8 Pengilat Bibir Terbaik dengan Harga Berpatutan di Malaysia 2022

Pengilat bibir adalah sejenis produk mekap yang mempunyai tekstur berkilat dan berjus sekaligus menjadikan ia amat berbeza dengan lipstik tradisional. Selain itu, pengilat bibir berupaya untuk menambahkan kesan kilat dan lembab pada bibir berikutan konsistensi dan warnanya yang lebih lut sinar. Di samping itu, pengilat bibir sesuai untuk dipakai oleh semua golongan, iaitu golongan remaja dan dewasa memandangkan ia mudah untuk dipakai dan dicuci daripada bibir. 

Tambahan pula, pengilat bibir boleh dikatakan telah menjadi salah satu fenomena barangan mekap yang wajib ada dalam koleksi produk mekap anda. Sekiranya anda sedang mencari pengilat bibir yang baik tetapi dalam lingkungan bajet yang tidak ‘cekik darah’, maka ini adalah sesuatu yang mungkin ditujukan untuk anda secara khasnya. Pada kali ini, kami kongsikan kepada anda 8 Pengilat Bibir dengan Harga Berpatutan di Malaysia serta terbaik untuk anda.

Cara memakai pengilat bibir

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh individu apabila hendak memakai pengilat bibir. Semua ini bergantung kepada jenis personaliti dan gaya individu tersebut. Sekiranya anda ini memperlihatkan gaya ‘fuller lips’, jadi anda harus memakai pengilat bibir di seluruh kawasan bibir anda. Namun, jika anda hanya sekadar ingin menambah sentuhan berkilat, anda harus memakai pengilat bibir di bahagian tengah bibir anda.

Jangka hayat pengilat bibir

 Sebekas pengilat bibir boleh bertahan selama 12 – 18 bulan. Namun, ia turut bergantung pada bahan-bahan tambahan yang digunakan dalam penghasilan pengilat bibir ini. Selain itu, pengilat bibir ini memiliki bahan semulajadi dan organik. Hal ini akan memendekkan lagi tempoh penggunaannya. 

8 Pengilat Bibir Berpatutan dan Terbaik di Malaysia

1. Maybelline Lifter Gloss

Maybelline Lifter Gloss
Kredit gambar: Lazada

Pengilat bibir Maybelline ini merupakan produk latest milik Maybelline yang menjadikan ia bertambah terkenal di pelusuk dunia. Pengilat bibir yang kelihatan lembab ini boleh didapati dalam pelbagai jenis pilihan warna dengan finishing yang berbeza.

Spesifikasi:

  • Bahan: C18-36 Asid Trigliserida, Bis-Diglyceryl Polyacyladipate-2, Pentaerythrityl Tetraisostearate, Polybutene, Tridecyl Trimellitate, Diisostearyl Malate, Silica Dimethyl Silylate, Phenoxyethanol, Ethylhexyl Palmitate, Pentaerythrityl-TetramatelBuythylciumCalcium Aluminium Borosilikat, Tocopheryl Acetate, Sodium Sakarin, Asid Sorbik, Alumina, Silika, Polybutylene Terephthalate, Trihydroxystearin, Cocos Nucifera Oil/​Minyak Kelapa, Aluminium Hydroxide, Ethylene/​Va Copolymer, Acrylates Copolymer, Timah Hidroksida Fluida, Timah Hidrogen Fluida Tocopherol, Magnesium Silicate, Glucomannan, Parfum/Pewangi. Mungkin Mengandungi: Ci 77891/​Titanium Dioxide, Ci 77491, Ci 77492, Ci 77499/​Iron Oxides, Mika, Ci 45410/​Red 28 Lake, Ci 15850/​Red 7, Ci 75470/​850/​ Merah 6, Ci 17200/​Merah 33 Tasik, Ci 45380/​Merah 22 Tasik, Ci 15985/​Kuning 6 Tasik, Ci 19140/​Kuning 5 Tasik, Ci 42090/​Biru 1 Tasik
  • Negara: Amerika Syarikat
  • Saiz: 5.4ml

Kelebihan:

Penghidratan tahan lama
Melicinkan bibir
Aplikator besar

Harga: RM45.00 – RM46.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

2. Romand Glasting Water Gloss

Romand Glasting Water Gloss
Kredit gambar: Shopee

Pengilat bibir Romand Glasting Water adalah bersifat lutsinar memandangkan is tidak memiliki sebarang warna. Selain itu, pengilat bibir ini turut memiliki rasa pudina apabila dipakai pada bibir anda. Sebagai tambahan, pengilat bibir ini menawarka dua pilihan warna, iaitu Meteor Track dan Santo Crush)

