8 Kedai Burger Terbaik di Ipoh

Burger ialah salah satu makanan ringan yang terkenal di Malaysia. Kebanyakan orang gemar akan burger yang mengandungi roti yang gebu, salad yang segar, patty yang lazat beserta mayonis dan keju yang banyak. Di Ipoh, anda boleh temui banyak kedai burger yang membuatkan anda gembira kerana mereka menyajikan burger bersaiz besar. Jadi, kami senaraikan 8 kedai burger terbaik untuk anda kunjungi di Ipoh. 

Bagaimanakah cara untuk memilih burger yang sesuai jika anda sedang diet?

Makan burger boleh menjadi salah satu hal yang menggembirakan dalam hidup anda. Walau bagaimanapun, perkara ini sukar jika anda sedang menjalani diet. Selama mana anda ingin menahan godaan burger yang lazat, anda semestinya berasa stres atau hampa kerana tidak dapat memakan makanan kegemaran anda. Berikut kami sajikan beberapa tip ringkas buat anda yang sedang diet tetapi ingin memakan burger.

1. Pilih daging lembu tanpa lemak

Potong bahagian daging lembu tanpa lemak kepada bahagian yang lebih kecil.  Kemudian, anda bakar bahagian tersebut. Dengan cara ini, anda boleh membuat burger yang lebih sihat di rumah. Hanya perlu guna daging lembu tanpa lemak sahaja untuk membuat burger yang rendah kalori. Dikatakan, burger segera mempunyai 265 kalori dan 9.75 gram lemak manakala burger panggang buatan sendiri pula punyai 140 kalori dan 5.37 gram lemak sahaja.

2. Pilih Burger Ayam Belanda

Pilih burger ayam belanda. Jika anda keluar untuk makan, pilihlah burger ayam belanda kerana rasanya sama seperti daging lembu. Daging ayam belanda lebih nipis, kurang lemak tepu dan kalori.

3. Pilih Bahan Perasa Yang Sesuai

Minimakan bahan perasa. Pastikan bahan perasa berada di tahap rendah terutama mayonis dan sos istimewa. Biasanya, lemak tepu, natrium, gula dan kalori tinggi dalam bahan perasa sekaligus menjadikan burger tidak sihat dan tidak sesuai bagi mereka yang sedang diet. Sebaliknya, tambah bahan perasa semula jadi seperti salad, tomato dan bawang untuk mengimbangi rasa burger anda.

4. Guna roti bijirin penuh

Gunakan roti bijiran penuh. Ini kerana roti biasa mengandungi karbohidrat yang mana akan menjadi gula sewaktu proses penghadaman berlaku. 

5. Guna Daging Bergred Baik 

Gunakan daging gred terbaik. Pemilihan daging lembu untuk dijadikan patty burger juga memainkan peranan penting dalam diet anda. Menurut American Heart Association, daging lembu yang grednya terbaik mempunyai kandungan kalori dan lemak tepu yang lebih rendah. Jadi, pemakanan daging ini boleh mengurangkan paras kolesterol anda.

8 kedai burger terbaik di Ipoh

1. McDonald’s Jalan Gopeng DT

McDonalds Jalan Gopeng DT
Kredit Gambar: Top-Rated.Online
McDonalds Jalan Gopeng DT
Kredit Gambar: GrabFood
McDonalds Jalan Gopeng DT
Kredit Gambar: Eater

McDonald’s di Jalan Gopeng DT tersedia 24 jam sehari. Ia merupakan francais makanan segera yang terkenal dengan burger, kentang goreng dan shakenya. McDonald’s Jalan Gopeng DT menawarkan pelbagai pilihan burger dan makanan segera yang lain, termasuk McChicken, Filet O’ Fish, French Fries, Egg McMuffin, Bacon & Egg McMuffin, serta Egg Cheese McMuffin. Selain itu, hidangan sarapan pagi McDonald’s dan kopi turut disediakan.

Waktu Operasi: Isnin- Ahad (7.00 pagi-12.00 tengah malam)

Alamat: PN684, Jalan Gopeng, 31350 Ipoh, Perak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

2. 21 Grilled Taman Cempaka

Grilled Taman Cempaka
Kredit Gambar: 21 Grilled Taman Cempaka Ipoh
Grilled Taman Cempaka
Kredit Gambar: 21 Grilled Taman Cempaka Ipoh
Grilled Taman Cempaka
Kredit Gambar: 21 Grilled Taman Cempaka Ipoh

21 Grilled Taman Cempaka ialah kedai burger yang menawarkan kopi dan burger yang besar. Mereka menghidangkan burger raksasa yang mengenyangkan 3 hingga 4 individu! Patty burger yang mereka gunakan pula lembut, sedap dan pekat dengan rasa burger yang enak. Jika anda mempunyai bajet yang lebih dan ingin mencuba sesuatu yang baru, bolehlah berkunjung ke sini bersama rakan-rakan.

