Kepong adalah salah satu bandar di Malaysia yang terletak di bahagia utara Kuala Lumpur. Pada peringkat awalnya, kawasan tersebut adalah tempat tinggal golongan masyarakat Cina yang bekerja sebagai pelombong bijih timah. Hal ini kerana Kepong adalah kawasan yang dibangunkan berasaskan industri ini pada suatu ketika dahulu. Semenjak itu, penduduk mempunyai beberapa teori tentang bagaimana kawasan tersebut dinamakan sebagai Kepong. Segelintir penduduk mengatakan bahawa ia dinamakan sempena nama sebuah pokok, iaitu Pokok Meranti Kepong. Manakala, ada kelompok yang menyatakan bahawa nama Kepong diperoleh daripada perkataan dalam bahasa Melayu sendiri iaitu ‘kumpul’ atau ‘ keliling’. Di samping itu, bandar Kepong ini dikelilingi dengan hutan dan pokok-pokok.
Kini, Kepong telah berkembang mengikut arus kemajuan. Terdapat pelbagai pembangunan yang berlaku termasuklah kedai, restoran, kafe, pasaraya dan pelbagai taman yang boleh dikunjungi untuk aktiviti beriadah. Sebagai contoh, berbasikal, berjalan dan bermain layang-layang. Namun, pada kali ini, kita akan fokus kepada kafe-kafe yang best dan menarik untuk anda kunjungi apabila anda singgah di Kepong.
Apakah perkara yang anda tidak tahu tentang Kepong?
Anda pasti tahu bahawa Kepong terletak di Kuala Lumpur tetapi adakah anda tahu bahawa ia merupakan salah satu bandar terawal yang diasaskan atau dibangunkan di Kuala Lumpur. Hal ini disebabkan oleh sejarah di mana ia merupakan kawasan perlombongan bijih timah ketika zaman pemerintahan British. Selain daripada itu, Kepong juga mempunyai beberapa taman seperti Desa Park City dan terletaknya taman rekreasi yang terbesar di Kuala Lumpur, iaitu dikenali sebagai Kepong Metropolitan Park di mana anda boleh menghirup udara yang segar meskipun berada di kawasan bandar yang sesak.
Bagaimanakah untuk mencari Kafe Terbaik di Kepong?
Setiap kafe di Kepong menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut dan minuman. Jadi, anda perlulah membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk singgah di mana-mana kafe yang anda ingin lawati. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan rasa hampa sekiranya anda berkunjung ke tempat makan yang tidak kena dengan selera anda. Di samping itu, anda juga harus menitikberatkan aspek bajet memandangkan terdapat pelbagai jenis kafe dengan tawaran harga yang berbeza.
8 Kafe Terbaik di Kepong 2023
1. Take Eat Easy Modern Bakery & Cafe


Take Eat Easy Modern Bakery & Cafe menawarkan anda dengan aneka kek dan hidangan ‘baked’ yang dibuat sendiri dan dihidangkan kepada pelanggan sebaik sahaja keluar daripada oven. Sebagaimana dengan nama kafe ini, kafe ini menampilkan rekaan atau hiasan dalaman yang bergaya moden sekaligus menjadikan kafe ini ‘port’ ideal buat penggemar sosial media untuk menghiasi ruangan feed mereka. Selain itu, apa yang menarik tentang kafe ini juga adalah anda turut boleh membawa pulang atau tapau jus botol bulb ini sekiranya anda ingin mencubanya.
Alamat: Wisma Fiamma, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10:00 am – 10:30 pm (Setiap hari)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
2. Man Man Cafe


Man Man Cafe yang bertempat di Kepong ini memiliki rekaan dalaman yang amat mengujakan. Selain daripada itu, kafe ini juga menawarkan pelbagai pilihan makanan bermula dari makanan utama sehinggalah ke pencuci mulut. Antaranya Warm Tuna Salad, Pan Seared Salam dan “Lotus” Waffle. Kafe ini telah mendapat banyak ulasan yang positif daripada para pelanggan dek persekitaran yang selesa. Justeru, ia adalah ‘port’ yang baik bagi sesiapa sahaja yang sedang mencari ‘port’ untuk bersantai.
Alamat: 27, Ground Floor, Jalan 5/62a, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi:
- 10:00 am – 9:00 pm (Selasa – Khamis)
- 10:00 am – 10:00 pm (Jumaat – Ahad)
- Tutup pada hari Isnin
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
3. Skinny Dip


