8 Restoran Sarapan Terbaik di Kota Kinabalu 2024

Sarapan diklasifikan sebagai salah satu hidangan yang penting untuk diambil secara harian. Ia mampu mengisi semula tenaga anda dengan nutrisi dan mineral yang diperlukan selepas semalaman tidur. Ia akan membekalkan anda tenaga dan meningkatkan keupayaan minda dan badan anda untuk melakukan tugas yang berat pada setiap hari. Penyediaan sarapan yang seimbang dan penting turut membantu untuk membuat makanan yang lebih baik untuk melalui hari tersebut

Kota Kinabalu adalah ‘syurga’ bagi individu yang menginginkan makanan yang enak serta keindahan alam semulajadi. Di samping itu, anda turut meneroka bandar, bersiar-siar di pantai, ‘snorkel’, menyelam, mendaki sekaligus menikmati keindahan pemandangan matahari terbenam sambil menjamu selera anda dengan hidangan sarapan yang memenuhi dan memuaskan selera dan hati anda. Bagi sarapan, anda berpeluang untuk merasa Laksa atau Beef Vermicelli atau Claypot Chicken Rice, atau pelbagai hidangan Barat mahupun Korea. Anda juga boleh bersantai dan dan ‘relax’ sementara menikmati bau wangi aroma kopi dan pencuci mulut yang manis. Anda akan terbuai-buai dengan aneka pilihan yang akan disajikan untuk anda! 

Apakah manfaat untuk mengambil sarapan pada setiap hari?

Hasil tinjauan terbaru pada tahun 2021 yang diperoleh daripada kajian pemerhatian oleh Perpustakaan Perubatan Negara telah menyatakan bahawa sesiapa yang mengamalkan sarapan pada setiap hari secara tidak langsung telah mengurangkan kadar risiko untuk menghadapi penyakit seperti serangan jantung, diabetes, obesiti, tekanan darah tinggi, strok, obesiti abdominal, dan kematian yang berpunca atau berkaitan dengan kardiovaskular. Perkara yang tentang mengamalkan sarapan pada setiap hari adalah ia akan membangkitkan metabolisme dan membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori sepanjang hari tersebut.

Oleh sebab itu, pengambilan sarapan yang baik akan membantu anda untuk mengurangkan berat badan secara sihat daripada mengamalkan diet yang tidak seimbang atau diet ‘trendy’ yang mampu memudaratkan lagi kesihatan anda. Sarapan yang diperbuat dengan baik dan sepenuh hati memiliki banyak manfaat. Sekiranya anda banyak melepaskan masa untuk mengambil sarapan anda pada akhir-akhir ini, jangan tinggalkan peluang untuk melihat restoran sarapan terbaik yang terdapat di Kota Kinabalu. Mulakan hari anda dengan sarapan yang baik nan menarik. Apa-apapun adalah lebih baik untuk lambat daripada tidak pernah berkunjung ke tempat-tempat ini untuk menikmati keenakan dan kepelbagaian hidangan yang lazat lagi berkhasiat. 

8 Restoran Terbaik di Kota Kinabalu 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Woo!

Woo
Kredit gambar: foursquare.com
Woo
Kredit gambar: foursquare.com

Woo! Adalah sebuah kafe yang bercirikan desa dengan sajian pelbagai makanan yang menarik pada harga yang amat berpatutan. Bukan itu sahaja, terdapat ruangan di mana para pelanggan boleh menikmati bahan bacaan di sudut yang disediakan sementara menunggu pesanan mereka siap. Bagi pengetahuan anda, restoran ini menyediakan hidangan ‘lamb and beef tacos’ yang amat memikat selera si penggemar. Selain itu, hidangan ‘Mootabal’ dan ‘Pesto Pasta’ adalah menu yang tidak rugi untuk anda cuba. Pilihan minuman yang terdapat di situ juga mendapat pujian yang baik. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba ‘Yuzu Espresso Tonic’. Ia memiliki rasa yang bergas, sitrus, dan menyegarkan di mana ia amat sesuai untuk dinikmati ketika cuaca panas. Minuman ini turut sesuai dimakan bersama  ‘Watermelon Cake’ yang disajikan di sini. ‘Salted Caramel Chai Latte’ dan ‘Hojicha Maple Oat Latte’ merupakan antara pilihan minuman yang turut mendapat perhatian di kafe Woo!

