8 Tempat Penginapan Mewah di Lembah Klang

Terdapat persamaan antara hotel mewah dan residensi servis mewah. Kebiasaannya, para penginap inginkan segala keperluan mereka dipenuhi supaya harga mahal yang mereka bayar itu dirasakan berbaloi. Dengan kelengkapan kemudahan yang mewah dan layanan perkhidmatan yang mesra, penginapan dan percutian para penginap akan menjadi lebih selesa dan gembira.

Di hotel mewah, selalunya ada talian secara terus yang menghubungkan bilik penginapan para tetamu supaya pihak hotel dapat memenuhi kehendak mereka. Kalau di residensi servis mewah pula, para tetamu akan diberikan perkhidmatan yang cepat dan mesra agar masa mereka tidak terganggu sekiranya ada masalah yang berlaku. Penginapan mewah sebegini biasanya menawarkan perkhidmatan tambahan seperti perkhidmatan butler, perkhidmatan dobi dan perkhidmatan menjaga kanak-kanak.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Lembah Klang?

Semasa anda bercuti di sini, anda boleh melawat Menara Berkembar Petronas atau mendaki tangga yang banyak di Batu Caves. Ataupun, anda boleh berkelah di Taman KLCC yang indah dan tenang. Pilih sahaja aktiviti mana yang ingin anda lakukan kerana di Lembah Klang ini banyak menawarkan anda tempat tarikan pelancong seperti Muzium Coklat dan Muzium Seni Ilusi 3D. Jika anda mahu membeli-belah barangan mewah pada harga diskaun pula, anda boleh berkunjung ke Mitsui Outlet Park di KLIA Sepang.

Setelah seharian penat berjalan ke sana-sini, pasti perut anda berkeroncong minta diisi. Jangan terkejut dengan Lembah Klang kerana di sini bukan sahaja ada banyak tempat tarikan pelancong tetapi tempat makan yang best juga ada di sini. Jika anda mahu makan nasi lemak, anda boleh berkunjung ke Village Park Restaurant kerana nasi lemak di sini akan dihidangkan bersama ayam goreng yang rangup dan pelbagai hidangan tambahan yang lazat. Selain itu, anda juga boleh mencuba sajian Klang Bak Kut Teh yang dihidangkan di beberapa buah restoran seperti Teluk Pulai Bak Kut Teh, Restoran Seng Huat atau Restoran Kee Heong.

8 Tempat Penginapan Mewah di Lembah Klang

1. Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

Four Seasons Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com
Four Seasons Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com
Four Seasons Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com

Hotel ini menyediakan Guest Room yang luas dan direka secara moden bagi memberikan keselesaan buat penginap. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ruangan duduk yang berlatarkan pemandangan KLCC yang mengagumkan. Antara kemudahan yang ditawarkan oleh hotel ini ialah 6 pilihan restoran untuk menjamu selera, ruangan rehat, kedai hadiah, spa, kedai bunga dan juga bar. Hotel ini juga menawarkan servis penghantaran makanan ke bilik penginapan, perkhidmatan concierge 24 jam, perkhidmatan menjaga kanak-kanak, perkhidmatan cucian kering pada hari yang sama serta perkhidmatan pengangkutan seperti kereta atau limosin.

Alamat: 145, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.fourseasons.com/kualalumpur/

2. Banyan Tree Kuala Lumpur

Banyan Tree Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com
Banyan Tree Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com
Banyan Tree Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com

dan dilengkapi dengan tab mandi ataupun kolam. Bar di atas bumbung hotel ini pula berlatarkan pemandangan langit bandar yang menakjubkan. Tetamu hotel boleh menikmati hidangan yang lazat di restoran, atau memanjakan diri di Banyan Tree Spa yang mana pernah memenangi anugerah. Hotel ini terletak di tengah-tengah Segitiga Emas Kuala Lumpur. Kerena lokasinya yang strategik, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja jika mahu ke KLCC atau mendapatkan pengangkutan awam. Anda juga boleh menikmati akses secara terus ke pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur melalui jambatan penghubung di situ.

Alamat:  2, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.banyantree.com/malaysia/kuala-lumpur

3. Luxe Suites at Vortex KLCC

Luxe Suites at Vortex KLCC
Kredit Gambar: klook.com
Luxe Suites at Vortex KLCC
Kredit Gambar: klook.com
Luxe Suites at Vortex KLCC
Kredit Gambar: klook.com

Suite Luxe di Vortex KLCC ialah pangsapuri servis 2 bilik tidur yang dilengkapi dengan sofa, dapur yang serba lengkap serta ruangan luas menjadikan ia sesuai didiami oleh keluarga kecil. Reka bentuk pangsapuri yang moden ini membolehkan cahaya matahari menyinari kediaman secara semula jadi. Terletak di tempat yang strategik, pangsapuri ini berdekatan dengan tempat tarikan pelancong seperti KLCC, pusat membeli-belah dan juga tempat makan terkenal.

