8 Kedai Alat Tulis Terbaik di Lembah Klang 2022

Setiap orang ingin mempunyai alat tulis yang cukupi dan berkualiti supaya hari mereka berjalan dengan lancar sama ada di tempat kerja mahupun di sekolah. Alat tulis amat diperlukan dan kekal sebagai alat utama yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Tanpa alat tulis yang berkualiti dan lengkap, ia mungkin akan mengganggu mood anda untuk bekerja atau belajar.

Di Malaysia, terdapat banyak kedai alat tulis yang hebat untuk dikunjungi oleh anda. Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis alat tulis di kedai-kedai tersebut dan membelinya pada harga yang berpatutan. Berikut ialah senarai 8 Kedai Alat Tulis terbaik di Malaysia 2022.

Mengapakah kita memerlukan alat tulis?

Walaupun zaman teknologi kini banyak menggunakan komputer dan perisian canggih, namun alat tulis seperti pensil dan kertas terus menjadi pilihan keperluan bagi setiap peringkat umur. Cuba bayangkan kalau komputer anda kehabisan bateri, atau perisian anda rosak, bagaimana anda hendak melakar atau menulis perkara yang penting jikalau tidak menggunakan alat tulis seperti pen atau pensel?

Lagi pula, kedai alat tulis menjual banyak kelengkapan seni yang diperlukan oleh pembeli yang mengambil jurusan arkitek mahupun seni di universiti. Mereka pasti memerlukan pelbagai berus mewarna dan juga cat yang pelbagai jenis untuk menyiapkan kerja dan tugasan mereka.

8 Kedai Alat Tulis Terbaik di Lembah Klang 2022

1. Jasema Enterprise

Jasema Enterprise
Kredit Gambar: Jasema Enterprise
Jasema Enterprise
Kredit Gambar: Jasema Enterprise
Jasema Enterprise
Kredit Gambar: Jasema Enterprise

Jasema Enterprise ialah tempat yang bagus jika anda ingin mencari buku teks, buku rujukan dan buku kerja. Daripada setingkat, kini mereka membesarkan kedai mereka menjadi dua tingkat dan menempatkan banyak buku dan alat tulis untuk pilihan anda. Kedai ini dibuka setiap hari dan menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Waktu operasi:  Setiap hari (7.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: 159, 161, & 163, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

2. Becon @ Glenmarie

Becon @ Glenmarie
Kredit Gambar: Becon
Becon @ Glenmarie
Kredit Gambar: LoopMe Malaysia
Becon @ Glenmarie
Kredit Gambar: Foursquare

Di Becon, anda ditawarkan dengan banyak pilihan alat tulis seperti fail, kanvas lukisan, cat warna, pengasah pensil dan banyak lagi. Pendek kata, datanglah ke sini untuk menyaksikan betapa banyaknya pilihan alat tulis yang disediakan!

Waktu operasi:  Isnin-Jumaat (9.00 pagi-6.00 petang), Sabtu (9.00 pagi-am-4.00 petang)

Alamat: 11 13 & 15, Jalan Juruanalisis U1/35, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Google Map: Klik

Google Review: Klik

3. Pustaka Rakyat (Setapak) Sdn Bhd

Pustaka Rakyat Setapak Sdn Bhd
Kredit Gambar: Online Bookstore and Educational Bookstore
Pustaka Rakyat Setapak Sdn Bhd
Kredit Gambar: LookP
Pustaka Rakyat Setapak Sdn Bhd
Kredit Gambar: Foursquare

Pustaka Rakyat menjual pelbagai jenis buku seperti buku teks, buku ulang kaji, novel, buku cerita, bukan fiksyen, buku Islam dan banyak lagi. Selain itu, PUSTAKA RAKYAT juga menyediakan perkhidmatan bekalan one-stop untuk semua keperluan persekolahan dari peringkat pra-sekolah sehinggalah kepada sekolah menengah.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (10.00 pagi-9.45 malam)

