7 Restoran Timur Tengah Terbaik di Shah Alam

Masakan Timur Tengah terdiri daripada masakan Arab, Armenia, Assyria, Azerbaijan, Cyprus, Mesir, Georgia, Iran, Iraq, Kurdish, Lubnan, Palestin dan Turki. Ramuan biasa yang digunakan dalam masakan ini ialah minyak zaitun, madu, bijan, pudina, nasi, dan pasli manakala hidangan popular mereka ialah kebab, dolmas, shawarma, hummus dan banyak lagi. 

Shah Alam mempunyai banyak restoran timur tengah di mana anda boleh merasai rasa masakannya tanpa perlu meninggalkan   Malaysia. Sajian ini biasanya dihidangkan di atas pinggan besar. Jadi, kami sarankan anda datang ke restoran ini bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Berikut ialah 8 restoran timur tengah terbaik di Shah Alam.

Bagaimanakah cara mencari restoran timur tengah yang betul di Shah Alam?

Disebabkan Shah Alam menawarkan banyak rangkaian restoran timur tengah yang menarik, anda perlu memilih lokasi yang sesuai dan berdekatan dengan anda bagi menjimatkan masa. Selain itu, anda juga perlu melakukan kajian untuk mengetahui harga sajian yang ditawarkan di sana supaya menepati poket anda. Yang paling penting, pastikan sajian yang anda ingin makan itu ada ditawarkan di situ bagi mengelakkan pembaziran berlaku. Berikut ialah tip yang kami sediakan sebagai panduan anda.

1. Lokasi

Memang benar, pemilihan lokasi amat memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Bayangkan jika restoran yang ingin anda kunjungi itu terletak jauh daripada tempat anda, mestinya perjalanan ke sana akan memakan masa yang lama. Seeloknya, pilihlah restoran yang berdekatan dengan anda yang dapat menawarkan sajian yang anda ingin cuba.

2. Bajet

Seperti yang kita ketahui, masakan sajian timur tengah ini banyak menggunakan bahan-bahan import dari luar Malaysia. Mestinya harga sajian biasa ini tidak sama dengan harga sajian tempatan di Malaysia. Oleh itu, anda perlu buat kajian terlebih dahulu sebelum ke restoran bagi mengatur belanjawan dan manjimatkan wang anda.

3. Sajian yang ditawarkan

Bagi mereka yang ingin mencuba sajian timur tengah, pastikan anda tahu jenis dan nama sajian yang ingin anda cuba. Buat kajian terlebih dahulu supaya anda tahu sama ada restoran yang anda ingin pergi itu ada menawarkan sajian yang ingin anda cuba ataupun tidak. Langkah ini juga dapat menjimatkan masa anda.

7 Restoran Timur Tengah Terbaik di Shah Alam

1. ALRAWSHA Restaurant

ALRAWSHA Restaurant
Kredit Gambar: TripAdvisor

Restoran ALRAWSHA ialah antara restoran  terkenal yang menyajikan masakan timur tengah di Shah Alam, Selangor. Ia dibina berkonsepkan istana. Reka bentuk luarannya yang unik dan tersendiri ini menjadikan restoran ini mudah dikenali oleh penduduk tempatan dan pelancong. Selain itu, restoran ini juga telah menerima banyak ulasan positif daripada pelanggannya dari segi perkhidmatan pelanggan dan konsistensi rasa makanan. 

Alamat: 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-11.00 malam), Jumaat-Sabtu (10.00 pagi- 12.00 tengah malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

2. Aroma Hajrah Restaurant

Aroma Hajrah Restaurant
Kredit Gambar: WorldOrgs.com

Restoran Aroma Hajrah merupakan restoran timur tengah yang terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam. Ia menawarkan anda pelbagai masakan timur tengah seperti chicken mandi, kabsa daging lembu, kebab, shawarma dan banyak lagi. Anda boleh merasai rasa Timur Tengah sambil menikmati sajian mereka disini.Restoran ini juga menawarkan servis layanan mesra yang mana mereka akan membantu anda dalam pemilihan sajian.

