8 Hotel Tepi Tasik Terbaik di Malaysia

Staycation bermaksud anda bercuti ke tempat yang dekat dengan rumah anda. Selain itu, aktiviti ini boleh membantu ekonomi tempatan dan mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga yang lain. Aktiviti ini juga memudahkan anda untuk merancang perjalanan kerana berjarak dekat dan menjimatkan tenaga.

Pernahkah anda terfikir untuk bercuti di hotel yang terletak di tepi tasik? Cuba anda bayangkan suasana pagi yang aman setelah anda bangun daripada tidur dan berhadapan dengan tasik yang indah. Bagaimanakah perasaan anda ketika itu? Pasti aman dan segar, bukan. Pemandangan pula pasti mempesonakan dengan kehijauan dan keriuhan burung di waktu pagi.

Apakah kebaikan yang anda perolehi jika memilih hotel di tepi tasik untuk percutian anda?

Apabila anda hidup di bandar dan dikelilingi dengan stres, pasti ada masanya anda mahu berehat dan menenangkan diri. Anda berasa ingin lari seketika daripada kesibukan kerja yang memuncak dan memanjai diri anda dengan panorama yang indah dan menyegarkan. 

Antara sebab utama untuk aktiviti staycation adalah untuk mengecas semula tenaga anda. Dalam erti kata lain, anda perlu berehat secukupnya sama ada badan ataupun minda dengan sesuatu yang alami. Apabila anda menginap di hotel yang terletak di tepi tasik, udara segar dan pemandangan yang indah boleh menenangkan anda secara tidak langsung seterusnya menjadikan anda lebih bertenaga untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Selain itu, kualiti udara di tepi tasik yang kehijauan juga boleh meningkatkan sistem imun dan tahap kesihatan anda daripada penyakit. Maka, kami senaraikan 8 hotel tepi tasik terbaik di Malaysia untuk anda lawati.

 8 Hotel Tepi Tasik Terbaik di Malaysia

1. DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside

DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
Image credit: klook.com
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
Image credit: klook.com
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
Image credit: klook.com

Hotel ini menawarkan penginapan bertaraf 5 bintang merentasi kawasan berlandskap seluas 4 ekar di sepanjang Tasik Putrajaya. Bilik penginapan di hotel ini dihiasi dengan tema etnik yang berbeza dan dilengkapi dengan TV, peti deposit keselamatan dan juga alat membuat kopi atau teh. Selain itu, hotel ini juga menyediakan spa, kolam infiniti yang menghadap tasik, dua kolam kanak-kanak, pusat kecergasan, WiFi percuma, kaunter pertanyaan 24 jam bagi urusan lawatan dan tiket serta perkhidmatan concierge. Hotel ini mempunyai 5 pilihan tempat makan, iaitu daripada hidangan bufet hinggalah ke menu à la carte yang menyajikan masakan antarabangsa dan tempatan. Untuk pengetahuan anda, hotel ini terletak 25km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KLIA 2.

Alamat: 2, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: https://www.hilton.com/en/hotels/kulprdi-doubletree-putrajaya-lakeside/

2. Flamingo Hotel by The Lake

Flamingo Hotel by The Lake
Image credit: klook.com
Flamingo Hotel by The Lake
Image credit: klook.com
Flamingo Hotel by The Lake
Image credit: touradvisor

Hotel ini  mengetengahkan reka bentuk neo-kolonial di tengah kawasan semula jadi  di sekitar Tasik Ampang. Selain redup dengan kehijauan yang memukau, hotel ini menawarkan bilik penginapan yang selesa dan bersih. Hotel ini juga menawarkan kolam renang, 3 buah pilihan restoran untuk pengunjung, WiFi percuma, tempat letak kereta percuma dan perkhidmatan concierge yang mesra. Biasanya, bilik-bilik penginapan ini mempunyai balkoni peribadi yang berlatarkan tasik atau landskap menghijau yang boleh menceriakan hari anda. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan TV, ruang kerja, peti deposit keselamatan dan kelengkapan mandian. Hotel ini terletak berhampiran dengan Great Eastern Mall, Pavilion KL dan Pusat Beli-belah KLCC. Anda boleh memilih untuk menjamu selera di Flamingo Cafe atau mencuba masakan India Utara dan Parsi di The Sultani Restaurant.

Alamat: 5, Tasik Ampang, Jln Hulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: https://flamingo.com.my/

3. Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort
Image credit: belumrainforestresort.com
Belum Rainforest Resort
Image credit: belumrainforestresort.com
Belum Rainforest Resort
Image credit: agoda.com

Resort ini terletak di tengah-tengah syurga tropika yang indah lagi menakjubkan. Dengan pemandangan tasik yang indah, resort ini menawarkan 2 pilihan restoran, kolam renang infiniti, spa, ruang persidangan, WiFi percuma di kawasan awam dan tempat letak kenderaan sendiri secara percuma. Resort ini memiliki 103 bilik penginapan berhawa dingin yang lengkap dengan bar mini, tempat tidur yang selesa, alat pengering rambut dan juga pancuran air hujan di bilik mandi. Paling menyeronokkan, perkhidmatan bilik dan housekeeping ditawarkan setiap hari. Untuk menjamu selera, anda boleh makan di Hornbill Restaurant yang menyajikan masakan menu asia dan barat yang lazat.