Waktu operasi:

  • 10 pagi hingga 4 petang (Ahad – Isnin, Rabu – Jumaat)
  • 10 pagi hingga 2 petang (Sabtu) Tutup pada hari Selasa

Alamat: 21, Lorong Dewan, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Layari sekarang

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.facebook.com/eatplaywoo

2. Nook Cafe

Nook Cafe
Kredit gambar: nookcafekotakinabalu.business.site
Nook Cafe
Kredit gambar: nookcafekotakinabalu.business.site

Sekiranya anda sedang berasa inginkan ‘Chicken Cheese Sandwich’, ‘Sourdough’ yang berkualiti tinggi, ‘Scones’, ‘Brownies’, dan ‘Iced Mocha’ atau haruman kpi tempatan, anda boleh singgah di kafe Nook. Kafe ini merupakan antara kalangan kafe yang beroperasi seawal jam 8:00 pagi dan ia memiliki suasana persekitaran yang sunyi dan selesa buat anda menikmati kopi dan santapan pilihan anda. Di samping itu, terdapat pilihan minuman lain yang turut menarik untuk dicuba. Sebagai contoh, ‘Earl Grey Chocolate’ dan ‘Dirty Chai’ yang merupakan sejenis minuman ‘espresso’ yang dicampur dengan ‘masala chai latte’. Kedua-dua minuman boleh dihidangkan sama ada secara ‘sejuk’ mahupun ‘panas’ bergantung pada selera anda.

Waktu operasi: 8 pagi hingga 9 malam (setiap hari)

Alamat: 19, Lorong Dewan, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Layari sekarang

Google Reviews: Klik

Laman web: https://nookcafekotakinabalu.business.site

3. Yee Fung Laksa

Yee Fung Laksa
Kredit gambar: calvinteo.blogspot.com
Yee Fung Laksa
Kredit gambar: aromasian.com

Yee Fung Laksa kekal sebagai salah satu hidangan tarikan di Sabah. Walaupun telah beroperasi selama berdekad, restoran tersebut masih mampu mengekalkan rasa dan kualiti yang sama. Terdapat dua lorong berbeza di restoran tersebut, satu lorong adalah untuk tujuan pesanan ‘dine-in’, manakala satu lagi lorong berfungsi sebagai laluan untuk ‘takeaway’. Kuah, bahan, dan mee Laksa dihidangkan bersama bagi menghasilkan hidangan yang amat lazat, serta hiasan bunga kantan menambahkan lagi haruman dan meningkatkan keenakan rasa santapan tersebut. Selain itu, restoran ini turut menyajikan ‘Beef Noodles’ dan ‘Dry Noodles’. Kedua-duanya merupakan makanan yang sering menjadi pilihan yang popular dalam kalangan masyarakat tempatan meskipun pada hari bekerja.

Waktu operasi: 6.30 pagi hingga 5 petang (setiap hari)

Alamat: 127, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Layari sekarang

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.facebook.com/yeefunglaksa/

4. Laundroluxe

Laundroluxe
Kredit gambar:  laundroluxe.business.site
Laundroluxe
Kredit gambar: laundroluxe.business.site

Apa kata jika anda membiarkan Laundroluxe menguruskan pakaian anda sementara anda menikmati sarapan yang penuh klasik dan ‘brunch’ dengan dikelilingi staf yang ramah dan baik. Restoran yang bersifat unik ini memiliki pembahagi kaca yang memisahkan antara kawasan makan dengan kawasan untuk menguruskan ‘cucian’ anda. Jadi, anda tak perlu risau kerana anda boleh menikmati sarapan anda dengan penuh tenang dan santai sambil menikmati makanan dan minuman yang istimewa di restoran tersebut. Setiap hidangan disediakan dan dipersembahkan dengan penuh perhatian dan sepenuh hati sekaligus menjadi hidangan yang indah untuk ditatap. Bahagian yang amat menarik tentang restoran ini adalah sekiranya anda membawa ‘cucian’ anda, segalanya akan diuruskan oleh staf daripada proses membasuh, seterika, dan segalanya akan tersedia ketika anda selesai makan. 

Waktu operasi: 10.30am hingga 2.30pm, 5.30pm hingga 9pm (Selasa – Ahada) Tutup pada hari Isnin

Alamat: 3-G-3, Lorong Api – Api 1, Api-api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Layari sekarang

Google Reviews: Klik

Laman web: https://laundroluxe.business.site/

5. October Coffee Gaya

October Coffee Gaya
Kredit gambar: @octobercoffeegaya
October Coffee Gaya
Kredit gambar: @octobercoffeegaya

Rekaan di ‘October Coffee Gaya’ adalah bertemakan kayu dan sedikit sentuhan vintaj beserta siling yang rendah. Terdapat sejumlah hiasan dan barangan unik di sekitar ruangan restoran tersebut. Namun begitu, jika anda sudah singgah di sana, jangan lupa untuk mencuba ‘Afogatto’, sejenis pencuci mulut yang berasaskan kopi dari Itali. Menu tersebut terdiri daripada tiga ceduk aiskrim vanila yang semestinya manis dan enak. Selain itu, terdapat juga pencuci mulut yang pastinya akan memenangi selera anda, iaitu ‘Chocolate Cake Moist’, ‘Strawberry Swiss Roll’ yang lembut dan gebu serta sandwich yang tidak diragui keenakan rasanya. Sandwich tersebut terdiri daripada daging yang berjus, ‘cheese’ yang dicairkan sedikit, dan juga roti yang berkualiti tinggi. Bagi menambahkan lagi rasa umphhh mana-mana hidangan tersebut akan lebih sedap jika dinikmati bersama secangkir cawan ‘Capucino’, dan anda akan menikmati detik yang indah ketika bersarapan di Kota Kinabalu.

