8 Restoran & Kafe Terbaik di Perlis 2022

Perlis adalah negeri yang dikenali sebagai ‘Perlis Indera Kayangan’. Ia merupakan negeri yang terkecil di Malaysia dan terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Selain itu, ia terletak di bahagian sempadan Satun dan Songkla yang merupakan kawasan Thailand ke utara. Selain itu, masyarakat yang tinggal di Perlis bercakap menggunakan sub-dialek Melayu Kedah dengan ciri yang tersendiri. Selain daripada itu, terdapat juga sebilangan kumpulan masyarakat yang merupakan penutur bahasa Thai Selatan sekaligus menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri yang berdiversiti dengan variasi dialek yang digunakan di sana. 

Perlis turut memiliki banyak tempat menarik untuk anda singgah makan di samping harga yang amat berpatutan. Hal ini sekaligus membantu anda untuk menjimatkan duit poket anda. Berikut adalah 8 restoran yang kafe terbaik di Perlis.

Apakah yang boleh Anda Lakukan di Perlis?

Meskipun Perlis hanyalah sebuah negeri yang kecil, tetapi ia mempunyai pelbagai lokasi atau perkara yang menarik untuk diterokai bersama anda dan seisi keluarga. Contohnya, anda boleh melawati Gua Kelam dan menikmati udara yang segar dan nyaman di Wang Kelian View Point. Itu adalah antara aktiviti yang boleh anda lakukan sekiranya anda singgah di Perlis.

Bagaimanakah Perlis Mendapat Nama?

Beberapa spekulasi dan teori telah tersebar tentang bagaimana Perlis mendapat nama. Nama ‘Perlis’ dikatakan datang daripada perkataan dalam bahasa Melayu, iaitu ‘peroleh’. Hal ini disebabkan bahawa Perlis adalah sebahagian daripada negeri Kedah sebelum ia menjadi sebuah kerajaan sendiri sekaligus merupakan ‘hadiah’ daripada Kedah.

8 Makanan Terbaik untuk Dinikmati di Perlis 2022

1. Anjung Keli

Anjung Keli
Kredit gambar: BuzzCentrum
Anjung Keli
Kredit gambar: TripAdvisor

Anjung Keli merupakan salah satu restoran yang terkenal di Perlis. Restoran ini menyediakan pelbagai pilihan menu sajian Melayu seperti Masak Lemak Keli, Daging Merah dan banyak lagi yang anda boleh nikmati sebagai juadah makan tengahari anda. Di samping itu, makanan yang membuat restoran ini lebih terkenal adalah ikan keli dan masakan lain yang berasaskan ikan keli dengan gaya masakan yang berbeza. Bukan itu sahaja, restoran ini turut menyediakan ruangan parkir kepada para pelanggannya. Justeru, anda tidak perlu risau tentang tempat parkir. Jadi, tanpa berlengah lagi, rancang bersama keluarga anda untuk singgah di restoran ini bagi menikmati kelazatan hidangan yang pastinya membuat anda teringat-ingat kelak.

Alamat: Medan Sri Pulai,, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi

  • 10:30 am – 4:00 pm (Setiap hari)
  • Tutup pada hari Jumaat

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

2. Hannah’s Cookies

Hannahs Cookies
Kredit gambar: Hannah’s Cookies Facebook
Hannahs Cookies
Kredit gambar: Hannah’s Cookies Facebook

Hannah’s Cookies adalah antara restoran Barat dan menyajikan beberapa variasi makanan Barat pada harga yang amat berpatutan. Antara menu yang anda wajib cuba jika anda singgah di sini adalah Chicken Parmigiana, Salted Egg Pasta danCheezy Wedges. Di samping itu, restoran ini turut memiliki persekitaran dan suasana yang menenangkan. Tambahan pula, restoran ini turut menyediakan tempat makan di ruangan luar yang menarik di mana anda boleh menikmati makanan anda dengan lebih santai bersama yang tersayang. 

Alamat: Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi

  • 12:00 pm – 9:30 pm (Selasa – Jumaat)
  • 3:00 pm – 9:30 pm (Sabtu – Ahad)
  • Tutup pada hari Isnin

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

3. Chortiez & Co

Chortiez Co
Kredit gambar: Zaubee
Chortiez Co
Kredit gambar: Chortiez & Co Facebook

Chortiez & Co menawarkan menu secara atas talian dengan gambar dan harga setiap hidangan yang mereka sajikan. Hal ini membolehkan anda untuk membuat pesanan awal mana-mana sajian yang anda inginkan. Selain itu, ia merupakan sesuatu yang baik untuk para pelanggan kerana mereka boleh membuat pesanan sebaik sahaja mereka sampai. Jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan yang sering mendapat pujian dalam kalangan masyarakat, iaitu Lamb Shank Spicy, Karamba Beef Bacon dan Sze Chuan Chicken.

