8 Restoran Beef Noodle Terbaik di Lembah Klang 2022

Hidangan Beef Noodle ini adalah gabungan antara mee dipadankan bersama potongan daging lembu yang direbus dengan sayur-sayuran dan mee. Terdapat banyak versi hidangan ini, salah satu versi yang paling lama adalah berasal dari China ketika zaman Dinasti Tang yang dikenali sebagai ‘Lanzhou Lamian’

Di Malaysia, Beef Noodles boleh dinikmati secara ‘kering’ mahupun dengan sup. Ia akan dihidangkan bersama pelbagai pilihan daging, termasuklah organ dalaman, dan ditambah dengan sayur jeruk, daun ketumbar, dan bawang goreng. Hidangan ini digemari oleh majoriti masyarakat Malaysia dan terdapat banyak tempat makan di kawasan Lembah Klang yang menawarkan ‘Beef Noodles’ yang pastinya akan memuaskan hati dan perut anda.

Adakah Beef Noodles ini turut terdapat di negara-negara lain?

Hidangan Beef Noodles sebenarnya amat terkenal di Taiwan. Masyarakat Taiwan lebih menggemari versi yang lebih pedas berbanding masyarakat di Malaysia. Sup bagi hidangan ini di Taiwan disajikan bersama sayuran segar, potongan ketumbar,jeruk sawi, dan minyak cili. Hidangan ini terdiri daripada bahan-bahan seperti ‘Sichuan peppercorns’ dan ‘Spicy Bean paste’, atau ‘Doubanjiang’ bagi menghasilkan rasa pedas untuk sup atau kuah tersebut. 

Vietnam turut merupakan negara yang meminati hidangan ini. Di Vietnam, Beef Noodles dikenali sebagai ‘Pho’. Kebiasaannya, ‘Pho’ diperbuat daripada bihun yang direndam dalam sup ayam atau daging bersama bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, biji ketumbar, biji adas, dan cengkih. Sup yang digunakan dalam masakan ini amat ringan dan segar dan rasa tidak kuat jika dibandingkan dengan ‘Beef Noodles’ yang terdapat di Malaysia. 

8 Masakan Beef Noodles Terbaik di Lembah Klang 2022 

1. Soong Kee Beef Noodles & Low Yau Kee Porridge

Soong Kee Beef Noodles Low Yau Kee Porridge
Kredit gambar: Soong Kee Beef Ball Noodle
Yung Kee Beef Noodles
Kredit gambar: Food Century

Soong Kee Beef Noodles & Low Yau Kee Porridge dikenali dengan ‘Beef Noodles’ dan bubur yang sentiasa menjadi pesanan kegemaran para pelanggannya. Restoran ini terletak di Pasar Seni. Semangkuk kecil Beef Noodles hanya berharga rm 9 manakala RM 10 bagi mangkuk besar. Anda boleh memilih sama ada ingin menambah bebola daging, ‘tripe’ atau hirisan daging dan anda akan dicaj RM 3. Selain itu, anda boleh memesan bubur dengan memilih sama ada anda inginkan bersama, daging ayam, daging babi, ataupun sashimi. Di samping itu, terdapat hidangan sayur sampingan yang akan melengkapkan lagi sajian Beef Noodles atau bubur anda. Namun begitu, restoran ini tidak menerima bayaran yang ingin dibuat melalui kad, hanya menerima bayaran secara duit tunai dan bayar menerusi Duitnow sahaja.

Waktu operasi: 11 pagi hingga 8.30 petang hingga 9.30 malam (Isnin – Sabtu) Tutup pada hari Ahad

Alamat: 86, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://www.facebook.com/SoongKeeBeefNoodle

2. Sin Kiew Yee Shin Kee Beef Noodles

Sin Kiew Yee Shin Kee Beef Noodles
Kredit gambar: Sin Kiew Yee Shin Kee Beef Noodles
Sin Kiew Yee Shin Kee Beef Noodles
Kredit gambar:Trip.com
Sin Kiew Yee Shin Kee Beef Noodles
Kredit gambar: Trip.com

Restoran Sin Kiew Yee Shin Kee Beef Noodles membolehkan anda untuk memilih sama ada anda ingin mee atau bihun atau ‘hor fun; untuk dimakan bersama hirisan daging dan bebola daging. Satu hidangan kecil berharga RM 10, manakala satu hidangan besar berharga RM 12. Seterusnya, anda boleh memilih sama ada ingin memesan Dry Beef Noodles atau Beef Noodles dengan sup. Kuah sup yang disajikan di restoran ini dimasak dengan ciri jernih dan dihasilkan daripada tulang daging. Sebagai tambahan, ia merupakan hidangan yang sesuai dimakan pada waktu hujan atau sejuk. Namun, anda akan mengalami sedikit kesukaran untuk mendapatkan parkir di kawasan yang berdekatan. Jadi, saranan kami adalah anda boleh menaiki keretapi ke Pasar Seni, kemudian berjalan ke restoran tersebut. AMARAN! Anda harus mengelakkan diri daripada datang semasa waktu makan tengahari melainkan anda sanggup menunggu untuk tempoh yang lama giliran pesanan anda akan diambil.

Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 8 petang (Khamis – Selasa) Tutup pada hari Rabu

Alamat: 7a, Jalan Tun Tan Cheng Lock, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://www.facebook.com/Sin-Kiew-Yee-Shin-Kee-Beef-Noodles

3. Yung Kee Beef Noodles

Yung Kee Beef Noodles
Kredit gambar: Yung Kee Beef Noodle
Yung Kee Beef Noodles
Kredit gambar:Yung Kee Beef Noodle

Kuah sup daging di Restoran Yung Kee Beef Noodles tidak dapat disangkal lagi kesedapan dan penuh rasa nikmat. Jadi, ia bukan suatu yang mengejutkan lagi apabila restoran ini sering sahaja mendapat rekomendasi daripada khalayak ramai. Restoran hanyalah sebuah tempat makan yang amat sederhana dengan rekaan yang ‘biasa-biasa’ sahaja, namun memiliki ruangan tempat makan yang cukup selesa buat para pelanggan. Saiz hidangan bagi setiap mee tersebut adalah kecil, jadi, anda perlu memesan lagi sekiranya anda seorang ‘big eater’. Tekstur daging yang sangat empuk dan bebola daging yang segar menghasilkan rasa yang enak. Selain itu, anda juga boleh memesan kulit ikan goreng yang turut menjadi hidangan kesukaan pelanggan yang berkunjung di situ untuk dinikmati bersama cili masam ‘homemade’ yang disediakan oleh restoran tersebut. Jangan lupa bahawa Dry Beef Noodles hanya boleh didapati pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad. jadi, pastikan anda membuat perancangan terlebih dahulu sebelum datang ke sini.

Waktu operasi

  • 8.30 pagi hingga 5 petang (Isnin – Jumaat)
  • 8.30 pagi hingga 4 petang (Sabtu) 
  • 8 pagi hingga 4 petang (Ahad)

Alamat: 9, Jalan Kancil, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://www.facebook.com/YUNG-KEE-Beef-Noodle

4. Kedai Kopi Lai Foong

Kedai Kopi Lai Foong
Kredit gambar: foursquare.com
Kedai Kopi Lai Foong
Kredit gambar: foursquare.com

Sajian Beef Noodles yang terdapat di Kedai Kopi Lai Foong ini telah terkenal selama berdekad lamanya dan sememangnya berbaloi untuk ditunggu walaupun buat tempoh masa yang lama. Selama bertahun, restoran yang bercirikan ‘sederhana’ ini berjaya mengekalkan rasa dan kualiti hidangan Mee Bebola Daging. Kuah sup yang dimasak amat kaya dengan rasa daging, dan hirisan daging dimasak dengan sempurna bagi memastikan tekstur dan rasanya tidak akan mengecewakan anda. Selain itu, anda boleh memesan pilihan hirisan daging yang anda inginkan sama ada secara ‘dry’ mahupun sup. Tidak dilupakan juga bahawa restoran ini amat ‘pemurah’ dengan saiz hidangan yang disajikan kepada anda. Jadi, anda tidak perlu risau dan menikmati makanan anda dengan sepuas-puasnya. 

Waktu operasi: 6.30 pagi hingga 8.30 malam (setiap hari) 

Alamat: 138, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://www.facebook.com/laifoongbeefnoodlerestaurantkl/

5. Restoran Yang Kee

Restoran Yang Kee
Kredit gambar: Restoran Yang Kee
Restoran Yang Kee
Kredit gambar: Restoran Yang Kee

Restoran Yang Kee adalah antara restoran yang dikenali dengan hidangan ‘Beef Noodles’ yang ‘win’ di kawasan OUG yang menyediakan Beef Noodles yang klasik dan asli. Selain ini, persekitaran restoran ini bersih dan staf di sini bersikap ramah dan membantu. Di samping itu, anda turut boleh memilih untuk menikmati mee dengan tambahan jenis daging yang anda inginkan. Sebilangan besar pelanggan gemar akan kuantiti daging yang dicincang dengan banyak disaji bersama sos yang pekat dan penuh perisa di mana amat sesuai dimakan dengan mee yang kenyal. Bagi kaedah pembayaran pula, restoran ini turut menerima pembayaran secara Touch and Go, Maybank QRpay, ataupun secara tunai.

