8 Tempat Penginapan Mewah di Ipoh

Bercuti dapat menyihatkan mental dan fizikal anda. Secara tidak langsung, anda akan menjadi lebih tenang dan bertenaga sekembalinya anda dari tempat melancong. Oh ya, melancong tidak semestinya ke tempat yang jauh. Tempat yang dekat juga boleh dijadikan aktiviti melancong. Anggap ia satu terapi buat anda.

Jika anda ingin bercuti, anda boleh mencuba penginapan mewah sepertimana yang kami sediakan di sini. Sesekali, apa salahnya berbelanja untuk kepuasan diri anda.  Selain ia dapat memuaskan hati anda dengan perkhidmatan mesra dan mewah yang ditawarkan oleh pihak hotel, anda juga berasa dihargai kerana dilayan sebegitu sekaligus menaikkan keyakinan anda ketika berurusan dengan orang ramai.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Ipoh?

Bandar Ipoh menjadi tumpuan para pelancong kerana terletak secara strategiknya antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Selain itu, bandar ini juga sangat berdekatan dengan Cameron Highlands. Bagi anda yang tidak tahu, bandar Ipoh ialah ibu negeri bagi Perak dan ia terletak berhampiran dengan Sungai Kinta.

Sementara anda berada di Ipoh, jangan lupa untuk mencuba nasi ayam dan hidangan autentik yang lain. Anda boleh bersiar-siar di sekitar bandar Ipoh sambil menikmati seni bina kolonial British, atau berkunjung ke kuil dan gua batu kapur. Pada sebelah petang pula, anda boleh ke Stesen Kereta Api Ipoh untuk melihat pemandangan matahari terbenam.

8 Tempat Penginapan Mewah di Ipoh

1. The Banjaran Hotsprings Retreat

The Banjaran Hotsprings Retreat
Kredit Gambar: klook.com
The Banjaran Hotsprings Retreat
Kredit Gambar: klook.com
The Banjaran Hotsprings Retreat
Kredit Gambar: klook.com

Banjaran Hot Springs Retreat ialah percutian kesihatan dan kecergasan yang mewah dan damai. Resort ini dilengkapi dengan kolam renang yang dipanaskan secara semula jadi oleh mata air panas geoterma. Selain itu, anda juga boleh menikmati gua wap dan mandian ais. Vila-vila yang luas di Banjaran Resort ini dilengkapi dengan tab mandi dan kolam renang peribadi. Ruang tamu yang luas pula  dilengkapi dengan WiFi percuma dan TV LCD 40 inci. Selain itu, resort ini juga menawarkan perkhidmatan butler dan rawatan spa di atas permintaan para penginap.

Alamat:  1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://banjaranhotspringsretreat.com/

2. The Haven All Suite Resort

The Haven All Suite Resort
Kredit Gambar: klook.com
The Haven All Suite Resort
Kredit Gambar: klook.com
The Haven All Suite Resort
Kredit Gambar: klook.com

The Haven All Suite Resort, Ipoh ialah resort mewah Ipoh yang unik di Malaysia. Resort ini ialah hutan dalam bandar yang terkenal dengan batu kapur, flora dan tasiknya. Penginapan anda di sini akan mencipta pengalaman yang unik dan menggembirakan. Resort mewah ini mempunyai kolam renang infiniti, gim yang serba lengkap, spa, bilik wap, trek jogging, gelanggang tenis dan bola keranjang, ping pong, gelanggang badminton dan skuasy, dek meditasi, taman permainan luaran, bilik permainan remaja, bar tepi kolam dan restoran. Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan shuttle.

Alamat: Jalan Haven, 31150 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.thehavenresorts.com/

3. WEIL Hotel

WEIL Hotel
Kredit Gambar: klook.com
WEIL Hotel
Kredit Gambar: klook.com
WEIL Hotel
Kredit Gambar: klook.com

The Weil Hotel menjanjikan pengalaman yang menyelesakan buat tetamunya sepanjang penginapan mereka di sini. Bilik-bilik di hotel ini dibahagikan kepada bilik Standard dan bilik Concept. Bilik Standard dilengkapi dengan perabot kontemporari dan setiap bilik dilengkapi dengan tab mandi dan kemudahan yang diperlukan. Bilik Concept sebaliknya menghadap ke latar langit Ipoh dan terletak di tingkat atas Hotel WEIL. Empat jenis bilik yang direka bentuk unik ini diilhamkan oleh sejarah di Ipoh dan semua bilik dilengkapi dengan jakuzi. Para tetamu boleh menikmati makanan tempatan dan antarabangsa di Tiffin atau menjamu selera dengan pemandangan panoramik di The Deck, bar gastro di atas bumbung hotel.

