8 Restoran Perancis Terbaik di Pulau Pinang

Pernahkah anda mencuba makanan di Restoran Perancis sebelum ini? Jika belum, anda perlu mencubanya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda. Tidak salah mencuba pelbagai sajian kerana ini dapat meluaskan pandangan anda dalam arena masakan.  Masakan Perancis terkenal dan digemari ramai rakyat Malaysia. Oleh itu, terdapat banyak restoran Perancis yang dibina pada masa kini dan selalu sesak dengan  pengunjung.

Mengapakah pengunjung suka mencuba pelbagai sajian?

Manusia hidup untuk makan. Namun begitu, keinginan untuk merasai pelbagai jenis rasa juga menjadikan seseorang itu kaya dengan pengalaman dalam segi pemakanan. Deria rasa kita merupakan antara deria yang penting bagi seorang manusia. Rasa masam, manis, tawar atau pahit seringkali dapat mengundang selera kita terhadap rasa makanan yang ditawarkan. Tidak salah untuk kita berbelanja dan merasai sajian yang pelbagai kerana itu boleh menjadi cara kita melepaskan stres.

Pulau Pinang mempunyai banyak restoran Perancis yang terkenal. Kebanyakan restoran Perancisnya elegan dan menyediakan pelbagai masakan Perancis yang  lazat. Berikut ialah 8 restoran Perancis terbaik di Pulau Pinang.

8  Restoran Perancis Terbaik di Pulau Pinang

1. Two Frenchies Cafe Bistro

Two Frenchies Cafe Bistro
Kredit Gambar: Hungry Onion

Two Frenchies Cafe Bistro ialah restoran Perancis yang sangat popular di Pulau Pinang. Persekitaran di dalam restoran ini bersih dan selesa. Anda harus mencuba gandingan hidangan vegetariannya yang dinamakan Magic of Mushrooms. Hidangan ini terdiri daripada pelbagai jenis cendawan tumis, kentang panggang, dan quinoa pilaf ditambah dengan sup bawang.

Two Frenchies Cafe Bistro
Kredit Gambar: Two Frenchies Cafe Bistro
Two Frenchies Cafe Bistro
Kredit Gambar: Two Frenchies Cafe Bistro

Waktu Operasi: Selasa-Jumaat (11.30 pagi-10.30 malam), Sabtu-Ahad (9.00 pagi-10.30 malam)

Alamat: 36, Lebuh Bishop, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Video Youtube:

2. La Vie en Rose Pâtisserie

La Vie en Rose Patisserie
Kredit Gambar: TripAdvisor

Jika anda peminat tegar pencuci mulut Perancis, anda tidak boleh lupakan La Vie en Rose Pâtisserie. Mereka mempunyai pelbagai jenis pencuci mulut Perancis yang menarik. Anda boleh menikmati masa minum petang dengan Croissant berwarna-warni dan lazat. Selain itu, kedai ini juga menyajikan pelbagai pencuci mulut yang unik dan sedap.

La Vie en Rose Patisserie
Kredit Gambar: La Vie en Rose Pâtisserie
La Vie en Rose Patisserie
Kredit Gambar: La Vie en Rose Pâtisserie

Waktu Operasi: Rabu-Ahad (10.30 pagi-6.30 petang)

Alamat: 19, Lebuh Melayu, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini 

Video Youtube:

3. Orinea by Farquhar Mansion

Orinea by Farquhar Mansion
Kredit Gambar: Orinea by Farquhar Mansion

Orinea by Farquhar Mansion ialah restoran mewah Perancis yang bergaya di Pulau Pinang. Apabila anda masuk, anda akan dibawa ke ruang makan yang selesa dan elegan. Anda mesti mencuba stik Perancis  kerana mereka menginovasikan stik kepada banyak hidangan kreatif dan unik. Tidak salah kalau anda ingin belanja diri anda menikmati sajian enak dengan suasana yang elegan.

Orinea by Farquhar Mansion
Kredit Gambar: Orinea by Farquhar Mansion
Orinea by Farquhar Mansion
Kredit Gambar: Orinea by Farquhar Mansion

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (6.00 petang-10.00 malam)

Alamat: 68-18-1, Sunrise Gurney, Gurney Dr, 10250 George Town, Penang

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Video Youtube:

4. Steak Frites Penang

Steak Frites Penang
Kredit Gambar: TripAdvisor

Tidak seperti restoran steak lain yang mewah dan elegan, restoran ini hanya berunsurkan seni bina yang biasa. Namun begitu, ia menawarkan pelbagai sajian steak yang mewah dan enak. Jika anda inginkan steak yang padat, lembab serta kaya dengan perisa, maka restoran ini adalah pilihan terbaik untuk anda.