Waktu operasi

  • 8 pagi hingga 6 petang (Selasa – Sabtu) 
  • 8 pagi hingga 5 petang (Ahad) Tutup pada hari Isnin 

Alamat: No 52, Jalan Hujan Rahmat 2 Taman OUG Kuala Lumpur, 58200 OUG, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://www.facebook.com/Restoran-Yang-Kee

6. Yang Mooi Beef Noodles

Yang Mooi Beef Noodles
Kredit gambar: malaysianflavours.com
Yang Mooi Beef Noodles
Kredit gambar: foursquare.com

Jika anda inginkan semangkuk Beef Noodles yang ringkas, maka inilah tempat yang sesuai untuk anda! Kepakaran restoran ini adalah menyediakan daging yang direbus dengan lobak. Hidangan ini mendapat pujian dan sambutan yang menggalakkan daripada khalayak ramai sehingga menjadi Top 3 di kawasan tersebut. Kuah sup yang disajikan amat jernih tetapi mempunyai aroma daging yang pekat dan berperisa. Anda juga boleh memesan bahagian potongan daging yang anda inginkan bagi memenuhi selera anda. Antara makanan pilihan utama pelanggan di sini adalah ‘Claypot Beef Mix’. hidangan ini agak mahal tetapi berbaloi dengan saiz hidangan daging yang akan disajikan kepada anda.                                                                      

Waktu operasi: 8 pagi hingga 5 petang (Sabtu – Khamis) Tutup pada hari Jumaat 

Alamat: 33, 27, Jalan Perubatan 4, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Selangor

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://m.facebook.com/profile.php

7. Niu Niu Kulai Beef Noodle House

Niu Niu Kulai Beef Noodle House
Kredit gambar: muntalksfood.blogspot.com
Niu Niu Kulai Beef Noodle House
Kredit gambar: foursquare.com

Anda boleh menikmati hidangan ‘Beef Noodles’ gaya Hainan asli di Restoran Niu Niu Kulai Beef Noodle House. Terdapat banyak pilihan potongan daging yang boleh anda pilih dan serta tidak dilupakan juga sup daging yang tentunya amat harum dengan rasa yang sedap. Di samping itu, sajian ‘Beef Noodles’ yang dimasak mempunyai rasa savori dengan sedikit rasa manis yang diperoleh daripada hirisan daging tersebut. Tambahan pula, sayur-sayuran yang diawet masin, salari, dan bawang goreng menjadi pelengkap kepada hidangan ini untuk memberikan rasa yang seimbang. Seterusnya sos cili ‘homemade’ juga amat sesuai dengan sajian ini di mana ia akan memberikan cetusan yang menarik kepada deria rasa anda.

Waktu operasi: 8 pagi hingga 6 petang (Selasa – Ahad) Tutup pada hari Isnin 

Alamat: 48, Jalan Hujan Emas 4, Taman Overseas Union, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://m.facebook.com/profile.php

8. Muar Beef Noodle

Muar Beef Noodle
Kredit gambar: 麻坡林记传统牛腩面
Muar Beef Noodle
Kredit gambar: 麻坡林记传统牛腩面

Anda boleh memesan berbagai-bagai jenis bahagian daging seperti daging, hirisan daging, dan bebola daging di restoran ini. Kuah sup daging ini juga dimasak dengan sempurna kerana ia tidak terlalu masin atau berminyak. Hirisan daging yang disajikan amat empuk dan berjus beserta saiz hidangan yang ‘tidak kedekut’ semestinya akan membuatkan anda puas hati dengan makanan yang terhidang di hadapan anda. Selain itu, menu lain yang turut menjadi tarikan kepada pelanggan adalah ‘Tendon Noodles’ yang juga sama enak dengan hidangan utama di sini. Restoran ini bukan sahaja memiliki senarai menu yang menarik dan sedap, tetapi turut mempunyai staf yang bertindak pantas yang sekaligus menyumbang kepada pencapaian yang hebat pada restoran ini dan harus diberikan ekstra ‘star’.

Waktu operasi: 10 pagi hingga 8 malam (setiap hari)

Alamat: 17-1, Jalan PJU 5/4, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://www.facebook.com

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Want to be featured on My Weekend Plan Asia?

Contact Us or Email [email protected] for media invites.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close