8 Butik Batik Terbaik di Malaysia 2024

Jika anda rakyat Malaysia, anda pasti pernah mendengar tentang batik. Batik merupakan tradisi lama yang melibatkan proses menutup bahagian kain atau tekstil dengan bahan cecair khas bagi  menghasilkan corak yang unik dan cantik. Seni membuat batik di Malaysia ini dikesan pada tahun 1960, yang mana ia telah digunakan dalam banyak seni dan kraf tangan.

Kini, proses batik telah direvolusikan dan berkembang menjadi trend fesyen semasa bagi memenuhi keperluan generasi baharu. Generasi baharu telah menemui apresiasi baharu dalam seni batik kerana ia mendekatkan mereka dengan budaya yang terdapat di negara ini.

Bagaimanakan anda menentukan butik batik yang sesuai untuk anda?

Pemilihan butik batik bagi pakaian anda adalah amat penting kerana ini akan mempengaruhi mood dan gaya penampilan anda. Setiap butik batik menawarkan rekaan corak mahupun warna yang berbeza sehingga anda boleh rambang mata untuk memilihnya.

Namun jangan risau, kerana teknologi terkini boleh menyenangkan anda membuat kajian dan pilihan. Boleh dikatakan semua butik batik yang kami persembahkan dalam artikel ini memiliki laman web untuk anda layari dan mencari pakaian batik anda. Berikut ialah 8 butik batik terbaik di Malaysia.

8 Butik Batik Terbaik di Malaysia 2024

Advertise With My Weekend Plan

1. Batik Boutique

Batik Boutique
Kredit Gambar: Batik Boutique
Batik Boutique
Kredit Gambar: Batik Boutique
Batik Boutique
Kredit Gambar: Batik Boutique

Sebenarnya, butik batik pertama kalinya diperkenalkan sebagai usaha untuk memerangi kadar kemiskinan di Malaysia dengan memperkasakan wanita daripada komuniti terpinggir untuk menggunakan batik dan mencipta pelbagai pakaian, aksesori dan peralatan rumah. Usaha ini secara tidak langsung dapat meningkatkan jurang ekonomi yang wujud selain dapat menyara kehidupan mereka sehari-hari. Butik ini menawarkan pelbagai pakaian yang bergaya dan mempunyai rekaan batik yang unik untuk menarik perhatian para pembeli di luar sana.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi – 6.00 petang)

Alamat: 3, Jalan 26/70a, Desa Sri Hartamas, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.thebatikboutique.com/ 

2. batikTEKTURA

batikTEKTURA
Kredit Gambar: batikTEKTURA
batikTEKTURA
Kredit Gambar: batikTEKTURA
batikTEKTURA
Kredit Gambar: batikTEKTURA

batikTEKTURA ini mempunyai konsep unik dalam reka bentuk batik mereka kerana  menggabungkan elemen seni bina yang unik sehinggakan keluaran batik ini dikatakan memberikan nafas baru buat industri batik negara. Di butik batik ini, mereka menawarkan kardigan batik, gaun, bag clutch dan juga kain pasang.

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (10.00 pagi – 6.30 petang)

Alamat: 24, Jln Elektron U16/71, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web : https://batiktektura.com/

3. Bayou Batik

Bayou Batik
Kredit Gambar: Bayou Batik
Bayou Batik
Kredit Gambar: Bayou Batik
Bayou Batik
Kredit Gambar: Bayou Batik

Bayou Batik ini merupakan butik batik yang memberi tumpuan kepada pakaian tradisional wanita yang mempunyai reka bentuk batik elegan, anggun dan moden. Rekaan batiknya adalah feminin dan sesuai dipakai untuk semua majlis terutamanya pada Hari Raya. Keistimewaan butik ini ialah mereka hanya mengeluarkan koleksi baju batik tertentu dalam jumlah terhad supaya pembeli yang memakainya berasa eksklusif dan istimewa. Anda boleh melihat kebanyakan reka bentuk batik ini di laman web mereka. Jika anda membeli baju di butik mereka, anda akan menikmati perkhidmatan penghantaran secara percuma jika lokasi anda di dalam Malaysia sahaja.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi – 6.30 petang) 

Alamat: Intan Tower, Maskiara Residences, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://bayoubatik.com/ 

4. Kapten Batik

Kapten Batik
Kredit Gambar: Kapten Batik
Kapten Batik
Kredit Gambar: Kapten Batik
Kapten Batik
Kredit Gambar: Kapten Batik