Alamat: 14, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (2.00 petang-9.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

3. Mozer’s Restaurant

Mozers Restaurant
Kredit Gambar: eXplorasa

Restoran Mozer’s terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam dan menyajikan masakan asli Syria dan beberapa masakan lain. Bahagian dalam restoran ini tidak seperti restoran timur tengah yang lain. Ia menggunakan reka bentuk dalaman moden kontemporari dan bukannya reka bentuk dalamanan yang berunsurkan Arab sepertimana yang boleh anda lihat di restoran timur tengah lain. Selain daripada Grabfood dan Food Panda, Mozer juga mempunyai perkhidmatan penghantaran yang dibuka untuk para pelanggannya.

Alamat: 03-0G-01 Dvida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (11.30 pagi-11.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

4. Ehsan’s Vista Alam Restaurant

Ehsans Vista Alam Restaurant
Kredit Gambar: Zomato

Restoran ini ialah restoran Pakistan yang menyajikan pelbagai pilihan masakan timur tengah seperti biryani butter chicken, naan cheese tarik, ayam tandoori, keema (daging lembu) dan banyak lagi pada harga yang berpatutan. Ia mempunyai laman web supaya anda boleh menyemak imbas menu sebelum mengunjungi restoran kerana ia memudahkan anda membuat keputusan untuk memesan hidangan.

Alamat: Unit 17-LG, Vista Alam Shoplot 14, 1, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00 pagi-12.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

5. Hadramawt Kitchen

Hadramawt Kitchen
Kredit Gambar: TripAdvisor

Hadramawt Kitchen membolehkan anda merasai keaslian Arab dan Timur Tengah walapun anda berada di Malaysia. Anda akan kagum dengan seni reka dalaman yang berunsurkan arab sambil menikmati sajian timur tengah yang lazat yang ditempah. Restoran ini turut menyediakan laman web bagi memudahkan anda memilih menu sebelum berkunjung ke sini atau sebelum membuat tempahan melalui talian.

Alamat: Jalan Penguasa A U1/53A, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (12.00 tengah hari-11.00 malam), Selasa-Rabu (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

6. Zam Zam Arabic Food Restaurant

Zam Zam Arabic Food Restaurant
Kredit Gambar: TripAdvisor

Restoran Makanan Arab Zam Zam merupakan restoran timur tengah yang terletak berhampiran Hotel Concorde di Shah Alam yang boleh memuatkan sehingga 100 pelanggan pada satu-satu masa. Restoran ini menawarkan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, hari keluarga, parti hari jadi dan acara lain yang sesuai yang hanya menahan 30 hingga 1,500 orang. Ia menerima banyak ulasan positif daripada pelanggan mengenai rasa makanan, kebersihan, dan suasana restorannya.

Alamat: 46, Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10:00 am – 10:30 pm (Setiap hari)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

7. Naan Lounge

Naan Lounge
Kredit Gambar: eXplorasa

Naan Lounge ialah restoran Pakistan yang menyajikan pelbagai jenis naan terbaik selain menjadi tempat yang sesuai untuk anda mencuba Desi anda. Jika anda masih belum mencuba Nutella Naan, anda perlu segera mencubanya. Sajian ini terkenal dalam kalangan pengunjung kerana ia kaya dengan rasa Nutella dan naan yang lembut. Di sebalik namanya, restoran ini turut menawarkan anda hidangan timur tengah yang lain seperti keema kambing, ayam masala, ayam tandoori dan banyak lagi. Anda boleh nikmati sajian ini bersama keluarga dan rakan-rakan.

Alamat: 44, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi-11.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

8. Sihaf Arabic Restaurant

Sihaf Arabic Restaurant
Kredit Gambar: dapnyaTV

Restoran ini dinamakan sempena konsep yang disebut dalam Al-Quran, bermaksud dulang emas. Terletak di Vista Alam, Shah Alam, restoran ini menyajikan pelbagai hidangan timur tengah untuk para pengunjung. Anda boleh menyemak laman webnya untuk melihat menu dan harga yang ditawarkan. Ramai yang sering berkunjung ke sini kerana masakannya yang sedap dan enak.

Alamat: B-LG-1, Shop Lot Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (3.00 petang-11.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close