8 Resort Golf Terbaik di Malaysia 2022

Bermain golf merupakan salah satu sukan yang dicari oleh ramai pengunjung sekiranya menginap di resort yang mewah. Terdapat lebih 200 padang golf di Malaysia yang direka oleh arkitek terkenal seperti Greg Norman, Jack Nicklaus dan ramai lagi.

Banyak padang golf di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kedi atau pembantu pemain golf. Kebanyakan resort golf yang eksklusif ini mempunyai rumah kelab lengkap dengan restoran, bilik persalinan dan pelbagai kemudahan lagi. Memandangkan Malaysia mempunyai cuaca yang baik sepanjang tahun, aktiviti golf ini boleh dimainkan setiap masa. Jadi, untuk mereka yang ingin bermain golf, anda bolehlah menginap di resort mewah ini sambil bersukan untuk menyihatkan badan. Berikut kami senaraikan 8 resort golf terbaik di Malaysia khusus untuk anda.

Apakah faedah yang boleh didapati jika menginap di resort golf ini?

Di resort ini, anda boleh menikmati pemandangan padang golf yang menakjubkan dari balkoni yang selesa. Pemandangan seperti ini tidak akan anda dapati jika anda menginap di hotel yang terletak di bandar.

Biasanya, jika anda meminati sukan golf, maka resort percutian yang menjadi pilihan anda ialah resort yang mempunyai padang golf yang tersendiri. Anda boleh menghabiskan masa percutian anda dengan bermain golf sambil menikmati panorama alam. Selain itu, tempat penginapan seperti ini banyak menyediakan perkhidmatan dan kelengkapan serbaguna seperti restoran, spa, pusat kecergasan dan banyak lagi demi menjaga keselesaan anda.

8 Resort Golf Terbaik di Malaysia 2022

1. Forest City Golf Hotel

Forest City Golf Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Forest City Golf Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Forest City Golf Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Resort ini terletak di dalam kawasan padang golf yang dikelilingi oleh kehijauan. Kemudahan resort ini termasuklah kolam renang, restoran, pusat kecergasan, WiFi percuma dan tempat letak kenderaan percuma. Setiap bilik mempunyai balkoni tersendiri, tempat tidur yang selesa, penghawa dingin, TV, kemudahan membuat kopi atau teh, pengering rambut dan kelengkapan mandian percuma. Para tetamu boleh menikmati sarapan di restoran resort ini yang menyediakan pelbagai masakan. Selain bermain golf, para penginap juga boleh berenang di kolam yang menyegarkan. Anda boleh memohon perkhidmatan valet di kaunter pertanyaan 24 jam. Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan penyimpanan bagasi. Lapangan terbang yang terdekat dengan resort ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang jaraknya 50km dari resort.

Alamat: Jalan Persiaran Golf 5, Forest City Golf Resort, 81550 Gelang Patah, Johor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: https://fcgolfhotel.com/

2. Amverton Cove Golf & Island Resort

Amverton Cove Golf Island Resort
Kredit Gambar: amvertoncove.com
Amverton Cove Golf Island Resort
Kredit Gambar: amvertoncove.com
Amverton Cove Golf Island Resort
Kredit Gambar: amvertoncove.com

Resort mewah ini terletak di Pulau Carey dan merupakan resort yang sesuai untuk keluarga. Resort ini diiktiraf dan memenangi anugerah kerana padang golfnya. Selain itu, ia juga menyediakan pusat kecergasan, spa dan restoran. Bilik penginapan di resort ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan TV. Malahan, ada juga bilik tertentu yang mempunyai ruang tempat duduk tersendiri, bilik mandi peribadi dengan kemudahan pancuran air mandian. Selain itu, perkhidmatan concierge 24 jam, tempat letak kereta percuma, kemudahan sukan air dan juga khidmat menyewa basikal turut ditawarkan di sini. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, iaitu 35 km dari resort ini.

Alamat:  Jalan Pulau Carey, 42960 Pulau Carey, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: https://www.amvertoncove.com/

Rujuk Harga di Shopee

3. Kudat Golf and Marina Resort

Kudat Golf and Marina Resort
Kredit Gambar: klook.com
Kudat Golf and Marina Resort
Kredit Gambar: klook.com
Kudat Golf and Marina Resort
Kredit Gambar: klook.com

Resort ini terletak 6km dari lapangan terbang yang terdekat. Banyak kemudahan yang ditawarkan di resort ini termasuklah restoran, kolam renang, pusat kecergasan, taman, bilik keluarga, taman permainan kanak-kanak dan juga perkhidmatan ulang-alik ke lapangan terbang dari resort (atau sebaliknya) secara berbayar. Selain itu, kaunter pertanyaan 24 jam, perkhidmatan bilik dan perkhidmatan untuk pertukaran mata wang turut ditawarkan di sini. Resort ini sebenarnya terkenal dengan aktiviti berbasikal tetapi jika anda ingin menyewa kereta, perkhidmatan ini juga ditawarkan. Para penginap boleh menikmati hidangan sarapan di resort ini setiap hari sambil dikelilingi oleh pemandangan yang indah.