Kapten Batik ialah butik batik yang menghasilkan pakaian batik untuk lelaki. Reka bentuk moden yang digabungkan dengan elemen old school mampu menarik minat generasi masa sekarang untuk membeli baju batik keluaran butik ini. Baju batik ini sesuai dipakai dalam apa jua majlis, daripada kasual sehinggalah formal. Terdapat pelbagai warna bagi baju batik keluaran mereka untuk anda pilih. Butik ini menyediakan baju bertona cerah sehinggalah bertona gelap hanya untuk pilihan dan citarasa para pembeli.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi – 10.00 malam)

Alamat: G3-11 Publika Shopping Gallery, 1, Jalan Dutamas, WP, 50480 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.kaptenbatik.com.my/ 

5. FERN Gallery

FERN Gallery
Kredit Gambar: FERN Gallery
FERN Gallery
Kredit Gambar: FERN Gallery
FERN Gallery
Kredit Gambar: FERN Gallery

Galeri FERN bertujuan untuk membawakan rekaannya yang tersendiri dan unik untuk digabungkan dengan rekaan tradisional corak batik. Galeri ini menawarkan pelbagai jenis pakaian yang mempunyai warna cantik yang digabungkan dengan corak kontemporari bagi menghasilkan pakaian yang unik. Galeri ini juga menawarkan perkhidmatan yang mana anda boleh memesan pakaian yang dibuat khusus untuk anda sahaja. Anda boleh melihat pelbagai baju yang menarik dari segi warna dan corak yang unik di laman web galeri ini.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi – 10.00 malam) 

Alamat: Bangsar Village II – UGF 17A, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://fern.gallery/ 

6. Suria Artisan Batik

Suria Artisan Batik
Kredit Gambar: Suria Artisan Batik
Suria Artisan Batik
Kredit Gambar: Suria Artisan Batik
Suria Artisan Batik
Kredit Gambar: Suria Artisan Batik

Suria Artisan Batik ialah butik batik yang khusus dalam kaftan, kimono dan selendang yang menggabungkan rekaan batik moden. Pakaian ini direka untuk dipakai secara santai di sekitar rumah ataupun dipadankan dengan pakaian anda yang lain bagi menonjolkan fesyen baru yang unik. Terdapat pelbagai warna bagi pakai yang butik ini keluarkan, iaitu daripada warna lembut sehinggalah warna terang. Semuanya bergantung pada pilihan anda.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi – 10.00 malam)

Alamat: 10-6 Sierramas Heights, Jalan Sierramas Barat, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.suria-artisanbatik.com/ 

7. Better Than Blouses

Better Than Blouses
Kredit Gambar: Better Than Blouses
Better Than Blouses
Kredit Gambar: Better Than Blouses
Better Than Blouses
Kredit Gambar Better Than Blouses

Better Than Blouses telah dicipta oleh seorang doktor yang akhirnya menjadi pereka fesyen kerana minatnya terhadap penghasilan pakaian batik moden untuk generasi kini. Perniagaan kecil ini menghasilkan pakaian batik yang unik seperti skirt labuh sehinggalah kepada crop tops yang boleh digayakan bersama pakaian anda yang lain bagi mencipta kelainan. Anda boleh melawat butik batik ini yang berada di Pulau Pinang atau membeli-belah dalam talian kerara perkhidmatan penghantarannya merangkumi ke seluruh dunia.

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (11.30 pagi – 5.00 petang)

Alamat: 45, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://betterthanblouses.com/ 

8. Batik by Nonee Abdul

Batik by Nonee Abdul
Kredit Gambar Batik by Nonee Abdul
Batik by Nonee Abdul
Kredit Gambar Batik by Nonee Abdul
Batik by Nonee Abdul
Kredit Gambar Batik by Nonee Abdul

Batik oleh Nonee Abdul ialah sebuah perniagaan kecil yang mereka bentuk pakaian yang dibuat khas berdasarkan rekaan batik yang sedia ada. Anda boleh memilih pakaian anda daripada pelbagai cetakan dan warna batik di laman Instagram mereka. Kemudian, anda hanya perlu menghantar mesej terus kepada mereka untuk mendapatkan tempahan yang sesuai buat anda. Mudah bukan!

Waktu operasi: Isnin-Ahad (8.00 pagi – 5.00 petang)

Alamat: No 22, BSP Village, 1, Jalan SP 5/2, Bandar Saujana Putra, 42610 Jenjarom, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.instagram.com/batikbynoneeabdul/?hl=en 


Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close