8 Biskut Ayam Rangup Terbaik di Malaysia 2022

Makanan ringan dan biskut merupakan salah satu snek popular di kalangan individu. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis biskut, yang mendorong orang ramai untuk membelinya sebagai snek larut malam ataupun kudapan ke sekolah. Adakah anda peminat snek biskut ayam? Snek Biskut Ayam mempunyai rasa ayam yang mendalam dan tekstur yang rangup mampu mengiurkan sesiapa sahaja. Biskut ini merupakan makanan ringan yang popular di Kampar dan Teluk Intan, tidak terkecuali juga di kalangan pengunjung asing ataupun pelancong asing.

Biskut Ayam rangup dan kasar namun tidaklah keras seperti batu dan ia mengandungi rasa ayam yang aromatik. Jadi tunggu apalagi?, anda harus membeli satu sebagai snek bagi menikmati tekstur enak yang kasar dan rangup. Berikut adalah senarai 8 Biskut Ayam Rangup terbaik di Malaysia 2022.

Mengapa anda perlu mencuba Biskut Ayam Rangup?

  1. Perisa Ayam Aromatik

Mengandungi rasa ayam yang mendalam dan beraroma. Lazimnya terdiri dari bahan yang asli dan enak  untuk dinikmati orang ramai.

  1. Tekstur

Teksturnya yang sangat rangup mampu membuatkan anda taksub akan bunyi rangupnya yang kuat dan jelas sebaik sahaja anda menggigitnya.

  1. Ramuan Kaya

Biskut Ayam Rangup diperbuat daripada bahan yang sihat seperti bawang putih, minyak sayuran, telur dan perasa ayam. 

  1. Harga berpatutan

Biskut Ayam Rangup boleh dibeli dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Memiliki jumlah biskut yang memuaskan pada setiap pek hidangan.

Biskut Ayam Rangup merupakan juadah klasik Cina. Oleh kerana teksturnya yang rangup dan rasa ayam yang aromatik, ia sangat digemari oleh orang ramai. Ramai individu yang menyukai ketebalan dan kerangupannya. Tambahan pula  ia telah menjadi juadah snek yang diturunkan dari generasi ke generasi. Jadi, jangan teragak-agak untuk mendapatkannya dan boleh dijadikan sebagai hadiah atau cenderahati untuk diberikan kepada rakan dan keluarga anda!

8 Biskut Ayam Rangup terbaik di Malaysia 2022.

1. Ipoh Soon Ann Crispy atau Biskut Ayam Original

Ipoh Soon Ann Crispy or Original Chicken Biscuits
Kredit Gambar: Shopee

Ipoh Soon Ann Crispy yang turut dikenali “biskut ayam original” sesuai untuk semua majlis, sebagai makanan ringan dan cenderahati. Keenakan yang dirasai buat pertama kali memakannya akan sentiasa membuatkan anda teringat dan menginginkan lagi. 

Negara Asal: Malaysia

Saiz: 70gm-150gm

Harga: RM4.00 – RM5.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. BIDOR PUN CHUN (Biskut Ayam Rangup atau Asli)

BIDOR PUN CHUN Crispy or Original Chicken Biscuits
Kredit Gambar: Shopee

Bidor Pun Chun yang merupakan biskut ayam berasaskan snek Cina yang tidak dapat dikenalpasti, yang perlu menepati citarasa penduduk tempatan. Pun Chun menawarkan anda  biskut ayam bertekstur rangup, lazat dan enak serta kaya dengan rasa ayam yang aromatik.

Bahan-bahan: Tepung gandum, dadih kacang, gula, tembikai musim sejuk, maltosa, minyak masak, bijan, rempah ratus, telur & perisa ayam.

