8 Tempat Penginapan Terbaik di Cameron Highlands

Cameron Highlands dinamakan sempena William Cameron, seorang penjelajah British dan ahli geologi yang telah ditugaskan oleh kerajaan kolonial ketika itu untuk memetakan kawasan sempadan Pahang-Perak pada tahun 1885. Untuk pengetahuan anda, Cameron Highlands merentasi 71,000 hektar tanah. Luasnya!

Bulan terbaik untuk melawat Cameron Highlands ialah November. Cuaca di Cameron Highland sepanjang tahun boleh dikatakan sejuk dan ia akan bertambah sejuk apabila waktu malam menjelma. Dikatakan, bulan Disember ialah bulan yang paling sejuk sewaktu pengunjung berada di sini.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Cameron Highland?

Anda boleh melawati Ladang Teh Boh. Teh Boh merupakan salah satu jenama teh yang terkenal di Malaysia. Selain itu, Cameron Highlands juga terkenal dengan strawberinya. Jika anda berkunjung ke sini, anda boleh memilih strawberi yang paling segar dan manis di Raaju’s Hill Strawberry Farm atau the Big Red Strawberry Farm.

Apabila di Cameron Highlands, anda mesti mencuba teh krim tradisional yang lazat di Hotel Smokehouse. Satu lagi kemuncak di Cameron Highlands ialah Lavender Gardens, di mana anda boleh bersiar-siar di taman lavender yang segar dan wangi. Anda juga boleh mencuba makanan tempatan yang banyak dijual di tepi jalan. Apa yang penting, pastikannya bersih dan halal.

8 Tempat Penginapan Terbaik Cameron Highlands

1. Cameron Highlands Resort

Cameron Highlands Resort
Kredit Gambar: klook.com
Cameron Highlands Resort
Kredit Gambar: klook.com
Cameron Highlands Resort
Kredit Gambar: klook.com

Cameron Highlands Resort terdiri daripada kotej gaya Tudor yang dikelilingi oleh pemandangan padang golf yang menakjubkan. Terdapat 56 bilik dan suite tersedia di hotel ini. Setiap bilik mempunyai reka bentuk kolonial yang elegan, unik dan selesa. Anda boleh menjamu selera di Cameron Highlands Resort yang menyajikan masakan tempatan dan antabangsa yang enak sekaligus menepati citarasa anda.

Alamat: Cameron Highlands, Pahang, 39000 Tanah Rata

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.cameronhighlandsresort.com/

2. Century Pines Resort Cameron Highlands

Century Pines Resort Cameron Highlands
Kredit Gambar: klook.com
Century Pines Resort Cameron Highlands
Kredit Gambar: klook.com
Century Pines Resort Cameron Highlands
Kredit Gambar: klook.com

The Century Pines Resort Cameron Highlands ini terletak di Tanah Rata, iaitu bandar terbesar di Cameron Highlands. Berdekatan dengan resort ini, terdapat banyak tempat tarikan pelancong seperti  Ladang Cameron Bharat,  Ladang Teh Cameron Highlands dan juga stesen bas Tanah Rata. Terdapat 8 jenis bilik untuk dipilih, iaitu daripada Bilik Superior sehinggalah kepada Suite Pahang. Selepas seharian yang memenatkan, anda boleh manjakan diri di Century Thera Spa. Oh ya, restoran dan kedai makan juga berdekatan di sini.

Alamat: Jalan Masjid, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://centurypinesresortcameron.com.my/

3. The Lakehouse Cameron Highlands

The Lakehouse Cameron Highlands
Kredit Gambar: klook.com
The Lakehouse Cameron Highlands
Kredit Gambar: klook.com
The Lakehouse Cameron Highlands
Kredit Gambar: klook.com

The Lakehouse Cameron Highlands menawarkan 5 jenis bilik, iaitu Bilik Deluxe, Suite Junior, Suite Keluarga, Suite Cameron dan Suite Foster. Selain itu, terdapat banyak pilihan tempat makan di hotel ini seperti The Lakehouse Restaurant, Cameron Bar, Lakeview Terrace, Highlander Lounge dan Reading Lounge. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memanjakan diri di Satkara Spa setelah seharian penat berjalan.