Alamat: No 6 & 8, Jalan Usahawan 7, Off, Jalan Kilang, Setapak, Wilayah Persekutuan, 53300 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

4. Stickerrific

Stickerrific
Kredit Gambar: Ninja Housewife-
Stickerrific
Kredit Gambar: Ninja Housewife-
Stickerrific
Kredit Gambar: Time Out

Stickerrific ialah kedai alat tulis mini yang terletak di tengah-tengah Petaling Jaya. Kedai ini menyediakan pelbagai pilihan bekalan seni dan alat tulis seperti cat air, jurnal, cop, alat tulis, pelekat dan banyak lagi.

Waktu operasi:  Isnin, Rabu-Ahad (11.30 pagi-7.00 petang)

Alamat: C-31-G (Level G) Block C, Jaya One Jalan Profesor Ungku Diraja Aziz, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Klik

Google Review: Klik

5. Five Star Stationery Sdn Bhd

Five Star Stationery Sdn Bhd
Kredit Gambar: Five Star Stationery Sdn Bhd
Five Star Stationery Sdn Bhd
Kredit Gambar: Five Star Stationery Sdn Bhd
Five Star Stationery Sdn Bhd
Kredit Gambar: Five Star Stationery Sdn Bhd

Kedai ini menjual pelbagai alat tulis asas seperti pen, pensel, kertas lukisan dan juga buku. Semua peralatan yang dijual di sini meliputi peralatan untuk sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.

Waktu operasi:  Isnin-Sabtu (9.00 pagi-6.00 petang)

Alamat: 23, Jln Equine 10, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Google Map: Klik

Google Review: Klik

6. Smiggle Kuala Lumpur

Smiggle Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Mid Valley Megamall
Smiggle Kuala Lumpur
Kredit Gambar: IOI City Mall
Smiggle Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Mid Valley Megamall

Smuggle di Mid Valley Megamall ini terkenal dengan barang jualan mereka seperti beg sekolah, bekas pensil dan alat tulis yang lain. Dikatakan beg sekolah keluaran kedai ini diperbuat daripada fabrik yang lembut dengan rekaan kartun atau animasi yang dapat menarik perhatian kanak-kanak. Disebabkan itu, ramai ibu bapa membeli beg sekolah di sini untuk anak-anak mereka.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: LG 008, Lower Ground Floor, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

7. CzipLee Bangsar

CzipLee Bangsar
Kredit Gambar: CzipLee
CzipLee Bangsar
Kredit Gambar: Vulcan Post
CzipLee Bangsar
Kredit Gambar: CzipLee

CzipLee Bangsar ialah kedai alat tulis yang terkenal di Kuala Lumpur. Kedai ini  menyediakan banyak pilihan alat tulis yang berkualiti seperti rak pen dan fail kertas, pad ujian dan banyak lagi. Selain itu, kedai ini juga mengutamakan kekemasan dan setiap barangan di sini disusun mengikut labelnya bagi memudahkan para pelanggan untuk memilihnya.

Waktu operasi:  Isnin-Sabtu (10.00 pagi-6.00 petang)

Alamat: 1 & 3, Jln Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

8. PenGallery

PenGallery
Kredit Gambar: The Star
PenGallery
Kredit Gambar: Pen Gallery
PenGallery
Kredit Gambar: Pen Gallery

Pen Gallery Malaysia menjual banyak alat tulis mewah seperti fountain pen, pen kaligrafi dan banyak lagi. Anda boleh mendapatkan barangan yang anda kehendaki di sini dengan mudah kerana mempunyai banyak pilihan dan layanan staf kedai ini juga mesra.

Waktu operasi:  Isnin-Sabtu (10.00 pagi-7.00 petang)

Alamat: 1st Floor, 60A, Jalan SS 2/72, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Klik

Google Review: Klik


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close