8 Kedai Sukan Terbaik di Malaysia 2022

Memilih kedai sukan yang menjual pakaian sukan sememangnya mudah, tetapi pernahkah anda terfikir adakah kedai sukan seperti ini seharusnya menjual peralatan sukan yang berkualiti? Benar, majoriti jenama sukan terkenal seperti Nike, Adidas dan Puma semuanya mempunyai cawangan kedai sukan mereka tersendiri yang menjual segalanya berkenaan sukan, daripada pakaian sehinggalah bola sepak.

Kedai sukan yang lengkap mesti menjual peralatan asas sukan. Ia bukan hanya berkenaan kasut atau pakaian sukan semata-mata.  Dalam artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti kedai sukan yang sesuai untuk peminat sukan bagi mencari peralatan sukan buat aktiviti mereka.

Bagaimanakah menentukan kedai sukan yang baik?

Kedai sukan yang lengkap biasanya menjual  pakaian dan peralatan sukan yang mesti memenuhi kriteria harga, kualiti dan kepelbagaian produk.

  1. Harga

Sesetengah produk sebenarnya bukan yang terbaik dari segi kemampuan kerana sepasang kasut boleh menelan belanja setengah ribu Ringgit Malaysia. Oleh itu, harga mampu milik adalah penting dalam memilih peralatan sukan di kedai sukan yang betul.

  1. Kualiti

Menjual peralatan sukan dengan harga yang murah sudah tentu disukai oleh ramai orang, tetapi jika ia tidak berkualiti, pasti menimbulkan masalah di kemudian hari. Oleh itu, adalah penting bagi kedai runcit sukan untuk menjual produk berkualiti tinggi kerana ia akan digunakan dalam aktiviti sukan yang melibatkan banyak pergerakan.

  1. Kepelbagaian produk

Memilih produk boleh menjadi sukar jika kedai itu tidak membuat jualan promosi. Oleh itu, kedai runcit sukan yang baik harus mempunyai jualan promosi yang mengetengahkan banyak peralatan dan pakaian sukan untuk para pelanggan pilih dan beli.

8 Kedai Sukan Terbaik di Malaysia 2022

1. JD Sports Pavilion Elite

JD Sports Pavilion Elite
Kredit Gambar: Hanie Hidayah
JD Sports Pavilion Elite
Kredit Gambar: The Spacemen
JD Sports Pavilion Elite
Kredit Gambar: 12Fly

JD Sport telah membuka kedai di Pavilion Elit yang merupakan rangkaian terbesar di Asia, yang menempatkan pelbagai keperluaan sukan sehinggakan kedai ini wajib menjadi destinasi anda. Tidak kiralah sama ada anda peminat sukan, penggemar fesyen sukan ataupun kedua-duanya, kedai ini dapat memenuhi keperluan anda. Kedai ini ada menjual semula produk sukan daripada jenama lain dan adakalanya barangan sukan yang dijual itu sudah tidak dijual di kedai sukan jenama barang tersebut.

Alamat: Pavilion Kuala Lumpur, No. 166, Jalan Bukit Bintang, Lot 5.103.00 – 5.105.00 & P5.101.00, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi:  Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web:  Klik

2. Al-Ikhsan IOI City Mall

Al Ikhsan IOI City Mall
Kredit Gambar: IOI City Mall
Al Ikhsan IOI City Mall
Kredit Gambar: IOI City Mall
Al Ikhsan IOI City Mall
Kredit Gambar: Foursquare

Kedai sukan ini sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya tema mereka iaitu warna hitam-oren. Kedai sukan ini memiliki kebenaran untuk menjual barangan sukan daripada banyak jenama terkenal seperti Nike dan Adidas.

Alamat: IOI Resort, 43000 Putrajaya, Selangor

Waktu operasi:  Setiap hari (11.00 pagi-8.00 malam)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: Klik

3. Sports Direct Petaling Jaya

Sports Direct Petaling Jaya
Kredit Gambar: Sports247
Sports Direct Petaling Jaya
Kredit Gambar: Sports247
Sports Direct Petaling Jaya
Kredit Gambar: Cyber-RT

Jenama UK ini berfungsi sebagai peruncit untuk pelbagai jenama antarabangsa termasuklah Asics, Adidas dan Nike. Kedai  sukan yang besar ini juga mempunyai pelbagai jenis produk sukan seperti bola sepak, peralatan mendaki dan pakaian sukan.