Waktu operasi: 9 pagi –  10 malam (setiap hari)

Alamat: 13, Lorong Dewan, Pusat Bandar, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Layari sekarang

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.instagram.com/octobercoffeegaya/

6. Haru Cafe (Hilltop Branch)

Haru Cafe Hilltop Branch
Kredit gambar: @cafe_haru_kk
Haru Cafe Hilltop Branch
Kredit gambar: @cafe_haru_kk

‘The Haru Cafe’ memiliki suasana persekitaran yang nyaman dan selesa dengan sedikit sentuhan dekorasi Korea. Di sana, anda boleh bersarapan sambil ditemani orang lama yang bermain musik dengan santai dan tenang. Perkara yang menjadi tumpuan di sini ada seni bancuhan kopi yang pastinya akan menarik perhatian anda sekaligus mengukir senyuman di bibir anda. Kafe Haru turut menyediakan ‘French toast’, ‘Ricotta Salad’, dan terdapat sandwich dalam pelbagai variasi, ‘Waffle’ bersama krim putar, dan salad buah yang menyegarkan dan lazat untuk dijadikan pilihan anda. Malah, anda boleh membuat ruangan kerja anda sendiri di kafe tersebut memandangkan mereka turut menyediakan ruangan untuk mengecas komputer riba dan telefon bimbit hampir di semua meja. Jadi, sama ada untuk tujuan kerja atau hanya ingin bersantai dengan secangkir kopi, anda boleh meluangkan masa di Kafe Haru (Hiltop Branch) dan pastinya akan disambut baik oleh staf kafe tersebut.

Waktu operasi:

  • 8.30 pagi hingga 11 malam (Isnin – Sabtu)
  • 10 pagi hingga 11 malam (Ahad)

Alamat: 7, Lorong Gunung Juo, Taman Far East, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Layari sekarang

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.facebook.com/cafeharukk

7. The B Side

The B Side
Kredit gambar: @thebsidekk
The B Side
Kredit gambar: @thebsidekk

The B Side telah beroperasi selama lebih lima tahun dan masih terkenal disebabkan oleh tahap konsisten dalam memastikan hidangan yang dihasilkan adalah lebih di samping penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Kafe ini menyediakan ‘Hojicha Latte’ yang menjadi pilihan ramai serta menawarkan pilihan makanan yang banyak daripada pilihan makanan, minuman, sehinggalah ke pencuci mulut. Burger-burger dan kentang goreng yang dihidangkan amat sedap, dan hidangan ‘sea bass’ dan ‘soft shell crab’ adalah amat unik dan menarik. Namun, bukan itu sahaja tarikan di kafe ini kerana hidangan ‘Egg Benedict’ turut menjadi salah satu menu yang anda patut cuba ketika singgah di ‘The B Side’ di samping ‘Hollandaise Sauce’ yang tiada tandingan. Seterusnya, staf di situ juga ramah, cepat bertindak, dan menyediakan layanan yang baik kepada pelanggan, di mana hal itu membuatkan pelanggan berasa selesa untuk bersantai dan bersarapan di kafe ‘The B Side’.

Waktu operasi: 10 pagi ke 11 malam (Selasa – Ahad) Tutup pada hari Isnin

Alamat: 21, Lido Plaza, Jalan Nosoob Hungab, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Layari sekarang

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.facebook.com/thebsidekk

8. Chiu’s – The Modern Local

Chius The Modern Local
Kredit gambar: chiu’s.my
Chius The Modern Local
Kredit gambar: chiusmy.business.site

Nikmati suasana pagi yang hening di Chiu’s – ‘The Modern Local’, sebuah kafe yang kecil dan ‘chic’ beserta suasana persekitaran yang tenang dan makanan yang enak. Kafe ini menyediakan ‘ Fish and Chips’ dengan hiasan sampingan daunan hijau dan bawang cincang dan tomato, ‘Soft Shell Crab Pasta’, ‘Fungi Carbonara’ untuk golongan vegetarian, ‘Tortilla Wrap’, ‘Barbeque Chicken Burger’, ‘Chicken Sandwich’, dan banyak lagi. Secara keseluruhannya, Chiu’s ada;ah tempat makan sarapan yang baik di mana mereka memastikan setiap hidangan yang disediakan terhasil daripada bahan-bahan yang segar. Jadi, anda boleh mengajak keluarga dan sahabat-sahabat anda untuk berkongsi dan menikmati hidangan yang disediakan yang dengan sepenuh hati dan tidak dilupakan kek berkrim di chiu’s. – The Modern Local

Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam (Rabu – Isnin) Tutup pada hari Selasa

Alamat: 2, 88 Marketplace, Block D, Ground Floor, Lot 8, Lorong Pusat Komersial 88, Kampung Kepayan, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Layari sekarang

Google Reviews: Klik

Laman web:https://chiusmy.business.site

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close