Alamat: Off Jalan Urus Setia, 80957 Kudat, Sabah, Malaysia,

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: http://www.kudatgolfmarinaresort.com/

4. Glenmarie Hotel & Golf Resort

Glenmarie Hotel Golf Resort
Kredit Gambar: klook.com
Glenmarie Hotel Golf Resort
Kredit Gambar: booking.com
Glenmarie Hotel Golf Resort
Kredit Gambar: klook.com

Resort ini dikelilingi oleh flora yang menghijau dan subur. Bilik-bilik di resort ini dilengkapi dengan TV satelit, peti keselamatan peribadi, bar mini, kemudahan membuat teh atau kopi dan perkhidmatan bilik 24 jam. Resort ini turut mempunyai padang golf yang luas, kolam renang yang besar, sauna, gelanggang tenis, gelanggang skuasy dan juga gimnasium. Anda boleh menjamu selera masakan asia dan barat yang disediakan oleh Kites Restaurant. Selain itu, terdapat pilihan tempat makan lain yang menyelerakan termasuklah Fu-Rin Japanese Restaurant dan Phoenix Chinese Restaurant. Garden Terrace juga menawarkan tempat makan terbuka yang menghadap padang golf yang luas jika anda ingin makan sambil menikmati alam.

Alamat: 1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, 40250 Shah Alam, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: https://www.glenmarie.com.my/

5. Berjaya Hills Golf & Country Club

Berjaya Hills Golf Country Club
Kredit Gambar: Agoda
Berjaya Hills Golf Country Club
Kredit Gambar: klook.com
Berjaya Hills Golf Country Club
Kredit Gambar: klook.com

Resort ini terletak di Bentong, Pahang. Bilik-bilik di resort ini kalis bunyi, mempunyai penghawa dingin, TV, dan alat pembuat kopi. Selain itu, perkhidmatan bilik dan perkhidmatan housekeeping juga disediakan. Kemudahan resort yang ditawarkan termasuklah tempat letak kenderaan percuma, WiFi percuma, kolam renang, pusat kecergasan, bar atau ruang istirahat, bilik bowling dan bilik permainan. Jika anda mencari restoran makanan laut yang sedap, cubalah Restaurant Wonderland Valley, BBQ Chan atau Restoran Kolam Ikan. Pasti tidak mengecewakan! Semasa anda menginap di sini, anda bolehlah melawat Ladang Arnab Bukit Tinggi yang mana merupakan kawasan tarikan para pelancong di sini.

Alamat: KM 48, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: http://www.berjayaclubs.com/bhills/

6. Villea Rompin Resort & Golf

Villea Rompin Resort Golf
Kredit Gambar: klook.com
Villea Rompin Resort Golf
Kredit Gambar: klook.com
Villea Rompin Resort Golf
Kredit Gambar: klook.com

Resort ini menyediakan restoran, kolam renang, pusat kecergasan, taman di Kuala Rompin dan taman permainan kanak-kanak. Selain itu, perkhidmatan kaunter pertanyaan 24 jam juga disediakan. Untuk menambat hati para penginap, resort ini turut menyediakan perkhidmatan bilik, perkhidmatan pemindahan lapangan terbang ke hotel (atau sebaliknya) dan juga WiFi percuma. Anda akan dapati bilik penginapan di resort ini dilengkapi dengan meja, cerek, peti sejuk, katil yang selesa, tuala, peti deposit keselamatan, TV, balkoni dan bilik mandi peribadi. Anda boleh memilih bilik yang berlatarkan pemandangan kolam renang ataupun teres. Akhir sekali, anda boleh menikmati sarapan yang pelbagai dan enak sebelum memulakan hari anda.

Alamat: Kg Lanjut, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google) Tekan Sini

Laman Web: https://villea.attanahotels.com/villea-rompin-resort-golf/

7. Tanjong Puteri Golf Resort

Tanjong Puteri Golf Resort
Kredit Gambar: klook.com
Tanjong Puteri Golf Resort
Kredit Gambar: klook.com
Tanjong Puteri Golf Resort
Kredit Gambar: klook.com

The Tanjong Puteri Golf Resort terletak di Pasir Gudang, Johor. Resort ini menyediakan penginapan yang elegan dan selesa kepada para penginap selain memberi akses WiFi percuma untuk dinikmati sepanjang percutian mereka. Bilik dan banglo di resort ini dilengkapi dengan penghawa dingin, almari pakaian, ruangan tempat duduk, TV, peti sejuk dan kemudahan membuat kopi atau teh. Selain itu, perkhidmatan pemindahan lapangan terbang ke resort (atau sebaliknya), spa, tempat letak kenderaan percuma, kolam renang, gimnasium, kaunter pertanyaan 24 jam dan perkhidmatan concierge juga ditawarkan di sini. Paling menarik, resort ini menyediakan bilik mandi yang luas dan lengkap dengan kemudahan pancuran air mandian, bidet, tuala dan kelengkapan mandian percuma. Restoran di resort ini juga menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa yang lazat. Pasti penginapan anda di sini menggembirakan!

Alamat: Jalan Tanjong Puteri 1, Taman Tanjung Puteri Resort, 81700 Pasir Gudang, Johor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: https://www.facebook.com/tanjongputerigolfresort/

8. Kukup Golf Resort

Kukup Golf Resort
Kredit Gambar: trivago.com.my
Kukup Golf Resort
Kredit Gambar: trivago.com.my
Kukup Golf Resort
Kredit Gambar: trivago.com.my

Kukup Golf Resort ini terletak di Pontian. Bilik penginapan di resort ini dilengkapi dengan peti sejuk, pembuat kopi atau teh, air botol dan kopi segera. Bilik penginapan eksklusif pula dilengkapi dengan bar mini dan ruang tamu yang berasingan. Antara kemudahan yang ditawarkan oleh resort ini ialah bilik billiard, pusat kecergasan, bilik permainan, padang golf, bilik karaoke, sauna, spa, gelanggang skuasy, perkhidmatan shuttle, perkhidmatan concierge, peti deposit keselamatan dan housekeeping. Para perokok boleh merokok di kawasan yang dihadkan di sini, jika tidak mahu dikenakan denda.

Alamat: Pekan Penerok, 82300 Pontian District, Johor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: https://www.facebook.com/kukupgolfresort/

Rujuk Harga di Shopee

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close