8 Tempat Menarik untuk Dilawati di Shah Alam

Shah Alam ialah sebuah bandar dan ibu negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di antara daerah Petaling dan sebahagian daerah Klang. Kuala Lumpur telah digantikan oleh Shah Alam sebagai ibu kota negeri Selangor pada tahun 1978 kerana Kuala Lumpur diperbadankan menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1974. Untuk maklumat anda, masjid terbesar di negara ini terletak di Shah Alam. Jika anda berada disini, luangkan masa untuk melawat tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Shah Alam. Berikut ialah 8 tempat menarik di Shah Alam untuk anda kunjungi.

Bagaimana Anda menentukan tempat menarik untuk dikunjungi di Shah Alam?

Sama ada anda sedang menetap di Shah Alam atau merancang untuk datang melawat, anda pasti ingin mencuba dan pergi ke tempat-tempat tarikan ini. Jadi, kami cadangkan beberapa tip untuk memudahkan anda memilih tempat lawatan anda di Shah Alam.

1. Lokasi

Terdapat banyak tempat lawatan di Shah Alam yang boleh anda kunjungi. Namun begitu, anda perlu mengambil tahu jarak lokasinya terlebih dahulu sebelum berkunjung ke sana. Mencari tempat lokasi yang berdekatan dengan anda ialah cara yang mudah untuk menjimatkan masa dan tenaga selain membolehkan anda menikmati kunjungan dengan lebih menggembirakan.

2. Bajet

Memandangkan terdapat banyak tarikan untuk dikunjungi, anda perlu menguruskan bajet anda sebelum memulakan perjalanan. Mencari tarikan yang sesuai dengan bajet anda akan membantu melancarkan program lawatan anda.

3. Sesuai untuk keluarga (Family-friendly)

Jika anda melancong bersama keluarga, anda perlu mengetahui sama ada tempat itu sesuai untuk keluarga ataupun tidak. Ini kerana ada sesetengah tempat yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jika anda lakukan kajian terlebih dahulu, hal ini boleh mengelakkan pembaziran masa dan wang anda.

 8 Tempat Menarik untuk Dilawati di Shah Alam

1. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Mosque in Shah Alam
Kredit Gambar: Wikipedia
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Mosque in Shah Alam
Kredit Gambar: Wikipedia
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Mosque in Shah Alam
Kredit Gambar: Wikipedia

Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru kerana kubah birunya. Ia telah ditauliahkan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz pada 14 Februari 1974 apabila baginda mengisytiharkan Shah Alam sebagai ibu negeri baharu Selangor. Pembinaannya bermula pada 1982 dan akhirnya siap pada 11 Mac 1988. Mengikut kapasiti, masjid ini ialah masjid terbesar di negara ini dan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara.

Keunikan: Seni bina dan kubahnya berwarna biru

Alamat:  Persiaran Masjid St., Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin- Ahad (8.30 pagi-5.30 petang), Jumaat (8.30 pagi- 1.00 petang, 2.00 petang – 5.30petang), Waktu rehat (1.00 petang- 2.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

2. Selangor – Japan Friendship Garden

Selangor Japan Friendship Garden
Kredit Gambar: Sitelink Landscape Architects
Selangor Japan Friendship Garden
Kredit Gambar: Sitelink Landscape Architects
Selangor Japan Friendship Garden
Kredit Gambar: Sitelink Landscape Architects

Taman ini ialah tarikan baharu yang begitu unik bagi seseorang yang ingin merasai pengalaman Jepun tanpa ke Jepun. Taman berinspirasikan Jepun ini mempunyai 5 zon pemandangan yang menakjubkan dan berukuran kira-kira 3 padang bola sepak. Pembinaan taman ini sebenarnya merupakan lambang hubungan perdagangan dan pelaburan antara Selangor dan Jepun. Landskap yang menarik juga seringkali menjadi tarikan pelancong untuk bergambar.

Keunikan: Landskap yang menarik dan cantik

Alamat: Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi-6.30 petang).

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

3. i-City Theme Park

i City Theme Park
Kredit Gambar: Tripadvisor
i City Theme Park
Kredit Gambar: Tripadvisor
i City Theme Park
Kredit Gambar: Tripadvisor
i City Theme Park
Kredit Gambar: Tripadvisor

Disenaraikan oleh CNN Travel sebagai antara tempat paling terang dan paling berwarna-warni di dunia, i-City terletak di tengah-tengah Segi Tiga Emas Selangor. Taman ini mampu mempersonakan anda dengan skap cahaya LED yang menakjubkan. Pengunjung boleh berpeluang menikmati musim sejuk di bawah 8 darjah Celsius di SnoWalk pada waktu malam. Taman ini ialah tempat yang sesuai dikunjungi bersama keluarga. Taman ini juga mempunyai muzium lilin untuk anda kunjungi.

