8 Minyak Zaitun Terbaik untuk Memasak di Malaysia 2022

Minyak zaitun tergolong dikenali sebagai minyak yang amat sihat untuk digunakan. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, minyak zaitun didapati bermanfaat untuk mencegah penyakit kardiovaskular, diabetes, sindrom metabolik, obesiti dan juga kanser. Sekiranya anda meneliti ruangan minyak zaitun yang terdapat di pasaraya berdekatan, anda akan melihat barisan botol-botol tersusun di ruangan tersebut. Malah, setiap jenama menyatakan bahawa produk mereka adalah yang terbaik. Saya yakin hal tersebut pasti menyukarkan anda untuk membuat pilihan. Justeru, kami telah senaraikan 8 Jenama Minyak Zaitun Terbaik untuk Memasak di Malaysia. Harap ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan yang ideal untuk anda dan seisi keluarga tersayang.

Manfaat menggunakan minyak zaitun dalam masakan anda

  • Mengurangkan tekanan oksidatif
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Mengelakkan Inflammation
  • Meningkatkan kesihatan jantung dan otak
  • Bermanfaat untuk kesihatan usus dan hati 

8 Minyak Zaitun Terbaik untuk Memasak di Malaysia 2022

1. Naturel Extra Virgin Olive Oil

Kredit gambar: Tesco

Naturel Extra Virgin Olive Oil merupakan produk hasil keluaran Sepanyol. Ia juga telah diselitkan dengan unsur daun ara untuk rasa yang manis, lembut dengan sedikit rasa pedas. Selain itu, minyak masak ini juga merupakan pilihan yang ideal untuk dijadikan kuah salad. 

Saiz: 250ml, 500ml, 750ml

2. Filippo Berio Olive Oil

Kredit gambar: TEsco

Filippo Berio Olive Oil sesuai untuk memasak sos dan penyediaan pasta beserta masakan kebiasaan anda di rumah. Minyak masak yang versatile ini bukan sahaja seimbang, malah boleh digunakan sebagai perasa untuk menambahkan seri kepada masakan anda. Minyak masak serbaguna ini amat sesuai untuk digunakan untuk proses menumis, memanggang, dan grill atau digunakan sebagai bahan asas untuk membuat sos. Sebagai tambahan, keseimbangan yang dimiliki oleh minyak masak ini menjadikan ia pilihan yang ideal dengan segala jenis masakan, bermula daripada daging sehinggalah kepada ayam sehinggalah kepada sayur-sayuran kegemaran anda.

Saiz: 250ml, 1L

3. Basso Extra Virgin Olive Oil

Kredit gambar: Tesco

Seterusnya, minyak masak ini diperbuat daripada zaitun Selatan Itali, iaitu Coratina, Carolea, dan Ogliarola yang dipilih dengan teliti . selain itu, ia memiliki rasa buah-buahan, segar, dan seimbang dan diperkayakan lagi dengan tumbuh-tumbuhan yang menyegarkan. Tambahan pula, ia boleh digunakan sebagai perasa mentah untuk makanan yang berasaskan daging atau ikan. Seterusnya, ia turut boleh dijadikan sebagai bahan untuk penyediaan sos atau sup atau untuk menambahkan rasa ke dalam sayuran atau hidangan sampingan.

Saiz: 200ml, 250ml, 1L, 3L

4. Bertolli Extra Virgin Olive Oil

Kredit gambar: Tesco

Bertolli Extra Virgin Olive Oil dihasilkan daripada buah zaitun yang berkualiti tinggi atau premium. Hal ini kerana bertujuan untuk memastikan minyak zaitun ini kaya dengan rasa dan aroma yang kuat hasil daripada zaitun yang terdapat dalam minyak itu sendiri. Di samping itu, Bertolli Extra Virgin Olive Oil merupakan salah satu pilihan yang terbaik untuk dijadikan sebagai bahan untuk dressings, perapan, untuk mencicah dan sebagai ‘finishing oil’ untuk setiap jenis masakan anda. 

Saiz: 250ml, 500ml, 1L

5. Tesco Extra Virgin Olive Oil

Kredit gambar: Tesco

‘Drizzle & dip’. 100% diperbuat daripada buah zaitun, diuji sehingga memiliki rasa yang sempurna. Minyak zaitun ini adalah campuran daripada minyak zaitun yang berasal daripada Kesatuan Eropah dan amat sesuai untuk vegetarian. Selain itu, zaitun yang digunakan dalam pembuatan minyak ini merupakan zaitun yang dikategorikan sebagai untuk serta diperoleh secara mekanikal.

Saiz: 1L

CHECK PRICE ON TESCO

6. Colavita Pure Olive Oil

Colavita Pure Olive Oil
Kredit gambar: Colavita

Pilihan ideal bagi sesiapa sahaja yang lebih menggemari minyak zaitun yang mempunyai rasa yang lebih ringan berbanding minyak zaitun extra virgin. Anda boleh menggunakan minyak ini untuk memanggang, menggoreng atau ‘bake’. Selain itu, komposisinya yang ringan turut membuatkan ia sebagai pilihan yang baik untuk perapan, sos, sup, dan dressings untuk salad anda. Di samping itu, ia turut dapat dijadikan pengganti kepada mentega dalam menghasilkan makanan secara ‘baking’. Tambahan pula, ia merupakan produk yang diimport daripada Colavita, Itali di mana minyak zaitun ini turut memiliki pengiktirafan sijil Halal daripada HQC, bertauliah daripada JAKIM.

Saiz: 250ml, 500ml, 750ml

7. Luglio Extra Virgin Olive Oil

Kredit gambar: Lazada

Minyak zaitun Luglio extra virgin olive dihasilkan daripada perahan pertama zaitun, dituai pada peringkat yang tepat untuk proses pematangan. Minyak zaitun ini boleh digunakan sebagai dressings atau memasak. Hal ini kerana ia akan membangkitkan lagi rasa dalam setiap hidangan yang anda sajikan. Di samping itu, ia memiliki warna kuning-hijau serta aroma buah-buahan dan memberikan rasa badam pada akhirnya. 

Saiz: 1L

CHECK PRICE ON lazada

8. Cobram Estate Extra Virgin Olive Oil

Kredit gambar: Lazada

Minyak buah-buahan serbaguna ini adalah pilihan yang ideal untuk dinikmati bersama salad, pasta, sayur-sayuran, dan ikan. Minyak zaitun jenama Cobram Estate Classic Flavour Intensity menzahirkan kombinasi yang padu seperti rasa segar, grassy, pisang hijau dan tomato sekaligus memiliki rasa pahit dan pedas yang sederhana serta memberikan rasa berkrim pada penghujungnya.

Saiz: 375ml, 750ml

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close