8 Tempat Penginapan Terbaik di Bukit Fraser

Bukit Fraser ialah sebuah perkampungan gunung yang terletak di Pahang. Perkampungan ini diberi nama sempena seorang pengembara British yang bernama Louis James Fraser pada abad ke-20. Lokasi ini seringkali menjadi pilihan para pengunjung kerana sejuk dan bentuk muka buminya yang menarik.

Hutan tropika di Bukit Fraser dijaga dengan baik menyebabkan keindahan alamnya sering menggamit para pengunjung untuk datang melawatinya. Aktiviti pendakian juga sering dijalankan di sini dan laluan yang terkenal adalah seperti Pine Tree Trail dan Bishop Trail. Tempat ini juga dikatakan menjadi habitat Harimau Malaya dan pokok Oak Trig yang jarang didapati. Bukit Fraser kekal menjadi salah satu stesen bukit yang terakhir di Malaysia, yang dahulunya digunakan oleh pihak British sebagai tempat persinggahan bagi menikmati cuaca yang sejuk. 

Apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Bukit Fraser?

Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan ketika berkunjung ke Bukit Fraser. Anda boleh bersiar-siar di sepanjang Hemmant Trail atau melihat burung, menaiki bot bahkan menunggang kuda. Pilih sahaja aktiviti mana yang anda ingin lakukan.

Selain itu, anda juga boleh berbasikal mengelilingi Bukit Fraser sambil menikmati angin sejuk yang bertiup lembut dan pemandangan yang indah. Anda boleh singgah seketika di Air Terjun Jeriau bagi aktiviti perkelahan bersama keluarga. 

8 Tempat Penginapan Terbaik di Bukit Fraser

1. The Smokehouse

the smokehouse
Kredit Gambar: thesmokehouse.my
The Smokehouse
Kredit Gambar: thesmokehouse.my

The Smokehouse ini menonjolkan tema Inggeris melalui reka bentuk dalaman dan luarannya bagi memberikan anda pengalaman menginap yang menggembirakan. Setiap bilik dan suite dilengkapi dengan katil yang selesa, perabot Inggeris dan barang antik. Anda boleh berehat sambil menikmati teh, scone buatan tangan serta jem strawberi pada waktu petang. Selain itu, anda juga boleh menghangatkan petang anda dengan berkunjung ke bar yang menempatkan pendiang api yang asli bagi memanaskan badan.

Alamat: Jalan Jeriau, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://thesmokehouse.my/ye-olde-smokehouse-frasers-hill/

2. The Hill at Fraser Hill

The Hill at Fraser Hil
Kredit Gambar: booking.com
The Hill at Fraser Hil
Kredit Gambar: booking.com
The Hill at Fraser Hil
Kredit Gambar: agoda.com

Bayangkan anda bangun pagi dan mendengar kicauan burung riang. Bagaimanakah perasaan anda? Semestinya pagi itu dirasakan permulaan hari yang baik tambah-tambah lagi jika anda memulakan hari anda dengan secawan kopi sambil menikmati cuaca yang dingin. Untuk pengetahuan anda, tempat penginapan ini baru sahaja selesai kerja pengubahsuaian dan anda boleh lihat dekorasi di tempat ini begitu terperinci dan anggun. Selain itu, anda juga boleh menjamu selera di restoran yang menawarkan hidangan yang lazat bagi menghangatkan suasana malam yang dingin. Tempat ini sesuai buat mereka yang ingin lari seketika daripada kesibukan bandar dan menenangkan fikiran.

Alamat:  A2-5-33 Silverpark Resort, Jalan Lady Maxwell, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://www.facebook.com/TheHillatFraserHill/

3. Green Acres Fraser’s Hill

Green Acres Frasers Hill
Kredit Gambar: klook.com
Green Acres Frasers Hill
Kredit Gambar: klook.com
Green Acres Frasers Hill
Kredit Gambar: klook.com

The Green Acres ini terletak di atas tanah satu ekar di puncak Bukit Fraser. Tempat penginapan ini mempunyai 6 buah bilik tidur dan dikelilingi oleh pemandangan yang menakjubkan. Di sini, tetamu boleh memilih untuk menginap di Whole Banglow, Acacia Room, Aster Family Suite, Oak Room ataupun Frangipani Room. Jika anda inginkan percutian yang damai dan tenang, maka inilah tempat penginapan yang sesuai buat anda. Mengapa? Kerana Green Acres terletak di puncak yang lebih tinggi berbanding dengan tempat penginapan lain.

