8 Kedai Nasi Ayam Paling Best di Lembah Klang 

Kalau anda baca artikel ni mesti rasa terliur, bukan?  Nasi ayam ialah makanan wajib yang perlu anda cuba jika berada di Malaysia. Disamping isi ayam yang lembut, supnya yang penuh dengan ramuan tradisional boleh membangkitkan selera anda walau dimana anda berada.Sebab itulah, orang kata berbaloi menempuh perjalanan yang jauh demi sesuap nasi ayam.Di Malaysia, ada banyak kedai mahupun restoran yang menyajikan sajian nasi ayam turun-temurun dan mengikut keunikan mereka tersendiri.

Kenapa nasi ayam begitu popular?

Nasi ayam Malaysia ialah hidangan yang dicipta melalui campuran budaya Hainan dan Kantonis. Sajian ini terdiri daripada ayam rebus atau panggang di atas nasi putih, yang dihidangkan bersama kicap dan cili celup bersama bawang putih. Hidangan ini sangat digemari ramai kerana ringkas, lazat dan mengenyangkan. Berikut ialah 8 kedai terbaik di Lembah Klang yang menyajikan nasi ayam yang sangat harum, lazat dan menyelerakan. Percayalah, anda akan selalu berkunjung ke sini walaupun berkali-kali memakannya.

8 Kedai Nasi Ayam Terenak di Lembah Klang

1. Nasi Ayam Hainan Chee Meng

Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Kredit Gambar: Tripadvisor.com
Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Kredit Gambar: Nieja Muhaimi
Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Kredit Gambar: KLFoodie

Nasi Ayam Chee Meng ini merupakan kegemaran penduduk tempatan. Ia telah beroperasi hampir 40 tahun sejak mula dibuka pada 1965. Jangan risau, restoran ini sudah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kedai nasi ayam ini menyajikan pelbagai hidangan selain daripada hidangan nasi ayam istimewa mereka, seperti sotong kung poh, udang goreng, tomyam Thai, makanan laut, kerabu mangga dan banyak lagi. Anda pasti kecur liur jika berkunjung ke sini kerana semua masakannya enak dan menyelerakan.

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (11.00 pagi-7.00 malam)

Alamat: Sub Lot A1, Batu 4 ¼, Jalan Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur

Google Map: Tekan Sini

Google Reviews: Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.cheemeng.com.my/

2. Wong Kee Chicken Rice

Wong Kee Chicken Rice
Kredit Gambar: KLFoodie
Wong Kee Chicken Rice
Kredit Gambar: burpple
Wong Kee Chicken Rice
Kredit Gambar: So Soul Food

Nasi Ayam Wong Kee ialah satu lagi kedai nasi ayam yang sangat popular dalam kalangan non-muslim. Setiap kali dibuka, pasti ada barisan ramai yang beratur di tepi kedai ini. Jadi, sentiasalah datang awal supaya anda boleh mendapat tempat duduk. Kedai ini menyajikan kedua-dua ayam rebus dan panggang, char siew dan sup asam. Harga di sini juga sangat berpatutan yakni sepinggan nasi dan paha ayam berharga serendah RM7.50.

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (9.30 pagi-3.00 petang), Isnin (tutup)

Alamat: 931, Jalan 17/38, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.instagram.com/wongkee.chickenrice/?hl=en

3. Kar Heong’s Ipoh Chicken Rice

Kar Heongs Ipoh Chicken Rice
Kredit Gambar: sixthseal
Kar Heongs Ipoh Chicken Rice
Kredit Gambar: Time Out
Kar Heongs Ipoh Chicken Rice
Kredit Gambar: sycookies @ foodeverywhere

Kar Heong’s Ipoh Chicken Rice terkenal dengan sos cilinya yang lazat disamping sajian yang enak. Tempat makan pula ringkas, bersih dan selesa untuk menjamu selera. Kedai ini sering menjadi tumpuan para pengunjung non-muslim untuk merasai pelbagai sajian yang ditawarkan disini. 