Alamat: Pulau Banding, 33300 Gerik, Perak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: https://www.belumrainforestresort.com/

4. Lakeview Terrace Resort Pengerang

Lakeview Terrace Resort Pengerang
Image credit: klook.com
Lakeview Terrace Resort Pengerang
Image credit: klook.com
Lakeview Terrace Resort Pengerang
Image credit: klook.com

Lakeview Terrace Resort ini terletak di atas tanah seluas 10 ekar di Pengerang, Johor. Resort ini mempunyai 372 bilik yang diberi sentuhan gaya kabin yang ceria, anggun dan selesa. Bilik-bilik penginapan ini dilengkapi dengan akses internet tanpa wayar yang berkelajuan tinggi, kemudahan membuat kopi atau teh serta TV Digital LED 40 inci dengan saluran tempatan dan Singapura. Almari pakaian, tempat letak kereta secara percuma, meja tulis, penghawa dingin, peti deposit keselamatan dan telefon juga ditawarkan di bilik penginapan mereka. Untuk pilihan bilik, mereka menawarkan Studio Room sehinggalah kepada Executive Room dan LV Suite. Antara kemudahan lain yang resort ini sediakan ialah kolam renang dan studio kecergasan yang serba lengkap.

Alamat: PTD 5025, Jalan Kota Tinggi – Pengerang, 81620 Pengerang, Johor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: https://www.lakeviewterrace.com.my/

5. Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown Resort
Image credit: klook.com
Bukit Merah Laketown Resort
Image credit: klook.com
Bukit Merah Laketown Resort
Image credit: klook.com

Bukit Merah Laketown Resort ini dikelilingi oleh kehijauan yang memukau selain bersebelahan dengan salah satu tasik air tawar terbesar di Malaysia. Bilik-bilik penginapan di sini dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, peti sejuk dan alat membuat teh atau kopi. Resort ini terletak 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja. Selain terletak di dalam kompleks eko-pelancongan yang menempatkan taman air, taman eko, dan kemudahan pemulihan orang-utan, resort ini juga menyediakan dewan, Pusat Konvensyen, kedai, tempat letak kereta dan WiFi percuma di kawasan awam. Anda boleh berinteraksi dengan haiwan di Ecopark atau bersantai di taman tema air. Jika ada mahu menyihatkan badan, anda bolehlah ke spa atau gim yang disediakan di sini.

Alamat: Jalan Bukit Merah, Kampung Kubu Gajah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: https://www.bukitmerahresort.com.my/

6. Bon Ton Resort Langkawi

Bon Ton Resort Langkawi
Image credit: klook.com
Bon Ton Resort Langkawi
Image credit: klook.com
Bon Ton Resort Langkawi
Image credit: klook.com

Bon Ton Resort Langkawi ini terletak di kawasan terpencil. Resort ini sesuai buat mereka yang mahukan privasi. Dikatakan resort ini mempunyai 8 vila warisan yang direka sendiri dan berusia 100 tahun. Resort ini membenarkan anda membawa haiwan peliharaan dan sekiranya anda ingin melawat Pusat Perlindungan Haiwan LASSie, anda boleh berbuat demikian kerana tempatnya dekat sahaja. Setiap bilik di resort ini dibina mengelilingi kolam renang dan lagun. Pemain CD atau DVD, mesin kopi, peti sejuk, pembakar roti, tab mandi dan pancuran mandian turut disediakan di bilik penginapan di resort ini. Anda boleh menjamu selera di Restoran Nam yang menawarkan pelbagai sajian masakan enak. Jika anda ulat buku, anda boleh berehat dan membaca buku di perpustakaan resort. Resort ini hanya 10 minit pemanduan sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Alamat: Jalan Pantai Cenang Lot 1047 Langkawi, Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang, Kedah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: https://bontonresort.com/

7. Palace of the Golden Horses

Palace of the Golden Horses
Image credit: agoda.com
Palace of the Golden Horses
Image credit: agoda.com
Palace of the Golden Horses
Image credit: agoda.com

Hotel mewah ini terletak di Seri Kembangan, Selangor. Semua bilik penginapan di hotel ini dilengkapi dengan peti sejuk, pembuat kopi atau teh, air botol, kopi segera, teh segera, pengering rambut, peralatan mandian dan tuala. Selain itu, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah WiFi percuma, perkhidmatan shuttle, tempat letak kereta percuma, perkhidmatan pemindahan lapangan terbang, perkhidmatan concierge, perkhidmatan dobi, perkhidmatan cucian kering dan juga penyimpanan bagasi. Anda juga boleh menyewa kereta di sini bagi memudahkan lawatan anda. Selain itu, perkhidmatan bilik 24 jam dan housekeeping juga turut ditawarkan. Menariknya, staff hotel di sini juga boleh membantu anda menempah tiket dan membuat tempahan bagi aktiviti hiburan atau lawatan ke tempat lain.

Alamat: Jln Kuda Emas, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Facebook: https://www.facebook.com/PalaceOfTheGoldenHorses/

Rujuk Harga di Shopee

8. Billion Waterfront Resort

Billion Waterfront Resort
Image credit: trip.com
Billion Waterfront Resort
Image credit: billion-waterfront-labuan-my
Billion Waterfront Resort
Image credit: trip.com

The Billion Waterfront Resort atau dahulunya dikenali sebagai Waterfront Labuan Financial Hotel terletak 3.6 batu dari Pulau Papan. Bilik-bilik penginapan di resort ini luas dan selasa selain dilengkapi dengan semua kemudahan yang diperlukan. Untuk menjamu selera, anda boleh ke Fratini Restaurant kerana ia menyajikan pelbagai pilihan masakan tempatan dan antarabangsa. Selain itu, resort ini juga menyediakan kemudahan WiFi percuma dan tempat letak kenderaan percuma. Banyak tempat tarikan yang berdekatan dengan resort ini antaranya ialah Muzium Laut Labuan dan Masjid Jamek An’Nur Muslim Sunni yang moden.

Alamat: 1, Jalan Wawasan, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman web: https://billion-waterfront-labuan-my.booked.net/


Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close