hari–3.00 petang, 5.00 patang – 10.30 malam)
  • Isnin-Rabu (12.00 tengah hari – 9.00 malam)

Alamat: 23, Jalan PJU 1a/3j, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Facebook: Jatujak Bangkok Street Food – Home | Facebook

4. AroiMakMak

AroiMakMak
Kredit Gambar: AroiMakMak

Nikmatilah juadah Thai melalui AroiMakMak kerana di sini anda akan diperkenalkan dengan citarasa Thailand yang asli. Restoran Thai ini boleh ditemui di tengah-tengah Petaling Jaya, iaitu hanya 10 minit pemanduan sahaja dari Pusat Beli-belah Atria. Restoran ini terkenal dengan Kangkong Goreng dan menjadi santapan pilihan para pelanggan yang terdiri daripada golongan non-muslim. Selain itu, restoran ini juga mempunyai menu set makan tengah hari lengkap dengan minuman atau cendol manis! Datanglah ke sini bagi merasai kelazatan hidangan mereka.

AroiMakMak
Kredit Gambar: AroiMakMak

Waktu Operasi: 

  • Selasa-Khamis (11.30 pagi–2.30 petang, 5.30 petang–9.00 malam)
  • Jumaat-Ahad (11.30 pagi–2.30 petang, 5.30 petang-9.30 malam)

Alamat: 1, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Laman Web: Home – AroiMakMak

Instagram: AroiMakMak.com (@aroimakmak) • Instagram photos and videos

Facebook: AROI Mak Mak PJ – Home – Petaling Jaya, Malaysia – Menu, prices, restaurant reviews | Facebook

5. Boran 

Boran
Kredit Gambar: Boran

Nampak seperti kafe klasik, tetapi Boran sebenarnya merupakan restoran Thai yang menawarkan anda kelazatan makanan jalanan Thai yang klasik. Restoran ini terkenal dengan juadah babi yang pelbagai dengan harga yang berpatutan. Jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru, bolehlah ke sini bersama rakan-rakan atau orang yang tersayang.

Boran
Kredit Gambar: Boran

Waktu Operasi: Setiap hari (10.45 pagi–2.30 petang, 5.30 petang–9.00 malam) 

Alamat: 25 G, Jalan 21/11a, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: Boran Classic Thai Street Food (@boranthaifood) • Instagram photos and videos

Facebook: Boran – Classic Thai Street Food | Facebook

6. Streat Thai

Streat Thai
Kredit Gambar: Streat Thai

Walaupun Jaya One Mall mempunyai banyak restoran, tetapi anda perlu singgah ke Streat Thai kerana mereka menghidangkan banyak sajian Thai asli yang lazat. Sambil menikmati suasana yang tenang di dalam restoran, anda akan terkejut dengan hidangan salad betik Thai dan Pad Ka Prao yang sungguh lazat dan menggiurkan. Ramai pelanggan yang kerap memilih hidangan ini setiap kali mereka berkunjung ke sini. Selain itu, restoran ini juga menyediakan pelbagai masakan Thai yang boleh mengisi perut dan selera anda.

Streat Thai
Kredit Gambar: Streat Thai

Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi -10.00 malam)

Alamat: The School, Jaya One, 100-G.001 No, 72a, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Laman Web: Streat Thai | Authentic Thai Street Food

Instagram: STREAT Thai (@streatthai) • Instagram photos and videos

Facebook: Streat Thai – Home | Facebook

7. Soi Thai Kitchen

Soi Thai Kitchen
Kredit Gambar: Soi Thai Kitchen

Terletak di tengah-tengah SS15, Soi Thai Kitchen ini sentiasa sibuk dan selalu dipenuhi dengan pencinta makanan Thai. Restoran Thai yang istimewa ini hanya menyajikan masakan Thai yang terbaik seperti Tom Yum Goong, ayam yang dibalut dengan daun pandan, Kangkong Goreng dan banyak lagi! Jangan terkejut jika anda melihat ada pelanggan memesan ayam goreng nanas yang dihidangkan di dalam nanas sebenar! Rata-rata memberikan persembahan makanan terbaik selain rasanya yang enak. Selain itu, mereka juga menyediakan menu set kombo, iaitu nasi putih bersama 3 lauk Thai yang berbeza pada harga permulaanya RM69.00! Anda juga boleh memilih menu ala carte atau menu set makan tengah hari yang dihidangkan dari pukul 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang.

Soi Thai Kitchen
Kredit Gambar: Soi Thai Kitchen

Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 tengah hari – 10.00 malam)

Alamat: 62, Jalan SS 15/4c, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: SOI 55 THAI KITCHEN (@soi55thaikitchen) • Instagram photos and videos

Facebook: Soi 55 Thai Kitchen – Home | Facebook

———–
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close