8 Bekas Kacamata Terbaik di Malaysia 2022

Kepada sesiapa sahaja yang memakai kaca, sudah tentu menjadi suatu kewajipan untuk memastikan kacamata tersimpan di dalam bekas yang istimewa bagi mengelakkan kerosakkan berlaku kepada kaca mata atau mengelakkan daripada debu apabila tidak digunakan. Kaca mata bukanlah sesuatu yang dapat dikategorikan sebagai mampu milik. Jadi, si pemakai perlu memastikan bahawa kaca mata tersebut ditanggalkan dengan baik atau ia akan menyebabkan kerosakkan.

Justeru, penggunaan bekas kacamata dapat membantu si pemakai untuk menyimpan dan mengekalkan keadaan cermin daripada berlaku sebarang kerosakan. Seterusnya, si pemakai dapat membawa kaca mata ke mana sahaja dengan mudah dengan penggunaan bekas kacamata seperti ke kerja, sekolah atau ke mana-mana sahaja. Berikut merupakan 8 bekas kacamata yang terbaik di Malaysia.

Bagaimanakah anda menjaga kacamata anda?

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menjaga kaca mata anda. Anda boleh meletakkan kaca mata anda di dalam bekas yang akan dapat melindungi kaca mata anda daripada sebarang kerosakan. Cara lain untuk menjaga kaca mata anda adalah dengan jangan sama sekali meletakkan preskripsi cermin mata anda dengan kanta menghadap ke bawah. Hal ini kerana Tindakan itu berupaya memecahkan kanta tersebut.

Bagaimanakah anda tahu sekiranya anda memerlukan kacamata?

Jika anda mendapati penglihatan anda semakin kabur, berkemungkinan telah tiba masanya untuk anda melakukan pemeriksaan mata. Pakar oftalmologi dan pakar optic akan memeriksa penglihatan anda dan akan memaklumkan kepada anda tentang ‘power’ yang anda perlukan untuk kanta tersebut bagi membetulkan penglihatan anda.

8 bekas kaca mata yang terbaik di Malaysia

1. Crack Eyewear Spectacle Casing

Crack Eyewear Spectacle Casing
Kredit gambar: Shopee

‘Crack Eyewear Spectacle Casing’ adalah bekas kaca mata yang kukuh dan pratikal untuk menyimpan kacamata anda. Bekas kaca mata ini datang dalam bentuk silinder yang luas dan tidak akan merosakkan kaca mata mahupun kanta anda. Bekas kaca mata ini tidak akan rosak dengan mudah kerana rangka luarnya yang kuat.

Spesifikasi:

  • Bahan: fabrik, metal
  • Negara asal: Malaysia
  • Saiz: boleh didapati dalam satu saiz sahaja

Kelebihan:

Kukuh
Luas
Tidak rosak dengan mudah

Harga: RM6.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. NEXTSHOP Spectacles Case

NEXTSHOP Spectacles Case
Kredit gambar: Shopee

‘NEXTSHOP Spectacles Case’ ini dibina dalam bentuk segi empat tepat yang membolehkan anda untuk meletakkan kaca mata anda dengan selamat dan kemas. Kaca mata ini datang dengan pelbagai jenis warna seperti, putih, hitam, biru, perang, merah, emas dan kelabu gelap. Jadi, anda boleh memilih warna yang bersesuaian dengan keinginan dan gaya anda. Bekas kaca mata ini mudah untuk dibuka dan ditutup disebabkan oleh ciri kepak yang dimasukkan dalam rekaan ini.

Spesifikasi:

  • Bahan: Metal
  • Negara asal: China
  • Saiz: Boleh didapati dalam satu saiz sahaja

Kelebihan:

Pelbagai warna
Mudah untuk dibuka dan ditutup
Tidak akan mencalarkan kaca mata

Harga: RM5.22 – RM5.51

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. SUBEI Spectacles Case

SUBEI Spectacles Case
Kredit gambar: Shopee

The SUBEI Spectacles Case adalah bekas kacamata yang amat bersesuaian dengan pelbagai jenis kacamata. Sebagai contoh, kacamata untuk membaca, kacamata kanak-kanak dan juga sunglasses. Bekas kacamata ini mempunyai rekaan yang ringkas sekaligus melindungi kacamata anda daripada sebarang kerosakan atau calar. Selain itu, ia memiliki variasi warna yang neutral di mana warna tersebut tidak terlalu cerah atau kusam.