Alamat: No. 11, Jalan 51a/219, Section 51A, 46100 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi:  Setiap hari (11.00 pagi-8 malam)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web:  Klik

4. Topper Sports Kuala Lumpur

Topper Sports Kuala Lumpur
Kredit Gambar: WorldOrgs
Topper Sports Kuala Lumpur
Kredit Gambar: WorldOrgs
Topper Sports Kuala Lumpur
Kredit Gambar: TallyPress

Kedai sukan ini menawarkan perkhidmatan jualan secara fizikal dan dalam talian untuk memudahkan para pelanggan mencari barangan sukan yang diinginkan. Selain itu, kedai sukan ini juga mempunyai pelbagai pilihan barangan daripada sukan bola sepak sehinggalah kepada badminton. Selain itu, kedai ini juga membuat jualan promosi semasa cuti perayaan atau hari cuti umum yang tertentu.

Alamat: G16, Pertama Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi:  Setiap hari (11.00 pagi-7.30 petang)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: Klik

5. Royal Sporting House Dpulze

Royal Sporting House Dpulze
Kredit Gambar: WorldOrgs
Royal Sporting House Dpulze
Kredit Gambar: Foursquare
Royal Sporting House Dpulze
Kredit Gambar: Foursquare

Royal Sporting House ialah satu lagi peruncit sukan yang boleh anda didapati di Malaysia. Syarikat yang berpangkalan di Singapura ini menawarkan pelbagai jenis produk termasuk peralatan sukan, pakaian dan aksesori. Ia juga memberi tumpuan kepada empat kategori peribadinya, iaitu sukan, gaya hidup aktif, golf dan fesyen.

Alamat: G15-G16, Dpulze Shopping Centre,, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu operasi:  Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: Klik

6. Original Classic Dpulze

Original Classic Dpulze
Kredit Gambar: Dpulze
Original Classic Dpulze
Kredit Gambar: Foursquare
Original Classic Dpulze
Kredit Gambar: Foursquare

Dengan bahagian dalamannya yang  bertema gelap, Original Classics ini menyasarkan semua kumpulan umur untuk produk jualan mereka. Bermula daripada barangan jenama terkenal seperti Puma, Nike, Adidas dan Kappa, Original Classic ini sememangnya tempat membeli-belah yang bagus kerana semuanya ada di sini.

Alamat: P01-P03, Dpulze Shopping Centre, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu operasi:  Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: Klik

7. Decathlon Petaling Jaya

Decathlon Petaling Jaya
Kredit Gambar: WorldOrgs
Decathlon Petaling Jaya
Kredit Gambar: Twitter
Decathlon Petaling Jaya
Kredit Gambar: TN Horse Trails

Decathlon terkenal dengan penjualan barangan sukan dengan harga yang berpatutan terutamanya ia merupakan jenama antarabangsa yang sudah pun memasarkan jenamanya di 45 buah negara. Jika anda tidak kisah tentang logo dan jenama, maka kedai sukan ini ialah tempat yang harus anda kunjungi.

Alamat: mada Hotel, Lorong Utara C, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi:  Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: Klik

8. Sports Empire Sunway Pyramid

Sports Empire Sunway Pyramid
Kredit Gambar: Yelp
Sports Empire Sunway Pyramid
Kredit Gambar: WorldOrgs
Sports Direct Petaling Jaya
Kredit Gambar: summerfieldeducation

Kedai sukan ini ditubuhkan beberapa tahun dahulu dan akhirnya berkembang pesat dalam memasarkan produk sukannya. Daripada hanya menawarkan jenama seperti Admiral, Aaxel dan New Balance, kini rangkaian kedai ini sudah pun membuka banyak cawangan dengan menambah koleksi jenama sukan antarabangsa seperti Nike dan Adidas untuk para pembeli. Selain kisah disebalik penubuhannya boleh dijadikan inspirasi, kedai sukan ini juga merupakan tempat sesuai untuk membeli barangan sukan anda.

Alamat: 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi:  Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: Klik


Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close