Warna: Merah

Negara Asal: Malaysia 

Saiz : 60gm-150gm

Harga: RM4.00 – RM5.00 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. Loke Kee Crispy Chicken Biskut

Loke Kee Crispy Chicken Biscuit
Kredit Gambar: Shopee

Loke Kee adalah salah satu biskut ayam yang paling digemari. Memiliki bahan yang bagus membuatkan tekstur dan rasa biskut ayam tersebut enak dan disukai. Rasa enaknya dijamin, anda harus mencubanya sendiri. Selain itu, anda juga boleh memberikan biskut ini sebagai cenderahati kepada rakan anda. Secara tidak langsung mereka juga dapat menikmati kelazatan biskut ini.

Bahan-bahan: Tepung gandum, gula, serbuk telur keseluruhan, dadih kacang merah, pemendekan sayuran, bijan putih, minyak sayuran, serbuk penaik, mengandungi pengemulsi, pengatur keasidan, kanji jagung, minyak sayuran, garam, serbuk lima rempah

Warna: Pink

Negara Asal: Malaysia 

Saiz: 70g 

Harga: RM4.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. Biskut Ayam Crispy Kah Heong

Kah Heong Crispy Chicken Biscuit
Kredit Gambar: Shopee

Biskut Ayam Rangup Kah Heong menjadi pilihan ramai terutamanya  warga tempatan dan warga Ipoh. Penghasilan biskut ini memerlukan kemahiran dan ketelitian yang tinggi agar dapat menghasilkan biskut Ayam Rangup yang berkualiti kepada orang ramai. Teksturnya rangup dan lazat!

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Garam, Nam Yue, Minyak Kacang Tanah, Bijan, Gula, Telur & Bawang Putih 

Warna: Merah Jambu

Negara Asal: Malaysia 

Saiz : 50g 

Harga: RM4 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Biskut Ayam Rangup Yee Thye

Yee Thye Crispy Chicken Biscuit Original
Kredit Gambar: shopee

Biskut Ayam Rangup Yee Thye Original memiliki tekstur yang rangup. Aroma enak biskut ayam ini dapat dihidu sebaik sahaja anda membuka pek biskut tersebut. Tambahan pula, rasanya yang lazat dan saiznya mudah untuk digigit sangat sesuai dijadikan sebagai kudapan cenderahati kepada ahli keluarga mahupun pelancong.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Garam, Nam Yue, Minyak Kacang, Bijan, Gula, Telur & Bawang Putih 

Negara Asal: Malaysia 

Saiz: 50g 

Harga: RM6.99 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Biskut Ayam Kam Wai Original 180gm

Kam Wai Original Chicken Biscuit gm
Kredit Gambar: Shopee

Biskut Ayam Kam Wai sangat terkenal di Kampar, Ipoh. Sewaktu anda menikmatinya anda akan diberikan impak yang memikat dari teksturnya yang rangup dan aroma keharuman ayam dan bawang putih yang terdapat dalam biskut tersebut . 

Warna: Pink

Negara Asal: Malaysia 

Saiz : 180g 

Harga: RM 5.50 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. Biskut Ayam Sin Teo Hiang

Sin Teo Hiang Chicken Biscuit
Kredit Gambar: Online Friday

Sin Teo Hiang Crispy Chicken Biskut adalah biskut yang memiliki rasa yang enak serta boleh didapati pada harga yang berpatutan. Teksturnya yang rangup membuatkan anda terpikat dengan rasa dan aromanya. Biskut ini antara biskut yang anda harus cuba dan berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Warna: Kuning

Negara Asal: Malaysia

Saiz: 50g

Harga: RM3.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. OLD SHOP Melaka Biskut Ayam Bijan Rangup

OLD SHOP Melaka Crispy Sesame Chicken Biscuit
Kredit Gambar: shopee

Old Shop Biskut Ayam Melaka Rangup diperkaya dengan rasa bijan dan ayam membuatkan anda sentiasa menginginkannya. Teksturnya yang sangat rangup mampu membuatkan anda jatuh cinta dan tidak akan jemu untuk menikmati biskut ini 

Bahan-bahan: Tepung, Telur, Gula, Minyak, Bijan, Dadih Kacang

Negara Asal: GuangZhou, China

Saiz: 4 pek 

Harga: RM9. 10 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close