Steak Frites Penang
Kredit Gambar: TripAdvisor
Steak Frites Penang
Kredit Gambar: FoodAdvisor

Waktu Operasi: Selasa-Rabu, Jumaat-Ahad (6.00 petang-11.00 malam)

Alamat: 23, Love Ln, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google) : Tekan Sini

Video Youtube:

5. Monsieur Bar & Restaurant

Monsieur Bar Restaurant
Kredit Gambar: Monsieur Bar & Restaurant

Apabila melangkah ke Monsieur Bar & Restaurant, anda akan terpegun dengan reka bentuk dalamannya yang elegan dengan sentuhan suasana desa. Restoran ini terkenal dalam kalangan non-muslim. Anda mesti mencuba hidangan Perancis yang unik dan asli seperti stik, daging babi, pencuci mulut dan banyak lagi. Mereka membuat pelbagai hidangan daging babi yang membolehkan anda menikmati rasa dan tekstur yang berbeza. Restoran ini sangat sesuai untuk pasangan suami isteri kerana suasananya yang romantik dan manis.

Monsieur Bar Restaurant
Kredit Gambar: Monsieur Bar & Restaurant
Monsieur Bar Restaurant
Kredit Gambar: Monsieur Bar & Restaurant

Waktu Operasi: Isnin, Rabu-Ahad (6.00 petang-12.00 malam)

Alamat: 316, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini 

Video Youtube:

6. La France Café Boulangerie

La France Cafe Boulangerie
Kredit Gambar: La France Café Boulangerie

Apabila melawat Pulau Pinang, anda mesti mencuba beberapa masakan Perancis di La France Café Boulangerie. Makanan yang terkenal di restoran ini ialah Croissant. Ramai penduduk tempatan dan pelancong menyukai croissant kerana ia dibuat dengan baik dan beraroma. Selain itu, mereka mempunyai sandwic croissant buatan sendiri. Ia mempunyai tekstur yang licin dan sesuai untuk dicampur dengan hidangan lain.Anda juga boleh memesan penkek yang enak bagi memulakan hari anda.

La France Cafe Boulangerie
Kredit Gambar: La France Café Boulangerie
La France Cafe Boulangerie
Kredit Gambar: La France Café Boulangerie

Waktu Operasi: Selasa-Sabtu (9.00 pagi-2.30 petang)

Alamat: 3B, Jalan Irrawaddi, Pulau Tikus, 10050 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

7. Cuisine 18

Cuisine
Kredit Gambar: World Orgs

Restaurant Blanc ialah salah satu restoran yang menyajikan hidangan yang enak, unik dan kaya dengan pelbagai perisa. Selain itu, para tukang masak disini semuanya pakar dalam memastikan sajian masakan mereka menepati selera para pengunjung. Selain sajian asia, restoran ini juga mnyediakan sajian Perancis yang unik dan lazat. Anda boleh mencuba mille feuille bawang yang enak dan unik rasanya.

Cuisine
Kredit Gambar: World Orgs
Cuisine
Kredit Gambar: Cuisine 18

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (7.00 petang-11.00 malam), Isnin (tutup)

Alamat: 18, Lebuh King, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

8. Moment French Bistro & Cafe

Moment French Bistro Cafe
Kredit Gambar: Moment French Bistro & Cafe

Moment French Bistro & Cafe menyediakan pelbagai hidangan dan pencuci mulut Perancis yang unik. Restoran ini juga memberikan servis layanan yang baik. Anda tidak boleh ketinggalan menikmati Herb Crusted Salmon yang merupakan hidangan terkenal di Moment French Bistro & Cafe. Ia mengandungi campuran beberapa herba, serbuk roti, lada, dan garam yang diletakkan di atas salmon panggang. Seterusnya, anda harus mencuba pencuci mulut unik mereka iaitu Fraisier, yang diperbuat daripada sable kelapa, Dacquoise Pistache, Chantilly coklat putih, dan strawberi import. Pencuci mulut ini istimewa kerana yang menghasilkan rasa yang manis berkrim.

Moment French Bistro Cafe
Kredit Gambar: Moment French Bistro & Cafe
Moment French Bistro Cafe
Kredit Gambar: Moment French Bistro & Cafe

Waktu Operasi: Rabu-Ahad (12.00 tengah hari-7.00 malam)

Alamat: 29, Lebuh Melayu, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini


Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close