Waktu Operasi: Isnin- Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: 87, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

3. EightMiles Burger Banjir

EightMiles Burger Banjir
Kredit Gambar: Eightmiles 8
EightMiles Burger Banjir
Kredit Gambar: Eightmiles 8

Sajian burger di EightMiles Burger Banjir memang terkenal. Ramai penggunjung suka menikmatinya kerana sos lada hitam yang lazat serta harganya yang murah. Kedai ini  menjual burger dengan harga RM3 sahaja! Walau bagaimanapun, jika anda mahukan sos lebih, anda perlu membayar RM 2 sahaja. Selain itu, kedai ini juga menyajikan anda dengan suasana tenang yang diiringi oleh muzik merdu sebagai latar belakangnya. Setiap burger disertakan dengan kentang goreng. Terbaik, bukan! 

Waktu Operasi: Isnin, Rabu- Ahad (5.00 petang -12.00 tengah malam)

Alamat: Kampung Melayu, 31250 Tanjung Rambutan, Perak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

4. Spade’s Burger Ipoh

Spades Burger Ipoh
Kredit Gambar: Foursquare
Spades Burger Ipoh
Kredit Gambar: TripAdvisor and OpenRice Malaysia

Spade’s Burgers ialah rangkaian restoran burger di Amerika Syarikat. Terdapat pelbagai pilihan burger untuk dipilih. Selain menyajikan patty burger yang lembut dan berair, burger ini juga didatangi dengan sos lazat yang tersendiri. Jika anda inginkan burger yang pattynya lembut dan kaya dengan sos, maka kedai burger ini pilihan terbaik untuk anda! 

Waktu Operasi: Isnin- Ahad (11.30 pagi -10.00 malam)

Alamat: 22, Persiaran Greentown 10, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

5. Burger Cheese Ipoh

Burger Cheese Ipoh
Kredit Gambar: Burger Cheese Ipoh
Burger Cheese Ipoh
Kredit Gambar: Burger Cheese Ipoh

Satu lagi tempat persinggahan yang berbaloi di Ipoh ialah Burger Cheese Ipoh. Kedai ini menyediakan patty buatan sendiri serta menyediakan burger dalam kepingan besar untuk dua orang makan. Burger mereka didatangkan dengan pelbagai hidangan sampingan di atas pinggan yang sama, termasuk kentang goreng, mee goreng, daging, salad dan makanan lazat lain. Harganya berpatutan dan berbaloi kerana makanannya sangat baik.

Waktu Operasi: Isnin- Isnin (5.00 petang -5.00 pagi)

Alamat: 2, Persiaran Kuala Kangsar, Taman Foo Onn, 30010 Ipoh, Perak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

6. GB Vegetarian Burger

GB Vegetarian Burger
Kredit Gambar: GB Vegetarian Burger
GB Vegetarian Burger
Kredit Gambar: GB Vegetarian Burger
GB Vegetarian Burger
Kredit Gambar: Open City

GB Vegetarian Burger diiktiraf sebagai burger vegetarian terbaik di Ipoh. Burgernya pejal dan sedap, dengan harga yang berpatutan. Anda boleh memilih sos mengikut selera anda. Walaupun burger ini ringkas tanpa telur dan daun bawang, ia miliki patty yang sedap. Anda boleh mencuba GB Supreme, Frange Burger dengan mayonis dan keju yang mewah. Pasti anda tidak menyesal! 

Waktu Operasi: Selasa- Ahad (2.00 petang -9.00 malam)

Alamat: 790, Lorong Bercham 2, Kampung Bercham, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

7. Cheese Burger & Toast

Cheese Burger Toast
Kredit Gambar: World Orgs
Cheese Burger Toast
Kredit Gambar: Cheers Toast & Burger
Cheese Burger Toast
Kredit Gambar: Cheers Toast & Burger

Bagi penggemar burger, anda wajib mencuba Cheese Burger & Toast! Rotinya yang gebu bersalut mentega yang rangup, serta patty yang pejal ialah kombinasi terhebat untuk burger. Selain itu, burger ini dihidangkan dalam hidangan yang besar dengan harga yang sangat berpatutan. Apatah lagi jika anda memilih set. Kedai ini untuk golongan non-muslim yang ingin mencuba burger enak dan lazat dengan harga berpatutan di Ipoh.

Waktu Operasi: Selasa- Sabtu (11.30 pagi -9.00 malam), Ahad (11.00 pagi- 5.00 petang)

Alamat: B-G, 5, Jalan Dato Tahwil Azhar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

8. Burger King Ipoh Parade

Burger King Ipoh Parade
Kredit Gambar: Burger King Ipoh Parade
Burger King Ipoh Parade
Kredit Gambar: Moh Kita! and OH MY PERAK

Burger King ialah rangkaian hamburger makanan segera kedua terbesar di dunia. Mereka menyediakan pelbagai burger panggang, termasuk ayam, salad dan sayur-sayuran, Whopper, dan perisa unik yang lain. Selain menawarkan pelbagai jenis burger, anda mungkin menyukai burger-burger disini kerana ia dihiasi dengan pelbagai sos dan bahan tambahan, termasuklah keju dan bawang. Rasanya yang kaya dengan perisa mesti menggembirakan anda!

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (10.00 pagi -10.00 malam)

Alamat: Ground Floor, Ipoh Parade, 105, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Ipoh, Perak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini


Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close