8 Compact Mirror Terbaik di Malaysia 2022

Cermin compact adalah cermin yang anda boleh bawa ke mana-mana sahaja tanpa kesukaran. Cermin ini lazimnya amat kecil dan boleh diletakkan dalam genggaman tangan anda sekaligus memudahkan anda untuk menggunakan cermin tersebut pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada.

Selain itu, cermin compact juga merupakan salah satu barang yang wajib ada bagi individu yang sering berjalan-jalan. Hal ini kerana cermin ini boleh diletakkan dalam beg tangan atau dompet anda kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar. Di samping itu, sesetengah cermin compact ini boleh didirikan sendiri atau diputar ke beberapa arah yang berlainan. Berikut adalag 8 cermin compact terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Bagaimanakah untuk memilih compact mirror yang terbaik?

Berikutan kepelbagaian pilihan ynag ditawarkan, anda mungkin akan berasa keliru dengan pilihan cermin compact yang boleh didapati di kedai-kedai mahupun secara atas talian. Namun begitu, anda harus bijak membuat pilihan dengan mengetahui jenis saiz, kesukaan atau kegunaan anda dan membuat perbandingan harga bagi mendapatkan cermin compact yang sesuai.

  1. Saiz

Walaupun cermin ini dikenali dengan cermin compact, terdapat pelbagai jenis cermin compact yang menawarkan pilihan dari aspek saiz. Justeru, ia adalah penting untuk anda membeli saiz cermin compact yang anda inginkan.

  1. Kesukaan

Terdapat pelbagai cermin kecil yang datang dalam variasi gaya. Pilih rekaan yang akan melengkapkan lagi gaya anda.

  1. Harga

Anda mesti menilai cermin compact yang ingin anda beli dengan harga yang ditawarkan bagi memastikan ia dalam bajet yang anda telah tetapkan.

8 Compact Mirror Terbaik di Malaysia 2022

1. Glitter Compact Mirror

Glitter Compact Mirror
Kredit Gambar: Shopee

The Glitter Compact Mirror adalah cermin yang memiliki dua sisi dan mempunyai pelbagai jenis pilihan warna. Anda boleh meletakkan cermin ini sama ada di dalam beg atau beg mekap anda disebabkan oleh saiznya yang kecil. Kesan rekaan luaran cermin ini juga merupakan sentuhan akhir yang cantik dan unik menjadi daya tarikan kepada si pemiliknya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kaca, Plastik
  • Rekaan: Variasi rekaan

Kelebihan:

Harga yang berpatutan
Cantik

Harga: RM5.65 – RM5.78

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Foldable Compact Mirror

Foldable Compact Mirror
Kredit Gambar: Shopee

Foldable Compact Mirror menawarkan pilihan rekaan yang comel dan membolehkan anda untuk memilih mengikut citarasa anda. Selain itu, cermin ini mempunyai pelbagai fungsi. Misalnya, ia boleh berdiri sendiri, membolehkan anda untuk menggunakan cermin tersebut tanpa perlu memegangnya. Di samping itu, cermin ini turut boleh digunakan dalam jangka masa yang lama berikutan bahan yang tahan lasak.

Spesifikasi:

  • Bahan: Leather Cardboard, Cermin
  • Rekaan: Variasi rekaan

Kelebihan:

Comel
Pelbagai fungsi

Harga: RM4.00 – RM5.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

3. Alloy Compact Mirror

Alloy Compact Mirror
Kredit Gambar: Shopee

Alloy Compact Mirror mempunyai 2 jenis cermin yang berbeza. Satu cermin adalah cermin standard dan satu lagi adalah cermin yang sesuai untuk anda gunakan ketika ingin mekap ataupun membetulkan mekap anda. Selain itu, ia datang dalam bentuk dan saiz yang kecil sekaligus menjadikan ia sebagai barang yang mudah untuk anda bawa kemana jua destinasi anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Alloy, Cermin
  • Warna: Perak, Emas, Rose Gold

Kelebihan:

Minimalis
Berkualiti tinggi

Harga: RM4.60 – RM5.72

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

4. Cartoon Compact Mirror

Cartoon Compact Mirror
Kredit Gambar: Shopee

Cartoon Compact Mirror adalah cermin yang boleh dilipat dan diperbuat daripada bahan yang kukuh. Selain itu, cermin ini turut boleh digunakan sebagai cermin meja yang boleh berdiri sendiri. Di samping itu, ia memiliki 4 rekaan kartun yang membeza dan menarik. Hal tersebut menjadikan ia sebagai pilihan yang idela bagi individu yang meminati koleksi barangan yang comel.

Spesifikasi:

  • Bahan: Cardboard, Cermin
  • Rekaan: Variasi rekaan

Kelebihan:

Rekaan yang menarik
Boleh dilipat

Harga: RM5.20

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

5. Vintage Compact Mirror

Vintage Compact Mirror
Kredit Gambar: Shopee

Vintage Compact Mirror menawarkan banyak pilihan saiz dan rekaan yang bercirikan vintaj bergantung pada minat dan kesukaan anda. Selain itu, cermin ini memiliki cermin dua sisi, mudah diletakkan di dalam poket serta mempunyai sentuhan akhir yang keemasan. Malah, cermin ini turut memiliki pengapit rama-rama yang membantu untuk memastikan cermin tersebut lebih terjaga.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kain, Plastik
  • Rekaan: Variasi rekaan

Kelebihan:

Vintaj
Dua sisi

Harga: RM4.23 – RM4.93

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

6. Compact Mirror with LED Lights

Compact Mirror with LED Lights
Kredit Gambar: Amazon UK

Cermin compact ini mempunyai 8 lampu LED yang terang serta membolehkan anda untuk membetulkan mekap atau rambut anda walaupun dalam ruangan atau bilik yang gelap dengan mudah. Tambahan pula, cermin ini amat versatil dan mempunyai 2 jenis cermin di mana satu cermin adalah cermin standard, manakala satu lagi cermin adalah cermin pembesar. Di samping itu, cermin lipatan bercirikan magnetik ini boleh digunakan dalam tempoh yang lama memandang ia boleh dilaraskan kepada semua arah pada sudut 330 darjah.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS, lampu LED 
  • Warna: Hitam, Merah Jambu, Putih

Kelebihan:

Boleh diputar
Pelbagai fungsi

Harga: RM4.99 – RM5.55

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

7. Double-Sided Compact Mirror

Double Sided Compact Mirror
Kredit Gambar: Shopee

The Double-Sided Compact Mirror boleh diletakkan dalam beg mekap anda dek saiznya yang kecil molek. Selain itu, bahagian yang paling mengujakan adalah produk cermin ini datang dengan 5 jenis rekaan yang comel sekaligus menjadikan ia pilihan yang ideal bagi sesiapa sahaja yang menyukai barang-barang yang comel. Di samping itu, ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi menjadikan ia sukar untuk pudar walaupun digunakan untuk jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Cermin
  • Rekaan: Polka Dot, Lembu, Koala, Puppy, Ungu

Kelebihan:

Comel
Mudah dibawa

Harga: RM6.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

8. Mini Heart Compact Mirror

Mini Heart Compact Mirror
Kredit Gambar: AliExpress

Cermin compact Mini Heart boleh diletakkan dalam poket anda disebabkan oleh saiznya yang amat kecil. Selain itu, ia memliki cermin dua sisi dengan rekaan yang berbentuk hati. Di samping itu, rekaannya yang comel dan menarik ini juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai pilihan hadiah untuk orang kesayangan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik, Kaca
  • Rekaan: Hati

Kelebihan:

Cute
Mini

Harga: RM4.94

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close