Alamat: 5, Jalan Sena Indah, Taman Sena Indah, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi

  • 6:00 pm – 12:00 am (Isnin)
  • 5:30 pm – 12:00 am  (Selasa – Ahad)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

4. Tff Cafe

Tff Cafe
Kredit gambar: Foursquare
Tff Cafe
Kredit gambar: TripAdvisor

Tff Cafe bertempat di sudut lot sebuah bangunan yang Kuala Kangsar, Perlis. Anda pasti akan kagum dengan variasi minuman yang ditawarkan di kafe ini. Salah satu minuman yang sering menjadi pilihan para pelanggan adalah Mango Milkshake. Sebagai tambahan, menu minuman ini sering disarankan oleh pelanggan yang sebelumnya untuk rasa yang penuh nikmat. Selain daripada itu, kafe ini turut menjual biskut dan snek tradisional Melayu daripada pelbagai jenama tempatan. Anda boleh mendapatkan semua makanan tersebut dan makan di dalam kereta atau di mana-mana sahaja.

Alamat: Jalan Dahlia, Taman Ira, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi

  • 11:00 am – 10:00 pm (Isnin – Sabtu)
  • 11:00 am – 7:00 pm  (Ahad)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

5. [email protected]

Ngopi@Kangar
Kredit gambar: Trip.com
Ngopi@Kangar
Kredit gambar: [email protected] Facebook

[email protected] menjadikan hari anda lebih baik hanya dengan secangkir kopi yang kaya dan penuh nikmat dengan rasa ‘kick’. Selain itu, kafe ini seringkali dibanjiiri dengan maklum balas yang positif daripada pelanggan berkaitan keseluruhan aspek. Misalnya, dari segi layanan, staff yang mesra dan suasana atau persekitaran yang selesa dan tidak sesak.

Alamat: Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi

  • 10:00 am – 10:30 pm (Setiap hari)
  • 3:00 pm – 10:30 pm (Jumaat)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

6. Koffee Kitchen

Koffee Kitchen
Kredit gambar: @OhMyPerlis on Twitter
Koffee Kitchen
Kredit gambar: @OhMyPerlis on Twitter

Koffee Kitchen adalah tempat yang anda boleh luangkan masa santai anda sambil ditemani hirupan kopi yang cukup dengan rasa yang ‘kick’ dan aromatik. Bukan itu sahaja, kafe ini turut menawarkan pemandangan ataupun rekaan yang pastinya akan menjadikan detik anda bersama secangkir kopi kegemaran anda lebih baik. Di samping itu, anda perlu mencuba Peach Tea, Mnagorange dan Jus Epal yang bukan sahaja berupaya menghilangkan dahaga anda, malah menambat selera anda.

Alamat: 27, Exit Jalan Raja Syed Alwi, Kampung Guar Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi

  • 2:30 pm – 11:30 pm (Setiap hari)
  • 3:30 pm – 12:30 am (Jumaat)
  • Tutup pada hari Isnin

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

7. Lapaq Cafe & Space

Lapaq Cafe Space
Kredit gambar: Foursquare
Lapaq Cafe Space
Kredit gambar: Foursquare

Lapaq Cafe & Space adalah salah satu restoran di Perlis yang menghidangkan lambakan masakan Barat seperti Beef Steak, Chicken Salad, Aglio E Olio dan macam-macam lagi bergantung pada selera anda. Di samping itu, sebaik sahaja anda melangkah masuk ke ruangan kafe ini, anda akan disambut dengan rekaan siling yang tinggi dan lampu gantung yang melengkapkan lagi suasana di restoran ini.

Alamat: No. 8, Jalan Santan, Taman Putera Putri, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi

  • 4:00 pm – 12:00 am (Setiap hari)
  • Tutup pada hari Ahad

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

8. Rumah Kupi

Rumah Kupi
Kredit gambar: @OhMyPerlis on Twitter
Rumah Kupi
Kredit gambar: Rumah Kupi Facebook

Rumah Kupi akan mengujakan anda dengan hiasan gaya kampung yang unik dan menarik sekaligus akan membuatkan anda berasa nostalgia buat seketika. Anda mungkin akan rindu akan kampung halaman anda sebaik sahaja anda melangkah masuk ke kafe ini. Selain itu, ia merupakan rumah kayu milik keluarga yang dibuka sebagai semua kafe ala-ala rumah yang biasa. Di samping itu, Rumah Kupi juga menyajikan kopi yang penuh aroma yang membolehkan anda untuk memesan berdasarkan selera dan citarasa anda. Jangan lepaskan peluang untuk singgah di kafe ini pada masa yang terdekat!

Alamat: 60A, Kampung Kersik Tengah, Kampung Mata Ayer, 02500 Kangar, Perlis

Waktu operasi

  • 1:00 pm – 10:00 pm (Isnin – Sabtu)
  • 3:00 pm – 10:00 pm (Jumaat)
  • Tutup pada hari Ahad

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close