8 Kafe Terbaik di Bangsar 2022

Anda bercadang mahu lepak santai di kafe bersama teman baik? Bangsar ialah tempat yang harus anda kunjungi kerana menawarkan pelbagai kafe yang unik untuk menghabiskan waktu anda. Walaupun Bangsar hanya 4km dari bandaraya Kuala Lumpur, keputusan anda ke sini tidak sia-sia. Mengapa? Kerana Bangsar terkenal dengan deretan kafe yang pelbagai dan hidangan hipster yang lazat untuk anda terokai.

Apakah sebab-sebab anda berkunjung ke kafe?

Kafe merupakan kedai atau restoran kecil yang banyak mengutamakan sajian pastri sebagai juadah mereka. Pada asalnya, kafe dikenali sebagai kedai kopi yang menawarkan minuman teh atau kopi yang lazat. Namun seiring dengan zaman yang sentiasa berubah, konsep kedai kopi ini menjadi sebuah ruangan unik dan elegan yang menawarkan rangkaian sajian pencuci mulut dan menu utama seperti masakan barat atau asia bagi menambat hati pengunjung. Berikut merupakan sebab-sebab ramai orang gemar berkunjung ke kafe.

1. Mengeratkan hubungan

Selain hanya memenuhi perut yang lapar, aktiviti makan juga boleh menjadi cara untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga atau rakan-rakan. Anda boleh berborak dengan rakan atau ahli keluarga sambil menunggu makanan tiba. Jadi, berkunjung ke kafe yang santai dan selesa merupakan satu perkara yang wajib bagi menjayakan matlamat anda.

2. Instagram

Biasanya reka bentuk dalaman kafe adalah bergaya dan unik. Setiap susun atur perabot dan olahan hiasannya seringkali mengikut arus pemodenan dalam dunia hiasan dalaman. Tidak mustahil kafe seringkali menjadi lokasi bergambar oleh para pengunjung yang datang untuk menjamu selera di situ. Memandangkan lokasi yang unik ditemui, para pengunjung akan bergambar dan memuat naik gambar mereka ke media sosial termasuklah Instagram. Suapan anda di Instagram pasti memuncak kerana ramai yang bertanya tentang lokasi anda bergambar.

3. Hidangan yang disajikan

Kebanyakan kafe menyajikan pencuci mulut dan hidangan barat seperti pasta atau lasagna. Terdapat juga kafe yang menyediakan nasi goreng yang diubahsuai resepinya supaya lebih segar dan enak agar dapat menarik perhatian pengunjung untuk mencubanya. Tidak kalah dengan pelbagai jenis kek dan pastri, bentuk dan warna hidangan yang menawan juga dibuat agar dapat menambat hati pengunjung disamping memberikan rasa yang enak ketika memakannya.

8 Kafe Terbaik di Bangsar

1. Lisette’s Café & Bakery

Lisettes Cafe Bakery
Image Credit: Lisette

Sangat elegan dan selesa. Inilah yang dirasakan ketika anda melangkah masuk ke kafe ini. Lisette’s Café & Bakery berusaha menjamu anda dengan kelazatan makanan mereka sehingga anda tidak dapat melupakannya. Mengenai reka bentuk dalamannya, anda akan kagum dengan reka bentuk abstrak yang cantik pada dinding dan silingnya. Tiba pula di kafe ini, anda bakal disambut oleh timbunan pastri yang bersebelahan dengan kaunter. Anda  harus mencuba hidangan utama mereka seperti nasi lemak hitam dan burger Sanchoku Wagyu kerana sajian ini benar-benar lazat dan menjadi pilihan ramai.

Lisettes Cafe Bakery
Image Credit: Lisette

Waktu Operasi:  Setiap hari (8.00 pagi – 10.00 malam)

Alamat: No. 8, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web: Lisettes Café And Bakery – Home

Instagram:  Lisette’s Café & Bakery (@lisettes.my) • Instagram photos and videos

Facebook:  Lisette’s Café & Bakery | Facebook

2. Huckleberry

Huckleberry
Image Credit:Huckleberry

Huckleberry merupakan salah satu kafe yang terkenal di Bangsar. Kafe ini menyajikan kek, pastri dan hidangan utama yang menarik untuk anda! Suasana kafe yang cukup selesa dan tenang agak sesuai untuk anda bersantai dengan rakan-rakan. Disebabkan kafe ini selalu dikunjungi ramai, anda harus tiba awal bagi membolehkan anda mendapat tempat duduk.

Huckleberry
Image Credit:Huckleberry

Waktu Operasi:  Setiap hari (8.00 pagi – 12.00 malam)

Alamat: Jalan Bangsar, No.8, Jalan Abdullah, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web: Huckleberry Food & Fare

Instagram: Huckleberry Food & Fare (@myhuckleberrykl) • Instagram photos and videos

Facebook: Huckleberry | Facebook

3. Kooky Cream 

Kooky Cream
Image Credit: Kooky Cream

Bersedialah untuk menikmati hidangan berkrim kerana kafe ini akan memanjakan anda dengan kek mereka yang lazat dan cantik. Kooky Cream terkenal dengan kek buatan tangan mereka yang baru dibakar dan semerbak harum. Anda pasti tidak keruan jika merasa kek yang ditawarkan di sini. Kafe ini menawarkan pelbagai jenis kek yang lazat. Jika anda tidak pasti kek mana yang ingin anda cuba, anda boleh merasa Kek Rose Lychee, Nutella Crunch Cake dan Mango Shortcake kerana kek-kek ini merupakan pilihan para pengunjung. Selain itu, anda juga boleh menempah kek untuk majlis istimewa dari kafe ini.