Alamat: 30th Mile, Jalan Ringlet – Sungai Koyan, Sungai Khazanah, 39000 Ringlet, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://lakehouse-cameron.com/

4. Zenith Cameron

Zenith Cameron
Kredit Gambar: cameron.thezenithhotel.com
Zenith Cameron
Kredit Gambar: cameron.thezenithhotel.com
Zenith Cameron
Kredit Gambar: cameron.thezenithhotel.com

Zenith Cameron menawarkan gim yang serba lengkap, sauna dan kolam renang khusus buat para penginapnya. Anda boleh dapati kolam renang tersebut terletak di tingkat 2, iaitu bersebelahan dengan landskap bandar yang indah dan dikelilingi oleh kehijauan yang memukau. Anda boleh menikmati makanan yang lazat di The Dining Room yang merupakan restoran moden. Restoran ini dibuka sepanjang hari dan menyajikan pelbagai pilihan masakan seperti masakan tempatan dan antarabangsa. Jika anda mahukan masakan Itali, anda boleh ke Oregano Lounge, iaitu restoran Itali yang asli. Anda juga boleh ke Zen Bar untuk bersantai sambil menikmati minuman anda.

Alamatlan Majlis, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://cameron.thezenithhotel.com/

Semak harga di shopee

5. Nova Highlands Hotel

Nova Highlands Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Nova Highlands Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Nova Highlands Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Nova Highlands Hotel menyediakan 8 pilihan bilik, iaitu daripada Suite Queen (dilengkapi dengan 1 Bilik Tidur) sehinggalah kepada Bilik Standard Twin bagi Pangsapuri 3 Bilik Tidur. Setiap bilik penginapan dilengkapi dengan balkoni privasi yang berlatarkan kehijauan dan pergunungan yang subur. Bilik mandi pula dilengkapi dengan keperluan mandian yang lengkap. Semua suite juga diberi kemudahan dapur kecil bagi memudahkan urusan para penginap. Nova Highlands Café ialah tempat makan eksklusif untuk sarapan pagi dan malam pada setiap hari. Anda boleh merasai kelazatan sajiannya sekiranya anda berada di sini.

Alamat: Jalan Aranda Nova, Greencow, 39100, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: http://www.novahighlands.com

6. The Smokehouse Hotel

The Smokehouse Hotel
Kredit Gambar: klook.com
The Smokehouse Hotel
Kredit Gambar: klook.com
The Smokehouse Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Hotel Smokehouse bermula daripada rumah ekspatriat yang merindui kampung halaman. Dan akhirnya hotel ini mula dibuka  pada tahun 1937. Hotel ini menawarkan persekitaran selesa selain ia dikelilingi oleh kehijauan flora dan fauna yang indah. Menariknya, hotel ini juga menyediakan masakan British, daripada hidangan menu utama sehinggalah kepada pencuci mulut yang enak. Scone yang selalu dihidangkan di sini juga sering mendapat pujian daripada para pengunjung. Setelah seharian berjalan, anda boleh berehat di Bar & Fireplace di hotel ini.

Alamat: By the Golf Course, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.smokehousehotel.com/

7. Avillion Cameron Highlands

Avillion Cameron Highlands
Kredit Gambar: klook.com
Avillion Cameron Highlands
Kredit Gambar: klook.com
Avillion Cameron Highlands
Kredit Gambar: klook.com

Avillion Cameron Highlands ini terletak di Tanah Rata, iaitu bandar yang menjadi hub pengangkutan awam utama untuk ke tanah tinggi. Hotel ini menawarkan 100 suite servis yang unik dan dilengkapi dengan kemudahan moden seperti studio yang luas dan juga suite 2 bilik tidur mewah. Anda boleh menjamu selera di Daun, iaitu sebuah restoran yang menampilkan reka bentuk kontemporari dan moden. Jangan risau, di restoran ini ada menyajikan pelbagai masakan yang bakal menepati selera anda.

Alamat: C-3 Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.avillioncameronhighlands.com/

8. Zetter Suites

Zetter Suites
Kredit Gambar: klook.com
Zetter Suites
Kredit Gambar: klook.com
Zetter Suites
Kredit Gambar: klook.com

Zetter Suites ialah hotel unik dengan reka bentuk yang diinspirasikan daripada zaman Victoria, perabot antik dan karya seni klasik. Bilik-bilik penginapan di sini terdiri daripada Suite Studio sehinggalah kepada Suite Dupleks, dan suite 2 atau 3 bilik tidur. Setiap bilik ini direka secara berbeza bagi membolehkan setiap tetamu mendapat pengalaman yang menarik dan unik setiap kali menginap di hotel ini. Di Zetter Suites, tetamu juga boleh menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan lazat di Zetter Cafe.

Alamat: G-31, Barrington Square Apartments, Jalan Golden Hills 1, Cameron Golden Hills, 39000 Tanah Rata, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://zettersuites.com/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close