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliisobutena terhidrogenasi, Diisostearyl Malate, Octyldodecanol, Caprylic/Capric Triglycerides, Ethylhexyl Hydroxystearate, Menthyl Lactate, Silica Dimethyl Silylate, 1,2-Hexanediol, Dextrin Palmitate, Dibutyl Lauroyl Glutamide, Dibutyl Ethylhenaoxide, Dibutyl Ethylhenade Ekstrak Akar Asphodeloides, Oksida Timah, Minyak Badam Manis, Polyglyceryl-2 Triisostearate, Silika, Sunset Yellow FCF, Tartrazine Red Oxide of Iron, Lithol Rubine BCA, Calcium Aluminium Borosilicate, Phloxine B, Black Oxide of Iron
  • Negara: Korea Selatan
  • Saiz: 4.5ml

Kelebihan:

Menggebukan bibir
Warna lutsinar dengan glitter
Aplikator rata

Harga: RM28.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

3. ELF Lip Gloss Lacquer

ELF Lip Gloss Lacquer
Kredit gambar: Shopee

Pengilat bibir ELF Lip Gloss Lacquer adalah kacukan antara lipstik dan pengilat bibir dengan pigmen yang tinggi beserta konsistensi kilauannya. Selain itu, pengilat ini bukan sahaja tidak melekit, ia bahkan juga membantu untuk melembabkan bibir anda. Jadi, bibir anda akan berada dalam keadaan yang baik. Di samping itu, pengilat bibir ini memiliki formula vitamin A dan E di mana amat bermanfaat untuk memperbaiki tekstur bibir serta menyerikan lagi bibir anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Polybutene, Caprylic/​Capric Triglyceride, Paraffinum Liquidum (Mineral Oil), Silica Dimethyl Silylate, Microcrystalline Wax (Cera Microcristallina), Tridecyl Trimellitate, Ethylhexyl Palmitate, Theobroma Cacao (Cocoa) Benih Mentega, Diisostearyl Malate, Perseado Gratis)sima Minyak Biji Vitis Vinifera (Anggur), Pewangi(Parfum), Caprylyl Glycol, Phenoxyethanol, Helianthus Annuus (Bunga Matahari) Minyak Biji, Minyak Biji Limnanthes Alba (Meadowfoam), Neotame, Retinyl Palmitate (Va), Tocopheryl Acetate (Ve)
  • Negara: Amerika Syarikat
  • Saiz: 2.4ml

Kelebihan:

Kuasa kilauan yang sangat baik
Tidak melekit
Warna boleh dibina

Harga: RM23.00 – RM24.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

4. ESQA Full Coverage Lip Gloss

ESQA Full Coverage Lip Gloss
Kredit gambar: Shopee

Pengilat bibir ESQA Full Coverage memiliki pigmen yang tinggi dan mendapat pengiktirafan sijil halal. Malah, pengilat bibir ini merupakan pilihan yang ideal bagi sesiapa sahaja yang suka akan kilat dengan padanan warna yang bagus. Di samping itu, pengilat bibir ini turut memiliki kandungan Vitamin E, jadi, anda akan kekal hydrated sepanjang hari. Pengilat bibir ini tidak ketinggalan untuk dikeluarkan dalam variasi pilihan warna. Terdapat 4 jenis warna yang anda boleh pakai untuk apa-apa juga majlis.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliisobutena terhidrogenasi, Poliisobutena, Phenyl Trimethicone, Caprylic/capric Triglyceride, Ceresin, Dextrin Palmitate/ethylhexanoate, Tridecyl Trimellitate, Phenoxyethanol, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Flavour, Ethylhexyl
  • Negara: Indonesia
  • Saiz: 2ml

Kelebihan:

Vegan dan bebas kekejaman
Pigmen tinggi
Terdapat dalam 4 warna

Harga: RM35.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

5. ColourPop So Juicy Plumping Lip Gloss

ColourPop So Juicy Plumping Lip Gloss
Kredit gambar: Shopee

Pengilat bibir ColourPop’s So Juicy Plumping akan memberikan kesan yang bersinar, berkilat yang akan menyempurnakan lagi wajah mekap anda. Selain ini, pengilat bibir ini diselitkan penggunan peptida menggebukan bibir bertujuan menyejukkan bibir sekaligus menjadikan ia lebih gebu dan muncung. Sebagai tambahan, produk pengilat bibir ini terdapat dalam pilihan warna yang neutral dan terang, bergantung kepada gaya dan citarasa anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Polybutene, Phenylpropyldimethylsiloxysilicate, Simmondsia Chinensis (jojoba) Seed Oil, Synthetic Beeswax, Flavor, Menthone Glycerin Acetal, Phenoxyethanol, Silica Dimethyl Silylate, Ethylhexyl Palmitate, Tocopherol, Saccharin, Tribehenin, Sorbitan Isostearate, Alumina, Palmitoyl Tripeptide-1, May Contain: Blue 1 Lake (ci 42090), Iron Oxides (ci 77491, Ci 77492), Mica (ci 77019), Red 6 (ci 15850), Red 7 Lake (ci 15850), Red 28 Lake (ci 45410), Titanium Dioxide (ci 77891), Yellow 5 Lake (ci 19140)
  • Negara: Amerika Syarikat
  • Saiz: 12ml