Kooky Cream
Image Credit: Kooky Cream

Waktu Operasi:  Setiap hari (11.00 pagi – 7.00 malam)

Alamat: Jalan Bangsar, No.8, Jalan Abdullah, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web: Kooky Cream Bakery

Instagram: Kooky Cream (@kookycream) • Instagram photos and videos

Facebook: Kooky Cream – Home

4. Naj & Belle 

Naj Belle
Image Credit: Naj & Belle

Di Naj & Belle, anda akan disajikan dengan persembahan makanan yang hebat selain rasanya yang lazat. Selain di Bangsar, Naj & Belle juga mempunyai satu lagi cawangan di SS15, Subang Jaya. Untuk hidangan utama, anda harus mencuba Shell Crab Linguine yang lembut dan  Squid Ink Aglio Olio manakala untuk pencuci mulut pula, anda boleh tamatkan dengan kek yang lazat. Selain itu, suasana yang nyaman boleh memberikan anda ketenangan ketika menikmati hidangan anda.

Naj Belle
Image Credit: Naj & Belle

Waktu Operasi:

  • Hari Bekerja (11.00 pagi – 10.00 malam)
  • Hari minggu (10.00 pagi – 10.00 malam)

Alamat: Jalan Tandok, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Instagram: Naj & Belle (@najnbelle) • Instagram photos and videos

Facebook: Naj & Belle – Home | Facebook

5. Huck’s Cafe

Hucks Cafe
Image Credit: Huck’s Cafe

Jika anda inginkan kafe yang memberikan anda privasi dengan suasana yang romantis dan selesa, maka kafe inilah tempatnya. Untuk makluman anda, kafe ini sebenarnya terletak di unit banglo di Bangsar. Anda akan berasa seperti berada di dalam rumah sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke sini. Persekitaran di kafe ini terhad tetapi ruang makan yang disusun adalah selesa. Walaupun kafe ini agak terpencil, makanannya luar biasa enak dan dimasak sendiri oleh pemiliknya. Dikhabarkan, pemilik kafe ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masakan seperti masakan Barat, Itali dan juga pencuci mulut! Tempat duduk di kafe ini terhad jadi anda perlu membuat tempahan kalau ingin ke sini.

Hucks Cafe
Image Credit: Huck’s Cafe

Waktu Operasi:  Setiap hari kecuali Isnin (7.00 pagi – 11.00 malam)

Alamat: 22, Jalan Abdullah, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Facebook: Huck’s Cafe | Facebook

6. Breakfast Thieves

Breakfast Thieves
Image Credit: Breakfast Thieves

“We are all thieves when it comes to fine food”. Inilah kenyataan yang dibuat oleh kafe Breakfast Thieves yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Kafe Breakfast Thieves yang pertama sebenarnya berada di Australia tetapi disebabkan ia mendapat sambutan yang menggalakkan, maka pengasasnya membuka cawangan di Kuala Lumpur. Di kafe ini, anda akan dimanjai dengan sajian Australia yang diberi sedikit sentuhan asia. Jangan risau kerana sajian yang dihidangkan memang lazat dan enak.

Breakfast Thieves
Image Credit: Breakfast Thieves

Waktu Operasi:  Setiap hari kecuali Isnin (9.00 pagi – 5.00 petang)

Alamat: Lot M, 29-5, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web: Home – Index Page

Instagram: Breakfast Thieves KL (@breakfastthieveskl) • Instagram photos and videos

Facebook: Breakfast Thieves Kuala Lumpur – Home

7. Pulp 

Pulp
Image Credit: Pulp

Terletak di bandar Bangsar yang sibuk, Pulp dicipta untuk mendekatkan para pengunjung dengan bancuhan kopi yang semerbak. Semua kopi yang disediakan di kafe ini sebenarnya dibancuh sendiri oleh barista terlatih. Tidak cukup dengan itu, mereka menggunakan biji kopi premium bagi mempersembahkan rasa keaslian kopi yang sebenar. Menariknya, anda juga boleh memilih biji kopi untuk dipanggang sebelum dibancuh menjadi kopi yang segar. Oh ya, kafe ini turut menghidangkan kopi nitro yang luar biasa sedapnya. Anda harus mencubanya!

Pulp
Image Credit: Pulp

Waktu Operasi: 7:30 AM – 5:30 PM

Alamat: 29-01, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web: PULP

Instagram: PULP (@pulpbyppp) • Instagram photos and videos

Facebook: PULP – Home

8. VCR

VCR
Image Credit: VCR

Mudah saja untuk mencari bangunan kafe VCR ini. Anda cari sahaja bangunan yang berwarna hitam. Kafe ini merupakan pertembungan antara seni bina lama yang memenuhi kehendak seni moden. Mengapa? Lihat sahajalah warna gelap yang pilih mampu menghasilkan suasana kafe yang harmoni dan menenangkan. Anda pasti tertarik untuk masuk ke kafe ini kerana bau aroma kopi yang menusuk kalbu hingga menambat anda untuk meminumnya. Kafe ini juga menyediakan sandwic yang lazat dan sajian vegetarian yang enak untuk dicuba.

VCR
Image Credit: VCR

Waktu Operasi : Setiap hari (8.00 pagi – 11.00 malam)

Alamat: 31, Jln Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web: VCRlovesyou | About

Instagram: VCR (@vcrlovesyou) • Instagram photos and videos

Facebook: VCR – Home

———–
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close