8 Snek Sihat untuk Sarapan Pagi Terbaik di Malaysia 2022

Sarapan pagi adalah makanan yang penting untuk permulaan hari anda kerana badan anda memerlukan tenaga untuk menjalankan tugas harian dan berfungsi dengan baik. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada kita cenderung tergesa-gesa pada waktu pagi, sama ada untuk mengatasi kesesakan dalam perjalanan ke pejabat anda, temujanji doktor, atau ke kelas. Disebabkan ini, melewatkan sarapan pagi sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan kita dan hal ini  boleh memudaratkan kesihatan anda.

Industri makanan telah merevolusikan dan menghasilkan pelbagai penyelesaian yang akan membantu dalam menyelesaikan kecenderungan kita untuk memilih sarapan, salah satunya ialah snek sarapan pagi. Terdapat banyak snek sarapan pagi di pasaran untuk dipilih, dan ia mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Terdapat beberapa aspek yang perlu anda fikirkan sebelum membeli. Berikut ialah 8 sarapan sihat terbaik yang anda boleh dapatkan untuk sarapan pagi anda.

Apakah snek yang sesuai untuk sarapan pagi?

  1. Mampu milik

Snek sarapan pagi yang sihat boleh menjadi mahal atau murah, bergantung pada jenama snek tersebut. Adalah penting untuk anda mengambil kira pada harga yang ditawarkan dan membuat perbandingan yang betul berdasarkan keperluan dan bajet anda.

  1. Penyediaan

Jika anda mengutamakan penyediaan snek yang cepat dan ringkas untuk sarapan pagi, anda hanya perlu memastikan sama ada snek itu mudah disediakan ataupun tidak. Dengan hanya menambah air panas ke dalam snek anda, maka snek anda sedia untuk dimakan! Selain kenyang, ia juga menjimatkan  masa anda.

  1. Bahan-bahan

Jika anda gemar mengunyah snek yang dibuat daripada bahan yang tidak sihat dan mengambilnya secara berlebihan, apa kata anda tukar snek anda kepada snek yang lebih sihat untuk kesihatan anda?

8 Snek Sihat untuk Sarapan Pagi Terbaik di Malaysia 2022

1. Munchy’s Oat Krunch Dark Chocolate Biscuits

Munchys Oat Krunch Dark Chocolate Biscuits
Kredit Gambar: NUTC FairPrice

Munchy’s Oat Krunch terkenal dengan barisan snek sihat yang terdapat dalam pelbagai perisa. Salah satu perisa yang paling popular ialah biskut dark chocolate. Biskut ini mudah dimakan dan dapat mengenyangkan perut anda pada waktu makan tengah hari.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Rice Flour, Corn Flour, Palm Olein, Oat Flour (6.6%), Broccoli Powder (3.2%), Carrot Powder (2.6%), Minerals (Calcium, Iron, Zinc), Vitamin B1, Vitamin E (contains Soya), All Additives are of Plant and Synthetic Origin
  • Negara Pengeluar: Switzerland
  • Saiz: 78g, 156g, 208g, 390g

Kelebihan:

Tiada bahan pengawet
Dibungkus dalam sachet
Tidak memerlukan penyediaan
Berpatutan

Harga: RM6.90-RM8.69

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Gardenia Wholemeal Bread

Gardenia Wholemeal Bread
Kredit Gambar: Online Pasar

Berbanding dengan roti putih, roti wholemeal Gardenia mempunyai indeks glukosa yang lebih tinggi. Ini menjadikannya sesuai dimakan tanpa perlu risau tentang gula berlebihan atau karbohidrat yang akan mendatangkan kemudaratan kepada badan anda melalui kandungan gula yang sedikit tinggi. Walau bagaimanapun, kedua-dua roti putih dan wholemeal mempunyai kiraan kalori yang sama.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Whole Wheat Flour, Water, Brown Sugar, Wheat Gluten, Yeast, Contains 2% or Less of Each of the Following: Raisin Juice Concentrate, Salt, Soybean Oil, Cultured Wheat Flour, Vinegar, Soy Lecithin, Calcium Sulfate, Enzymes, Wheat Starch, Topping Mixture (Wheat Cuts, Wheat Flakes, Wheat Bran, Flaxseed)
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 420g

Kelebihan:

Sesuai untuk pesakit diabetes
Dibungkus dalam bundle
Tidak memerlukan penyediaan
Berpatutan

Harga: RM4.50

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. NutsCulture Royal Mix Nuts

NutsCulture Royal Mix Nuts
Kredit Gambar: NutsCultre

Kacang terkenal dengan proteinnya, tetapi anda harus sentiasa mengambilnya secara sederhana kerana ia juga mengandungi lemak sihat yang agak tinggi. Kacang merupakan sumber protein yang mudah didapati dan boleh membantu anda. Asid lemak yang sihat sangat membantu dalam melindungi kesihatan otak dan meningkatkan prestasi kognitif. Namun, sesiapa yang mempunyai alergi terhadap kacang, disarankan untuk tidak mengambilnya.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Roasted almond, macadamia, pecan, cashew, and salt
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 120g, 280g, 420g