Kelebihan:

Kilauan tinggi
Didatangkan dalam tiub picit
Diselit dengan peptida menggebukan bibir

Harga: RM35.00 – RM38.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

6. Desi Rose Halloween Lipgloss Collection

Desi Rose Halloween Lipgloss Collection
Kredit gambar: Shopee

Pengilat bibir Desi Rose Halloween merupakan salah satu pengilat bibir yang memiliki tekstur baldu yang baik untuk diaplikasikan pada bibir anda. Seterusnya, pengilat bibir ini mempunyai pigmen yang tinggi. Justeru, anda tidak perlu susah-susah ingin memakai lip liner terlebih dahulu. Sebagai tambahan, pengilat bibir jenama ini menawarkan 5 pilihan warna dan sesuai untuk dipakai secara harian.

Spesifikasi:

  • Bahan: Hydrogenated Polyisobutene, Ethylene/ Propylene/ Styrene Copolymer, Coconut Oil, Vitamin E Oil, Strawberry Scent, Rose Scent, Cosmetic Grade Glitter/Pigment Mauve/White/Red/Blue(FDA Approved), Organic French Petals, 24k Gold Flakes
  • Negara: Malaysia
  • Saiz: 4ml

Kelebihan:

Velvet texture
Non-sticky
Highly pigmented

Harga: RM35.00 – RM150.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

7. Simplysiti Diamond Series Lip Gloss

Simplysiti Diamond Series Lip Gloss
Kredit gambar: Shopee

Pengilat bibir Simplysiti Diamond Series adalah antara pengilat bibir dengan fungsi untuk menggebukan bibir anda dan mudah untuk digunakan di samping memberikan kesan yang tepat pada bibir si pemakai. Malah, pengilat bibir ini memiliki aplikator yang besar dan lembat bagi memudahkan anda untuk memakai serta membuatkan bibir kelihatan lembap. Selain itu, pengilat bibir ini amat sesuai untuk dipakai tanpa atau dengan lipstik kegemaran anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Polybutene, Octyldodecanol, Bis-Diglyceryl Polyacyladipate-2, Tricaprylin, Microcrystalline Wax, Polyethylene, Silica Dimethyl Silylate, VP/Eicosene Copolymer, Ethylhexyl Isopalmitate, Palmitoyl Tripeptide -1, Synthetic Fluorphlogopite, Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Tocopherol, Phenoxyethanol, Fragrance. May Contain (+/-): CI 77891, CI 77491, CI 15850 , CI 77499
  • Negara: Malaysia
  • Saiz: 2ml

Kelebihan:

Aplikasi yang tepat
Terdapat dalam 2 warna
Menggebukan bibir

Harga: RM46.32

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

8. Rude Cosmetics Berry Juicy Lip Gloss

Rude Cosmetics Berry Juicy Lip Gloss
Kredit gambar: Shopee

Pengilat bibir Rude Cosmetics’ Berry Juicy memberikan kesan yang berkilat dan lembab tanpa membuatkan bibir anda seolah-olah melekit atau berlekuk. Selain itu, pengilat bibir ini membantu untuk melicinkan lagi tekstur bibir anda bagi memperlihatkan hasil yang lembut dan licin. Di samping itu, pengilat bibir ini datang dengan tiga pilihan warna yang berbeza.

Spesifikasi:

  • Bahan: Tridecyl, Trimellitate, Polyisobutene, Octyldodecanol, Diisostearyl Malate, Phenyl Trimethicone, Tocopheryl Acetate, Silica Dimethyl Silylate, Hydrogenated Styrene/Isoprene Copolymer, Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Phenoxyethanol, Parfum, Synthetic Fluorphlogopite, Calcium Sodium Borosilicate, Ethylhexylglycerin. May Contain (+/-): Titanium Dioxide (CI 77891), Iron Oxides (CI 77491, CI 77492, CI 77499), Red 6 (CI 15850), Blue (CI 42090)
  • Negara: Amerika Syarikat
  • Saiz: 2.5ml

Kelebihan:

Tidak berlekuk
Melicinkan tekstur bibir
Terdapat dalam kemasan yang berbeza

Harga: RM18.00 – RM43.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close