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8.30 pagi-8.00 malam)

Alamat: No.18, Jalan SS 4C/5, Taman Rasa Sayang, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

4. Kim Kee Nasi Ayam Hailam

Kim Kee Nasi Ayam Hailam
Kredit Gambar: WK Lai
Kim Kee Nasi Ayam Hailam
Kredit Gambar: worldwindows
Kim Kee Nasi Ayam Hailam
Kredit Gambar: Lifestyle Asia

Kim Kee Nasi Ayam Hailam merupakan sebuah lagi kedai nasi ayam yang disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kedai ini sangat popular dalam kalangan penduduk yang tinggal berhampiran kerana harga makanannya yang sangat berpatutan. Sebagai contoh, hidangan nasi ayam biasa hanya berharga RM7. Selain enak, harganya yang murah membuatkan ramai pelanggan terus berkunjung ke sini.

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu (10.30 pagi-9.00 malam), Ahad (tutup)

Alamat: 1, Jalan Kolam Air Lama, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.instagram.com/kimkee_nasiayamhainan/?hl=en

5. Nam Heong Chicken Rice

Nam Heong Chicken Rice
Kredit Gambar: Nam Heong Chicken Rice
Nam Heong Chicken Rice
Kredit Gambar: KLFoodie
Nam Heong Chicken Rice
Kredit Gambar: FoodMsia

Nasi Ayam Nam Heong merupakan satu lagi kedai nasi ayam terkenal dalam kalangan non-muslim yang memenangi anugerah. Ia telah dihebahkan dengan baik oleh media dan sejak itu telah menarik ramai pelanggan non-muslim yang menggemari nasi ayam tersebut. Nasi ayam yang dihidangkan di kedai ini memang wangi dan sedap. Walau bagaimanapun, harga mereka lebih mahal sedikit daripada kedai nasi ayam biasa.

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-7.00 malam)

Alamat:  56, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

6. Restoran Loke Yun Ampang

Restoran Loke Yun Ampang
Kredit Gambar: Ipohmotormouth
Restoran Loke Yun Ampang
Kredit Gambar: VKeong
Restoran Loke Yun Ampang
Kredit Gambar: VKeong

Restoran Loke Yun Ampang ialah kedai nasi ayam ala Cina yang lazat. Daging ayam segar, berair, dan penuh dengan rasa dihidangkan dengan nasi yang hangat dan wangi. Apa yang menjadikan kedai ini disukai ramai ialah perkhidmatannya yang cepat dan cekap. Semestinya kedai ini wajib anda cuba jika anda penggemar nasi ayam.

Waktu Operasi: Rabu-Jumaat (10.30 pagi-3.00 petang, 5.30 petang-8.00 malam), Khamis (tutup)

Alamat:158, Jalan Besar Ampang, Pekan Ampang, 68000 Ampang, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.facebook.com/lokeyunchickenrice/

7. Restoran Satellite 33

Restoran Satellite
Kredit Gambar:: Restoran Satellite 33
Restoran Satellite
Kredit Gambar:: Restoran Satellite 33
Restoran Satellite
Kredit Gambar:: Michelle

Restoran Satellite 33 ini merupakan destinasi makan yang dikenali dalam kalangan non-muslim. Selain menyajikan nasi ayam dan laut tambahan yang lazat, servis di kedai ini juga cepat dan mesra pelanggan. Tidak hairanlah jika ramai orang berkunjung ke sini. 

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (7.30 pagi-3.00 petang)

Alamat: 33, Jalan Bukit 11/2, Seksyen 11, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.foodpanda.my/restaurant/ct5n/restoran-satellite-33-ct5n?utm_source=google&utm_medium=organic&utm_campaign=google_reserve_place_order_action

8. Ipoh Bentong Bean Sprout Chicken @ Robinsons Foodcourt

Ipoh Bentong Bean Sprout Chicken @ Robinsons Foodcourt
Kredit Gambar:: tripadvisor.com
Ipoh Bentong Bean Sprout Chicken @ Robinsons Foodcourt
Kredit Gambar:: maverick chen
Ipoh Bentong Bean Sprout Chicken @ Robinsons Foodcourt
Kredit Gambar:: maverick chen

Kedai ini terletak di dalam medan selera Robinsons yang berhawa dingin. Kedai ini menyajikan ayam yang lembut dan wangi, dan char siew yang pekat. Kedai ini selalunya dikunjungi oleh pekerja pejabat dan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut. Kedai ini seringkali menjadi tempat makan buat golongan non-muslim. Hidangannya agak mahal, kemungkinan besar disebabkan oleh lokasi, tetapi nasi ayam di kedai ini cukup lazat dan berbaloi untuk dikunjungi.

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close