Skinny Dip membolehkan anda untuk melihat menu secara atas talian. Jadi, anda boleh melihat sendiri jenis hidangan yang ditawarkan di kafe ini. Ini adalah tempat makan yang ideal sekiranya anda ingin membuat apa-apa perjumpaan kerana ia memiliki ruangan yang agak luas. Tambahan pula, restoran ini turut mempunyai ruangan makan di kawasan luar. Hal ini membolehkan anda untuk menikmati makanan anda sambil menjamu mata anda dengan pemandangan dan suasana di luar. Lengkapkan masa santai anda dengan secawan Cappucino atau Affogato bersama teman baik anda.
Alamat: 3, Jalan Medan Putra 3, Medan Putra Business Centre, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi:
- 10:00 am – 10:00 pm (Selasa – Jumaat)
- 9:00 am – 10:00 pm (Ahad)
- Tutup pada Isnin dan Sabtu
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
4. Vergine Cafe


Vergine Cafe adalah kafe yang ideal untuk anda kunjungi sekiranya anda inginkan hidangan yang lazat dan pasti akan membuatkan hati anda terpaut. Antara hidangan yang sering mendapat pesanan yang tinggi dalam kalangan para pelanggan adalah Mushroom Soup, Chicken Chop dan Spaghetti Carbonara. Selain itu, anda boleh lengkapkan hidangan anda dengan Caffe Latte yang penuh dengan aroma atau Jus Tembikai, bergantung pada selera anda. Tambahan pula, kafe ini turut menampilkan rasa desa dengan sentuhan rekaan dan suasana yang moden serta memberikan suasana ala-ala di rumah kepada para pelanggannya.
Alamat: 3-25, Jalan Desa 2/4, Desa Aman Puri, 52100 Kepong, Selangor
Waktu operasi: 11:00 am – 10:00 pm (Setiap hari)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
5. BeReal Cafe


BeReal Cafe memberikan anda ruang untuk bernafas, menikmati setiap nafas dan mencari tenaga yang ada dalam diri anda. Hal ini kerana kafe ini menampilkan kombinasi alam semulajadi, kayu dan konkrit sekaligus menciptakan suasana yang menenangkan. Bukan itu sahaja, kafe ini bahkan juga menghidangkan makanan yang betul-betul seperti apa yang dizahirkan melalui gambar pada menu. Jangan ketinggalan untuk mencuba Hojicha Latte, Mocha dan Wheatgrass Latte juga!
Alamat: 44-1, Jalan Burung Pucung, Taman Bukit Maluri, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi:
- 8:30 am – 6:30 pm (Setiap hari)
- Tutup pada hari Selasa
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
6. Out Of Concept Cafe


Out Of Concept Cafe betul-betul menampilkan ciri hiasan atau rekaan dalaman yang unik sebagaimana nama kafe ini. Di samping itu, kafe ini sesuai untuk dijadikan lokasi untuk mengadakan sebarang majlis, seperti sambutan hari lahir atau ulang tahun secara kecil-kecilan. Dari aspek menu pula, kafe ini menyajikan variasi wafel seperti Berry Garden Waffle, Cheese & Ham Waffle dan Waffle Fries untuk anda nikmati bersama teman kesayangan anda.
Alamat: 145-1, Jalan Rimbunan Raya 1, Laman Rimbunan, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi:
- 11:30 am – 10:00 pm (Isnin – Khamis)
- 11:30 am – 11:00 pm (Jumaat – Ahad)
Google Map: Ikuti sekarang
7. The Hall Coffee


Hall Coffee merupakan kafe yang amat indah dipandang dek lantai kayu, dinding putih dan tumbuhan hijau yang memberikan kesan estetik kepada kafe tersebut. Tambahan pula, anda boleh menikmati minuman kegemaran anda sambil berbual bersama teman atau pasangan anda. Jika anda berkesempatan untuk singgah di sini, jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan ‘mesti cuba’ di kafe ini, iaitu Korean Street Toast, Avocado Toast dan Hang-Over Toast.
Alamat: 83, Jalan Besar Kepong, Pekan Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11:00 am – 10:00 pm (Setiap hari)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
8. KAPE 카페


KAPE 카페 adalah sebuah kafe yang memiliki dekorasi yang bercirikan minimalis dan sering menjadi buah mulut dek keenakan hidangan yang disediakan. Antaranya Korean Street Toast, Avocado Toast dan Hang-Over Toast. Selain itu, saiz hidangan yang disajikan juga cukup memuaskan dan mengenyangkan untuk dinikmati bersama teman baik anda. Anda juga boleh bungkus makanan anda dan makan di rumah bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.
Alamat: 83, Jalan Besar Kepong, Pekan Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi:
- 9:00 am – 6:00 pm (Setiap hari)
- Tutup pada hari Selasa
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.