Keunikan: Pelbagai tarikan menarik dan unik untuk habiskan masa bersama keluarga

Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (5.00 petangi-12.00 malam).

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

4. Laman Seni Seksyen 7

Laman Seni Seksyen
Kredit Gambar: Tripadvisor
Laman Seni Seksyen
Kredit Gambar: DestiMap
Laman Seni Seksyen
Kredit Gambar: Tripadvisor

Tempat ini mempamerkan banyak gambar atau lukisan estetik yang menarik dan unik. Ini ialah salah satu cara mengubah lorong-lorong belakang yang gelap menjadi tempat yang bersih, estetik dan selamat, iaitu memenuhinya dengan lukisan mural dan seni. Disamping itu, ia juga boleh menjadi kawasan tarikan para pelancong untuk bergambar selain menghargai seni dan karya artis.

Keunikan: Lukisan mural yang menarik untuk dipotretkan bersama keluarga

Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

5. Nasi Kalut Jitra Mai Seksyen 7

Nasi Kalut Jitra Mai Seksyen
Kredit Gambar: Nasi Kalut Jitra Mai Facebook
Nasi Kalut Jitra Mai Seksyen
Kredit Gambar: Nasi Kalut Jitra Mai Facebook
Nasi Kalut Jitra Mai Seksyen
Kredit Gambar: Nasi Kalut Jitra Mai Facebook

Nasi Kalut Jitra Mai terletak di Seksyen 7, Shah Alam dan merupakan antara Nasi Kandar terbaik yang perlu anda cuba! Menunya mudah dan berpatutan. Anda tidak perlu ke Pulau Pinang untuk menikmati nasi kandar. Nasi Kalut Jitra Mai boleh memberikan anda juadah nasi kandar yang lazat dan enak. Jika anda tidak mahu makan di restoran ini, anda boleh menggunakan servis pandu lalu untuk memesannya. Sungguh mudah, bukan!

Keunikan: Rasai kelazatan nasi kandar ini. Anda tidak akan mneyesal!

Alamat: Jalan Keluli AN7/AN, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor 

Waktu Operasi: Setiap hari (10.30 pagi-10.00 malam), Jumaat (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

6. JBR Bundle Shah Alam

JBRBundle Shah Alam
Kredit Gambar: foursquare (nazleenhusna_)
JBRBundle Shah Alam
Kredit Gambar: foursquare (hafizpade)
JBRBundle Shah Alam
Kredit Gambar: foursquare (khaitahar)

JBR Bundle Shah Alam mempunyai banyak pilihan pakaian, kasut, buku dan pinggan mangkuk terpakai yang masih boleh digunakan dengan tawaran harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai jenis reka bentuk, warna dan corak pada pakaian dan juga beg atau kasut yang mungkin dapat menambat hati anda untuk membelinya.

Keunikan: Pelbagai pilihan aksesori untuk dipilih dengan harga berpatutan

Alamat: Jalan Penyelenggara U1/73, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi-12.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

7. Perpustakaan Raja Tun Uda

Raja Tun Uda Library
Kredit Gambar: visit Selangor
Raja Tun Uda Library
Kredit Gambar: Twitter (Tourism Selangor)
Raja Tun Uda Library
Kredit Gambar: Selangor Travel

Perpustakaan Raja Tun Uda ialah perpustakaan 6 tingkat yang berwajah moden. Ia dilengkapi dengan kemudahan yang baik serta boleh menempatkan kapasiti yang besar dan stesen kerja yang selesa. Perpustakaan ini sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menyediakan zon kanak-kanak yang popular di sini. Perpustakaan ini dikelilingi taman dan tasik yang indah menjadikan lawatan anda ke sini tenang dan aman.

Keunikan: Tempat yang luas dan indah untuk dilawati sambil belajar.

Alamat: Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi-6.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

8. Maya Park Eco Ardence

Maya Park Eco Ardence
Kredit Gambar: Tripadvisor
Maya Park Eco Ardence
Kredit Gambar: Tripadvisor
Maya Park Eco Ardence
Kredit Gambar: Tripadvisor

Taman Maya ialah taman luar yang terletak dalam perbandaran Eco Ardence di Setia Alam. Taman mesra keluarga ini mempunyai tasik yang besar dengan banyak kawasan aktiviti yang sesuai untuk riadah dan senaman. Beberapa perkara yang boleh anda lakukan semasa di Taman Maya ini ialah bersiar-siar di sepanjang laluannya, berbasikal dan melihat matahari terbenam.

Keunikan: Tempat beriadah yang cantik untuk luangkan masa bersama keluarga

Alamat: 40170, Persiaran Setia Alam, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 pagi-11.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google: Tekan Sini

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close