Alamat: Green Acres, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://www.greenacresfraser.com/

4. Colonie Fraser’s Hill

Colonie Frasers Hill
Kredit Gambar: booking.com
Colonie Frasers Hill
Kredit Gambar: booking.com
Colonie Frasers Hill
Kredit Gambar: booking.com

Colonie Apartment ini berfungsi sebagai tempat penginapan sewa bagi percutian. Tempat penginapan ini sesuai untuk keluarga dan mereka yang sukakan alam semula jadi. Di sini, anda boleh menikmati kopi di dalam bilik yang selesa sambil mendengar kicauan burung pada waktu pagi. Apabila penat seharian menjelajah Bukit Fraser, anda boleh menikmati hidangan stimbot yang ditawarkan di sini. Menariknya, tempat penginapan ini turut menawarkan scones buatan tangan, jem, kopi Itali dan juga teh Genting Highlands untuk para penginap.

Alamat: Colonie @ Fraser’s Silverpark Resort, Jalan Lady Maxwell, 49000 Bukit Fraser, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://80colonie.com/

5. Shahzan Inn Fraser’s Hill

Shahzan Inn Frasers Hill
Kredit Gambar: shahzaninn-fraserhill.com
Shahzan Inn Frasers Hill
Kredit Gambar: shahzaninn-fraserhill.com
Shahzan Inn Frasers Hill
Kredit Gambar: klook.com

Jika anda menginap di sini, anda boleh menikmati kemudahan yang disediakan seperti restoran, perkhidmatan bilik, bilik mesyuarat, tempat letak kereta dan banyak lagi. Semua bilik dihias dengan ringkas tetapi menarik. Selain itu, resort ini menyediakan padang golf jadi para penginap yang meminati sukan ini bolehlah meluangkan masa untuk bermain golf. Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh meminta untuk mendapatkan bilik yang berlatarkan padang golf secara keseluruhannya. Untuk pengetahuan anda, staf di sini mesra pelanggan dan sedia membantu jika anda memerlukan bantuan. Anda bolehlah berkunjung dan menginap di sini kerana ia bukan sahaja menawarkan kemudahan yang terbaik bahkan harganya pun berpatutan.

Alamat: Shahzan Inn Fraser’s Hill, Jalan Lady Guillemard, 49000 Bukit Fraser, Pahang 

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://www.shahzaninn-fraserhill.com/

6. TM Resort Fraser’s Hill

TM Resort Frasers Hill
Kredit Gambar: TM Resort Fraser Hill
TM Resort Frasers Hill
Kredit Gambar: fraserhill.info
TM Resort Frasers Hill
Kredit Gambar: fraserhill.info

Resort yang menarik ini menempatkan  7 Banglo dan 12 Pangsapuri Servis untuk para pengunjung. Ia terletak di Bukit Fraser, iaitu 33km dari Genting Highlands, dan 41km dari Bukit Tinggi. Setiap ruangan mempunyai ruang tamu dan meja yang berasingan. Selain dilengkapi dengan TV, anda juga boleh meminta mereka menyediakan seterika, papan seterika dan alat pengering rambut bagi memudahkan urusan harian anda. Untuk menjamu selera, anda boleh berkunjung ke Tea House Restaurant & Cafe, Kedai Makan Hamzah dan Restoran Arzed untuk menikmati hidangan tempatan.

Alamat: Jln High Pines, 49000 Bukit Fraser, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://www.facebook.com/tmresortfraserhill/

7. Fraser’s Silverpark Resort

Frasers Silverpark Resort
Kredit Gambar: fraserhill.info
Frasers Silverpark Resort
Kredit Gambar: agoda.com
Frasers Silverpark Resort
Kredit Gambar: agoda.com

Fraser’s Silverpark Resort ialah tempat yang menawarkan bilik-bilik penginapan yang luas dengan suasana yang tenang. Pemilik resort ini sentiasa mengutamakan kebersihan dan keselesaan para penginap. Jika anda ingin melihat pemandangan secara menyeluruh dari resort ini, pilihlah tingkat yang lebih tinggi. Selain itu, resort ini dilengkapi dengan mesin dobi, dapur memasak, peti sejuk, cerek, ketuhar gelombang mikro, pancuran mandian air panas, TV dan pemain DVD. Tempat peranginan ini sesuai untuk percutian keluarga kerana berdekatan dengan kedai serbaneka dan kedai makan.

Alamat: 143, 422, Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://www.facebook.com/Frasers-Silverpark-Resort-Frasers-Hill

8. Puncak Inn

Puncak Inn
Kredit Gambar: puncakinn.com
Puncak Inn
Kredit Gambar: klook.com
Puncak Inn
Kredit Gambar: klook.com

Puncak Inn di Bukit Fraser terletak berdekatan dengan menara jam Bukit Fraser yang terkenal. Tempat penginapan ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk memastikan percutian anda menyeronokkan. Semua bilik penginapan dilengkapi dengan penghawa dingin dan WiFi percuma. Terdapat juga kemudahan lain seperti pusat kecergasan, padang golf,  gelanggang tenis dan gelanggang skuasy. Staf di sini juga mesra pelanggan dan sedia menawarkan perkhidmatan yang baik. Jika anda mencari hotel yang selesa dengan harga berpatutan, maka hotel inilah jawapannya.

Alamat: Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://www.puncakinn.com/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close