Kelebihan:

Penuh dengan protein
Dibungkus dalam bundle
Tidak memerlukan penyediaan

Harga: RM13.50-RM48.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Mornflake Granola

Mornflake Granola
Kredit Gambar: Mornflake

Granola ialah snek sarapan pagi yang serupa dengan bijirin tetapi ia mempunyai kandungan yang lebih sihat. Mornflake Granola mengandungi semua ciri kesihatan dalam satu pek, seperti kiraan kalori yang tepat, bebas minyak dan mempunyai pelbagai jenis vitamin. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mengisi perut anda dengan snek ini jika anda sedang mengurangkan berat badan!

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Oatflakes (56%), Mixed Dried Fruits, Nuts & Seeds (24%) (Raisins (18%), Desiccated Coconut, ALMONDS (2%), Sunflower Seeds, Chopped HAZELNUTS), Sugar, Palm Oil, Honey (2.5%), Natural Flavouring
  • Negara Pengeluar: United Kingdom
  • Saiz: 500g

Kelebihan:

Penuh dengan vitamin
Dibungkus dalam bundle
Tidak memerlukan penyediaan
Berpatutan

Harga: RM12.90

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Love Earth Organic Chia Seeds

Love Earth Organic Chia Seeds
Kredit Gambar: Love Earth Organic

Chia seed biasanya menjadi salah satu snek sarapan paling mudah kerana anda cuma perlu memasukkannya ke dalam hampir semua makanan, termasuklah botol air anda. Dengan memasukkannya ke dalam makanan atau minuman anda, anda juga mendapat vitamin dan serat tambahan secara serentak.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: 100% chia seeds
  • Negara Pengeluar: Bolivia
  • Saiz: 168g

Kelebihan:

Dibungkus dalam bundle
Sedikit penyediaan
Berpatutan

Harga: RM19.90

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Quaker Instant Oatmeal

Quaker Instant Oatmeal
Kredit Gambar: Shopee

Oatmeal memerlukan sedikit penyediaan, bergantung pada apa yang anda tambah sebagai topping. Anda boleh membuatnya sedap dengan menambah protein dan vitamin seperti daging ayam dan buah-buahan atau beri kering. Hanya tambahkan air panas ke dalam oat anda, dan siap! Mudah bukan menyediakan makanan berkhasiat dengan oat!

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Whole Grain Rolled Oats (With Oat Bran), Oat Flour, Calcium Carbonate, Salt, Guar Gum, Caramel Colour, Reduced Iron, Vitamin A Palmitate,Niacinamide, Pyridoxine Hydrochloride, Riboflavin, Thiamin Mononitrate, Folic Acid
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 1.2kg

Kelebihan:

Dibungkus dalam bundle
Sedikit penyediaan
Berpatutan

Harga: RM13.99

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Nice & Natural Chocolate Nut Bars

Nice Natural Chocolate Nut Bars
Kredit Gambar: Nice & Natural

Bar kacang coklat dari Nice & Natural mengandungi jumlah protein yang agak tinggi untuk satu hidangan sekaligus dapat mengenyangkan anda lebih daripada bar makanan biasa yang lain. Bar protein ini sesuai dimakan jika anda mencari makanan ringan yang sesuai untuk pertumbuhan otot.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Roasted Peanuts, Glucose Syrup, Sultanas, Sunflower Oil, Chicory Root Extract, Humectant (Glycerol), Brown Sugar, Maltodextrin (from Maize), Sea Salt, Emulsifier (Soy Lecithin), Caramelised Sugar Syrup
  • Negara Pengeluar: New Zealand
  • Saiz: 150g, 165g

Kelebihan:

Dibungkus dalam bundle
Tiada penyediaan


Harga: RM10.99-RM13.99

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Ambrosial Greek Yoghurt

Ambrosial Greek Yoghurt
Kredit Gambar: Paykini

Yogurt greek ambrosial boleh memuaskan hati anda kerana ia bukan sahaja sedap tetapi mengandungi lebih banyak nutrien jika dibandingkan dengan yogurt biasa. Greek Yogurt mengandungi kultur probiotik dan lebih rendah dalam laktosa serta mempunyai kandungan protein dua kali ganda daripada yogurt biasa. Selain menikmatinya secara terus, anda boleh menjadikannya sebagai topping untuk oatmeal anda, sos pencicah untuk buah-buahan, dan sapukan pada roti.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Raw milk, white sugar, whey protein powder, vanilla flavouring, glucose
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 125g, 205g, 230g

Kelebihan:

Dibungkus dalam bundle
Tidak memerlukan penyediaan


Harga: RM3.45-RM6.40

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Urutan jenama produk di dalam artikel ini tidak mempunyai urutan secara spesifiknya. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close