Spesifikasi:

  • Bahan: Besi, Kulit
  • Negara asal: China
  • Saiz: Boleh didapati dapat satu saiz sahaja

Kelebihan:

Sesuai dengan semua jenis cermin mata
Rekaan yang ringkas
Warna-warna yang neutral

Harga: RM5.30 – RM5.40

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. OKDEALS Soft Optical Glasses Case

OKDEALS Soft Optical Glasses Case
Kredit gambar: Lazada

‘The OKDEALS Soft Optical Glasses Case’ adalah tidak mahal dan tidak sukar. Ia membolehkan anda untuk menyimpan kaca mata anda jadi anda boleh membawa kemana sahaja sama ada di dalam beg atau beg tangan anda. Bekas kaca mata yang lembut ini boleh didapati dalam warna yang terang dan vibrant yang akan memudahkan anda untuk mencari barang yang anda letakkan di dalam bekas tersebut sekiranya hilang. Bekas kaca mata tersebut juga mempunyai penutup jenis tali yang boleh ditarik untuk memastikan kaca mata yang disimpan dengan rapi.

Spesifikasi:

  • Bahan: Felt, Fabric
  • Negara asal: China
  • Saiz: Boleh didapati dalam satu saiz sahaja 

Kelebihan:

Ringan
Pelbagai pilihan warna yang terang
Penutup bertali

Harga: RM1.83

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Pica Pau Retro Glasses Case

Pica Pau Retro Glasses Case
Kredit gambar: Lazada

‘The Pica Pau Retro Glasses Case’ adalah rekaan bekas kaca mata yang vintage dan sesuai dengan anda yang meminati rekaan klasik. Bekas kaca mat aini mempunyai pemegang yang bertujuan untuk memastikan kaca mata yang disimpan dengan rapi dan tidak akan jatuh Ketika anda membawanya. Bekas kaca mata ini datang dengan pilihan warna-warna asas dengan dua sentuhan akhir yang berbeza, iaitu ‘matte’ dan ‘glossy’ atau berkilat.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC Leather
  • Negara asal: Malaysia
  • Saiz: Boleh didapati dalam satu saiz sahaja

Kelebihan:

Penutup jenis pemegang (seperti tali pinggang)
Rekaan ‘vintage’
2 sentuhan akhir yang berbeza

Harga: RM8.90 – RM13.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Blueh Spectacles Case

Blueh Spectacles Case
Kredit gambar: Shopee

‘The Blueh Spectacle Case’ adalah rekaan yang kosong dan ringkas untuk bekas kacamata di mana bekas kaca mata ini sesuai bagi pemakai kacamata yang inginkan sesuatu yang tidak berlebihan dan praktikal. Bekas kaca mata ini boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna. Jadi, anda boleh sesuaikan pilihan warna bekas kacamata dengan personality dan gaya anda. Lagi pula, pekas kaca mata ini sesuai bagi si pemakai yang dewasa dan juga kanak-kanak.

Spesifikasi:

  • Bahan: Leather
  • Negara asal: China
  • Saiz: Dewasa, Kanak-kanak

Kelebihan:

Boleh didapat untuk si pemakai dewasa dan kanak-kanak
Pelbagai pilihan warna
Rekaan yang praktikal dan ringkas

Harga: RM2.61

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Autumnam Triangle Cartoon Glasses Case

Autumnam Triangle Cartoon Glasses Case
Kredit gambar: AliExpress

‘The Autumnam Triangle Cartoon Glasses Case’ adalah satu rekaan yang unik memandangkan rekaan ini berbentuk segi tiga. Bentuk rekaan ini membolehkan kaca mata untuk mempunyai ruang yang lebih di dalam bekas tersebut. Jadi, kaca mata tersebut tidak akan rosak atau terhimpit. Kaca mata ini turut dapat da;a, pelbagai rekaan bercorak haiwan yang artistic dan warna-warni. Jadi, ia akan pastinya memberi aura yang lain tanpa mengira apapun jua corak yang anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: faux leather
  • Negara asal: China
  • Saiz: Boleh didapati dalam satu saiz sahaja

Kelebihan:

Pelbagai corak rekaan haiwan
Berbentuk segi tiga
Tidak toksik

Harga: RM5.10 – RM5.65

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Melody Goods Spectacles Case

Melody Goods Spectacles Case
Kredit gambar: Shopee

‘The Melody Goods Spectacles Case’ adalah kombinasi antara rekaan vintage dan moden yang akan menepati citarasa si pemakai yang menggemari gaya moden dan klasik. Bekas kaca mata yang klasik ini boleh didapati dalam warna-warna yang ‘pastel’ atau lembut. Jadi, ia membolehkan anda untuk memadankan bekas kaca mata itu dengan gaya yang anda minati. Bekas kaca mata ini mempunyai lapisan dalam baldu yang akan mengelakkan kaca mata anda daripada calar.

Spesifikasi:

  • Bahan: PU Leather, Metal, Fabrik
  • Negara asal: China
  • Saiz: Hanya boleh didapati dalam satu saiz sahaja

Kelebihan:

Boleh didapati dalam warna-warna ‘pastel’ atau lembut
Lapisan dalam baldu
Tahan lasak

Harga: RM5.70

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close