Alamat: 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: http://www.weilhotel.com/

4. Meru Suites at Meru Valley Resort

Meru Suites at Meru Valley Resort
Kredit Gambar: klook.com
Meru Suites at Meru Valley Resort
Kredit Gambar: klook.com
Meru Suites at Meru Valley Resort
Kredit Gambar: klook.com

Resort ini merupakan lokasi yang sempurna untuk percutian sekeluarga. Di sini, anda boleh bermain golf, berbasikal atau berkelah di tepi air terjun. Di Meru Suites, terdapat restoran Dome yang menyajikan masakan antarabangsa dan tempatan bagi memenuhi selera anda.  Anda juga boleh bersarapan di Terrace Cafe. Selain itu, kolam renang, spa, klinik perubatan dan kesihatan turut anda di sini.

Alamat: Meru Suites, Jalan Bukit Meru, 30020 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://meruvalley.com.my/

5. Atlantis Pool Villa Tambun

Atlantis Pool Villa Tambun
Kredit Gambar: agoda.com
Atlantis Pool Villa Tambun
Kredit Gambar: agoda.com
Atlantis Pool Villa Tambun
Kredit Gambar: agoda.com

Atlantis Pool Villa Tambun ialah homestay gaya resort yang mempunyai bilik mandi en suite untuk semua bilik tidur. Anda boleh menikmati barbeku bersama keluarga dan rakan-rakan dengan selesa kerana banglo ini besar dan sedikit privasi. Banglo ini  menjadi pilihan para pengunjung yang ingin melarikan diri sebentar daripada kesibukan bandar kerana memberikan suasana yang tenang tanpa sebarang gangguan luar. Terdapat kolam renang yang besar di situ selain menempatkan juga tingkap kaca yang menghadap ke kolam renang tersebut. Anda boleh bermain air dengan gembira.

Alamat: 5, Lengkok Tambun Permai 2, Taman Tambun Permai, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.facebook.com/atlantispoolvillatambunipoh/

6. M Roof Hotel & Residences

M Roof Hotel Residences
Kredit Gambar: klook.com
M Roof Hotel Residences
Kredit Gambar: klook.com
M Roof Hotel Residences
Kredit Gambar: klook.com

M Roof Hotel & Residences adalah cetusan idea daripada M Boutique. Kediaman ini direka berunsurkan gaya Neo Modernist sekaligus menghasilkan reka bentuk minimalis. Dikatakan, residensi ini mempunyai 2 atau 3 bilik tidur bersambung. Suite Eksekutif merupakan kategori tertinggi di M Roof Hotel & Residences. Dan hanya terdapat 3 bilik sahaja di tingkat paling tinggi di sini. Semua bilik penginapan dilengkapi dengan tilam tebal 12 inci, bantal yang empuk dan selimut yang bersih. Bilik ini mempunyai  ruang tamu berasingan dari bilik tidur. Di bilik mandi, ia turut dilengkapi dengan tab mandi yang panjang bagi memberikan anda pengalaman bercuti yang menyeronokkan.

Alamat: Jln Dato Lau Pak Khuan, Taman Ipoh, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://mroof.mboutiquehotels.com/

7. Impiana Hotel Ipoh

Impiana Hotel Ipoh
Kredit Gambar: klook.com
Impiana Hotel Ipoh
Kredit Gambar: klook.com
Impiana Hotel Ipoh
Kredit Gambar: klook.com

Impiana Hotel Ipoh ialah hotel perniagaan terkemuka di bandar raya Ipoh. Hotel ini menawarkan 168 buah bilik tetamu daripada bilik Deluxe sehinggalah kepada Royal Suite. Bilik-bilik penginapan ini berlatarkan pemandangan bukit batu kapur yang menakjubkan di Ipoh. Selain itu, The Coffee House di hotel ini pula menawarkan masakan tempatan dan antarabangsa untuk dinikmati oleh anda. Jika anda mencari snek ringan, anda boleh ke The Deli untuk merasai roti, pastri dan sandwic yang baru dibakar. Paling menarik, hotel ini terletak di pusat yang membolehkan akses mudah ke Bandar Ipoh dan Ipoh Parade Mall. Hotel ini juga terletak dalam jarak 5 minit dari Kelab Golf Diraja Perak dan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.

Alamat: 18, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://ipohhotels.impiana.com.my/

8. Kinta Riverfront Hotel & Suites

Kinta Riverfront Hotel Suites
Kredit Gambar: klook.com
Kinta Riverfront Hotel Suites
Kredit Gambar: klook.com
Kinta Riverfront Hotel Suites
Kredit Gambar: klook.com

Kinta Riverfront Hotel & Suites terletak di hab komersial Ipoh. Hotel ini mempunyai kolam renang dan  pusat kecergasan yang serba lengkap. WiFi percuma juga turut disediakan di seluruh bangunan. Bilik-bilik penginapan moden di hotel ini dilengkapi dengan TV skrin rata, bar mini dan kemudahan menyeterika. Bilik mandi di hotel ini pula dilengkapi dengan peralatan mandian percuma dan pengering rambut. Anda boleh menjamu selera di Restoran Jepun Shinjuku, Restoran Cina Zui Xin Lao dan Moon River Bar. Selain itu, Riverview Coffee House menyediakan sarapan pagi, bufet makan tengah hari dan bufet makan malam di tingkat 4.

Alamat: Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.kintariverfront.com.my/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close