Alamat: 32, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://vortexklccapartments.com/

4. Villa Samadhi Kuala Lumpur

Villa Samadhi Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com
Villa Samadhi Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com
Villa Samadhi Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com

Villa Samadhi Kuala Lumpur menggunakan kayu, kaca, simen hitam, batu dan buluh untuk menghasilkan reka bentuk luaran dan dalaman yang ringkas dan minimalis. Pemilihan dan susun atur bahan-bahan ini menonjolkan suasana kekampungan yang minimalis dan unik. Selain itu, vila ini terletak di kawasan kejiranan mewah dan berdekatan sahaja dengan bandar Kuala Lumpur. 21 buah vila di Villa Samadhi ini diilhamkan oleh seni bina tradisional Melayu. Semua unit di tingkat bawah dibina berdekatan dengan kolam jadi anda boleh akses ke kolam ini dengan mudah.

Alamat: 8, Jalan Madge, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.villasamadhi.com.my/

5. Avani Sepang Goldcoast

Avani Sepang Goldcoast
Kredit Gambar: klook.com
Avani Sepang Goldcoast
Kredit Gambar: klook.com
Avani Sepang Goldcoast
Kredit Gambar: klook.com

Resort Avani Sepang Goldcoast ini dibina menyerupai pokok palma dan berlokasi di pantai Goldcoast yang popular. Di resort ini, terdapat 315 buah vila atas air yang bertemakan Polynesia. Antara kemudahan yang ditawarkan di sini termasuklah 5 restoran, bar dan ruangan rehat, AvaniKids, AvaniSpa, pantai dan taman untuk anda beriadah. Selain itu, resort ini hanya 40 minit pemanduan sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai pilihan masakan di resort ini antaranya masakan tempatan, masakan Cina dan juga antarabangsa. Anda boleh berkunjung ke Restoran Sepoi-Sepoi, Restoran Bila-Bila, Restoran Hai Sang Lou ataupun The Pantry bagi menjamu selera. Terdapat juga perkhidmatan penghantaran makanan ke bilik bagi tetamu yang ingin menikmati makanan di bilik penginapan mereka yang selesa.

Alamat: 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.avanihotels.com/en/sepang

6. The St Regis Kuala Lumpur

The St Regis Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com
The St Regis Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com
The St Regis Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com

The St. Regis Kuala Lumpur ialah sebuah hotel mewah yang terletak di tengah-tengah KL Sentral. Hotel ini menempatkan koleksi seni peribadi seperti pemasangan seni 3 dimensi ‘Birds and Butterflies’ oleh Barnaby Hosking. Seni ini diilhamkan daripada Perdana Botanical Gardens yang berusia 131 tahun. Grand Ballroom di hotel ini mempunyai sistem LED canggih manakala ruangan mesyuarat pula luas dan sesuai untuk dijadikan lokasi pelbagai acara. Selain luas dan besar, ruangan ini juga dilengkapi dengan peralatan moden dan terkini bagi melancarkan perjalanan acara yang diadakan di sini. Bilik-bilik penginapan di hotel ini pula mempunyai bilik kecil yang menempatkan almari pakaian manakala bagi Specialty Suite pula, ia mempunyai bilik keselamatan, tandas peribadi dan juga bilik urut.

Alamat: No 6, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulxr-the-st-regis-kuala-lumpur

7. 8 Kia Peng Suites Kuala Lumpur

Kia Peng Suites Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com
Kia Peng Suites Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com
Kia Peng Suites Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com

8 Kia Peng Suites Kuala Lumpur terletak di atas bukit, yang mana lokasi ini merupakan lokasi popular di pusat bandar Kuala Lumpur. Hotel ini sesuai untuk didiami oleh golongan bujang, pasangan ataupun keluarga kecil. Di tingkat 46, terdapat Sky Lounge yang menawarkan pemandangan landskap yang indah berlatarkan KLCC. Selain itu, terdapat juga kolam infiniti yang besar beserta jakuzi, dan gimnasium yang dilengkapi dengan peralatan sukan moden. Dewan serbaguna yang tersedia di sini juga menawarkan anda pemandangan menakjubkan bandar Kuala Lumpur dan menjadikannya sebagai lokasi terbaik untuk acara yang berprestij.

Alamat: 8, Jalan Changkat Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.8kiapengsuites.com/

8. W Kuala Lumpur

W Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriot.com
W Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriot.com
W Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriot.com

bertaraf 5 bintang ini mempunyai kolam renang yang berlatarkan Menara Berkembar Petronas dan pusat bandar. Selain itu, semua bilik penginapan dilengkapi dengan WiFi percuma, Bluetooth Soundbar dan dinding berwarna-warni dengan seni yang memukau. Hotel ini juga menawarkan pusat kecergasan. Anda boleh menjamu selera di Flock, iaitu restoran yang berkonsepkan dapur terbuka yang dibuka sepanjang hari. Jika anda mencari sajian Kantonis tradisional atau makanan laut segar, anda boleh ke restoran Yen. Untuk bersantai sambil menikmati minuman teh pula, anda boleh ke Woobar. Untuk pengetahuan anda, servis penghantaran makanan ke bilik penginapan anda  (24 jam) juga ditawarkan di sini.

Alamat: No. 121, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulwh-w-kuala-lumpur

Semak harga di shopee

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close